Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 44

"What? She at hospital now?"

Darren tersandar lemah di kerusi. Pelipis diurut perlahan. Delysha masuk hospital? Kenapa dia baru tahu? Semakin bersalah rasanya dia saat ini. Dan dia juga risaukan gadis itu. Entah kenapa hatinya sakit mendengar berita tentang gadis kesayangannya itu.

"Yes, yesterday. I'm so sorry because I telling you late. I'm sorry again." Semakin berasap telinga lelaki itu. Dia mengetap bibir menahan geram. Tangan membentuk buku lima menahan rasa. Wah, senang-senang minta maaf macam itu sahaja? Dia suruh pantau gerak geri Delysha, jaga gadis itu dari jauh, itu pun susah nak buat ke? Apa-apa sahaja yang berkaitan Delysha, perlu beritahu dia segera. Dia berhak tahu!

"You know what?You are fired!" 

Selepas menyatakan hasratnya itu, terus lelaki itu mematikan talian. Tak boleh pakai langsung! 

Semalam masuk hospital, tengahari ini baru pekerja yang diupahnya itu beritahu berita penting ini? Memang marahlah dia. Apa gunanya dia bayar mahal-mahal tapi tak boleh buat kerja dengan bagus? Memang layak pun dipecat olehnya! Tak membantu langsung! Kalau apa-apa yang terjadi pada gadis itu, dia memang tak akan dapat maafkan dirinya dan pekerja upahan itu memang habis di tangan dia!

Darren mendengus geram. Hatinya sakit mengenangkan Delysha yang berada di hospital. Baru semalam dia lihat gadis itu, dan hari ini berita begini pulak yang dia dapat

Persoalannya... kenapa Delysha masuk hospital? Ah, ini sudah pasti kerana dia.

Darren harus ke sana segera. Dia menekan butang interkom, ingin bercakap dengan pembantu peribadinya.

"Melly, I have to go. Cancel all my appointment today because i have important things to do." Darren berkata sarkastik. Dia sudah nekad untuk membatalkan segala temu janji bersama klien hari ini.

"But boss, one of our client is already waiting..."

"Don't you hear me, Melly? Just do what i said!" Panggilan itu dimatikan sahaja. Dia tidak kisah apa-apa sekarang ini kerana Delysha lagi penting. Hatinya tidak tenang dari tadi lagi.

Dengan pantas Darren berdiri dan menapak keluar. Tempat parking di tuju dengan laju.

***

Pam!

"Hey! Kau kenapa? Rosaklah pintu tu nanti," tegur aku sebaik sahaja melihat Zara menghempas pintu masuk bilik wad aku. Mukanya masam sahaja.

"Biar rosak. Kau tu! Eeeei, aku geram betul lah. Kenapa kau masuk hospital hah? Aku dah cakap dah jangan nak gatal sangat keluar sorang! Yang tak sabar sangat nak jalan-jalan tu dah kenapa? Tahu tak aku risau? Nasib pihak hospital ada call aku cakap ada orang jumpa kau pengsan tepi jalan!"

Aku gigit bibir. Erm... dia mula dah. Habislah aku kena tadah telinga mendengar bebelan Zara itu.

"Lain kali nak buat sesuatu tu, fikir dulu boleh tak? Kau suka kan buat orang risau?" Zara membebel dengan marah. Geram dengan sikap degil aku. Keras kepala betul. Betapa lajunya jantung dia tapi bila dia dapat tahu aku boleh pengsan tepi jalan.

Aku mencebik bibir. Dia marah aku pula... keluar dah perangai baran Zara ni. Period ke apa?

Eh, memang pun! Habis tu yang semalam sakit perut senggugut semua itu? Period la jawabnya.  Patutlah garang semacam.

"Alaa, kau ni. Macamlah tak kenal aku ni macam mana. Selagi aku sihat, selagi tu la aku tak perlukan bantuan sesiapa. Walaupun aku... err, sesat semalam. Hehehe janganlah marah." Simbol peace ditunjuk. Gigi disusun rapat. Sengaja aku buat muka comel di hadapannya.

Zara menjulingkan bebola matanya. Degil! Orang utara kata apa? Ketegaq!

"Kau memang kan? Eee, sabar jelah dapat kawan macam ni. Kalau jadi apa-apa dengan kau tadi, aku nak jawab apa dengan aunty Dina? Dengan abang Faiq? Aku juga yang kena nanti. Bukan kau! Bagus kalau kau tak sedarkan diri je terus," hambur Zara marah. Dadanya diusap perlahan. Turun naik nafasnya menahan perasaan.

Aku mencebik. Jahatnya... dia nak aku mati ke?

"Sampai hati kau. Kawan jenis apa kau ni? Sanggup nak tengok aku mati. Tak apalah, aku boleh duduk sini sorang-sorang. Kau pergi la balik." Aku mencebik sedih.

Zara buat muka meluat.

Dia dah mula pulak. Dasar drama queen of the year betul! Susahkan dapat kawan yang kaki drama macam ini?

"Yelah... yelah. Sikit-sikit nak sentap. Ni, kau  gastrik kan doktor kata tadi? Dah makan ke belum ni? Aku tengok makanan yang nurse tu bagi kau tak makan pun. Sentuh pun tidak kan?" soal Zara merujuk kepada makanan di tepi katil aku yang jururawat sediakan. Aku tersengih tidak bersalah.

"Err, aku tak nak la makanan tu. Kau boleh tolong belikan aku makanan lain tak? Makanan yang diorang bagi ni tak sedaplah. Tolonglah, aku nak makan makanan lain." Aku tersengih-sengih. Tangan Zara digoncangkan sedikit. Mata dikedipkan berkali-kali.

Mengadakan? Tak apalah, sekali-sekala mengada dengan kawan sendiri, apa salahnya?

"Macam-macamlah kau ni. Nasib kau sakit je tau. Kalau tidak, tak adanya aku nak belikan untuk kau! Hah, kau nak makan apa?" soal Zara, melayan dengan sabar. Aku tersenyum suka. Yes! Dia tanya tu... maknanya dia nak belikanlah ya?

"Aku tahu kau sayang aku. So, kalau macam tu aku nak makan... erm roti pun jadilah. Sekali dengan air tau. Thanks Zara. Sayang kau."

Zara hanya menggeleng. Macam-macam betul.   Dah dapat apa yang dia nak, barulah pandai nak bersayang-sayang bagai. Menyampah sangat.

"Kalau kau lambat lagi, aku lepak dekat taman dalam hospital ni tau. Nanti aku masuk balik. Bosanlah terperap dalam ni je," rungutku sebal. Zara hanya mengangguk. Faham sangat dengan sikap aku yang tak suka lama-lama di hospital ini. Membosankan.

***

Darren menghembuskan nafasnya. Dia sudah bersedia untuk bertemu dengan gadis itu. Tak sabar mungkin. Terbit senyuman kecil di bibirnya apabila terbayangkan wajah manis Delysha.

Bunga di tangan dihidu seketika. Erm wangi! Dia sempat pergi beli tadi. Darren perlu tebus segala masalah yang berlaku ini. Ya, dia nekad. Sampai bila semua ini akan berakhir kalau masing-masing masih ego? Dia kena selesaikan semuanya secepat yang mungkin.

"Nurse, Nur Insyirah Delysha please," pinta Darren ringkas. Nurse yang bernama Suzy itu segera mencari nama dan maklumat gadis tersebut.

"Room 202, sir,"  jawab jururawat tersebut, turut ringkas. Darren mengangguk faham.

Baru sahaja beberapa tapak dia melangkah, dia dihalang semula dengan nurse tadi. Dahinya sedikit berkerut.

"Yes, anything?" soal Darren tidak mahu membuang masa. Dia nak cepat tengok Delysha.

"Err, I think that girl was not in the room. Cause I see that girl going to the park. She was asking me floor to the park a few minutes ago," terang jururawat tersebut.

Dahi Darren berkerut seribu. Delysha tak ada dalam bilik. Dan sekarang ini pasti gadis itu berada di taman hospital bukan?

"Oh okay, thank you." Seusai itu, pantas langkahnya menuju ke taman bunga yang berdekatan.

Matanya memandang sekeliling. Dia tercari-cari wajah gadis itu. 

Yes, jumpa!

Senyuman terukir di bibirnya apabila dapat melihat Delysha. Apa gadis itu tengah buat huh? Bercakap dengan anak siapalah itu.

Nafas ditarik perlahan. Dia agak gugup untuk berhadapan dengan gadis itu nanti.

So... inilah masanya.

Bismillah.

***

Delysha POV.

Bibirku mengukir senyuman memandang wajah anak kecil ini. Sungguh comel. Rambutnya aku usap perlahan.

"Where's your mummy, dear?" soal aku pada budak lelaki itu. Entah macam manalah budak ini boleh datang dekat aku. Dia fikir aku ini ibu dia mungkin. Awh, comel saja.

Budak kecil yang dalam kalangan usia tiga tahun itu hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Aku tersenyum lagi. Yang peliknya, dia tak menangis pun. Steady saja dengan aku. Elok sahaja budak ini. Agaknya anak kecil ini fikir yang aku ni ibu dia kut?

"Alolololittle boy... why you're so cute?" Geram sangat sampaikan pipi tembam budak tu aku picit-picit. Eee, gemuk ni. Banyak isi! Tapi comel.

Terkekek-kekek budak itu ketawa. Aku juga turut tersenyum. Mata memandang sekeliling. Mana pulalah mak budak ini ya?

"Hey boy, can't you tell me where's your mom?" soal aku lembut. Budak ini ada mix ke apa ya?  Memang anak kacukan betul. Mesti mak dia orang Amsterdam, bapak dia pula asal negara lain kan? Haha selamba saja aku.

Gelengan darinya yang aku dapat. Aku senyum lagi dan kepanya aku usap perlahan.

"Oh no! Baby, where are you been? I'm so sorry, dear." 

Tiba-tiba seorang wanita kacukan datang dan terus memeluk budak lelaki itu. Aku hanya membiarkan. Mungkin itu mak kandung dia.

Wanita itu memandang aku sebelum dia tersenyum manis.  

"Thank you so much for take care of my son."  Aku mengangguk sahaja. Sempat aku melambaikan tangan ke arah mereka sebelum mereka melangkah pergi.

Hmm, dekat hospital ni boleh bawa masuk budak juga ya? Yelah, sebab hospital ni macam hospital swasta. Kaya.

Mesti orang yang jumpa masa aku pengsan semalam kaya kan? Sanggup bawa aku ke hospital mahal-mahal begini. Hospital biasa pun aku tak kisah. Tapi okay juga. Dapat jugalah aku merasa duduk dekat hospital swasta luar negara. Ada jugalah pengalaman. Free pula tu.

Hish, apa aku ni! Orang lain tak suka masuk hospital, kau boleh pulak seronok!

"Seronok main dengan anak orang macam tu?"

Soalan dari seseorang itu membuatkan aku terkejut. Terus aku tersedar dari lamunan. Sekejap, dia cakap melayu kan? Suara tu macam suara... Mataku membulat.

Kepala pantas berpaling ke tepi.

Pap!

Darren?

Macam mana dia boleh ada dekat sini? Ah, sibuk sahajalah dia ni.

"Seronok lagi kalau ada anak sendiri."

Walaupun aku menyampah tengok muka dia, tapi aku layankan sahajalah soalan bodoh dia itu. Semalam beria cakap tak kenal lah apalah. Hari ini tiba-tiba saja tegur orang. Gila ke apa?

Darren senyum kecil. Dia berjalan mendekati aku dan duduk di sebelahku. Tetapi aku lebih pantas menjarakkan ruang antara kami. Malas dekat-dekat dengan dia. Menyampah!

"Kalau kita jadi kahwin haritu, mesti kita dah ada anak sendiri. Kan?" ujar Darren tiba-tiba. Perlahan sahaja suaranya. Dia dari tadi lagi melihat layanan Delysha kepada budak lelaki tadi. Delysha memang boleh jadi seorang ibu yang baik. Ya, dia memang tak silap pilih wanita.

Terkebil-kebil aku melihat Darren bercakap seorang diri. Dia cakap apa tadi? Tak berapa nak dengar. Cakap tu, kuatlah sikit ish!

"Awak cakap apa tadi?" ulangku padanya. Darren nampak tersentak seketika. Dia geleng dan senyum nipis padaku.

"Kalau macam tu... bila nak kahwin?" 

Aku terkedu. Mata terkebil-kebil merenung langit yang membiru. What? Soalan apa dia ni? Ish.

"Nak kahwin macam mana kalau pasangan saling membenci dan tak ada rasa cinta?" soal aku semula. Sakit hati pula aku rasa. Aku langsung tak tengok wajah dia. Malas!

Darren terkedu sejenak. Dia tahu aku maksud tersirat ayat aku mungkin.

"Benda tu kan boleh pupuk. Cinta datang dengan sendiri. Tak boleh dipaksa dan akan selamanya hadir kalau betul dah sayang." Darren masih berlagak selamba. Wajahnya dikawal sebaik mungkin.

Aku mencebik. Aku tahulah benda tu! Ingat aku pernah paksa 'orang tu' cintakan aku ke? Tak ada!

"Awak buat apa dekat sini?" soal aku keras. Ah, tak ada maknanya la aku nak berlembut dengan dia. Tak ada masa. Buang masa aku saja.

"Sepatutnya aku yang tanya kau. Kau tu... kenapa ada dekat sini, hospital ni, dan Amsterdam?" Darren mengakat keningnya sambil tersenyum sinis.

Aku sudah mengepal penumbuk. Dia fikir ini apa? Sketsa soal jawab dekat JOHARA tu ke?

Aku tanya dia, dia tanya aku semula. Ciskut betul! Jawab sahajalah soalan aku, susah sangat gamaknya.

"Suka hati sayalah nak pergi mana pun. Bukan urusan awak pun kan?" Aku juga tersenyum sinis.

'Still degil macam dulu,' bisik hatinya. Darren tergerak lepas melihat kedegilan aku.

"Macam mana kau boleh tak makan ni? Broken sangat ke sampai tak makan?" usik Darren sengaja. Namun dalam masa yang sama, dia tetap risaukan aku. Wajah aku yang agak pucat ditatap tanpa muak.

Aku mencebik bibir. Broken? Tak payah tanya macam mana dia tahu pun tak apa sebab aku dah tahu mesti dia pasang spy untuk intip aku punya. Untuk apa pun aku tak tahulah. Bukan aku ada kena mengena dengan dia pun. Sibuk betul!

"Sudah-sudahlah tu intip saya. Tak payahlah nak sibuk dah dalam hal saya. Saya tak ada kena mengena dengan awak pun kan?" soal aku marah. Geram dengan sikap selamba mamat tempeh goreng ini. Semalam cakap lain, hari ini tiba-tiba baik semacam dah kenapa.

Darren tersenyum senget.

"Tak ada kena mengena kau cakap? Kita akan berkahwin lagi dua bulan! Itu yang kau kata tak ada kena mengena?"

What the fish-?

Aku rasa macam nak pengsan! Jantungnya bagaikan nak meletup mendengar ayatnya. Nak kahwin lagi dua bulan? Sah! Memang sah. Mamat ni dah gila!

Tiba-tiba datang sini, dan cakap kami akan berkahwin lagi dua bulan? Oh my Allah!

Apa yang dah merasuk mamat ni? 

****

Korang rasa makin hambar ke cane?
Comment below!👇

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro