part 43
Hidungku kembang kempis menahan geram. Tangan digenggam kuat menahan rasa di dalam hati yang semakin membengkak.
"Eeee Darren jahat! Darren kejam! Darren monyet! Darren buaya! Dasar mamat... Arghh, segala binatang dalam zoo lah! Geramnya aku!" Aku menjerit tidak puas hati. Peduli apa aku orang sekeliling memandang aku ketika ini.
Dasar buaya...
Eh?
Kenapa aku cakap dia binatang pula ni? Astagfirullah, MasyaAllah. Jahatnya mulut aku ini. Segera mulutku ditampar perlahan.
Haih, geram tahu tak! Aku dah nampak dah dia tadi tapi macam mana dia boleh hilang pulak? Cepat betul! Hilang macam itu sahaja.
Ke dia ada ilmu ghaib? Hah! Tak pun ilmu hitam ke? Hish, nauzubillah! Tak baik fitnah orang. Ke dia dah nampak aku tadi? Sebab itu dia larikan diri?
Dia blah sebab tak nak jumpa aku? Nak mengelak dari aku? Macam tu? Eeei jahatnya! Beranilah dia buat aku macam itu. Aku datang sini pun disebabkan dia tau. Kalau dia buat macam tu, aku mandulkan dia baru tahu!
"Sampai hati! Sampai hati! Dia jahat! Sampai hati! Sampai hati... argh!"
Aku merintih kesakitan. Ya Allah, siapa pula yang langgar aku ni? Badan macam batu! Keras! Sakit bahu aku tahu tak?
Eee dia ni memang nak kena!
"Excuse me, what do you want? Are u blind? You know that you just..."
Apa benda mat salleh ni bising-bising? Badan aku yang sakit, dia pula yang cakap aku buta. Tidak menunggu lama, aku angkat kepala merenung lelaki itu yang tiba-tiba terdiam.
"Awak?"
Aku terkesima. Ya Allah, betul ke apa yang aku nampak di depan mata aku ini?
Cepat-cepat aku menggosok mata. Berkali-kali aku melakukan perkara yang sama. Manalah tahu aku tersalah orang atau aku yang terlampau fikirkan Darren sampaikan orang yang langgar aku pun aku anggap dia.
Eh tapi betul lah dia lelaki yang langgar aku!
Betul lah Darren gerangannya. Aku tak salah orang. Aku tak salah tengok, dan mata aku tak salah!
Dia... ada depan mata aku!
Aku pandang Darren dengan terpegun. Darren juga memandangku. Dan yeah, kami sama-sama terkejut macam nampak beruk di tengah bandar Amsterdam!
"Awak kenapa..."
Aku tak sanggup untuk teruskan ayat. Betul ke ini Darren yang aku kenal? Ya Allah, lainnya muka dia. Bertambah handsome rawr! Gatal!
"Kau... err sorry miss. I have to go now! Sorry again," pamit Darren tanpa nada dan nampak gugup. Dia terus melangkah meninggalkan aku setelah menyatakan perkara tersebut. Dan wanita di samping Darren itu juga mengikut langkahnya dengan tanda tanya.
Aku masih lagi terkebil-kebil di tempat itu. Tak faham dengan situasi sekarang. Miss dia panggil aku? Dia tak kenal aku ke?
Tak! Tak! Tak mungkin!
Dia kenal aku. Mungkin dia tak perasan aku kut? Atau dia dah lupakan aku?
Ah, mustahil! Kalau dia dah lupakan aku, kenapa dia pandang aku macam itu tadi? Dia kenal akulah maknanya kan?
Dia nak sebut kau tadi kan? Sebab selama ni dia memang panggil aku kau saja bila dengan aku. Mustahil dia fikir aku orang sini atau orang asing kalau dia cuba nak cakap bahasa melayu tadi.
Aku angkat wajah memandang Darren yang semakin jauh melangkah.
No! Aku tak boleh berputus asa. Dia tak perasan aku agaknya. Sebab dulu waktu aku bertemu dengannya semula semasa mesyuarat bersama dia dan Faiq, aku juga pernah buat perkara yang sama. Buat-buat tak kenal dia. Berkemungkinan besar lelaki itu sengaja buat perkara yang sama seperti aku pernah lakukan padanya dulu.
Dengan kekuatan yang ada, aku berlari laju mengikut langkah Darren yang sedikit jauh dariku. Mereka sudah ke hadapan dan semakin jauh.
"Awak! Tun... tunggu!" jerit aku sekuat hati. Termengah-mengah dibuatnya. Penat!
Betul-betul sampai di hadapannya, aku mula mengangkat wajah. Dan aku nampak Darren melepaskan keluhan. Aku dah termengah-mengah berlari untuk kejar langkah dia ni. Nasib juga dia berhenti dari terus berjalan. Aku ingatkan dia nak terus pulaukan aku.
"Who is she?" soal perempua bersama Darren itu kepadanya dengan dahi berkerut. Matanya turut memandang aku atas bawah. Scary!
"I'm his future wife," jawabku selamba dan berani. Panas pula hati aku melihat wanita itu asyik berkepit dengan Darren. Dua pasang mata itu memandang aku dengan terkejut dan aku hanya beriak biasa.
"Nonsense. I don't know her."
Darren berlawan mata denganku dan aku nampak halkumnya bergerak-gerak seperti sedang menahan marah padaku.
Pap!
Jawapan dia tu... buat aku rasa ingin menangis saat ini. Dia tak kenal aku? Aku salah dengar ke?
Tak. Aku tak salah dengar. Dia cakap dia tak kenal aku? Tak kenal?
Aku pandang Darren tak percaya.
"No, awak tak kenal saya?Seriously?Wait, awak Tengku Iyan Shah Darren right?" soal aku inginkan kepastian. Nama panjangnya sentiasa terpahat dalam hati.
"Yes, why?" soal Darren selamba dan tanpa perasaan. Wajahnya beku tanpa secalit senyuman. Dia berpeluk tubuh merenung aku yang rendah darinya.
Aku tergamam dan tersentak. Dia boleh tanya aku kenapa?
"Kalau betul awak Darren yang saya sebut tadi, mesti awak kenal saya kan?" soal aku dengan penuh berharap. Mataku berkaca.
Awak jangan main-main dengan saya, Darren. Jangan nak berlakon!
"No, I think... I don't know you." Selamba balasannya membuatkan hatiku bertambah sakit. Darren tersenyum sinis lalu lengan berlapik wanita disebelahnya tiba-tiba sahaja dipegang di hadapan aku. Wanita itu hanya membiarkan walaupun aku nampak seperti wanita itu agak terkejut dengan tindakan Darren.
Aku mengetap bibir. Apakah? Perlu ke pegang-pegang depan aku? Air mataku menitis tanpa sedar.
Darren bukan lagi Darren yang dulu. Dia sudah berubah. Dia bukan Darren yang aku pernah kenal. Salah aku ke? Aku dah terlambat?
Darren tergamam melihat gadis itu menangis kerananya. 'I'm so sorry, I have to do this for you, and for me.' bisik hati kecilnya. Dia mengetap bibir menahan geram pada diri sendiri. Namun dia lebih pantas mengawal riak wajahnya dari aku perasan.
"Why she crying?" soal wanita itu dengan wajah kasihan. Almaklumlah dia bukannya faham bahasa melayu. Darren hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Kenapa kau menangis?" soal Darren tanpa perasaan. Beku sahaja wajahnya.
Haih, aku pun tak tahulah kenapa air mata ni tak henti-henti nak mengalir depan mereka berdua. Buat malu sahaja.
"Nothing... just kinda disappointed."
Mata Darren tidak lepas merenung wajah cantik Delysha. Ingin sahaja dia menghapuskan air mata gadis itu. Kalaulah mampu, dah lama dia lakukan dan tarik tubuh Delysha masuk ke dalam pelukannya. Dia tak mampu melihat gadis yang dia cintai menangis sebegini. Tetapi dia ada sebab. Dan sebab itu hanya dia yang tahu.
" Saya mintak maaflah sebab tanya macam-macam. Saya ni yang bodoh sebab ingatkan awak masih lagi Darren yang saya kenal dulu. Saya ni bodoh sebab ingatkan awak masih cintakan saya sama macam dulu. Saya ni bodoh sebab masih tunggu awak, beria datang sini sebab nak jumpa awak. Saya sedar ni semua salah saya. Saya... saya mintak maaf." Tanpa sedar air mata menitis lagi. Aku menundukkan kepala. Tidak sanggup ingin menatap wajah lelaki itu.
Darren tergamam. Lekas sahaja lengan wanita itu dilepaskan semula. Lidahnya terkelu dan hatinya sakit mendengar kata-kata gadis itu yang sama sekali tidak benar.
"Kau tak bodoh, Delysha." Entah macam mana ayat itu boleh terkeluar dari mulutnya.
Aku mengelap air mata lalu memandangnya dengan mata yang merah. Hingus disedut perlahan. "Maksud awak?"
"Kau tak bodoh tapi kau sia-sia kan waktu kau untuk orang yang dah tak sayangkan kau. Balik sahajalah. Buang masa kau sahaja datang ke sini untuk orang yang tak perlukan kau." Darren menggenggam penumbuknya. Dia menjerit dalam hati.
Dia geram dengan mulutnya sendiri. Apasal mulut cakap lain, tetapi hati nak cakap lain?
Dia jadi serba salah apabila melihat Delysha yang semakin kuat menangis.
'Kau sia-sia kan waktu kau untuk orang yang dah tak sayangkan kau'.
Dia dah tak sayangkan aku? Dia sudah tidak perlukan aku? Allahu! Bodohnya aku selama ni kerana masih mengharap.
Jadi inikah pengakhiran cinta kami? Maybe yes. Mataku terpejam rapat. Sakit ya amat.
"Awak betul, saya memang patut sedar dari awal lagi semua ni. Dua tahun dah berlalu kan? Dua tahun! Saya minta maaf sekali lagi. Saya janji saya tak kacau awak dah lepas ni. Maafkan saya, terima kasih kerana sudah menjawab soalan yang berada dekat fikiran saya, assalamualaikum."
Aku mengesat air mata sebelum menghadiahkan dia senyuman pahit. Sebelum aku berlalu pergi, sempat aku mengerling ke arahnya buat kali yang terakhir.
'Selamat tinggal, Darren.'
Lelaki yang banyak mengajar aku erti kehidupan selama ini.
Rasanya tiada guna lagi kalau aku masih menyayangi orang yang dah tak sayangkan aku. Menagih kasih dan simpati pada orang yang tak sudi. Sakit sangat.
Hard to say but you have and you need to move on from him. We are nothing.
Just nothing.
***
Hujan rintik-rintik tidak membuatkan seorang gadis bernama Delysha mengalah untuk terus berjalan. Aku berjalan tanpa hala tuju. Fikiranku juga mula menerawang memikirkan kejadian tadi.
Yang sebenarnya... aku sesat. Mula-mula aku hanya ingin menenangkan fikiran sahaja di sekitar bandar Amsterdam ini setelah apa yang terjadi. Tapi entah bagaimana aku boleh tersesat. Dahlah waktu menunjukkan pukul 9 malam ketika ini. Aku yakin yang aku telah pun sesat di negara orang kerana aku memang tidak tahu jalan.
Tipulah kalau aku tidak takut. Malam-malam macam ni, aku masih lagi tidak tahu di mana aku berada. Fikiranku mula bercelaru dan buntu. Namun sakit dan sedih yang mencengkam lubuk hatiku membuatkan aku tidak kisah di mana aku sekarang. Kerana terlampau ikutkan hati, aku biarkan kesihatanku.
Perut aku sebenarnya sudah berbunyi-bunyi akibat kelaparan sedari tadi. Seingatku, aku hanya menjamah makanan pada tengahari tadi sahaja. Itu pun makanan yang agak famous di sini. Sudah semestinya bukan nasi. Jadi, perut aku memang sudah berbunyi ketika ini minta untuk diisi.
Kepala aku pula sudah berdenyut-denyut akibat terkena tempias hujan yang semakin lama semakin lebat dari tadi. Aku sendiri buntu mahu ke mana, dan buat apa sekarang. Bateri handphone pula sudah lama mati. Nak call Zara pun tak dapatlah ceritanya.
Jalan balik ke hotel pun aku tidak ingat. Masakan pula nak ingat. Baru sehari mereka di negara orang, dan aku sudah berani berjalan-jalan sendirian di sini. Tengok... aku sudah tidak ingat jalan pulang ke hotel.
Bila fikirkan semula kenapa aku boleh jadi sebegini, air mata aku mengalir lagi. Penat.
Ya, penat sudah aku menangis mengenangkan nasib yang menimpa diriku. Padahal semua ini berlaku disebabkan diri aku sendiri.
Aku kembali menangis mengenangkan nasibnya sekarang. Hatiku sakit sangat. Perut aku juga sudah memainkan peranan. Kepala yang sakit sudah mencengkam sehingga ke otak. Sakit sangat sampai aku tidak mampu.
Aku sudah tidak dapat menahan diriku lagi.
Dan akhirnya... aku rebah tidak sedarkan diri. Pandanganku mula kelam dan gelap.
****
10 malam.
Zara mundar-mandir ke sana dan ke sini. Dia panik, dan dia risaukan Delysha. Jam sebegini Delysha masih lagi tidak pulang. Kira-kira lima jam Delysha pergi dari tadi tanpa pulang ke rumah.
Risau yang dirasakan. Sudahlah gadis itu tidak membawa pursenya. Jalan balik rumah entah tahu entah tidak. Dia risau akan keselamatan kawannya. Pukul sepuluh malam pun Delysha masih tak balik-balik lagi. Batang hidung langsung tidak kelihatan.
Ini tak boleh jadi!
Zara cuba menelefon Delysha sekali lagi. Masih sama, tidak dijawab. Malah masuk voice mail.
Argh! Sudah berpuluh-puluh kali dia cuba menelefon gadis itu. Namun, tetap sama. Tak berjawab langsung. Hatinya semakin berdebar sakan. Risau. Apa yang dia nak jawab dekat Tengku Dina dan Faiq kalau apa-apa yang terjadi pada gadis itu nanti?
Ah, mampus dia.
Nyanyian lagu Pematah Hati by Nabila Razali itu mengejutkan dirinya. Pantas dia menjawab panggilan itu apabila nama Delysha yang tertera di skrin telefonnya.
Sebaik sahaja menekan butang hijau, dahinya sedikit berkerut. Suara perempuan mana pula yang jawab ini?
"Yes, I'm Zara, her friend. What? She at hospital now? Okay, I go to there! Bye, thank you!"
Terus panggilan itu di matikan. Zara kelam-kabut mencapai beg duitnya sebelum dia mengunci pintu hotel. Nasiblah perutnya sudah semakin membaik.
Agak tergamam Zara mendengar berita itu. Delysha di hospital sekarang? Ya Allah!
Apa yang sudah terjadi?
****
Sorry hambar sangat! Ada yang tunggu sis update ke tu? Hiks. 😰
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro