part 42
Aku melepaskan lelah di sebuah bangku kayu panjang di tepi jalan itu. Zara juga duduk di sebelahku dan kami mula mencarik nafas masing-masing. Penatnya!
Haih, aku dengan Zara sekejap ke sini sekejap ke situ. Banyak tempat yang kami pergi hari ini untuk jalan-jalan. Seronok itu memanglah, tapi penat juga terasa. Mungkin kerana jarang sudah kami mendapat peluang begini.
"Babe, kita nak pergi mana lagi lepas ni?" soal Zara ingin tahu. Aku memandangnya sekilas.
"Kita rehat dulu ya? Aku letih doh. Kau tak penat ke? Mesti kau penat jugak kan."
Sampai sahaja kami semalam di bilik hotel, terus tertidur tanpa sedarkan diri. Pagi ini kami sudah mula bersiar-siar ke tempat-tempat yang menarik untuk melihat keindahan yang tercipta di bumi Amsterdam ini. Sampailah ke petang, baru nak berehat. Haih, mananya tak penat kalau begini. Tak sabar sangat nak hang out, dan terlampau excited lah yang menyebabkan kami abaikan perasaan letih masing-masing.
"Aku pun penat jugak ni. Tapi penat aku tu hilang lepas dapat tengok pemandangan yang cantik-cantik dekat sini. Kita nak rehat dalam bilik ke macam mana ni?"
Aku menggeleng perlahan. "Taklah. Aku lapar. Jom cari restoran halal nak tak?" Mata sudah memerhati sekeliling. Ramai orang asing dekat sini. Yelah, negara orang. Tak akanlah orang-orang di sini mahu pakai tudung pula. Memang ada, tapi tidak ramai. Sekurang-kurangnya masih ada juga orang beragama Islam di sini.
Kemudahan awam seperti surau dan masjid pun banyak. Memudahkan urusan orang yang beragama Islam seperti kami ini untuk menunaikan solat. Alhamdulilah tak perlulah aku dan Zara bergegas balik hotel semula hanya disebabkan tiada surau berdekatan untuk menunaikan solat.
"Okay juga. Lepas ni, kita pergi Stedelijk Museum Amsterdam nak tak? Dekat sana macam best juga. Walaupun aku tak berapa suka muzium-muzium ni semua sebab membosankan. Tapi kali ni, kita pergi nak? Macam best juga. Apa salahnya kita pergi melawat tempat macam tu kan?" cadang Zara sambil tangannya ralit meneroka pak cik Google untuk mencari tempat-tempat menarik di sini.
Aku angguk sahaja. Aku pun tak suka pergi muzium. Tetapi nasib baik subjek Sejarah sewaktu SPM dulu aku tetap dapat skor A. Walaupun tak dapat A+ kerana aku tidak sukakan subjek yang perlu menghafal begitu.
"Tapi kan, aku pulak teringin nak pergi Keukenhof. Nak tengok bunga tulip dekat sana. Semua cantik-cantik tau. Kalau tangkap gambar mesti cantik kan?" Aku dah mula berangan. Berangan dan aku, memang berpisah tiada.
"Okay juga tu. Jomlah gerak. Nanti malam baru kita balik hotel." Aku mengangguk setuju.
****
"Zara, kau okay tak ni?" soal aku risau. Tadi dalam pada kami sibuk berjalan-jalan ke tempat yang menarik, tiba-tiba sahaja perut Zara meragam buat hal. Sebab makan banyak sangat mungkin.
Zara yang memegang perutnya itu mengangguk perlahan. Padahal muka dah merah padam dah. Tahan sakit macam itulah. Lagi nak cakap diri itu okay.
"Kau ni kan! Aku dah cakap dah jangan makan banyak sangat. Kita pun tak biasa makan dekat sini. Kau pula makan ke melantak tadi?" perli aku sengaja bercampur geram dengan sikapnya yang tidak mahu mendengar nasihat aku tadi.
Yelah, tadi aku dengan Zara elok sedap makan, tiba-tiba pula Zara mengadu sakit perut. Padahal kami makan makanan yang sama. Mustahil lah kalau keracunan makanan atau sebagainya. Kalau Zara kena, mestilah aku pun kena sekali. Tapi kami makan makanan halal. Cuma Zara makan lebih dari aku kerana dia sememangnya seorang yang kuat makan, berbanding dengan aku yang mudah kenyang.
Zara pandang aku tajam. Dia tengah sakit perut ni... sempat lagi aku membebel padanya. Yelah aku risau tau dekat dia. Sudahlah ini bukan Malaysia. Aku nak minta tolong sesiapa pun susah kalau apa-apa terjadi kerana risaukan keselamatan kami berdua pula nanti. Kami berdua dahlah perempuan. Itulah yang bahaya.
"Aku... aku rasa aku senggugut la. Aduh, aku nak rehat sekejap kalau macam ni. Kau tolong belikan aku... minyak atau ubat... boleh?" pinta Zara tergagap-gagap. Sakit yang mencengkam menyusahkan dirinya untuk bersuara.
Aku berdecit. Mana nak datang minyak dekat Amsterdam ini. Dia fikir sekarang ini mereka dekat Malaysia ke? Kalau ada pun ubat yang di minta dan selalu pakai itu, sudah semestinya tidak sama dengan yang dekat Malaysia punya.
"Hish, tak payahlah beli. Aku ada bawa dalam luggage. Untuk langkah berjaga-jaga. Ada dalam beg aku tau. Aku nak pergi ambil angin sekejap dekat luar sana tu. Kau okay kan duduk bilik sorang-sorang?" soal aku risau.
Zara mengangguk. "Aku... okay."
"Kalau macam tu, kau rehat okay? Aku pergi dulu. Kunci pintu ni jangan lupa."
***
Ya Allah, cantiknya ciptaanMu!
Sungguh indah tempat ini. Entah kenapa aku berani sangat nak naik cruise ini seorang diri. Sudahlah hari semakin nak senja. Nasib tak ramai sangat orang lain naik cruise ini dengan aku waktu begini.
Jadi apa lagi? Selfie time!
Aku cuba untuk berdiri bagi mendapatkan kedudukan yang cantik di dalam gambar. Tudungku yang ditiup angin mencantikkan lagi gambarku. Barulah nampak betul-betul di atas laut.
Click!
Aku tersenyum melihat gambar yang baru sahaja aku ambil di Amsterdam City Canal Cruise itu. Serius cantik betul pemandangan di sini. Air laut pun bersih sahaja.
Tiba-tiba tektik jahat muncul di fikiran. Aplikasi WhatsApp dibuka dan chat Faiq dicari.
Faiq Sengal:
(Send photo)
Cantik tak? Hehehe! Jangan jeles tau.
Saya dah ajak awak tak nak ikut.
Jahat kau kan Delysha? Ehek, apa salahnya. Suka betul aku kenakan lelaki itu.
Ting!
Amboi cepat betul mamat ni balas. Kata sibuk sangat semalam. Huh, mamat tu memang.
Faiq Sengal:
Fikir aku heran ke hah? Bukan nak cakap thank you dekat aku ke apa. Ini nak bajet tunjuk tempat menarik konon. Takpe, takpe. Nanti honeymoon, aku bawa kak Ema datang sana tu!
Aku tergelak kecil. Sengaja betul Faiq. Baru pagi tadi aku menelefon ummi untuk memberitahu bahawa aku dan Zara sudah selamat sampai semalam. Dan aku sudah mengucapkan berkali-kali terima kasih pada Faiq. Tetapi mamat tu... ada hati nak honeymoon konon!
Delysha:
Hah teruskan la angan-angan awak tu!
Berhoneymoon jangan lupa ajak saya! √√
Faiq Sengal:
Eh! Buat apa aku nak bawak kau? Eleh kata pergi sana sebab nak cari jodoh yang terbuang! So good luck sistur hahaha your brother support dari jauh.
Mataku membulat besar membaca ayat tersebut. Apa dia kata? Jodoh yang terbuang? Perli aku lah tu! Aku tak buang dia... tapi aku nak tengok dia bahagia dengan orang lain. Last-last benda itu memakan diri aku sendiri kerana aku sedar aku tak boleh hidup bahagia tanpanya.
Malas aku layan Faiq dah... menyakitkan hati! Aku nak sakitkan hati dia, alih-alih hati aku yang sakit!
Handphone diletakkan di dalam beg semula. Aku menarik nafas seketika dan mata menikmati keindahan laut yang membiru. MasyaAllah, tenang saja rasa. Cantik pulak tu.
Dalam pada aku melihat keindahan, aku ternampak seseorang yang aku cukup kenal berhampiran dengan tempat yang aku duduk sekarang. Cuma selang tiga buah kerusi sahaja dari aku dan mereka menghadap belakang.
Tapi aku kenal siapa lelaki tu... cukup kenal walaupun aku masih tidak nampak wajahnya dengan jelas.
Lelaki yang selama ini aku cari rupanya berada dekat dengan aku sekarang.
Ya Allah!
Tak sangka aku bakal bertemu dengannya di sini. Maknanya betul dia menetap dekat sini selama ini? Baru sehari aku dekat sini, aku dah dapat jumpa dia. Belum cari lagi, aku dah jumpa dia! Jodoh kuat ke macam mana ni?
Senyuman terukir. Darren masih sama seperti dulu. Masih lagi handsome macam dulu. Smart bergaya! Muka kerek dia itu tak pernah berubah dari dulu lagi. Apalah yang dia ralit sangat dengan telefon itu?
Tapi sekejap, Darren tidak keseorangan. Ada seorang perempuan dengannya!
Siapa perempuan sebelah Darren itu? Kenapa mereka macam rapat semacam saja? Sesekali Darren mesti pandang perempun itu dan mengukir senyuman buat sang gadis. Lalu mereka berbual sambil tersenyum. Sudah seperti pasangan kekasih!
Ah, mungkin kawan dia saja kan? Okay Delysha, don't overthinking.
Patut ke aku tegur dia? Nanti dia mesti terkejut macam mana aku boleh ada dekat sini pula kan. Tapi peluang yang ada, jangan disia-siakan. Nanti kalau dia pergi, aku nak cari dia dekat mana lagi? Amsterdam ini luas!
Tapi perempuan tu... macam mana pula kalau perempuan sebelah dia tu, girlfriend baru dia? Atau ada hubungan dengan Darren? Dia dah ada pengganti mungkin?
Tak mungkin! Hatiku berteriak menafikan segala spekulasi yang menyakitkan itu.
Lama berfikir, dan aku sudah buat keputusan. Aku rasa aku memang patut tegur dia. Yeah, aku yakin kali ini. Buat apa aku datang sini kalau nak berhadapan dengan dia pun aku rasa takut?
Baru sahaja aku ingin melangkah, mataku melilau memandang tempat tadi dan aku mula bangun memandang sekeliling.
Darren dengan perempuan tu dah tak ada!
Dia dah pergi ke? Bila? Kenapa aku tak nampak pun! Ya Allah Delysha, kau cuai ni! Tengok Darren dah pergi pun kau tak perasan.
Sampai hati dia. Aku tak sempat lagi tegur dia!
Tapi betul ke itu dia? Atau orang lain? Tak, aku tak boleh berputus asa. Aku yakin itu dia... Darren yang aku kenal. Tapi kenapa dia lain? Dia sudah berubah ke?
Semakin banyak persoalan yang membelenggu diri aku sekarang. Otakku mula mencerna segalanya.
Aku kena cari dia! Dan selesaikan semuanya secepat yang mungkin. Lagi lambat aku bertidak, lagi banyak soalan yang bermain di fikiran aku. Aku perlukan jawapan. Dan aku harus bertindak cepat. Aku kena cari Darren. Aku tahu Darren memang ada di sini. Aku kena cari dia jugak. Secepat yang mungkin!
Tapi persoalannya, nak cari dekat mana?
****
Maaf pendek chap kali ini.
Sesiapa yang dah vote tu, terima kasih. ☺️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro