Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 4

Wajah Delysha yang ketakutan itu direnung sedalam-dalamnya. Delysha juga sama, merenung lelaki itu sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Segan yang dirasakan.

Kenapa lelaki ini muncul sebagai hero dalam hidupnya?

Darren menahan ketawa melihat wajah Delysha yang sudah merah kerana malu mungkin dengannya.

"Kau okay?"

Delysha terkedu. Soalan jenis apakah ini? Orang hampir kena rogol boleh dia tanya okay ke tidak?  Tak ada soalan lain ke apa mamat ni!

"Okay," balas Delysha pendek dan sepatah. Darren mengangguk dan tangan Delysha ditarik kasar. Delysha terpinga-pinga lalu meronta-ronta minta dilepaskan. Dia takut.

Darren berhenti berjalan seketika. Pegangan tangan Delysha dilonggarkan sedikit. Wajah ketakutan Delysha membuatkan dia tersenyum kelat.

"Aku. Hantar. Kau. Balik." Satu-persatu patah perkataan yang Darren sebut. Dia tidak mahu Delysha salah sangka dengan tujuan sebenar dan niat baiknya pada gadis itu.

Delysha menggeleng pantas. Dia tidak mahu balik sekarang. Lagi-lagi dengan lelaki ini.

"No, it's okay. Saya pulang dengan kawan saya, Zara. Kejap lagi kami nak balik juga," jawab Delysha pantas. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Darren merenung tajam anak mata gadis itu sehinggakan Delysha terpaku sendiri.

"I said no. Aku hantar kau. Kau nak dengar cakap ke tidak?" Tekan Darren tegas. Dia tak suka orang yang melawan kata-kata dia.

Sekali lagi Delysha menggeleng laju. Mana boleh dia pulang sesuka hati. Dia masih perlu bekerja sehingga tengah malam. Dan barulah dia boleh pulang kerana waktu bekerja sudah selesai.

Darren mendengus geram. Degil! Gadis ini sungguh degil. Keras kepala!

"Kau nak balik ke tidak?"

Darren menghampiri Delysha lalu tubuh itu dihimpitnya pula. Kedudukan yang sama seperti Adrian lakukan tadi. Tiada ruang lagi untuk gadis itu hendak melarikan diri. Delysha tergamam. Dia sedikit gugup dan gementar. Tetapi dia tidaklah berasa takut seperti tadi walaupun Darren melakukan perkara yang sama seperti Adrian.

"Sa... saya kerja lagi," terang Delysha gugup. Waktu kerjanya belum berakhir.

Darren terdiam. Kerja? Sekarang, barulah dia faham. Tangan gadis itu digenggam erat.

"Don't worry, aku selesaikan. Dah jom."

Tangan Delysha ditarik lalu membawa gadis itu ke arah kereta. Delysha mengeluh dalam keterpaksaan. Dia akur sahajalah. Lagi pun dia sudah tiada mood untuk bekerja lagi. Tetapi jujur Delysha katakan, dia berasa lebih selamat bersama dengan lelaki ini. Entah kenapa, perasaan itu muncul.

Pintu kereta Audi 8 Darren dibuka olehnya untuk Delysha masuk. Gadis itu nampak terkejut melihat kelakukannya itu. Mungkin tak menyangka bahawa dia akan membuka pintu untuknya. Lambat-lambat gadis itu masuk juga ke dalam kereta. Darren tersenyum sinis. Dia pula masuk di bahagian pemandu.

Enjin kereta dihidupkan. Delysha masih diam di sisi tepi sambil merenung di luar tingkap. Entah apa yang menarik pun dia tidak pasti.

Darren yang memandu itu merenung segenap raut wajah putih mulus Delysha. Walaupun dari tepi, Delysha masih nampak cantik di matanya. Dia sendiri terkejut apabila gadis yang dia lihat sebentar tadi adalah Delysha. Gadis yang sedikit sebanyak telah mencuit hatinya. Hurm, entahlah. Hatinya yang tergerak untuk membantu Delysha tadi.

"Kenapa kau tak call aku?"

Delysha yang ralit memerhatikan pemandangan malam di luar tingkap, mula tergamam mendengar soalan itu. Call dia? Seminit berfikir barulah dia mengerti apa maksud lelaki itu.

"Tak penting." 

Selamba sahaja Delysha menjawab. Tapi betul lah, buat apa dia nak telefon lelaki itu sedangkan mereka tiada apa-apa kaitan? Dia nak cakap apa pun kalau dia telefon Darren? Lebih baik, dia biarkan sahaja dan tidak melakukan apa-apa. Alih-alih sebulan kemudian, dia ditemukan semula dengan lelaki ini. Siapa sangka bukan, perkara begini akan terjadi.

Darren merenung tajam wajah selamba Delysha. Senangnya dia balas.

"Aku tunggu kau call aku. Tapi hmm tak ada pun. Aku tak penting bagi kau?"

Ya Allah, mamat ni. Siku juga nanti!

"Awak buat apa dekat situ tadi?" soal Delysha ingin mengubah topik perbualan antara mereka.

"Mengelat pulak dia." Darren tersenyum senget. Dia tahu bahawa gadis itu malu untuk menjawab soalannya. Nampak wajah Delysha seperti udang bakar. Delysha senang malu rupanya. Satu perkara baru yang dia tahu tentang gadis itu selain gadis itu seorang yang degil dan kuat melawan.

"Dah nama pun kelab malam, menarilah. Tenangkan diri. Cari awek. Enjoy with my friends."

Delysha mencebik. Tanya satu soalan jawabnya banyak pula.

"Kau pulak buat apa dekat tempat macam tu?" Sengaja Darren menyoal. Padahal dia sudah tahu dan dapat mengagak kenapa Delysha berada di situ. Lagi-lagi Delysha sendiri yang cakap tadi bahawa gadis itu masih tidak boleh pulang kerana waktu bekerja.

Delysha terkedu mendengar soalan tersebut. Erm, tak akan dia nak jawab benda betul kot? Ah, dia malu. Tapi buat apa nak malu? Mamat ni bukannya suka dia pun! Biarlah dia tahu. Nak fikir apa pun, biarkan sahaja. Bukan urusan dia.

"Saya kerja."

Darren mengukir senyuman sinis. Good! Perempuan ini bercakap jujur dengannya. Memang itu yang dia nak dengar.

"Tapi bukan kau kerja dengan kak Reena ke?" soal Darren lagi, sengaja. Ingin mengorek rahsia. Delysha mengeluh kecil. Sibuk pulak mamat ni nak tahu hal dia!

"Saya terpaksa. Kenapa? Jijik dengan saya?" Delysha mula beremosi. Sedih pulak dia apabila lelaki itu seolah-olah mengejeknya dalam diam.

"Sebagai pelacur?"

Delysha tergamam lagi. What the...

"No! And this is none of your business!"

Geram pula Delysha jadinya. Selamba sahaja pemuda ini menuduhnya bukan-bukan. Hina sangatkah dia di mata lelaki ini? Di mata semua orang?

Darren tersenyum sinis lagi.

"Aku tanya je. Delysha, kau hampir kena rogol tau tadi. Kau masih nak ego? Nak berdegil? Melenting marah pada orang yang dah selamatkan kau?"

Bam!

Delysha tersenyum kelat. See? Nampak sangat tak ikhlas. Dia tolong aku sebab kesian saja, Delysha. Bukan dia suka kau. Baru sekali jumpa kau boleh tersangkut dengan mamat ni? Dungunya kau! Open your eyes, please.

"Saya tak mintak pun awak tolong. Dan saya tak perlukan bantuan awak. Kalau rasa tak ikhlas, baik tak payah tolong. For your information, I don't need your help okay!" 

Kemarahan Delysha semakin berganda-ganda. Lagi-lagi melihat wajah lelaki itu seperti sedang mengejeknya. Hatinya sakit kerana dia tahu lelaki itu bukan ikhlas membantu. Malah lagi menyakitkan hati.

Sinis sahaja muka Darren. Peduli apa dia dengan kata-kata sombong Delysha itu? Ouh, kau nak main dengan aku? Okay, kita tengok kau perlukan bantuan aku atau tidak. Masih nak berdegil. Orang dah tolong, banyak bunyi pula. Hati Darren sedikit terusik sebenarnya.

Keretanya sudah break di tepi jalan. Delysha tergamam. Dia seperti sudah tahu apa yang lelaki itu mahu lakukan. Hah sudah. Darren nak tinggalkan dia ke apa? Pintu kereta sudah dibuka oleh Darren. Tegang sahaja wajah lelaki itu kini. Dia memandang Delysha dengan dingin.

Marahkah lelaki itu dengannya? Alamak habislah dia. Dia sudah buat lelaki itu terasa.

"Turun sekarang!"

Saat ini Delysha sudah menyesal dan memaki hamun dirinya sendiri. Kenapa mulut ni celupar sangat? Dahlah tempat apa yang mamat ni berhenti pun dia tidak pasti. Yang pasti nampak menakutkan. Gelap! Sunyi! Kosong! Dan ya, menggerunkan sungguh! Delysha menjadi takut tiba-tiba. Dia tak nak turun!

"Kita buat apa dekat sini?"

Darren tersenyum sinis. Dia menahan pintu kereta dari tertutup dengan sendiri.

"You said you don't need my help anymore, right? So, aku hantar kau dekat sini jelah. Aku gerak dulu."

Darren berura-ura ke arah keretanya semula apabila Delysha sudah turun dari kereta seperti apa yang dia pinta. Dia mula meninggalkan Delysha yang masih merenung sekeliling dengan wajah yang ketakutan. Agak seperti hutan di sini.

Darren berpaling seketika untuk memandang Delysha yang jelas ketakutan di wajahnya.

"Oh ya. Aku baru teringat. Sini banyak perogol-perogol yang gatal tau. Diorang selalu lepak dekat sini sambil tunggu mangsa dekat tempat sunyi macam ni. So, aku just nak kau berjaga-jaga. Bye." Selepas menyatakan perkara itu, Darren kembali ke arah kereta semula.

Sengaja dia ingin menakut-nakutkan lagi gadis itu. Nampak sangat wajah Delysha yang ketakutan bila mendengar berita rekaannya itu. Enjin kereta dihidupkan perlahan-lahan. Terus   ditinggalkan Delysha di situ. Tak perlukan bantuan aku sangat kan? Nah, try duduk situ.

Dia dahlah seorang yang pantang dicabar. Lagi-lagi gadis yang degil seperi Delysha, sangat menyakitkan hatinya.

Delysha pula hanya memandang kosong kereta Darren yang telah pergi jauh. Dia memandang sekeliling lagi. Gelapnya. Bunyi cengkerik menambahkan lagi ketakutan di hati. Tempat apa ni? Delysha sudah meremang. Seram sejuk. Dengan bajunya yang terdedah membuatkan dia sejuk di malam hari. Nyamuk juga banyak.

Delysha melangkah ke hadapan. Secara tiba-tiba dia terdengar bunyi laungan dan jeritan. Dia mati kata. Entah dari mana datangnya bunyi tersebut.

Dia takut!

Sampai hati Darren! Dia benci lelaki itu! Jahat. Kejam. Sampai hati. Sanggup tinggalkan dia! Kalau dia tahu, memang taklah dia nak ikut lelaki itu yang ingin menghantarnya pulang ke rumah.

Delysha sudah menangis ketakutan.

Tiba-tiba Delysha berpusing memandang belakang. Dan dia menjerit lantang. Ya Allah,  apakah itu? Benda putih? Apa benda tu? Delysha menggosok matanya. Takut dia salah tengok sebab terlampau takut dan fikirkan perkara itu.

Dia menangis tanpa sedar.

***

Darren memandu dengan perlahan. Dalam fikirannya, mula memikirkan Delysha yang keseorang di tempat itu. Tiba-tiba dia rasa perkara yang dia buat tadi adalah benda yang paling bodoh. Hatinya tidak sedap. Delysha seorang diri di dalam gelap! Rambutnya diraut kasar. Bengang dengan kebodohan sendiri. Dia terlampau ikutkan perasaan amarah sehingga tidak sedar apa yang dia sudah lakukan tadi.

Darren terus mengambil keputusan untuk berpatah balik ke tempat tadi tanpa berfikir lagi. Kalau jadi apa-apa pada gadis itu... dia tidak akan maafkan dirinya sendiri!

Ah, apa yang kau dah buat ni?

****

Delysha berlari ke tempat yang agak terang. Ada satu lampu malap di tepi tiang. Dia mula melutut di situ. Berkali-kali dia beristigfar menenangkan diri. Tak, bukan. Itu bukan hantu! Ah, ya Allah. Selamatkanlah dia.

Air mata menitis lagi. Badannya menggigil ketakutan yang amat. Dia melutut sambil menangis teresak-esak. Mula membayangkan nasib dirinya yang sangat malang hari ini.

"Delysha."

Delysha mengangkat wajahnya apablla namanya di seru. Dia terkejut melihat wajah Darren yang  nampak serba salah di pupil mata, sebelum dia berlari memeluk tubuh jejaka itu. Tindakan yang tanpa dia sedar.

Ya Allah, sungguh dia takut!

"Darren, say... saya takut," rengek Delysha teresak-esak. Tubuh Darren dipeluknya erat. Melepaskan tangisannya di situ tanpa memikirkan apa-apa lagi.

Manakala Darren sudah tergamam. Dia sangat terkejut. Dia fikir Delysha ingin memarahinya atau memukulnya kerana tinggalkan gadis itu. Rupanya bukan, gadis itu malah memeluknya dengan erat. Sehinggakan Darren sendiri terkedu kerana dia dapat merakan badan Delysha agak menggigil. Tubuh Delysha yang menggigil ketakutan itu dipeluk juga. Dia membalas pelukan Delysha dengan hati yang luluh.

Ya Allah, sumpah dia rasa serba salah. Apa yang dia buat tadi? Kenapa dia buat macam tu?

Delysha menangis teruk kot. Siap menggigil lagi. Takut sangat dia. Darren dihimpit rasa serba salah. Delysha masih lagi memeluknya erat sambil menangis. Gadis ini nampak sungguh takut. Darren mengeluh sambil kepala Delysha diusap dengan penuh kelembutan. Lagaknya seperti seorang ayah kepada anak perempuannya sahaja.

" I know it's my fault. I'm so sorry." 

Dilabuhkan satu ciuman di atas kepala Delysha yang ditutupi rambut. Sungguh dia tidak pernah rasa serba salah begini. Delyshalah gadis pertama. Darren kesal dengan perbuatannya sendiri.

Dia berjanji, dia akan lebih menjaga Delysha dengan lebih baik selepas ini. Itu janjinya.

*****

Jangan lupa:

*Vote
*Comment
*Share... tiberr .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro