Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 39

 "Awak, kita dah nak balik ke?" soal aku sedikit kekok. Lepas apa yang dia cakap semalam, terus aku jadi begini. Awkward nak bercakap dengan dia, nak berhadapan dengan dia.

Weyh, sumpah aku tak percaya yang selama ini dia suka dekat aku? Wah, rasa lawak pun ada.

Eeee, kalau dia tak confess dekat aku semalam, aku tak akan jadi awkward  macam ini. Nak bercakap dengan dia pun bila perlu sahaja. Kalau tak, masing-masing mendiamkan diri. Ya, itulah perkara yang terbaik untuk kami berdua. Aku masih lagi dalam dilema.

Dan Faiq pula mungkin sedang malu? Eh tak akanlah kan nak malu dengan aku?

Faiq pandang aku sekejap.

"Haah, aku ada kerja dekat pejabat. Kau siap cepat! Aku dah lambat ni. Jangan lama sangat kemas tu. Aku banyak kerja lain lagi." Sempat Faiq berpesan sebelum dia melangkah ke bilik hotelnya yang berada di sebelah bilik aku.

Aku pandang dia tidak lepas setelah Faiq sudah pun masuk ke dalam biliknya. 

Kenapa mamat tu?

Dia nampak lain. Cara dia bercakap dengan aku, terasa agak berbeza dari sebelum ini.

Selalunya ada saja perkara yang dia nak sakitkan hati aku. Lagi satu, kenapa dia tak ada tanya aku langsung tentang lamaran semalam? Dia dah lupa atau buat-buat lupa?

Atau dia mainkan perasaan aku saja semalam?

Ah, lantaklah. Lebih baik aku kemas cepat. Nanti singa tu marah aku pula. Tak kuasa nak dengar dia membebel. Sudahlah aku tengah kekok dengan dia sekarang ini.

****

Bagus sangatlah macam ini. Aku diam, dia pun diam. Kami berdua langsung tak bercakap dari tadi hingga sekarang. Selama beberapa jam dalam perjalanan ini, langsung tiada suara yang keluar. Hanya telatah penyampai radio sahaja yang menyapa halwa telinga sejak tadi.

  Haih! Apa nak jadilah ini. Dah macam kami ini berperang dingin pula. Padahal okey saja. Tak adalah sampai berperang pun.

Dia pun langsung tak tengok aku. Entah apalah yang mamat itu tengah fikirkan. Dia dahlah mempermainkan aku semalam. Sampai hati. Entah dia jujur entah tidak pengakuan semalam itu.

Nasib ada bunyi radio yang menghilangkan rasa bosan aku. Hm, sekurang-kurangnya tak adalah aku jadi patung cendana dekat sebelah dia ini.

"I'll be loving you forever... deep inside my heart you'll me never, even if you took my heart and tore it apart. I would love you still, forever."

Lagu Forever yang dipasangkan di corong radio membuatkan mulutku terkumat-kamit menyanyi mengikut rentak lagu tersebut.

Faiq pandang aku sekilas dan dia berdecit.

"Kau tak boleh diam ke?"

Aku tersentak.

Aik, mamat ni marah aku sebab aku menyanyi ke? Aku rasa aku menyanyi perlahan saja tadi. Dia dengar ke?

Well, suara aku kan sedap sebab itulah dia boleh dengar. Ahaks!

"Maaf, andai kau terluka, maaf ku tak sengaja, tanpa sedar, sakiti mu... Sesalku."

Sengaja aku menaikkan amarah Faiq dengan menyanyi lagu Peluang Kedua dari Nabila Razali yang kebetulan dipasang di corong radio kini.

Faiq pandang aku tajam. Seperti mahu menelan aku hidup-hidup.

Aku apa lagi? Terkekek-kekek ketawa. Seronok dapat kenakan Faiq. Yelah, muka mamat itu asyik masam saja dari tadi. Cakap dengan aku pun tak, apatah lagi nak pandang aku.

Yang sepatutnya marah adalah aku.

Yang sepatutnya rasa awkward, aku.

Bukan dia.

Apalah Faiq Idlan ini. Tak akanlah dia malu dengan aku? 

"Kau sengaja kan?"

Aku tersengih. Eh! Aku nyanyi lagu maaf untuk dia pun dia masih marahkan aku. Apalah nasib. Apa yang aku buat sampaikan dia marahkan aku pun aku tak tahulah. Eeee, pelik-pelik saja mamat ini.

 "Sengaja apa? Betul la saya mintak maaf dekat awak tadi sebab nyanyi dalam kereta awak. Walaupun alasan tu agak pelik, tapi tak apalah. Sebab awak tu yang pelik. Dan awak memang dah dilahirkan dengan watak yang pelik-pelik," jawabku tidak mahu kalah. 

Faiq mendengus geram. Eh minah ini kalau tak sakitkan hati dia memang tak boleh ke?

"Diamlah kau!"

Aku tersengih. Baru nak bercakap dengan aku dia ini. Ingatkan dah bisu tadi.

Eh!

Lupa pula yang aku ada benda nak bincang dengan dia. Tapi patut ke aku tanya dia sekarang? Tak kacau mood dia yang macam sudah mula selesa semula dengan aku tu ke eh? Ah, tanya sajalah. Kenapa aku pula yang serba salah ni? Padahal dia yang mulakan.

Just asking like usual, Delysha.

"Err awak," panggil aku perlahan. Faiq memandang aku sekilas.

  "Hah, kau nak apa? Nak aku pasangkan lagu poco-poco pulak ke untuk kau?" soal Faiq sinis.

Aku mencebik menyampah. Jahatnya! Aku baru nak tanya dia soalan.

"Bukanlah! Saya nak tanya awak something ni!"

Aku membasahkan bibir seketika. Aduh, apasal aku pula yang nervous ni.

"Apa dia? Kau nak tanya yang suara kau nyanyi tadi sedap ke tak kan? Sudah semestinya jawapan dia tak sedap! Suara macam katak nyanyi masa waktu hujan adalah." Faiq tergelak mengejek.

Membulat mataku merenungnya. Eeee, tengoklah itu. Tengoklah perangai babun dia itu. Aku belum habis cakap lagi dia sudah menyampuk. Apa masalah dia pun aku tak tahulah. Tak menyabar. Dahlah cakap suara aku macam katak. Sampai hati hiks. 

"Saya nak tanya awak, betul ke apa yang awak cakap dekat saya semalam tu? Apa maksudnya atau tidak?" Malas sudah aku nak berdolak-dalih dengan dia ini. Jadi aku pun memberanikan diri untuk beterus-terang saja. Nanti ada saja benda yang dia nak menyampuk. Penyibuk betul!

Dahi Faiq berkerut sedikit.

"Apa yang aku cakap semalam?"

Sah.

Ini memang dah confirm. Dia cuma nak main-mainkan aku saja. Kalau tak, takkan dia tanya aku semula apa yang dia cakap semalam.

Nak beritahu ke tak ya? Nak ke tak? Haih, susahlah macam ni.

"Pasal awak ajak saya... err kahwin tu. Betul-betul ke main-main?"

Haish Delysha, Delysha. Nak tanya benda mudah macam itu pun susah bukan main.

Faiq tersentak.Tak sangka agaknya aku akan tanya soalan macam itu dekat dia.

"Kalau aku cakap betul, kau terima ke?"

Hah sudah!

Mamat ini nak main-mainkan aku lagi ke apa? kalau betul dia ajak aku kahwin, adakah aku akan terima dia? Weh, boss aku tu. Tak akanlah mudah-mudah macam tu saja aku terima dia.

Kalau aku terima dia... tapi aku cintakan orang lain, tak guna juga. Mungkin aku kena tunggu perasaan ini hilang dulu rasanya.

Perasaan apa tu? Perasan sayang, cinta pada orang yang salah.

"Saya sebenarnya..."

Aku menyusun ayat terlebih dahulu. Dan aku pasti aku sudah punya jawapan buat soalannya itu. Jawapan dia sama ada, ' terima' atau 'tidak' sahaja.

"Kau apa?"  soal Faiq tidak sabar.

"Saya sebenarnya..."

***

Stress!

Balik sahaja dia dari Pulau Pinang, dia baru sahaja dapat tahu yang syarikat papanya di Amsterdam ada masalah. Masalah apa pun dia belum pasti lagi.

Sudahlah tiada siapa yang papanya harapkan kecuali dia. Darren buntu.

Amsterdam... jauh tu.

Masalah di sana pula teruk sehinggakan bertahun-tahun dia perlu menetap di sana. Huh!  Dah tentulah dia tak nak terima. Tapi bila tengok wajah papanya yang begitu harapkan dia pergi, dia jadi serba salah.

Anak jenis apa kalau tak boleh membantu ibu bapanya dalam kesusahan? Tambahan pula ayahnya jarang meminta dia buat sesuatu dengan wajah yang serius seperti tadi.

Teringat kembali kata-kata papanya pagi tadi.

"What pa? Amsterdam? Jauhnya. Kenapa Iyan pulak yang kena pergi sana dan selesaikan masalah? Kenapa tak suruh uncle Wong je yang uruskan sebab dia memang uruskan syarikat di sanakan?" soal Darren menyoal apa yang dia tidak puas hati. Jauh tu.

Tengku Malik mengeluh.Tahu sangat anaknya tidak akan terima. Dia pasti sangat dah apa jawapan anaknya ini. Jawapannya, sudah semestinya tidak setuju. Dan tak akan sama sekali setuju.

"Tolong papa, Iyan. Papa cuma harapkan kamu je. Lagi pun, papa percayakan Iyan. Iyan mesti boleh uruskan syarikat kita yang hampir muflis tu kan? Tolong papa, Iyan. Bantu uncle Wong di sana. Syarikat sini, biar papa dan Ryan yang uruskan. Please Iyan... papa tak pernah minta Iyan buat sesuatu. Tapi kali ni tolonglah papa," ujar Tengku Malik sangat berharap.

Darren pandang wajah berharap papanya itu. Dia mengeluh kecil.

"Bagi Iyan masa untuk fikir dulu, pa. Lagi pun masalah tu makan bertahun untuk selesaikan," putus Darren.

"Boleh, tapi tolong jangan lama sangat. Masalah di sana akan lebih teruk nanti. Papa betul-betul berharap yang kamu tak akan hampakan harapan papa." Darren hanya mampu mengangguk kecil.

Dia tak sanggup untuk melihat wajah kecewa papanya. Dia tak sanggup untuk menghampakan harapan papanya itu.

Tetapi ada baiknya juga dia pergi dan menetap di sana. Dia bukan ada apa-apa tujuan lagi di sini.

Kerana gadis yang dia cintai telah pun membencinya. Hati lelaki mana sahaja yang tidak sakit apabila orang yang dia sayang sudah melupakannya? 

Teringat kembali kata-kata Delysha semalam.

"Ya, saya mengaku yang saya kenal awak. Tapi semenjak apa yang dah jadi hari tu, saya dah berjanji yang saya tak akan jumpa dengan lelaki yang bernama Iyan Shah Darren lagi. Awak, saya dah move onAwak pun kena buat perkara yang sama. Awak, saya tahu awak boleh hidup tanpa saya kan? Jadi, saya nak sangat awak jangan kacau hidup saya lagi. Walaupun awak di fitnah sekali pun, tapi saya dah tak ada perasaan lagi pada awak."

"Betul ke kau dah benci aku?"

"Ya. Saya dah lupakan awak pun. Awak sedar tak yang mama awak tak pernah sukakan saya? Awak sedar tak yang Arissa suka awak? Jadi saya harap sangat awak tak muncul lagi dari hidup saya!"

"Betul kau dah tak ada perasaan dekat aku?"

"Y... ya,"  jawab gadis itu perlahan sambil menundukkan wajahnya.

"Kenapa? Sebab kau suka jantan Faiq tu kan?" sangkal Darren kecewa.

"Kalau betul pun kenapa? Awak ada masalah?"

Darren mengeluh. Tak guna lagi dia berada di sini kalau gadis itu pun dah lupakannya Jadi, dia juga harus buat perkara yang sama. Jika melupakan itu adalah perkara yang terbaik buat mereka berdua, dia pun akan buat perkara yang sama.

Intercom ditekan.

"Kak Linda, tolong cakap dengan papa saya yang saya jadi ke Amsterdam. Dan akak tolong booked ticket flight saya ke sana ya?" pinta Darren dengan berat hati.

"Baiklah Encik Iyan."

Darren mengeluh. Betul ke keputusan yang dia lakukan sekarang?

"Maafkan aku, Insyirah Delysha."

Dia teringat kembali kata-kata gadis itu semalam.

"Kenapa? Sebab kau suka jantan Faiq tu kan?" sangkal Darren kecewa.

"Kalau betul pun kenapa? Awak ada masalah?"

Dia sudah ada pengganti rupanya. Baguslah. Faiq pun sama kaya, baik, kacak sepertinya. Tak mustahil bahawa Delysha tidak akan jatuh hati dengan lelaki itu bukan? 

Kalau betul lah yang Delysha sukakan Faiq, dia tidak mintak banyak. Cuma dia harap lelaki itu mampu membahagiakan Delysha.

"Faiq, tolong jagakan dia untuk aku." 

Dengan cara melupakan boleh buang perasaan dia terhadap gadis itu, dia akan cuba.

'Aku perlu lupakan kau, seperti mana kau lupakan aku...'

'Aku kena kuatkan semangat untuk lepaskan kau pergi, Delysha.'

'Sumpah, aku sayang kau sangat-sangat.'

Ada saatnya,
Kita harus melepaskan seseorang,
Bukan kerana tidak mencintainya,
tetapi demi menjaga hati kita sendiri
agar tidak terluka lagi oleh sikap yang sama,
dan orang yang sama.

"Jika ini la jalan yang terbaik, ajari aku cara merelakan tanpa harus membenci..."

Nak Darren ke nak Faiq hm? 😂♥️
Dah terlambat. Darren dah putus asa pun. Hekhekhek :-)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro