Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 38

"Encik Iyan buat apa ni?"

Terus aku menyoalnya dengan marah. Apa dia ini? Sesuka hati dia saja masuk campur. Tumbuk-tumbuk orang pula. Tak malu ke?

Darren berdiri betul-betul di hadapan aku. Dia memandang aku.

Bila Darren tengok aku, hilang sedikit perasaan marahnya terhadap Adrian. Terus riak wajahnya berubah seperti biasa. Tidak setegang tadi.

"Aku buat apa? Kau tak nampak ke apa yang dia cuba buat dekat kau?" soal Darren panas hati.

Aku mengeluh. Darren dah salah faham ini.

"Encik Iyan, tolonglah jangan masuk campur. Encik siapa je yang nak sibuk dalam urusan saya? Saya hormat Encik sebagai client pada boss saya. Tapi tolonglah, jangan masuk campur dalam urusan saya."

Aku mendengus kecil. Entah macam manalah aku dapat kekuatan cakap macam itu dekat Darren. Padahal aku pun tak sampai hati juga sebenarnya.

Darren tercengang. Dia memandang aku seolah-olah tidak percaya. Benarkah ini diri aku yang dia pernah kenal selama ini?

"Kau suruh aku tak payah sibuk dalam urusan kau? Kau cakap kau hanya hormat aku sebagai client boss kau? Kau tak kenal aku? Betul-betul tak kenal atau pura-pura tak kenal aku?" Darren menyoal. Aku  menundukkan kepala. Tak berani nak pandang wajah kecewa Darren. Suara dia macam dia tengah kecewa dengan aku.

Salah aku ke?

"Ya, encik tak faham lagi ke?" soal aku, cuba memberanikan diri.

Darren berdecit. Rambutnya diramas geram. Habis kusut. Tapi bagi aku, dia tetap nampak kacak.

Eh? Hish, sempat lagi mata ni.

Aku memandang Adrian seketika. Dia hanya diam melihat drama tak berbayar dari kami sahaja. Sesekali dia pandang aku, sesekali dia pandang wajah Darren.

"Adrian, saya maafkan awak. Tapi tolonglah,  Jangan kacau saya lagi. Saya harap awak faham. Assalamualaikum." Sebaik sahaja berkata begitu kepada Adrian,  terus aku melangkah pergi.

Tetapi malangnya lengan aku ditarik oleh Darren pula ke satu sudut kerusi yang agak sunyi. Tanpa sesiapa di situ. Aku hanya akur. Walaupun aku rasa yang dia ini tak faham bahasa. Aku sudah cakap jangan kacau aku, lagi dia buat.

Rasa takut? Tak ada langsung walaupun tempat ini agak sunyi. Sebab apa? Sebab aku percayakan Darren dan aku tahu dia seorang lelaki yang seperti mana. Tak akan pernah ambil kesempatan dalam kesempitan terhadap wanita seperti sekarang ini.

Tapi aku betul-betul tak faham dengan mamat ni. Orang cakap jangan kacau tu jangan kacaulah. Entah macam manalah aku boleh terserempak dengan dua orang lelaki yang aku pernah kenal dulu dekat Pulau Pinang ini. Dalam masa yang sama pula itu.

Apa? Ingat dekat sini tempat orang berjumpa semula setelah lama tak berjumpa ke apa?

Sampai sahaja di kerusi tersebut, lengan aku dilepaskan. Aku menunggu ayat yang bakal keluar dari mulutnya sekejap lagi.

"Kita kena bincang," putus Darren senada.

Aku mengangguk perlahan. Ya, aku perlu selesaikan semuanya dengan Darren. Aku tak nak lagi ada kaitan dengan dia. Aku nak dia faham dan tidak mengganggu aku lagi.

"Okay, jadi awak cakaplah dulu." Aku membalas. Sudah bersedia untuk mendengar semuanya.

Darren tengok aku. Dia berdecit kecil.

"Aku tahu kau kenal aku kan? Tolonglah, Delysha. Aku masih lagi belum lupakan kau. Perasaan aku pada kau masih lagi sama. Kenapa kau tak faham? Kenapa kau dah berubah? Kenapa kau pergi dari hidup aku? Kau tahu tak aku tak bersalah? Semua tu fitnah? Kenapa kau pergi?"

Darren nampak begitu kusut. Dia sebenarnya sudah tahu semua rancangan mamanya sewaktu mereka hampir bernikah dulu. Dia rasa dia perlu jelaskan semua pada Delysha agar gadis itu tidak salah sangka lagi dengannya.

Aku terdiam. Dia difitnah? Dia tak boleh hidup tanpa aku? Boleh percaya ke semua ini?

"Ya, saya mengaku yang saya kenal awak. Tapi semenjak apa yang dah jadi hari tu, saya dah berjanji yang saya tak akan jumpa dengan lelaki yang bernama Iyan Shah Darren lagi. Awak, saya dah move on. Awak pun kena buat perkara yang sama. Awak, saya tahu awak boleh hidup tanpa saya kan?"

 Dan aku nampak Darren menggeleng berkali-kali. Aku menjadi lemah.

"Jadi, saya nak sangat awak jangan kacau hidup saya lagi. Walaupun awak difitnah sekali pun, tapi saya dah tak ada perasaan lagi pada awak.Saya nak awak hidup bahagia tanpa saya. Tolonglah, faham. Mungkin kita memang tak ada jodoh. Saya harap sangat awak faham saya kali ini."

Aku mengungkapkan semua itu tanpa memandang wajahnya. Aku tak berani... takut. Aku lemah dengan wajah dia yang ternyata sangat kecewa dengan aku saat ini.

Aku tak boleh... No, aku tak kuat.

Tapi aku perlu buat semua ni. Aku nak dia bahagia tanpa aku. Sebab aku bukanlah yang terbaik untuk dia.

Darren menunduk lemah.

'Saya dah tak ada perasaan lagi pada awak'.  Ayat yang sangat membuatkan dia terlalu kecewa. Hatinya bagaikan tersiat.

Delysha sudah mula lupakan dia.

Delysha dah tak ada perasaan lagi pada dia.

Delysha mula membencikan dia... dan boleh hidup bahagia tanpanya.

Ini bukan Delysha yang dulu. Delysha benar-benar dah berubah. Delysha dah move on. Argh, sakitnya... sakit sangat hatinya ketika ini saat dia harus menerima kenyataan yang pahit ditelan. Kerana ini melihatkan hati, perasaan dan kehidupnya selepas ini.

"Mama dengan Arissa yang perangkap aku. Perempuan tu yang letak ubat tidur dalam minuman aku. Aku tak salah Delysha. Aku sayangkan kau. Kenapa cepat sangat kau buang aku dalam hidup kau sedangkan kau tahu aku tak akan buat semua perkara tu? Kenapa Delysha? Kenapa? Betul ke kau dah benci aku?"

Ya Allah... benarkah semua yang dia katakan?

Aku dah benci Darren? Ah, tak akan pernah aku membenci dia.

Maafkan saya, awak.

"Ya, saya dah lupakan awak pun. Awak sedar tak yang mama awak tak pernah suka saya? Awak sedar tak yang Arissa suka awak? Jadi saya harap sangat awak tak muncul lagi dari hidup saya!"

Aku membentak. Tubir mata sudah mula bergenang dengan air mata. Terasa hangat. Bila-bila masa sahaja ianya akan menitis. Ah, tolonglah jangan menangis lagi. Sudahlah di hadapan Darren pula.

I can't do this to you, Darren. But I need to do like this. I'm sorry, really-really sorry.

Darren diam lama, sebelum dia mengambil masa untuk kembali bersuara. Bagaikan batu besar menghempap jiwa dan hatinya mendengar semua kata-kata yang pahit dari mulut gadis yang sangat dia sayangi.

"Betul kau dah tak ada perasaan dekat aku macam mana yang aku rasa pada kau?"

Keluhan berat terlepas di bibirku. Ini semua untuk kepentingan kita berdua juga.

Aku harap kau faham, Darren.

"Y... ya."

Jawab aku cukup-cukup perlahan tetapi aku tahu Darren dapat mendengarnya dengan jelas.

Ya Allah, muka Darren sudah semakin berubah. Jelas dia sangat terluka dengan setiap bait-bait kata-kata dustaku.

Sorry... I'm so sorry.

Darren tersenyum kelat. Tubir matanya terasa hangat.

"Baiklah, kalau kau dah cakap macam tu. Aku akan pergi dari hidup kau macam mana yang kau nak. Tapi kau kena ingat, aku selalu sayangkan kau. Jaga diri, jangan nangis selalu, aku betul-betul nak kau jaga diri kau. Janji dengan aku perkara ni please." Dia memandang anak mataku dengan pandangan ikhlas.

Aku menarik nafas dan mengangguk perlahan.

Ah, aku nak menangis. Aku tak kuat. Sungguh, hati aku bagaikan dihiris.

Darren, tolong jangan pergi...

Tak pernah terfikir olehku,
Dan sedikit pun kubayangkan.

"Terima kasih. Jangan ingat aku dah lepas ni. Aku harap kau bahagia dengan pilihan kau sendiri. Dan aku harap lelaki tu betul-betul boleh buat kau bahagia..."

Awak, jangan tinggalkan saya. Jangan pergi!

Kau akan pergi...

"Aku pergi dulu. Selamat tinggal, Insyirah Delysha." Aku menutup mata, rapat.

Tinggalkan...

Dan apabila aku buka kembali mataku, kelibat Darren sudah tidak kelihatan lagi. Akhirnya, aku jatuh terduduk. Air mata sudah menitis lebat-selebatnya. Maafkan aku, Darren.

Kusendiri,
Kau akan pergi... meninggalkan diriku.

***

Menjelang malam barulah aku berjalan masuk ke perkarangan hotel semula. Perlahan-lahan sahaja aku melangkah, sungguh aku tidak berdaya kerana penat bertarung dengan perasaan sendiri. Namun, keadaan aku sekarang tak adalah seperti tadi. Terlalu banyak menangis, dan sekarang ini aku dah okay sedikit.

Tenang Delysha.

Dah ini semua keputusan yang kau buat, kau dah langkah sejauh ini, sampai ke had ini, tak akanlah kau tak boleh nak teruskan hidup tanpa dia. Nak tak nak, kau terpaksa redah juga semuanya.

Everything will be fine, InsyaAllah.

Sebaik sahaja aku berdiri di hadapan pintu bilik,  aku tergamam sejenak. Faiq sedari tadi merenung aku sambil bersandar pada dinding batu sebelah bilik aku itu. Aku mengetap gigi.

"Kau pergi mana, Delysha?" soal Faiq sambil tangannya sengaja dimasukkan ke dalam poket seluar. Aku mencebik. Ingat kacak la tu.

"Err, saya jalan-jalan aje tadi. Dahlah, tepilah awak. Saya nak masuk, nak mandi dan solat."

Malas betul aku nak bersoal jawab dengan Faiq. Tahu tak, aku ini tak berapa nak kuat sekarang dan aku nak kena hadap kau pula sekarang? Aku penat.

Namun, Faiq masih lagi diam statik tidak bergerak di situ. Langsung tiada tanda-tanda dia ingat melangkah ke biliknya atau memberi ruang untuk aku masuk ke dalam bilikku. Dia nak apa lagi ini?

"Delysha, look. Aku tahu aku salah, maafkan aku sebab terlampau ikutkan perasaan tadi. Please, lain kali jangan buat macam tu lagi. Nak ke mana-mana jangan lupa beritahu aku dulu. Aku berhak tahu. Jangan buat aku risau macam ni. Tolong, please." Faiq merayu membuatkan aku tergamam.

Aku menggigit bibir. Err, dia ni dah kenapa? Betul ke tidak? Tiba-tiba risaukan aku pula. Haih, ini yang buat aku serba salah.

"Okey awak. Saya janji saya akan beritahu awak. Tapi saya peliklah, kenapa awak tiba-tiba risau ni? Wah, tak sangka boss saya ni prihatin juga pada staff  dia ya? Baru saya tahu ni." Aku tergelak hambar. Haih, lawaklah.

Melihat wajah Faiq yang serius seperti tidak terkesan dengan lawak jenaka aku tadi, terus aku juga kembali serius.

"Awak kenapa? Saya ada buat salah ke?"

Faiq mengeluh perlahan. "Delysha, aku ada benda nak cakap dengan kau. Penting bagi aku. Aku nak kau dengar betul-betul."

Aku mengangguk perlahan. Macam serius saja. Apa dia ya yang penting itu?

"Actually aku nak cakap yang aku dah lama sukakan kau. Aku sayangkan kau. Aku tak tahu sejak bila perasaan ini hadir tapi itu la yang aku rasa saat ini. Lagi-lagi kau hilang sekejap tadi, lagi la buatkan aku betul-betul risaukan kau. Ah, aku tak tahu kenapa aku macam ni. Tapi aku betul-betul dah mula jatuh hati dengan kau." Faiq tekun merenungku.

Wait, what?

 Aku tergamam. Speechless habis aku. Betul ke apa yang Faiq cakap ini? Weh, seriuslah. Tadi Darren, dan sekarang Faiq? Masalah tadi pun belum selesai lagi, dan nak tambah masalah lain pula sekarang?

Allahuakbar.

"Err, apa yang awak merepek ni?"

Weh, tolong cakap ini semua tak betul. Tak akanlah! Tak percaya aku.

Faiq... suka aku? Boss aku suka aku? Kenapa tiba-tiba pula ini?

Faiq mengeluh. Dia tahu aku mesti terkejut punyalah. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba sahaja tergerak hati nak confess perasaannya dekat aku di sini pula.

"Take your times. Aku tahu kau penat, rehat la dulu. Malam nanti aku call room service untuk hantar makanan pada kau."

Selepas itu, terus kepala aku yang berlapik tudung itu digosok sekilas. Faiq tersenyum nipis sebelum melangkah pergi.

Dan aku... masih lagi tergamam. Perkara berlaku dengan sangat pantas sampaikan otak aku masih belum sempat mencerna apa yang sedang terjadi. Tadi Darren, sekarang Faiq pula? 

Seorang pergi, seorang datang?

****

Apa yang dah jadi ni korang? Huwaaa, stay tuned for the next chapter. 😭❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro