part 34
Benci! Benci! Benci!
Disebabkan Faiq tersalah beritahu masa dekat aku, tengok aku dah lambat dah ni! Nak kemas pakaian aku lagi, barang-barang office lagi. Sudahlah aku yang bertanggungjawab membawa segala fail untuk meeting nanti.
Eeee, benci!
Faiq ni memang sengaja. Semalam dia cakap dengan aku yang...
'Kita gerak malam esok. Aku malas nak bangun pagi sangat.'
Jadi, aku buat keputusan untuk kemas barang pagi nanti saja.
Tapi disebabkan Faiq menggedik nak pergi petang pula, terpaksalah aku kelam-kabut macam ini. Stres betul lah dengan dia itu. Cakap tak serupa bikin. Buat aku panas hati betul!
Bila aku memberontak, mulalah nak guna kuasa sebagai 'boss' dia itu. Sabar sajalah dapat majikan macam itu.
Alasan dia masa call aku tadi macam ni...
'Nanti malam bahaya pulak kalau nak pandu jauh-jauh. Lagi pun senang kalau sampai awal.'
Alasankan macam itu?
Tapi ada betulnya juga apa yang Faiq cakap. Yelah, malam-malam memandu, kalau dia seorang diri tak apa juga. Ini dia bawa aku sekali. Tapi yang lagi aku risau bila berdua-duaan dengan mamat itu malam-malam. Dalam kereta pulak tu.
Bukannya aku bermaksud yang aku tak percayakan dia, tapi aku lebih berjaga-jaga sejak aku hampir dirogol dulu. Ah, aku benci ingat semula peristiwa tu. Sebab aku akan ingat wajah lelaki yang selamatkan aku ketika itu.
Iyan Shah Darren.
Lelaki itu... bakal suami tak jadi aku. Aku rindu dia.
Hish, dah... dah jangan merepek. Lupakan dia! Lupakan lelaki tu! Dia dah bahagia dengan perempuan lain.
No! Jangan ingat dah!
Ting! Satu mesej selamat sampai.
Mamat sewel:
Aku datang rumah kau pukul 4.00 nanti.
Ingat! Jangan lambat!!!
Bebola mataku naik ke atas apabila membaca mesej tersebut.
Benci betul! Jangan lambat konon. Aku kena kemas cepat ni! Nanti lambat dia bising. Kalah mak nenek kalau dia bising. Menyampah!
******
Dum!
Bergegar kereta bila aku hempas pintu sebelah penumpang sekuat hati. Padan muka! Sengaja nak tunjuk protes.
Faiq memandang aku dengan tajam.Sabar sahajalah dia dengan aku. Jahanam kereta dia nanti... memang kena bayar ganti rugi!
Saat Faiq memandu, aku hanya mendiamkan diri sahaja. Malas buka mulut nak bercakap. Apatah lagi tanya dia kenapa lambat sampai. Tadi dia janji nak datang pukul empat petang tapi pukul lima petang baru dia munculkan diri.
Aku berialah kelam-kabut kemas barang semua. Sampaikan nak tidur sekejap pun risau terlambat dan risau nanti dia akan marah aku ke apa. Tapi dia pula yang lambat. Kau rasa? Kalau setengah jam tu aku bolehlah sabar lagi. Ini satu jam aku tunggu dia. Dahlah cakap macam apa-apa.
Janji entah apa-apa dengan aku. Mananya aku tak marah dengan dia? Eee, sabar sahaja la dapat boss tak tepati janji macam dia ni! Cakap lain, buatnya lain. Hah bagus la tu. Bagus! Aku tersangatlah suka.
Faiq memandang aku sekilas. Dia mengeluh kecil. Tahu kesalahan sendiri.
"Kau marah aku ke?"
Aku hanya diam. Padahal dalam hati dah kutuk dia kaw-kaw punya. Geram betul aku. Boleh dia tanya aku lagi yang aku marah ke tidak?
Lama aku berdiam diri, Faiq mengeluh kecil. Tahu bahawa aku sedang marahkan dia tentang apa yang dia telah lakukan tadi. Dia tahu kesalahan dia.
"Okay, aku mintak maaf. Aku tahu salah aku. Tapi aku buat bersebabkan? Kau pun tahu sebabnya," balas Faiq cuba memujuk aku.
Semakin menyampah pulak aku dengar! Buat bersebab? Heh. Alasan apa lagi dia nak cakap?
"Sebab apa? Cuba awak jelaskan. Saya tak tahulah sebab apa," balasku sengaja. Geram!
Faiq mengeluh.
"Okay aku cerita, aku nak pergi petang sebab malam bahaya kalau memandu. Kau pun tahukan? Lagi-lagi aku bawak anak dara orang. Lagilah aku risau keselamatan kita. Kau fahamkan?"
Kini giliran aku pula yang mengeluh. Betul apa yang Faiq cakap tu...
"Habis tu kenapa awak datang lambat tadi? Apa pulak alasan awak kali ni? Tak boleh ke call atau chat saya untuk beritahu apa-apa supaya tak adalah saya tunggu awak." Aku menahan marah. Faiq tersenyum tiba-tiba membuatkan hatinya semakin terbakar.
Eh eh... kenapa senyum-senyum ni? Ada nampak aku ni tengah buat lawak ke? Eee, aku tengah marah ni, dia boleh senyum-senyum pula! Ada lah tu kutuk aku dalam hati!
"Apa senyum-senyum hah? Saya tengah marah lagi ni!" Aku berpeluk tubuh.
Faiq simpan senyum dalam diam.
How cute this little girl.
"Ya, aku tahu kau marahkan aku. Aku tak sengajalah datang lambat tadi. Aku ada meeting dengan pihak atasan pasal masalah kita dekat sana nanti. Sebab tu aku tak sempat chat atau call kau untuk beritahu. Kau kena faham, aku kena uruskan hal penting pasal projek kita. Dan barulah kita boleh pergi ke Pulau Pinang," jelas Faiq lebih lanjut. Dia nampak serius dengan apa yang dia katakan tadi.
Aku mengangkat kening. Nak percaya ke apa yang dia cakap ni?
"Apa tenung aku macam tu? Kenapa? Tak percaya? Sorry lah." Faiq mengangkat keningnya. Dijeling-jeling aku yang disebelahnya ini mengharapkan balasan.
Aku mengeluh kuat. Ya, aku kalah! Nak menang dengan boss memang tak dapat la brother. Boss memang semua betul.
Sekali-sekala bagilah kuli macam aku ini menang pula kan?
"Yelah-yelah saya percaya. Dahlah. Awak tak payah nak bebel-bebel dekat saya. Saya nak tidur. Sebab awaklah saya tak cukup tidur tahu tak?"
Berkerut terus dahi Faiq.
"Apasal sebab aku pulak?"
"Yelah, dah awak tu cakap macam keling. Kejap macam ni kejap macam tu. Saya pening tahu tak? Nak tidur pun tak sempat. Rushing punya pasal la ni," rungutku marah.
Faiq tersenyum-senyum.
"Yelah. Salah aku. Tidur jelah kau. Sebab itu je yang kau tahu kan? Dah, tidur wahai tuan puteri," perli Faiq sengaja.
Aku buat tak dengar. Sekejap sahaja aku pejam mata dan aku sudah pun terlelap. Penat sangat!
Faiq memandang aku seketika. Dia menggeleng kepalanya.
"Dah tidur dah budak gemuk ni. Memekak je dia tahu. Haih, nasib comel." Faiq tersenyum kecil.
Comel je perempuan ni tidur.
Perlahan-lahan senyuman Faiq memudar. Dah kenapa dia senyum sebab perempuan murai ini pula? Ish.
Faiq kembali memandu seperti biasa. Dia kembali fokus pada jalan raya. Namun sekali-sekala dia sempat mengerling memandang aku yang sedang sedap membuta.
*****
Mataku terbuka sedikit apabila tersedar enjin kereta telah pun berhenti. Aku menguap kecil sebelum meregangkan otot sendi. Ah, lenguh!
Sakit pinggang apabila tidur dalam keadaan duduk begini.
Mata terus terarah ke kiri dan ke kanan.
Eh!
Dekat mana ni? Mataku terbuntang luas apabila menyedari mata seseorang sedang merenung aku sejak tadi.
Faiq!
Apasal dia tengok aku macam tu? Eee seram!
"Err awak," ujarku cuba memanggilnya.
Faiq masih sama. Masih merenung aku. Aku sudah rasa semacam dah ni. Dia ini kenapa?
"Faiq Idlan!"
Tempikku sedikit kuat. Faiq bagaikan tersedar. Dia pandang aku dengan pandangan terkedu. Dan selepas itu, dia berdehem kecil sebelum membetulkan kedudukannya. Sekejap dia garu kepala, sekejap dia betulkan rambut. Lepas itu, jeling aku pula.
Tersenyum tanpa sedar aku bila tengok dia macam itu.
Kelam-kabut semacam. Dah usya anak dara orang macam itulah. Hehehehe.
"Awak... kita dekat mana ni? Dah sampai ke?" soalku setelah lama antara kami berdua berdiam diri. Sengaja juga tukar topik sebab aku nampak macam Faiq tengah tahan malu. Dia tak toleh langsung arah aku. Malu la tu lepas tenung anak dara orang tidur. Heh.
Pandai malu rupanya mamat ni.
"Err... kita belum sampai lagi. Ni aku berhenti dekat RnR sekejap. Solat zohor dulu. Dah pukul enam lebih dah ni. Waktu maghrib pun dah nak masuk... jadi, kita solat dua-dua sekalilah. Eh! Alang-alang tu jangan lupa solat jamak sekali. Kita dah lebih 90 km dah," ujar Faiq kembali serius.
Aku mengangguk sahaja. "Err... lepas tu saya nak jumpa awak dekat mana?" soalku.
Faiq pandang aku sekilas sebelum mengalihkan pandangan nya ke arah lain. Masih malu lah itu.
"Err, tunggu aku dekat cafe sana tu. Kita makan dulu, lepas tu baru gerak. Okay? Jangan lupa tunggu aku. Kalau aku lambat pun tunggu aku jugak," arah Faiq keras. Aku hanya mencebik.
Tunggu dia... entah-entah dia yang kena tunggu aku nanti hahaha.
"Yelah, saya tahu. Dah, saya pergi dulu. Awak jangan tinggalkan saya pula. Apa-apa call saya. Bye!" Seusai menyatakan itu, aku terus melangkah ke surau wanita.
Pemergian aku dipandang oleh Faiq. Bila teringatkan kejadian tadi, dia kembali segan.
Macam manalah dia boleh tertenung anak dara orang macam itu tadi? Aduh, memalukan betul. Sudahlah Delysha perasan.
****
Selamat hari raya aidiladha gais..💓😂 maafkan kalau ada salah silap ek?😂❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro