Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 33

Sudah hampir sebulan aku bekerja dengan Faiq. Menjadi sebagai PA kepada lelaki itu. Selama sebulan ini juga aku asyik dibuli. Jahat ke boss aku itu? Yes! Jahat sangat. Dia suka buli aku. Huwaaaa!

Tapi tak adalah buli teruk sangat. Lagi pun kadang-kadang Faiq ni sweet. Tiba-tiba nak bersweet dengan aku, nak berayat manis. Malu juga aku kadang.

Kadang-kadang pelik juga kerana sekejap lelaki itu sweet, sekejap tegas, sekejap lagi menyakitkan hati orang pula. Eeee, nasib aku dapat bertahan dengan perangai berubah-ubah si boss sengal tu. Dengan pekerja lain tak ada pula perangai dia macam itu. Sengaja cari pasal ke apa?

Tapi alhamdulilah aku makin biasa dengan perangai Faiq yang setiap hari berubah-ubah. Penampilan aku pun dah berubah sekarang. Nampak lagi cantik mungkin? Ah, sama sahaja. Aku sentiasa cantik. Giteww uhuks.

Aku mengetuk pintu bilik lelaki itu seperti biasa.

"Come in!"

Laungan di dalam bilik itu membuatkan aku sedikit gugup. Lambat-lambat aku masuk juga ke dalam.

See?

Workaholic betul boss aku ni. Nasib dia tak paksa aku teman atau minta aku bantu dia buat kerja. Maybe dia dah terbiasa kan? Lagi pun itu semua kerja dia. Dia yang bertangungungjawab lakukan sampai siap.

"Err boss, hari ni boss ada meeting dengan client di Sabah. Tengahari boss ada lunch dengan Dato' Ridwan. Then, petang boss ada minum petang dengan client dari Cheras," beritahuku serius. Buku catatan itu ditutup dan wajah Faiq dipadang semula.

"Okay. Kau kena ikut aku. Sebagai PA aku, kena ikut dan dengar arahan aku. Faham?" soal Faiq tegas.

Aku hanya mencebik kecil. Aku tahulah itu tugas aku. Selama ni pun aku okay je ikut dia. Apa masalah dia sekarang ni?

"Ya, boss. Saya tahu kerja saya. So, ada apa-apa lagi?" soalku berbaur sindiran. Nak kena cakap baik-baik saja dengan dia ini. Muka sehabis baik dimaniskan. Malas mahu bergaduh.

"Erm, one more thing before aku terlupa. Kita terpaksa pergi Pulau Pinang esok. Ada masalah dengan bangunan projek dekat sana. Tadi client dah mengadu dekat aku pasal projek tu. Nak tak nak terpaksa juga kita pergi. Kau kena ikut aku. Tak ada alasan. Okay?" Faiq tersenyum sinis.

Keluhan terlepas dari bibir. Aku pergi pun sebab tanggungjawab sebagai pekerja. Kalau tidak, memang taklah aku nak ikut dia. Hish!

"Bila kita pergi? Eh kejap! Kita dua je ke?"

Tolong jangan cakap kita dua je... tolonglah! Tak sanggup aku.

Faiq tergelak kecil mendengar soalan aku itu.

"Dah tu kau nak ajak satu office ni ikut kita? Masalah dekat sana tu kecik je. Aku boleh handle sorang. Tapi aku perlukan PA aku... faham? Kita pergi lusa," balas Faiq langsung tidak peduli raut wajahku yang sudah bertukar tegang ini.

Berdua dengan dia? Fuh, ini first time kot. Selama ini tak ada pula dia nak ajak aku pergi jumpa client jauh-jauh begini.

Hish, apa benda yang aku tengah fikir ni hah? No! Aku tahu Faiq bukan lelaki yang jenis suka ambil kesempatan dekat perempuan.

"Okaylah saya ikut awak... tapi saya nak awak jangan dekat dengan saya. Sebab saya tak percayakan awak. Lagi-lagi berdua nanti. Huh!" Aku menjeling dia. Tapi bila aku cakap macam tu, tiba-tiba rasa gerun pula.

Faiq menjulingkan bebola matanya ke atas. Menyampah dengan statement aku itu. Dia tidak dipercayakan? Heh mulut. Dia ni boss tau.

"Macamlah aku ada hati dengan kau. Tak bernafsu langsung bila tengok kau ni. Badan kurus kejung tak menarik langsung. Dah keluar," arah Faiq tegas. Sakit hati bila aku tak percayakan dia.

Aku tersentak. Mulut dia tu kan! Eeee, memang aku cilikan mulut dia tu nanti. Tak senonoh betul!

"Hish, diamlah awak. Macamlah saya nak sangat duduk dalam bilik ni dengan awak. Dah bye! Jangan panggil-panggil saya dah lepas ni!" Langkahku di atur keluar dari bilik tersebut.

Pam!

Faiq menggeleng kepalanya. Suka hati dia saja hempas pintu biliknya. Kalau tercabut pintu tu memang siap la gadis itu nanti. Lagu satu, suka hati dialah nak panggil gadis itu ke tidak. Dah dia ni boss. Delysha kena la dengar cakap boss.

Dalam diam senyuman terukir.

"Hari-hari aku akan sentiasa indah, bila ada kau."

Faiq menggeleng seketika. Dia tersedar. Apa dia merepek ni?

*****

Tuk! Tuk! Tuk!

"Yes, coming!" balas Darren kuat.

"Encik Iyan, saya nak cakap yang meeting encik lagi setengah jam. Semua dah siap sedia dah. Tinggal tunggu encik je lagi," ujar Kak Juita sebagai personal assistant Darren. Dia tersenyum ke arah bossnya itu.

Darren terdiam sebentar. "Oh okay. Saya nak siapkan data ni sekejap. Nanti saya datang. So, ada apa-apa lagi yang akak nak bagitahu saya?" soal Darren lembut. Mana tidaknya, dia hormat akan Kak Juita itu.

Sengaja juga dia ambil Kak Juita sebagai PA nya. Senang sikit. Selain wanita itu bagus dalam melakukan kerja, Kak Juita juga telah berkahwin. Dan sekarang tengah sarat mengandung pun. Susah ambil pekerja perempuan-perempuan yang seusia dengannya atau lebih muda darinya. Bukannya mereka betul-betul nak kerja sangat pun. Tapi nak menggatal sahaja. Lagi pun Darren tetap dengan pilihan hatinya.

Sumpah, aku rindu dia.

"Oh ya sebelum saya terlupa. Encik perlu ke Pulau Pinang lusa sebab client kita dari sana mahu berjumpa untuk bincang pasal projek kita di sana. Akak harap encik jangan cancel lagi ya kali ini? Dah banyak kali dah Encik Iyan cancel projek kita di sana," pinta Kak Juita lembut.

Darren mengeluh kecil. Nak tak nak terpaksa juga dia pergi.

"Baiklah saya pergi. Tapi saya pergi sorang je. Kak Juita tak payah pergi la. Dengan keadaan akak yang macam ni... risau pulak saya nanti. Jadi akak boleh tolong uruskan segala benda di di sini semasa saya tiada ya?" soal Darren.

Kak Juita tersenyum manis.

"Terima kasih Encik Iyan sebab faham saya. Maaflah saya tak dapat ikut. Patutnya saya ikut Encik Iyan sekali sebab ini memang dah tugas saya... kalau macam tu saya tolong uruskan apa yang patut di sana nanti. Dan syarikat ni pun Encik Iyan jangan risau, saya akan uruskan juga." Darren mengangguk.

"Oklah kalau macam tu, akak boleh keluar."

Kak Juita mengangguk sebelum keluar dari bilik lelaki itu.

Darren tersandar lemah dikerusi. Penat yang dirasakan.

Dan tiba-tiba telefonnya berdering minta di angkat. Dia melihat gerangan tersebut dahulu sebelum menekan punat hijau.

"Yes, Jo. Ada apa kau call aku ni?" soalnya kepada penyiasat upahannnya itu. Tak ada angin tak ada apa tiba-tiba sahaja call.

"Sorry boss ganggu. Aku dah dapat semua bukti yang kau nak pasal masalah kau tempoh hari. Aku dah tahu pasal maklumat perempuan nama Serra tu sekali. Bila kau nak bukti-bukti ni?"

Kenyataan itu membuatkan Darren tersenyum lega. Semua bukti dah ada. Syukur, alhamdulilah.

"Kau dah tahu siapa dalang semua masalah yang berlaku pada aku ni?" soalnya keras. Marah.

"Semestinya dah boss."

Darren senyum puas.

"Baiklah. Nanti kita jumpa... tapi sebelum tu aku nak tahu pasal gadis yang bernama Delysha. Kau dah tahu maklumat tentang dia?"

Perit dan sakit bila dia sebut nama perempuan yang dia sayang itu. Rindu nak mati dia terhadap Delysha.

Kedengaran keluhan dibibir Jo.

"Sorry boss yang tu aku masih usaha lagi. Maaf." Darren berdecit kuat. Kaki meja di tentang kuat. Marah!

"Aku nak kau teruskan pencarian. Aku nak tahu segera! Faham tak? Susah sangat ke nak cari perempuan tu?" Dia sungguh tidak berpuas hati dengan jawapan dari Jo itu. Tak jumpa lagi. Lama sudah dia tunggu. Ke manakah gadis itu pergi?

"Err, maaf boss. Aku usaha lagi nanti."

Darren terus mematikan talian. Gigi diketap geram. Panas hatinya.

' Where are you, sayang?'


******

Vote dan comments ok!! ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro