Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 32

Penampilannya dilihat buat kali yang terakhir di hadapan cermin. Tudungnya dibetulkan sedikit. Lipstick cair berwarna peach dicalitkan sedikit dibibir munggilnya bagi menambahkan lagi seri wajah.

Delysha tersenyum segaris. Macam-macam yang dia rasa sekarang ni. Takut, risau, nervous. Yelah, pertama kali kot dia bekerja di sebuah syarikat yang besar. Sebelum ini memanglah dia teringin sangat, tapi bila dah dapat, rasa macam tak bersedialah pula.

Hish, macam-macam perasaan di hatinya saat ini. Delysha sendiri pun buntu. Tapi dia tak mahu melayan sangat perasaan di hatinya. Nanti susah dia nak buat kerja.

Pakaiannya dikemaskan lagi. Delysha hanya memakai baju kurung biasa sahaja pada kali ini.  Itu pun Kak Wardah yang beria-ria mahu belanja dia pakaian cantik seperti ini. Kak Wardah yang membeli baju kurung untuknya. 

Namun, Kak Wardah dan dia sendiri pun masih tidak tahu pakaian di syarikat seperti mana. Nak kena pakai outfit yang bagaimana? Tengku Dina tiada memberitahunya tentang hal ini pula. Tak apalah, asalkan menutup aurat sudah. Jadi, kita pun hentam sahajalah labu baju kurung ini. Baju kurung pun okay apa. Pakaian traditional orang melayu.

Baju kurung Delysha.

Delysha mengeluh kecil. Dia agak gementar sebenarnya. Macam mana kalau dia tidak terbiasa dengan suasana di tempat baru nanti?

'No, kau boleh buat, Delysha. Kau dah dapat kerja ni kan? So, kau harus bersemangat! Yeah!'

Gadis itu tersenyum sendiri. Memberi kata-kata semangat untuk diri sendiri. Tak salah bukan?  Berangan depan cermin adalah satu nikmat dunia.

Sling bag diambil. Tangga diturun satu persatu apabila sempat melihat penampilannya buat kali terakhir.

"Akak, Lysha dah lambat. Lysha pergi dulu ya?" ujar Delysha lantas tangan Kak Wardah disalam. Kak Wardah yang sibuk di meja makan, menoleh.


"Eh, tak nak sarapan dulu ke?"

"Tak sempatlah kak," jawabnya.

"Habis tu, ni nak pergi naik apa ni? Teksi? Eh, jangan! Lambat pulak nanti. Biar akak hantarkan. Okay?" tawar Kak Wardah. Delysha berfikir sejenak.

"Tak menyusahkan akak ke?" soalnya risau. Dia dahlah selalu sangat menyusahkan wanita itu. Serba salah pula rasanya.

"Eh, tak adalah. Akak pun nak kena hantar Isya ke taska sekejap. Lysha tunggu dulu eh? Lepas tu akak hantar Lysa pula." Delysha mengangguk setuju.

"Okay kak, terima kasih banyak." Delysha mengeluh lega. Jimat duit dia.

*****

Delysha berlari anak berjalan kerana dia risau sudah lambat. Tergopoh-gapah dia menekan butang lift. Nombor 6 ditekan. Nasib tak tinggi sangat bangunan tempat dia kerja ini. Fuh, dia dahlah gayat.

Ting!

Pantas Delysha keluar. Kaunter pertanyaan dituju. Bibirnya tersenyum sedikit. Cuba memaniskan wajah yang jelas ketara bahawa dia masih termengah-mengah kerana penat.

"Err, assalamualaikum. Boleh saya tahu bilik Tengku Faiq Idlan di mana?" soalnya bermanis muka.

"Ouh, cik ni siapa ya? Ada buat appointment?"
soal wanita yang agak sedikit berusia itu.

Delysha geleng.

"Tak ada. Tapi saya Insyirah Delysha, pekerja baru Encik Faiq Idlan," jawabnya lembut.

Wanita itu mengangguk faham. 

"Cik Delysha? Ouh, okay-okay. Boss memang tengah tunggu cik pun. Dia ada dalam bilik hujung sana tu. Cik jalan terus lepas tu cik akan jumpa bilik Tengku Faiq."

Delysha mengangguk faham.

"Okay terima kasih ya err... kak?"

"Ouh, nama saya Siti. Panggil kak Siti je." Delysha tersenyum segaris.

"Terima kasih Kak Siti. Saya masuk dulu ya?" Dia berjalan ke bilik Faiq Idlan dengan perasaan yang bercampur baur.

Setibanya dia di hadapan bilik tersebut, Delysha berura-ura sama ada hendak mengetuk pintu atau tidak. Dia sangat nervous sebenarnya. Nama di pintu itu dibaca sekilas.

Tengku Faiq Idlan CEO Mega Holdings.

Delysha ketap bibir. CEO? Bermakna dia akan menjadi PA kepada seorang CEO? Makin gelisah Delysha jadinya. Layak dia ke? HaihMamat ni pun tak cakap yang dia tu CEO. Kalau Delysha tahu, confirm dia akan berfikir dua tiga kali untuk terima tawaran bekerja di sini. 

Delysha berfikir sejenak. Masuk ke tidak? Ketuk dulu ke atau macam mana?

Seminit berfikir, dia mengambil keputusan untuk ketuk sahaja pintu itu. Bukan susah pun kan?

Tuk... tuk... tuk.

"Masuk!"

Balasan di dalam membuatkan Delysha sedikit nervous.  Suara mamat kerek tu ke? Delysha membaca bismillah terlebih dahulu sebelum membuka pintu tersebut dengan  perlahan-lahan.

Wajah lelaki yang sedang khusyuk menulis sesuatu di dalam fail itu dipandang. Lelaki itu langsung tidak mengangkat wajah memandangnya. Dia agak terpegun.

Wow!

Benarlah. Lelaki ini benar-benar workaholic.  Dari cara pemakaian lelaki ni pun dia sudah tahu. Berdisiplin orangnya. Sekeliling bilik itu pula dilihat seperti orang jakun.

Sekali lagi Delysha tergamam. Kemas dan bersih sahaja. Lelaki ini juga pembersih orangnya?

"Nak berdiri berapa lama lagi dekat situ? Tak reti dah nak masuk?"

Soalan itu membuatkan Delysha tersedar. Dia berdehem kecil. Haish boleh pula dia duk tenung anak teruna orang! Hmm, entah apa-apa perangai macam itu. Sudahlah mamat itu perasan pula. Memalukan betul!

"Err, assalamualaikum," ujar Delysha gugup. Pintu ditutup rapat lalu kaki bergerak mendekati meja lelaki itu.

"Waalaikumsalam." Faiq langsung tidak mengangkat wajahnya. Malah ralit betul matanya memandang komputer. Sedang menaip sesuatu. Lelaki itu sedang sibuk mungkin.

Delysha mencebik. Apa ini orang! Tengoklah pekerja baru dia ni. Huh nak aku berdiri saja ke?

"Err... awak, saya nak kena buat apa ni eh?" soal Delysha gugup. Lama lagi ke kerja lelaki itu nak siap? Dia agak malas mahu menunggu.

Faiq berheti menaip di papan keyboard setelah Delysha menyoal. Kepala di angkat dan wajah gadis itu ditenung dengan tajam. Serta-merta kerjanya tadi menjadi tergendala.

"Kau... panggil aku apa tadi?"

Delysha terkedu. Panggil apa? Kalau tak silap... awak? Aik, salah ke?

"Panggil apa? Awak?" soal Delysha hairan.

Faiq tersenyum sinis. Pantas dia berdiri lalu berjalan perlahan-lahan ke arah Delysha. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Gaya ala-ala gangster berjalan.

Delysha sedikit gerun. Dia berundur ke belakang. Belakang dan belakang. Selagi lelaki itu melangkah ke arahnya selagi itulah dia akan ke belakang. Dan tiba-tiba dia terlanggar sesuatu.

Dinding!

Yes, bagus! Time ni jugalah ada dinding dekat belakang. Good!

Haih, cliché betul!

Delysha tidak mampu berbuat apa-apa. Kepalanya hanya menuduk. Takut? Sudah semestinya. Tapi lebih kepada malu. Lelaki itu sudahlah bos dia. Dan lelaki itu bukannya boleh dijangka.

"Apa... aw... awak nak buat ni?" soal Delysha takut-takut. Dia bermain dengan jari.

Faiq tersenyum sinis. Dagu Delysha di angkat sedikit. Ingin gadis itu memandang ke arah anak matanya.

"Kenapa? Takut dengan aku?"

Delysha telan air liur. Soalan apakah itu?


"Aw... awak jangan macam-macam dengan saya. Jangan cuba nak sentuh saya," ujar Delysha cuba memberanikan diri. Anak mata Faiq ditentang berani. Sesaat kemudian dia kembali menunduk.

Malulah pula.

"Why? Tahu kau takut. Jangan panggil aku... awak dekat sini. Aku boss kau. Panggil aku boss atau Tengku Faiq. Tapi kalau kau nak panggil aku awak, sayang, abang or darling dekat luar aku tak kisah. Not in office. Understand? This is a rules," pesan Faiq tegas.

Delysha terdiam. Sayang? Abang? Eewww, nak termuntah rasa. Memang taklah dia nak panggil macam itu.

"Faham ke tak?" tengking Faiq sengaja.

Delysha terkejut.

"Fa... faham!" jawabnya gugup.

Faiq simpan senyum. Comel! Tahu takut.

Dagu gadis itu dilepaskan. Dia berdiri ke belakang sedikit. Kesian gadis itu. Sesak nafas dibuatnya.

"Okay now... tugas pertama kau ikut aku," arah Faiq tegas.

Delysha membetulkan kedudukan dirinya. Cis, dia kenakan aku? Tak guna betul dapat boss macam ni!

"Kita nak pergi mana?" soal Delysha hairan.

"Shopping mall.  Aku nak... beli baju untuk kau. Baju kau ni hmm ada yang kurang," komen Faiq selamba. Dia memandang gadis itu atas bawah.

Pantas Delysha membelek bajunya. Kurang? Apa yang kurang?

"Apa yang kurang ?" soal Delysha cemas. Dia lihat okay sahaja.

"Baju kau okay. Cantik pakai baju kurung. Tapi kau cuba tengok staff-staff aku yang lain. Baju diorang macam kau ke?"

Delysha memandang sekeliling di luar bilik Faiq melalui cermin sebelum dia menggeleng. Semua memakai pakaian yang agak seksi dan elegant. Yang bertudung pun tidak memakai baju kurung. Mereka memakai pakaian formal tetapi masih menutup aurat.

"Tak kan? Jadi kau tu personal assistant aku. Imej adalah utama. Jom ikut aku. Lepas tu aku nak kau teman aku pergi breakfast."

Faiq melangkah keluar dari bilik tanpa menunggu riaksi Delysha yang sedang terpinga-pinga.

Delysha mendengus geram. What? Dia complain cara pemakaian aku ke apa ni? Dahlah sesuka hati ajak orang makan dengan dia. Cis, jahat punya boss!

DONE!!!!!! ⭐⭐⭐⭐⭐

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro