Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 29

"بِسْمِ  اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم"

Darren menghembus nafas perlahan.

Helaian muka surat pertama dibuka. Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum mula menyambung bacaan yang seterusnya.

Baru sahaja dia ingin meneruskan bacaan ayat surah al-fatihah tersebut, tiba-tiba kedengaran ketukan pintu biliknya yang memecahkan kesunyian.

Pantas Darren berpaling ke arah pintu.

"Siapa tu?" soal Darren.

"Aku ni, Rykal." Jawapan diluar pintu tersebut membuatkan Darren mengangguk kecil.

"Masuklah!" laung Darren agak kuat. Terus sahaja kelibat Rykal muncul di hadapan muka pintu sebaik sahaja dia memberi arahan.

"Nak apa, kau?"

"Mama panggil makan," tutur Rykal seraya melabuhkan punggungnya di atas katil milik abangnya itu. Dia memandang abangnya dengan sebuah perasaan hairan.

"Sekejap lagi lah aku turun. Aku tengah mengaji ni kan? Kau boleh keluar dulu. Nanti aku datang," balas Darren berbasa-basi. Mengacau betul adik lelakinya itu.

Berkerut dahi Rykal, adik pertama Darren.

"Sejak bila pula kau mengaji ni?"

Sebaik mungkin Rykal menahan tawanya agar tidak meletus. Takut pula abangnya terasa hati. Buang tebiat ke apa?

Darren menjeling adiknya sekilas. Perli ke apa huh? Dia tahulah dia sangat 'teruk' dahulu. Tapi tak perlulah pandang dia macam dia buat perkara yang salah.

"Sejak bila dan kenapa tu kau tak payah nak sibuk. Yang kau perlu tahu sekarang adalah abang kau ni bukan lagi Iyan Shah Darren yang dulu. Faham?"

Rykal tergelak lepas.

"Apa bezanya sekarang dengan dulu? Aku tengok sama sahaja. Tak nampak perubahan kau pun selain daripada kau mengaji Al-Quran sekarang ni." Sekali lagi Rykal ketawa. Hairan betul dia. Berubah? Abangnya mahu berubah?

Darren sekadar membuat mimik muka tidak berpuas hati.

"Kau apa yang kau tahu hah? Cakap dengan aku. Apa-apa yang terjadi dalam rumah ni pun kau tak akan tahu. Sebab apa? Sebab kau tu sibuk je memanjang! Tinggal dekat rumah ni pun dah jarang dah. Ha itu lah, sibuk sangat nak tidur rumah kawan sampaikan apa yang terjadi dalam rumah ni pun kau tak tahu. Silap hari bulan, bertahun kau tak balik nanti. Apa yang dah jadi dalam rumah ni langsung kau tak ambil tahu kan?" bebel Darren serius. Dia sudah perhati lama perangai adiknya. Perlu ditegur kadang-kadang.

Rykal mencebik. Aku pula kena ceramah?

"Hey relaks la bang. Kau marah sangat ni dah kenapa? Datang bulan eh? Ala, macamlah aku tak ambil tahu langsung apa yang jadi dalam rumah ni. Okay... you tell me, apa yang aku tak tahu? Aku tahulah semuanya. Termasuklah kau tak jadi kahwin sebab kau buntingkan awek lain!" Rykal main lepas sahaja bicaranya.

Darren terkedu. Kalau ikutkan hati nak sahaja ditumbuk wajah adiknya itu. Cakap tak fikir pun hati dan perasaan orang lain.

Tapi apa bezanya Rykal dengan dirinya? Ah, lantaklah. Banyak bezanya.

"Kau boleh diam tak? Serabutlah aku! Ni kau nak apa lagi? Boleh berambus tak?"

"Eleh kau! Ingat aku rajin sangat nak sibuk hal kau ke? Kau kena turun sekarang juga. Papa ada benda penting nak bincang dengan kau," ujar Rykal seraya dia berdiri ingin keluar dari bilik Darren itu.

"Eh, sekejap. Papa nak bincang apa dengan aku?"

"Manalah aku nak tahu. Dah tu tunggu apa lagi? Cepatlah! Hish, menyusahkan orang betul!"

Dush!

"Amboi, main hempas-hempas pintu pula dia. Macam aku ni ada menyusahkan dia pula! Berlebih betul budak tu!" bebel Darren menyampah.

Tiba-tiba dia terfikirkan apa yang Rykal katakan tadi. Papa nak bincang perkara yang penting dengannya?

' Papa nak bincang apa eh?' desis hati Darren. Dia segera menutup kembali Al-Quran dan sejadah dilipat dengan kemas.

******

"Yes, papa nak bincang apa?"

Kerusi ditarik dan Darren melabuhkan punggungnya di situ. Berkerut dahinya apabila memerhatikan mata-mata yang sedang memandangnya kini. Dah kenapa ni?

"Hah turun pun kamu, Iyan. Meh sini makan. Ni hah papa kamu entah apa yang nak di bincangkan pun mama tak tahulah. Penting sangat agaknya sampaikan mama pun tak kasi bagitahu dulu," bebel Tengku Sheila sebal. Sempat dia menjeling  wajah suaminya yang hanya mendiamkan diri.

"Haah papa, ada apa ni? Buat risau kami jelah." Rykal mencelah. Darren hanya diam dan tekun memandang wajah papanya yang seakan-akan ada sesuatu yang mustahak yang ingin di beritahu olehnya.

"Macam ni lah... alang-alang semua dah ada ni, papa nak buat satu keputusan." Tengku Malik berbicara tenang walaupun tetap diselitkan ketegasan.

"Apa dia ni papa?" soal Elmira pula. Serius sahaja papanya itu.

Tengku Malik menarik nafas terlebih dahulu lalu memandang wajah Darren.

"Papa nak Iyan kahwin dengan Serra." 

Semua sekali dimeja makan itu terdiam dan terkedu.

Darren mengurut pelipis. Air liur ditegur. Kesat. Membuntang matanya. Dipandang wajah Tengku Malik kerana menginginkan kepastikan. Dan benar papanya tidak main-main kali ini. Serius sahaja wajah Tengku Malik saat ini.

"What pa? Are you serious?"

Sehabis mungkin dikawal suaranya agar tidak terlalu meninggi. Darren tidak mahu meninggikan suaranya pada kedua orang tuanya hanya disebabkan perkara ini.

"Papa tak main-main, Iyan. Papa serius!" 

"Huh!" Terlepas keluhan berat dibibir lelaki itu. Apa benda papa ini? Kenapa tiba-tiba sahaja? Memang taklah dia nak kahwin dengan perempuan yang telah menghancurkan kebahagiaannya.

"Abang, apa yang awak merepek ni? Kenapa nak kahwinkan Iyan dengan perempuan murah tu? Hah? Kenapa tak bincang dengan saya? Saya tak akan setuju abang. Tak akan!" bantah Tengku Sheila dengan riak wajah marah.

Terkejut betul dia dengan keputusan suaminya itu. Mana mungkin perkara ini terjadi. Dahlah tanpa berbincang denganya langsung. Habis rosak rancangan dia kalau Darren berkahwin dengan perempuan sundal itu. Macam mana rancangannya dengan Arissa nanti? Semudah itu sahaja semua ini akan terjadi? Huh, tidak! Dia tak akan benarkan!

"Awak ni dah kenapa, Ila? Jaga sikit mulut tu. Kenapa awak tak boleh terima Serra tu pula? Yang salah tu anak kita. Bukan perempuan tu. Awak nak salahkan siapa sekarang ni?" tegur Tengku Malik bengang dengan perangai dan sikap isterinya yang tak akan pernah berubah.

"Tapi kenapa Iyan kena kahwin dengan perempuan tu papa?" soal Darren naik pening kepalanya.

"Kamu boleh tanya papa kenapa Iyan? Kamu sedar tak yang kamu dah buat anak dara orang mengandung hah? Kalau ikutkan hati papa ni, dah lama papa marah kamu. Sikap kamu tak matang langsung! Tapi bila papa fikirkan balik, ini mungkin silap papa dan mama juga sebab tak pandai nak didik kamu. Sampailah kamu sanggup menconteng arang di muka papa. Malu, Iyan. Malu! Itu pun nasib baik tak ada seorang pun wartawan yang datang semasa majlis kamu itu.  Buatnya benda ni viral dan kecoh... kami nak letak mana muka kami ni?" Tegas Tengku Malik. Sesungguhnya dia sangat kecewa dengan sikap anaknya ini.

Darren mengeluh. Dipicit-picit kepalanya yang semakin pening.

Rykal dan Elmira hanya diam dan tekun mendengar. Tidak berani ingin masuk campur jikalau papanya sudah semarah ini.

"Papa tolonglah percayakan Iyan. Iyan tak buat anak dara orang sampai macam tu sekali. Yes, memang Iyan jahil dulu tapi Iyan tak akan buat benda yang akan jatuhkan maruah Iyan sendiri, maruah keluarga kita papa. Iyan pun tak ingat apa yang jadi masa malam tu. Tapi Iyan tahu,  Serra punca semua ni. Tolong percayakan Iyan. Iyan tak akan malukan papa. Mama, please!" Rayu Darren.

Jelas Darren amat kusut sekarang. Dia kahwin dengan Serra? No, perkara itu tak akan pernah terjadi. Dia memang playboy, tapi dia bukan jantan yang sesuka hati nak tebuk perempuan. Lagi pun, hatinya masih lagi terluka. Hatinya masih lagi tersimpan satu nama iaitu Insyirah Delysha. Hanya gadis itu sahaja yang betul-betul dia cintai. Tak pernah dia rasakan perasaan ini selama ini dengan mana-mana perempuan. Kecuali Delysha.

"Papa, Kal rasa lebih baik papa fikir betul-betul dulu dengan keputusan papa tu. Kasihan abang papa. Tak akan dia nak kahwin dengan perempuan yang dia tak cinta? Entah-entah ini semua cuma hanya perangkap?" sampuk Rykal cuba membela abangnya yang jelas nampak sangat kusut itu. 

"Haah betul tu abang. Perempuan murah macam tu memang senang nak memperbodohkan semua orang. Senang cerita macam ni je. Abang bagi je berapa perempuan tu nak. Mesti perempuan macam dia tu hanya mahukan duit kan? Selesai masalah. Jangan sampai perempuan tu buka mulut sudahlah."

Selamba sahaja Tengku Sheila berkata. Tengku Malik hanya menjeling isterinya. Penat dah nak layan. Idea gila apakah itu?

"Okay papa macam ni. Kalau papa nak bukti yang Iyan betul tak salah, okay fine. Iyan akan buktikan dekat papa. Tapi tolonglah bagi Iyan masa untuk cari bukti. Iyan janji yang Iyan tak akan kecewakan papa lagi kali ni. Please papa," pinta Darren sangat serius.

Tengku Malik mengeluh.

"Okay fine. Papa bagi kamu masa dalam sebulan sahaja. Tapi kalau kamu tak dapat bukti tu, papa tetap dengan keputusan papa. Kamu kena kahwin dengan budak perempuan tu. Titik!" Terus Tengku Malik berdiri dan melangkah naik ke tingkat atas.

Darren sudah tersenyum lega. Dia berharap sangat yang dia akan dapat bukti yang cukup kukuh untuk meyakinkan papanya yang dia tidak bersalah. Dan semua ini hanyalah perangkap.

Nampaknya Darren harus lebih berusaha keras untuk dapatkan kepercayaan semua orang yang dia tak salah dalam hal ini.

Tengku Sheila tersenyum sinis. Bagus! Inilah peluang dia untuk singkirkan perempuan yang diupahnya itu dan teruskan rancangannya dengan kaitan Arissa dalam hal ini. Ya, dia harus dapatkan bukti juga. Janji tetap janji. Rancangan tetap harus dijalankan sehingga berjaya.

****

Sorry hambar. 😌

Omg! Korang rasa betul ke Darren akan berkahwin dengan Serra?

Stay tuned bab yang seterusnya! Vote dan comments. ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro