Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 27

Delysha bersandar lemah di sofa empuk itu.
Penatnya!

Sakit badan masih terasa.Hari kedua dia mencari kerja tetapi hampa. Masih tiada rezeki untuknya di luar sana itu.

Delysha mengeluh kecil.

Mungkin rezeki dia bukan di negeri Terengganu ini? Perasaan menyesal segera diusir jauh-jauh.

Dia menghembus nafas.

' Tak baik Delysha kau cakap macam tu. Mungkin rezeki kau datang lambat. Kau dapat kenal, jumpa dan bekerja dengan Kak Wardah itu bukan namanya rezeki juga ke? Tak baik mengeluh. Cuba lagi lepas ni. Jangan mengalah. Sabar itu penting!' Desis hati Delysha.

"Kak Sha!"

Delysha terkejut mendengar jeritan nyaring Raisya itu. Beria gadis kecil itu berlari ingin mendapatkannya. Tubuh Raisya segera dipeluk erat apabila Raisya menghampirinya.

Dan seperti biasa, pipi tembam Raisya pasti digomol-gomol. Pipi kiri dan kanan pula dicium dengan bertalu-talu. Siapa suruh tembam sangat? Dahlah comel!

Kan dah mendapat.

"Isya okay? Sihat tak hari ini? Rindunya dekat budak bambam ni. Meh, sini kiss pipi kak Sha! Tak rindu Kak Sha ke? Hmm?" Delysha sengaja mengembungkan isi pipinya.

Raisya sengih-sengih. "Tak nak kiss akak! Akak busuk tak mandi! Hehehehe." Petah sahaja Raisya berbicara.

Delysha mencebik bibir. Dia busuk? 

"Hey! Budak bambam ni kan! Dah pandai eh cakap Kak Sha busuk ya sekarang? Nak kena dia ni! Nak Kak Sha gigit pipi pau awak tu ke?" 

Belum sempat Raisya melarikan dirinya, Delysha lebih pantas menangkap tubuh kenit itu dan digeletek sepuas hatinya.

Raisya apa lagi? Mengekek dia ketawa akibat kegelian. Raisya suka mengusik. Puas hatinya dapat kenakan budak kecil itu.

"Ibu!" jerit Raisya bagaikan mahu menangis.

Delysha tersentak. Oh, pandai ya budak ini sekarang? Dia tersenyum kecil.

"Ya Allah, kenapa Isya bising ni? Sampai ke atas boleh dengar tahu tak? Ada apa sayang?" 

Lembut sahaja Kak Wardah bertanya. Berkerut dahinya apabila Raisya anaknya seperti ingin menitiskan air mata. Ini tak lain tak bukan mesti Delysha mengusik si kenit itu.

Bibirnya mengukir senyuman.

"Ibu, akak Sha uwat,adu Raisya tersebek-sebek.  Segera dia berlari dan memeluk kaki Kak Wardah. Delysha tersengih tidak bersalah.

Mengada betul budak tu! Mananya dia tak geram.

"Kenapa ni, Sha? Sampai ke atas boleh dengar suara Isya ni. Delysha buat apa ni?" soal Kak Wardah lembut. Dia bukannya marah tetapi hairan dan pelik dengan situasi sekarang.

"Isya nakal akak. Dia cakap Lysha busuk. Itu yang Lysha geletek dia puas-puas tadi. Hehehe." Delysha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu pula buat anak orang macam itu. Selamba betul dia!

Kak Wardah menggeleng kecil.

"Raisya sayang, kenapa cakap dengan Kak Sha macam tu? Pergi minta maaf cepat," pujuk Kak Wardah pada anaknya yang masih memeluk kakinya itu. Kaki jelah yang mampu dipeluk. Biasalah, pendek kan?

"Tak nak! Kak Sha jahat. Tak nak kawan dengan Kak Sha." Raisya mencebik-cebik.

Delysha tersenyum nipis.

"Alalala, okaylah kak Sha minta maaf, okay? "

Raisya hanya diam. Kak Wardah pula hanya menjadi pemerhati.

"Okay, okay Kak Sha belanja aiskrim nak esok?" pujuk Delysha lembut. Terus bersinar-sinar mata gadis kecil itu.

"Betul ni, Kak Sha? Kita pergi esok eh?" soal Raisya teruja.

Delysha senyum. Berjaya tektiknya kali ini. Dia mengangguk laju.

"Haah. Isya suka tak nak keluar dengan akak esok?"

"Suka sangat! Yeay!" Raisya bersorak gembira. 

Kak Wardah menggelengkan kepalanya sahaja. Anaknya itu memang terus tak jadi nak merajuk kalau dipujuk dengan makanan.

"Lysha nak bawa Isya keluar esok. Boleh kan akak?" soal Delysha sambil tersengih. Dah ajak anak dulu baru nak minta izin ibu dia ya? Haih, teruk perangai.

"Boleh je, Lysha. Akak percaya yang  Lysha boleh jaga Isya dengan baik. Lagi pun esok Isya tak sekolah dan Lysha pun cuti kan? So, pergi sahajalah. Akak benarkan," ujar Kak Wardah.

"Thank you akak. Akak tak nak ikut sekali ke?"

"Eh, tak apalah. Esok akak ada hal lain dengan client  dekat cafe tu. Lysha pergilah berdua dengan Isya ya? Tapi ingat... jangan manjakan dia sangat. Naik lemak budak ni nanti," pesan Kak Wardah serius. Dia sudah sangat mengenali anak gadisnya. Pantang diberi peluang. Ada sahaja perangai yang pelik-pelik.

Delysha mengangguk faham.

"Ouh ya, macam mana tadi? Dapat tak kerja?"

Terus berubah air muka Delysha. Dia menggeleng dan tersenyum kelat.

"Belum ada rezeki lagi kak," jawab Delysha perlahan.

Kak Wardah mengangguk faham. "Tak apa lah. Mungkin nanti sampailah masa yang sesuai untuk Lysha dapat kerja. Insya-Allah ada juga kerja tu nanti. Sabar ya Lysha? Hah nak akak recommend kan Lysha kepada kawan-kawan akak? Manalah tahu ada kerja yang sesuai dengan kelulusan Lysha nanti kan. Nak tak?"

Delysha terdiam.  Hmm, boleh juga. Peluang yang ada harus digunakan sebaik yang mungkin.

"Err, suka hati akak lah. Lysha okay je. Terima kasih tau." Delysha tersengih malu. Dia asyik-asyik susahkan Kak Wardah sahaja.

"Sama-sama. Untuk adik akak ni semua boleh." Senyum Kak Wardah.

****

"Isya, nak apa lagi ni?" soal aku perlahan. Raisya yang memegang aiskrim ditangan tersebek sedih.

"Isya nak ayam goreng!" bentak si kenit itu. Aku tergelak kecil. Ayam goreng pulak?

"Itu kan dah makan aiskrim, nak ayam goreng juga ke?" Tergelak aku melihat telatah Raisya. Badan kecil tapi banyak makan.

"Nak ayam goreng juga! Boleh lah akak? Bolehlah bolehlah!" Raisya seperti mahu menangis. Aku berhenti ketawa. Kasihan pula aku melihat Raisya.

"Okay... okay boleh. Tapi Isya kena janji dengan akak yang Isya tak boleh nakal-nakal. Jangan buat perangai. Ingat kan ibu pesan apa selalu? Jadi anak yang baik. Okay?"

Perlahan-lahan Raisya mengangguk. Dia menarik hingus dengan mata yang agak merah.

"Good girl!"

Kepala Raisya aku usap. Terus tangannya aku tarik menuju ke depan. Malu pula buat drama dekat mall ni. Nasib tak ada mata yang memandang. Haih, macam-macamlah.

"Hah okay. Iya, aku dengan ummi ni. Hish, kau ni! Hah? Okay... okay aku belikan. Haih, sibuk jelah kau. Suka betul susahkan hidup aku."

Tanpa sedar aku terdengar perbualan telefon  lelaki yang berada hampir denganku. Nasib juga dia tidak memandang ke arah kami. Dia masih fokus pada telefonnya. Tengah bercakap dengan siapa pun aku tidak tahu. Tetapi lagatnya seperti tidak puas hati sahaja.

"Hish, aku pergi sekarang! Mana? On sport way? Hah yelah. Dah jangan call aku lagi."

Dan selepas itu, lelaki yang sedang on the font itu mula melangkah pergi begitu sahaja tanpa sedar kewujudan aku dan Raisya yang berdiri di sebelahnya.

Aku terpaku kerana terkejut melihat wallet lelaki itu masih tertinggal di atas kerusi kayu yang dia duduk tadi. Dengan pantas aku melihat kiri dan kanan mencari kelibat lelaki tadi. Namun hampa. Langsung tiada bayangan lelaki itu. Dia sudah hilang entah ke mana. Orang ramai pula itu di pusat membeli belah ini. Aku jadi buntu.

Apa aku nak buat? Pergi macam itu sahaja? Atau cari pemilik dompet ini dan pulangkan? Ah!

Akhirnya aku membuat keputusan untuk cari semula pemilik dompet ini. Buatnya dia cari nanti susah pula. Lebih baik aku membantu. Apa salahnya buat kerja amal sekejap.

Malas berfikir panjang aku ambil dompet tersebut dan mencari-cari pemilik dompet itu di kedai yang berhampiran. Satu persatu kedai yang aku masuk. Namun, hampa. Lelaki itu masih tiada.

Di manalah lelaki tadi ya?

"Kak Sha, kita nak pergi ane? Isya nak ayam!"

Setelah beberapa minit mencari akhirnya Raisya bersuara. Aku menepuk dahi. Baru teringat yang aku bersama Raisya. Nasib tangan Raisya sentiasa aku genggam. Huh, risau hilang pula budak ini nanti. Apa aku nak jawab pada Kak Wardah nanti? Mampus!

"Isya, kita pergi beli ayam lepas ni boleh? Akak ada kerja sikit ni. Penting! Isya ikut aje kak Sha eh? Jangan pergi mana-mana. Hilang susah akak nanti,"pesan aku agak tegas.

Raisya mengangguk dan hanya menurut. Aku tersenyum senang. Nasib Raisya faham. Lalu aku kembali mencari lelaki tersebut. Meliar mataku memandang sekeliling.

Hampir sepuluh minit mencari, aku mula hampa. Terbit perasaan kecewa dalam hati kerana aku rasa yang aku tak akan jumpa pemilik dompet ini semula. Aku melepaskan keluhan.

Baru sahaja aku ingin pergi buat laporan di balai polis dan pulangkan semula dompet itu sahaja di sana, tiba- tiba aku teringat sesuatu. Perbualan lelaki tadi semasa dia bercakap dalam talian.

"Hish, aku pergi sekarang. Mana? On sport way? Hah yelah. Dah jangan call aku lagi!"

Aku terdiam. On sport way? Itu bukan ke kedai kasut berjenama itu? Tak silap aku, kedai itu berada di tingkat paling atas. Perlahan-lahan aku tersenyum senang. Mungkin pemilik dompet ini sekarang berada di sana?

Laju sahaja langkah aku ke kedai kasut berjenama tersebut. Terus kelibat lelaki itu dicari apabila aku sudah selamat sampai di dalam kedai tersebut bersama Raisya.

"Baju kemeja biru, seluar hitam."

Ayat itu disebut-sebut berkali-kali agar aku sentiasa ingat gerangan dan identiti lelaki itu.

Dan... yeay!

Mata aku tertumpu kepada seorang lelaki yang sedang mahu membuat pembayaran di tempat cashier itu.

Tangan Raisya terus ditarik menuju ke situ. Aku menghampirinya dengan senyuman.

"Yes cik, berapa?" soal Faiq serius.

"RM 231 ringgit sahaja semuanya encik," jawab pelayan kaunter itu. Lelaki itu mengangguk sebelum meraba-raba ke dalam poket seluarnya. Ingin mencari dompetnya mungkin. 

Matanya membulat apabila tersedar bahawa dompetnya tiada di dalam poket seluar.   Dompetnya memang tiada. Faiq menghadiahkan senyuman palsu kepada penjaga kaunter itu. Mampus! Buat malu sahaja kalau dia tidak jadi beli.

  Ini semua salah adiknya yang sibuk meminta dia membelikan kasut untuknya seperti yang telah dijanjikan. Tetapi malangnya, dompet hilang pula. Sudahlah dalam dompet itu terdapat kad pengenalan dan kad-kad banknya. Kalau duit sahaja tak apalah kalau hilang. Dia tidak kisah sangat.

"Err sekejap ya, saya pergi sana sekejap. Dompet saya tertinggal. Nanti saya datang balik." Penjaga kaunter itu hanya mengangguk faham.

Faiq membawa langkah ingin keluar dari kedai. Namun tiba-tiba langkahnya dihalang oleh seorang gadis bersama seorang  budak kecil.  Dahi Faiq berkerut.

"Yes? What do you want from me miss? Sorry I really-really need to go. Nak mintak sedekah atau perlukan bantuan sila minta lain kali ya."

Terus Faiq mengorak langkah. Sempat lagi bahu aku dirempuh kuat. Terdorong sedikit tubuh aku ke belakang.

Berpeluk dahiku. What?  Minta sedekah? Dah langgar orang sesuka hati lepas tu sempat nak mengutuk aku pula. Huh, sabar sahajalah.

Dengan pantas kakiku mengejar langkah pemuda itu.

"Eh, sekejap! Encik, sekejap encik!" 

Jeritan aku tidak dipedulikan olehnya. Malah lelaki tadi sengaja melajukan lagi langkahnya.

Aku mengeluh. Kalau ikutkan hati memang aku dah kejar dah mamat itu. Tapi susah nak berjalan laju sebab nak pegang Raisya lagi. Hish, mamat ni. Degil betul. Tunggulah sekejap aku nak pulangkan dompet dia ni! Kelam-kabut betul.

"Wallet encik ada pada saya ni!"

Perlahan-lahan langkah lelaki tadi berhenti. Terus dia merenung aku tajam lalu datang menghampiri aku. Mata aku direnungnya sedalam-dalamnya.

Aku terdiam.

Dah kenapa dia pandang aku macam itu? Dahlah handsome. Dup dap dup dap jantung ini mainkan irama lagu. 

"Err, kenapa encik pandang saya macam tu?" soalku gugup. Seram sungguh renungan dia itu. Membuatkan aku berasa tidak selesa.

"Kau curi wallet aku?"

Terkebil-kebil mataku. Eh, aku tolong dia sahajalah. Tak hadap pun nak curi dompet dia.

"Eh, bu... bukan macam tu encik. Saya sebenarnya..."

"Saya apa? Pencuri! Patutlah dompet aku hilang! Kau curi ya? Nak aku bawa kau ke balai? Hah? Tak tahu malu ke curi dompet orang?"

Aku terdiam seribu bahasa. Cuba mencerna situasi yang berlaku sekarang.

Okay fine. Nak tuduh aku kan? Silakan! Nak bawa aku ke balailah apalah. Ish, tak guna! Sesuka hati dia saja menuduk aku tanpa bukti.

"Mak bapak kau tak ajar ke?" herdik Faiq lagi.

Aku terkedu. Meluap-luap kemarahan aku. Ewah, ewah ini sudah lebih. Dia fikir dia kaya dia boleh nak hina aku sesuka hati? Siap ejek mak bapak aku lagi, apa cerita?

"Hey awak! Jaga mulut tu boleh tak? Tak belajar cara hormat orang ke apa hah? Nak saya tolong ajarkan? Oh, awak fikir saya ni hadap sangat dengan duit encik yang beribu tu? Tak heran langsung! Harap muka je elok, hati hitam macam  kuali!"

Terdiam.

Terbeliak besar biji mata mamat itu. Terkejut mungkin? Erm, aku sendiri pun tak sangka aku boleh cakap macam itu dekat dia. Nak buat macam mana, sudah terlepas cakap.

Raisya sedari tadi hanya menjadi pemerhati.
Terkebil-kebil matanya tidak faham apa-apa.

"Wow! Hebat betul perempuan macam kau ni. Berani ya kau kutuk aku macam tu? Dah lama hidup ke apa? Jangan sampai tangan aku ni hinggap dekat pipi kau tu!" Turun naik nafas lelaki itu.

Apa masalah lelaki gila ini?

"Hey! Ingat saya takut ke? Nak pukul tu pukul jelah! Apasal? Pengecut? Tadi bajet berani sangat! Puih!" Sengaja aku mengapi-apikan lagi kemarahan lelaki itu. Ada hati nak tampar orang!

Err, tapi kalau dia buat betul-betul macam mana?  Ah, kalau dia buat, memang dia adalah lelaki yang paling teruk pernah aku jumpa. Tak hormat wanita langsung. Terbit perasaan menyesal dalam hati aku apabila aku beria-ria ingin membantunya tadi.

Tersingung senyuman sinis dibibir lelaki itu. Dia adalah lelaki yang pantang dicabar. Lagi-lagi tiada gadis yang berani menghinakan seperti gadis itu lakukan tadi. Api kemarahannya semakin meningkat melihat senyuman mengejek gadis itu.

"Kau ingat aku tak berani?"

"Haah, encik memang pengecut!"

Hambik kau!

"Hish, kau ni memang nak kena..." Baru sahaja tangan lelaki itu hendak sampai di pipi aku, jeritan seseorang membuatkan aku dan lelaki itu terkejut.

Aku mengukir senyuman lega. Huh, seram juga aku. Tak sangka dia berani naik tangan dengan perempuan. Dayus ke apa?

Eeee, teruknya perangai lelaki ni. Panas baran!

"Tengku Faiq Idlan! What are you trying to do?!"

Aku terkesima. Tengku?

Mampus aku!

Double update. Sorry busy sekolah. 😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro