part 26
Suara seseorang yang terbatuk-batuk itu membuatkan Delysha terjaga dari lenanya. Matanya ditenyeh-tenyeh dengan tangan agar penglihatannya menjadi lebih jelas. Delysha menguap kecil sambil menggaru pipi.
Cahaya yang terang membuatkan matanya sukar untuk melihat keadaan sekeliling. Dia tertidur sambil duduk di tepi katil itu terasa lenguh belakang seketika. Segera kedudukannya di atas kerusi dibetulkan. Lenguh nanti susah nak berjalan pula.
"Delysha dah bangun?"
Terjeda.
Pantas Delysha melihat ke arah suara itu. Dia tersengih apabila wanita yang menjadi mangsa ragut tadi merenungnya tidur.
Alamak!
Buat malu sahaja. Delysha tayang wajah tidak bersalah.
"Aunty dah sedar?" soalnya masih mamai.
"Dalam setengah jam tadi. Kenapa Delysha tunggu sini? Tak nak balik?" soal Tengku Dina. Lembut sahaja suaranya. Tak macam orang baru lepas kena ragut.
"Alhamdulilah, aunty dah sedar. Saya cemas sangat sebab itu saya ikut Pak Din ke sini. Aunty tak apa-apa kan? Hah, luka dekat siku tu macam mana? Dah letak ubat?" soal Delysha risau.
Tengku Dina tersenyum. "Aunty okay la. Luka ni dah letak ubat dah rasanya. Entahlah. Tapi dah tak banyak darah mengalir. Dah okaylah tu," terang wanita itu.
"Boleh saya tengok luka aunty?" pinta Delysha sopan.Tak manis pula main tengok macam itu sahaja tanpa meminta izin tuan badan sendiri.
Tengku Dina mengangguk. Delysha senyum kecil lalu siku Tengku Dina dilihat. Betul lah darah tidak lagi mengalir seperti tadi. Lukanya juga telah berbalut dengan bandage. Ini mesti doktor yang merawat tadi. Delysha menghembus nafas lega.
"Alhamdulilah. Nasib tak serius sangat luka aunty. Risau juga teruk ke apa nanti." Sekali lagi Delysha berasa lega.
Saat itu dia terpandang wajah Tengku Dina. Agak tergamam juga dia apabila Tengku Dina memandangnya sambil tersenyum.
Ermm, adakah dia terlebih over tadi?
"Err, aunty nak makan apa-apa? Nak minum ke? Boleh Delysha pergi beli sekejap," pelawa Delysha terus apabila sedari tadi Tengku Dina merenungnya. Malu pula dia jadinya.
"It's okay, Delysha. Aunty tak rasa haus pun. Tadi Pak Din dah tolong aunty belikan air mineral," balas Tengku Dina sambil tersenyum.
Delysha mengangguk faham. Nampak sangat dia dah terlajak tidur di sini. Cadangnya dia hanya ingin menemani Tengku Dina sahaja sampai wanita itu sedar, namun tidak sangka dia pula yang tertidur. Penat sangat rasanya. Yelah, dia cari kerja pun berjam-jam. Mana tak letih?
"Err aunty, doktor ada cakap apa-apa ke tadi? Kenapa aunty pengsan pula tadi? Erm, sorry la kalau Delysha tanya ni." Serba salah pula Delysha dibuatnya.
Yelah, dia pun sikit-sikit nak menyibuk. Busy body betul dalam hal orang.
"Doktor cakap tekanan darah aunty tinggi. Aunty pengsan pun sebab tak boleh tengok darah. Fobia dengan darah sahaja. Sebab itu pengsan tadi bila tengok siku aunty berdarah," terang Tengku Dina. Delysha mengangguk faham. Oh, fobia tengok darah rupanya.
"Err, actually nama aun... Tengku apa ya?" Delysha tersengih janggal.
'Haih, kau pun satu Delysha. Sekarang ni baru kau nak tanya? Heh'. Desis Delysha.
Berkerut-kerut dahi wanita itu.
"Macam mana Delysha tahu yang aunty ni tengku?"
Delysha terkelu.
'Alamak. Kau pun satu. Baru nak panggil dia tengku tu dah kenapa? Panggil jelah tengku itu dari awal. Ini nak juga panggil aunty. Haih.' Bisik hati Delysha.
"
Err, Pak Din yang bagitahu tadi."
"Ouh, I see. Nama saya Dina. Delysha boleh panggil saya aunty Dina. Tak perlulah nak bertengku-tengku dengan saya." Lembut sahaja tutur bicara wanita itu.
Delysha serba salah. Sedangkan Pak Din pekerja tengku pun memanggil wanita ini dengan tengku, apatah lagi dia yang hanya orang luar. Tak manis pula nak panggil aunty.
"Eh, tak apalah. Rasa macam tak manis pula saya panggil aunty sahaja." Delysha berdalih.
"Aunty cakap tak perlu. Panggil sahaja aunty Dina. Okay?" Tegas Tengku Dina.
Delysha tersentak. Tegas dan garang juga wanita ini. Lambat-lambat Delysha mengangguk. Pasrah sahajalah.
"Good. Ni kejap lagi anak aunty nak datang. Nak melawat aunty. Tadi pak Din yang bagitahu."
Tersentak.
'Alamak anak aunty nak datang sini? Habislah aku. Buatnya anak dia garang? Tak ke aku yang kena marah? Yelah aku ni tak berjaya nak tolong aunty tadi.' Delysha sedikit resah.
"Err, anak aunty nak datang?" soalnya resah.
"Haah, kenapa?" Hairan Tengku Dina jadinya.
"Erm, tak ada apa. Baguslah kalau macam tu. Ada jugak yang boleh jaga aunty malam ni. Kalau macam itu, Delysha rasa Delysha balik dulu lah," pamit Delysha sopan.
"Hah, nak balik dah? Cepatnya. Tak nak jumpa anak aunty dulu ke?"
Delysha tersentak. Jumpa anak aunty? Huh, memang tak lah! Buatnya anak-anak dia lelaki? Dengan dia sekali ke balai nanti. Huh menempah maut betul.
"Haah, takut kakak saya risau nanti. Tak apalah aunty. Kirim salam sahaja dengan anak aunty tu ya."
"Hmm kalau macam itu tak apalah. Hati-hati ya? Terima kasih sebab dah tolong aunty tadi," ujar Tengku Dina.
Delysha tersenyum kelat. Dia ada tolong apa-apa ke tadi? Hm, rasanya dia bertambahkan masalah adalah.
"Maaf banyak-banyak ya aunty. Oh ya, aunty dah buat report polis ke belum? Risau lah. Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Banyak kes macam ni dah terjadi," ujar Delysha prihatin.
"Ouh, pasal tu Delysha janganlah risau. Pak Din dah pergi dah balai dah tadi. Itu yang belum balik-balik lagi sampai sekarang..."
"Ouh, okaylah kalau macam itu. Saya pulang dulu ya aunty. Insya-Allah kalau ada jodoh kita berjumpa lagi. Aunty jaga kesihatan tau. Lepas ni rasanya tak perlulah nak kemana-mana seorang diri. Ajak teman tau. Risau jadi macam tadi." Sempat lagi Delysha berpesan.
Tengku Dina tersenyum kecil.
"Ya, aunty tahu. Maaflah sebab dah menyusahkan kamu pula."
"Eh tak apalah, aunty. Tak susah pun. Benda dah nak jadi kan? Sesiapa ditempat saya pun akan buat perkara yang sama juga. Saya pulang dulu. Assalamualaikum." Tangan wanita itu disalam hormat.
"Waalaikumsalam." Tengku Dina tersenyum.
'Ya Allah, baik betul budak ni.' Desis Tengku Dina. Bibirnya naik mengukir senyuman.
******
Arissa mengibas-ngibas mukanya dengan tangan. Huh panas. Panas cuaca, dan panas juga hatinya.
Mana Darren ni? Dah berjanggut dia tunggu tapi wajah jejaka itu langsung tidak kelihatan. Buat penat sahajalah dia datang kalau lelaki itu tiada di pejabat.
Dah lah nak masuk sini pun dilarang keras dengan PA lelaki itu. Huh, semak sahaja perempuan itu. Tak padan yang dah berusia. Sibuk betul!
Orang nak jumpa kekasih hati pun dia tidak benarkan. Akhirnya, nasib juga PA Darren mengizinkan dia menunggu lelaki itu di sini. Setelah ditengking dengannya tadi, barulah perempuan itu mengalah. Huh, menyusahkan betul!
Tapi itulah. Darren pula tiada. Ada meeting katanya. Haih, terpaksalah Arissa tunggu di luar sahaja. Berjanggut rasanya dia tunggu. Rasa menyesal pula dia datang time-time macam ni. Buat penat sahaja. Cuaca dah lah panas!
Lagi pun sejak dua menjak ni bukan senang Arissa mahu berjumpa dengan Darren. Darren ada sahaja alasan mahu mengelat darinya.
Sudahlah lelaki itu sudah tidak lagi bekerja sebagai pilot. Kalau tidak senanglah tiap-tiap masa sahaja dia boleh berkepit dengan Darren. Semakin sukar rancangannya ingin menjadikan Darren miliknya kalau lelaki itu sendiri tidak mahu berjumpa dengannya.
Payahlah kalau macam ni!
"You buat apa dekat sini?"
Soalan itu membuatkan Arissa tersentak dari lamunannya. Arissa tersenyum saat wajah lelaki yang ditunggu-tunggu sudah berada dihadapan matanya. Pantas kakinya mengorak langkah mendekati Darren. Terus lengan lelaki itu dipeluk erat. Nasib juga Darren tidak menepis. Semakin lebarlah senyuman di wajah Arissa.
"Sayang, you pergi mana? Penat tahu I tunggu you dekat sini. Dah nak berjanggut dah I tunggu you tau." Arissa mengadu dengan suara yang manja. Sengaja ingin menarik perhatian Darren.
Berkerut-kerut dahi Darren.
Ada dia suruh tunggu ke? Dan sejak bila Arissa seorang pramugari yang bukan calang-calang orang boleh tahu pepatah lama seperti itu? Agak lucu sebenarnya.
Namun sengaja Darren memasamkan sahaja wajahnya. Orang dahlah penat baru lepas habis meeting. Tiba-tiba datang pula satu bala dekat sini. Haih, pening kepala Darren saat ini.
"Kenapa you tunggu I? Ada I suruh you datang ke? I busy lah. Banyak kerja lagi yang I perlu settle kan daripada melayan you. You buat apa datang sini? " soal Darren acuh tak acuh. Penat melayan kerenah Arissa yang terlebih 'manja' ini. Manja atau menggedik? Ah, sama sahaja.
Arissa terus menarik tangannya dari terus memeluk lengan lelaki itu. Kaki dihentak-hentak melepaskan geram. Wajahnya sudah macam mencuka.
Boleh lagi Darren tanya macam tu? Penat penat dia tunggu akhirnya perlian yang dia dapat? Darren memang tak adil!
"Hish, you ni kan! I penat tunggu you kononnya nak lah spend time together dengan you sebelum I fly ke Turkey. Lagi pun kita dah lama tak keluar sama-sama kan?You tu asyik nak mengelat sahaja dari I. I bersusah payah datang nak jumpa you hari ini. Tapi ini yang you balas? Ini yang I dapat? Sampai hati you!"
Arissa menghentak kakinya tanda protes. Muncung dibibirnya sudah sedepa.Panas betul hati dia sekarang ni.
Darren tergelak kecil.
Haih, macam budak-budak betul perangai. Umur dah 24 tapi perangai macam budak tadika. Darren mengeluh kecil.
"So, you nak I buat apa sekarang ni?"
Darren mengalah. Malas nak buat kecoh dekat sini. Bukannya dia tidak nampak mata-mata staff nya memandang semacam sambil berbisik sesama sendiri. Malu juga dia.
Lagi pun macamlah dia tak biasa melayan perangai Arissa ni...
Arissa tersenyum sinis mendengar soalan Darren itu. Tak sia-sia dia berdrama sekejap tadi.
" I nak you teman I makan. Boleh kan?"
Darren mengeluh kecil. Pasrah sahajalah.
"Fine! Tapi sekejap je tau. I banyak lagi kerja lain nak buat lepas ni. Okay?"
Arissa mencebik. Ah, sekejap pun sekejap lah. Asalkan dia dapat meluangkan masa bersama Darren.
"Okay sekejap je. Thank you tau sebab sudi keluar dengan I." Arissa tersenyum suka.
Darren pasrah. Walaupun terpaksa sebenarnya. Sebab dia tahu, selagi dia tak ikut kehendak Arissa, selagi tu Arissa akan pergi dari sini.
"Hmm yelah," ujar Darren perlahan. Arissa terus memeluk lengan Darren seperti tadi. Darren mengeluh lagi.
Bila agaknya Arissa nak berubah? Macam mana dia nak fahamkan Arissa yang dia tidak pernah anggap gadis itu lebih dari seorang adik sahaja?
****
Hm, disebabkan ada yang tanya macam mana Delysha boleh tinggal dan kenal dengan Kak Wardah so sis nak terangkan sedikit...
Okay, sis nak terangkan dekat sini macam mana Delysha boleh kenal dengan Kak Wardah dan Raisya.
Cerita dia macam ni... Lepas sahaja kejadian Delysha tak jadi kahwin tu, Delysha terus ke Terengganu. Then, masa dia nak solat dekat RnR, dia terjumpa dengan Kak Wardah. Kak Wardah yang offer Delysha kerja dekat cafe dia. Dah alang-alang dia tahu yang Delysha tak ada tempat tinggal, dia pun bagi la Delysha tumpang rumah dia. So, macam tulah diorang jumpa then tinggal sama-sama.
Sis tak cerita dekat atas sebab sis sengaja nak korang fikir sendiri dan nak buat plot twist sikit. So, macam tu lah cerita dia. Okay, jangan tanya sis lagi macam mana diorang boleh kenal each other.😌 Dah, bye. ❤️✨
Vote, comments, share. ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro