part 25
Kepala Delysha terteleng ke kanan dan ke kiri apabila dia ingin melintas jalan. Namun, setelah lampu bertukar merah, barulah Delysha memberanikan diri untuk melintas. Dia di negeri orang, bukannya dia tahu sangat bahaya jalan raya di sini.
Delysha berdecit. Pelipisnya diurut-urut sendiri. Pening. Tengahari macam ini dia masih ke hulu dan ke hilir mencari kerja. Bukannya dia seorang penganggur, akan tetapi demi janjinya kepada Kak Wardah, terpaksalah Delysha mencari kerja juga. Nasib baik juga hari ini Kak Wardah bagi dia cuti. Kalau tidak... dia terpaksa terkejar-kejar masa hendak ke cafe selepas ini. Buat shift petang sahaja lagi senang.
Cuaca yang agak panas terik membuatkan Delysha sedikit pening kepala. Untuk ke berapa kalinya dia mengeluh. Letih.
Kakinya juga sudah kebas berjalan. Satu bandar ini dia berjalan mungkin. Matlamatnya hanyalah ingin mendapatkan kerja yang sesuai. Namun, hampa. Masih tiada kerja yang sesuai dengan kelulusannya.
Dan sekarang barulah dia sedar bahawa bukan senang mahu mencari kerja. Bukan mudah untuk mendapatkan duit dan pendapatan untuk menyara keluarga.
Tiba-tiba Delysha terfikir akan manusia yang tiada pelajaran tinggi. Bagaimanakah mereka hendak mencari kerja sedangkan yang berkelulusan tinggi pun terasa kesusahannya. Bahagaimana dengan nasib mereka?
Haih, sabar. Rezeki tidak pernah salah alamat. Kalau dia ditakdirkan sememangnya tidak akan mendapat kerja, maka dia akan tetap tidak akan dapat kerja juga.
Semuanya biarlah Allah sahaja yang tentukan. Apa sahaja takdir buat dirinya, dia akan terima dan redha.
Delysha tersenyum kecil. Jam di pergelangan tangan dilihat. Jam sudah menunjukkan pukul satu petang. Dia belum solat zuhur lagi. Saat ini barulah Delysha teringatkan sesuatu. Dia di negeri orang sekarang. Susah mahu mencari ruang solat kalau dia sendiri pun masih baru lagi di negeri Terengganu Darul Iman ini.
Pelipis diurut. Ah, tak apalah. Tawakal sahaja. Kalau mahu melakukan perkara yang baik, Insya-Allah pasti Allah akan membantunya. Pasti ada ruang solat yang berhampiran punya. Delysha berfikir positif sahaja saat ini.
Hampir dua puluh minit mencari surau atau ruang solat yang terdekat, akhirnya Delysha ternampak RnR yang berhampiran. Dia tersenyum lega. Alhamdulilah, jumpa juga. Lenguh kakinya berjalan jauh. Bukannya dia tidak mahu naik grab atau teksi, tetapi entah kenapa dia merasakan tidak selesa. Tidak biasa dan rasa tidak selamat. Berjalan kaki lagi bagus. Nasib Kak Wardah menghantarnya ke bandar ini tadi. Tak perlulah dia menaiki teksi. Buang duit sahaja nanti.
Segera Delysha berjalan ke ruang solat wanita. Dia memandang sekeliling keadaan surau itu terlebih dahulu sebelum mula mengambil wuduk.
Selesai sahaja mengambil wuduk, kaki mengorak langkah ke ruang solat di dalam. Telekung yang tersangkut di hanger itu di ambil dan disarung. Selepas solat, dia juga turut menitipkan doa agar dia mendapat kerja seperti yang dia mahukan.
Sesuai sahaja solat, Delysha kembali melipat telekung tadi di penyidai. Tudung bawalnya yang sedikit senget itu dibetulkan. Awning tudung juga dikemaskan lagi. Dan segera beg tangan dipegang dan kaki mengorak langkah ke tempat menjual makanan seketika. Terasa haus sekarang ini. Delysha hanya mahu membeli air miniral sahaja.
Dengan lenggang-kengkung Delysha berjalan. Sempat dia menyanyi kecil semasa hendak menuju ke sana. Dan secara tiba-tiba dia terlihat seorang wanita yang agak berusia sedang berlawan dengan seorang lelaki yang bermotor tinggi. Delysha terkedu. Tiga saat menghadam situasi itu, barulah Delysha tersedar kejadian apakah yang berlaku di hadapannya kini.
Kes ragut.
Persoalannya kenapa tiada seorang pun yang membantu wanita itu? Dengan langkah yang cepat, Delysha melangkah ke arah wanita yang agak berusia itu. Dia berlari dengan cemas. Risau jikalau wanita itu di apa-apakan pula.
"Hoi!"
Jeritan Delysha itu membuatkan dua orang lelaki tersebut berjaya mendapatkan beg tangan wanita tadi dan terus peragut itu memecut laju motorsikalnya ingin membelah jalan. Dan wanita yang menjadi mangsa ragut tadi terjatuh akibat tarik-menarik bersama dengan peragut yang sememangnya tidak berguna itu!
Perkara ini sememangnya berlaku dengan pantas. Delysha terkedu saat peragut itu berjaya meragut beg tangan tersebut. Dia melepaskan keluhan geram. Tak guna! Ada lagi manusia macam tu di muka bumi ini? Tiada sivik langsung!
"Auch!"
Jeritan kesakitan itu membuatkan Delysha tersedar. Wanita tua yang diragut tadi sudah pun terjatuh di lantai. Delysha terkedu. Pantas dia mendapatkan wanita itu dan menolong apa yang patut.
Terkejut besar dia apabila melihat siku wanita itu berdarah. Mungkin akibat hentakan jatuh pada jalan tar tadi agaknya. Delysha jatuh kasihan.
"Ya Allah, aunty okay ke ni? Nak saya hantarkan aunty ke hospital?" soal Delysha cemas.
Kepala wanita itu di angkat dan diletakkan di atas pehanya. Wanita itu tersenyum kecil.
"Saya okay. Terima kasih ya tolong saya..." Ramah wanita itu berkata.
Delysha tersentak. Dia tolong apa? Dia rasa serba salah sebab tidak dapat membantu wanita itu mendapatkan handbag nya tadi. Haih, teruk betul la kau ni, Delysha.
"Eh, okay apa nya kalau berdarah teruk macam ni? Tak bolehlah macam ni, aunty. Saya serba salah sangat sebab tak dapat tolong aunty. Saya minta maaf sebab tak sempat kejar peragut tu, " ujar Delysha sebal dengan kesalahannya sendiri. Kalaulah dia cepat dan cekap tadi, pasti peragut itu tidak akan berjaya meragut beg tadi.
"Eh, it's okaylah. Aunty tak salahkan kamu pun." Wanita itu berkata sambil tersenyum. Delysha bertambah serba salah. Wanita itu langsung tidak memarahinya. Malah dari tadi asyik tersenyum sahaja.
"Marilah saya bawak aunty ke hospital. Teruk luka aunty ni. Nanti makin melarat pula... " pelawa Delysha. Luka disiku wanita itu dibelek. Teruk juga. Bertambah risau dia dibuatnya.
"Tak... apa. Aunty okay." Sejurus berkata begitu, wanita itu tiba-tiba pengsan. Tidak sedarkan diri. Delysha terkedu. Makin panik dia dibuatnya.
"Ya Allah, aunty bangun! Astagfiruallahhalazim, apa aku nak buat ni?" Delysha kalut.
"Tolong! Tolong saya!"
Delysha menjerit minta pertolongan. Lima minit kemudian, barulah datang seorang lelaki yang berusia mendekati mereka. Cemas juga wajahnya.
"Hah pak cik, pak cik tolong saya pak cik. Aunty ni tak sedarkan diri." Pantas Delysha berkata.
Berkerut-kerut dahi Pak Din melihat kejadian tersebut.
"Ya Allah, tengku! Macam mana majikan saya boleh pengsan ni? Habis saya kalau anak-anaknya dapat tahu." Pak Din mula gusar.
"Ouh, pak cik kenal lah aunty ni?"
" Ya, dia majikan saya. Saya Pak Din, driver dia. Anak ini siapa? Macam mana boleh jadi macam ni?"
Delysha tersenyum lega. Huh, ada juga yang datang tolong.
"Saya Delysha, pak cik. Nantilah saya cerita. Sekarang ni, tolong saya angkat aun-tengku ke hospital."
Tergamam juga dia saat Pak Din menyebut gelaran tengku tadi. Kiranya wanita ini bukan calang-calang orang. Habislah dia.
"Hah, okay... okay. Anak ikut sekali ya?" Tanpa berfikir panjang, Delysha mengangguk setuju. Terus kepala Tengku itu diletakkan di atas pehanya saat mereka sudah pun masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Pak Din mula memandu dan menuju ke hospital dengan secepat yang mungkin.
*****
Fail-fail yang bertimbun di atas meja dilihat sebentar. Darren mengeluh kasar.
Sudah lama dia menyiapkan kerja dan Darren berfikir untuk merehatkan diri sebentar. Fikirannya mula bercelaru. Nak buat kerja pun susah.
Kejadian di mana dia terserempak dengan Serra di restoran semasa lunch bersama Kyle tadi berlegar-legar difikirannya. Darren serabut.
Baru tiga hari Darren mula bekerja di syarikat papanya, dan sekarang dia sudah terciduk. Penat juga bekerja di office ini sebenarnya. Ingatkan mudah tetapi lebih memeningkan kepala. Ingin sahaja dia berhenti, akan tetapi dia terpaksa membatalkan sahaja niatnya itu. Darren dah janji nak berubah, jadi pekerjaannya juga harus ditukar. Dia tidak boleh bekerja sebagai pilot lagi. Bahaya!
Pelipis dipicit. Pening. Serabut. Mana serabut dengan kerja lagi, dengan tiba-tiba dia terserempak dengan Serra lagi tadi.
Bila teringat kejadian di mana kejadian dia terserempak dengan Serra tadi, sememangnya dia terkejut.
Apabila dia ingin mendekati perempuan itu, namun Serra lebih pantas melarikan diri darinya. Hairan sungguh. Kenapa perempuan tu lari bila nampak dia? Sebulan lepas beria-ria perempuan itu menfitnah dirinya. Nasib tiada seorang pun membuka mulut pasal hal perkahwinan dia yang tidak jadi itu. Semua hanya mendiamkan diri. Mujur juga keluarganya tidak memanggil mana-mana reporters datang sama hadir semasa hari itu. Kalau tidak pasti dia dan keluarganya mendapat malu. Malu satu keturunannya nanti.
'Anak Tengku Malik tidak jadi menikah kerana pengantin lelaki berhalwat bersama perempuan lain sehingga mengandung.'
Fuhh. Tajuk yang menarik. Yang lebih menghairankan lagi kenapa Serra melarikan diri darinya setelah apa yang dia lakukan? Atau pun perempuan itu takut dengannya? Haih.
Malas berteka-teki lagi, Darren terus mendail nombor Jo spy upahannya. Seminit kemudian barulah panggilan tersebut di angkat.
"Hello, Jo, do you have any good news today?" soal Darren penuh pengharapan. Berharap sangat petang ini dia akan dapat mendengar berita gembira.
"Sorry bro, orang-orang aku masih siasat lagi. Aku belum dapat jejak lagi di mana Delysha sekarang. Sabar okay, bro? Aku akan buat yang terbaik..." Tenang jawapan yang diberikan oleh Jo.
Darren mengeluh.
" It's okaylah... kau teruskan je kerja kau tu. Kalau ada apa-apa perkembangan, terus bagi tahu aku tau..." Darren mengalah. Pasrah sahajalah yang mampu dia lakukan.
" Okay, bro. Ada apa-apa lagi?"
Darren berfikir sejenak sebelum dia teringatkan sesuatu.
"Weyh Jo, aku nak kau siasat sorang lagi ni. Boleh?" Jelas matanya penuh dengan dendam.
"Dah memang tugas aku, bro. Kau nak aku siasat siapa pula kali ni?"
Darren tersenyum penuh makna.
"Nama perempuan tu Serra."
Darren tersenyum sinis.
"Serra?"
" Yup... Perempuan tu. Aku nak tahu segala-galanya pasal dia."
" Okay, bro. Kira settlelah. Nanti kau send dekat aku semua maklumat tentang perempuan tu. Senang aku nak buat kerja aku."
Darren mengangguk. Namun, bibirnya masih terukir senyuman sinis.
Semuanya akan terbongkar, Serra.
So you just need to get ready.
***
Okay, done.
Korang rasa siapa wanita yang Delysha selamatkan tadi? Hm?
Semuanya bakal terjawab nanti... 😗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro