Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 24

Sebulan kemudian.

"Raisya, kenapa asyik merengek je ni? Tak kasihan ke dekat Kak Sha?" Delysha membuat mimik sedih. Penat melayan perangai Raisya yang semakin hari semakin nakal.

"Kak Sha, angan lah nangis. Isya cayang Kak Sha. Corry okay? Isya tak nakal dah. Janji!" Budak bernama Raisya itu sehabis baik cuba memujuk Delysha.

Dicium sekilas pipi kanan gadis itu. Seketika, Delysha tersenyum gembira. Senang dengan tingkah laku Raisya.

"Okay, Kak Sha tak nangis. Kak Sha pun sayang princess kak Sha ni. Pandai eh pujuk Kak Sha? Nak kena cium ni," usik Delysha.

Terus digomol-gomol dan dicium bertalu-talu seluruh muka Raisya sehinggakan budak itu menggeliat kegelian.

"Kak Sha! Tak naklah! Geli!"  jeritan Raisya itu tidak dipedulikan. Delysha mencium seluruh wajah putih Raisya. Geram sungguh dia.

"Ya Allah, kenapa ni Lysha?"

Perbuatan Delysha terhenti, dia tersenyum manis ke arah kak Wardah.

"Saja kak nak mengusik si kenit ni. Nakal bukan main dia sekarang! Geram sangat dengan pipi dia yang montel ni, " terang Delysha.  Raisya di dukung dan diletak di atas pahanya. Budak itu hanya menurut dengan mimik wajah  cemberut. Merajuk la tu kiranya.

"Laa, Isya memang nakal sejak dua menjak ni. Ikut perangai siapa lah kan? Hah, tengok tu. Dah merajuk dah dia."

Kak Wardah menggeleng kepalanya. Penat melayan kerenah anak perempuannya itu.

"Alolo, sayang kak Sha ni merajuk ya? Nak kak Sha pujuk lah ni?  Okay lah. Sorry, kak Sha minta maaf. Tak comel la adik kak Sha ni merajuk. Buruk aje muka tu," pujuk Delysha lalu pipi anak kecil itu ditarik-tarik geram.

Eee, siapa suruh tembam sangat?

"Betul ke dah tak omey? Kalau macam tu Isya tak nak merajuk lah. Nanti tak omey dah." Delysha dan Kak Wardah menggeleng saja kepalanya.  Macam-macam lah perangai si kenit ni.

Gigit kang baru tau!

"Dahlah tu Isya. Pergi naik atas tukar baju. Dari tadi tak tukar lagi baju taska tu." Raisya mengangguk. Dia terus melangkah ke tingkat atas.

Raisya sudah berumur 5 tahun. Sudah pandai pakai dan tukar baju sendiri. Tak perlu lagi kak Wardah tolong.

"Lysha, kalau akak tanya ni jangan marah tau," ujar Kak Wardah.

Dahi Delysha berkerut.

"Tanya sahajalah kak. Apa dia tu?"

"Lysha tak pernah terfikir ke nak cari kerja lain? Akak bukan apa, Lysha tak sesuai kerja dekat cafe dengan kak Wardah. Sebab Lysha bijak, pandai. SPM staright A kan? Tak nak cari kerja yang lebih bagus dari cafe akak ke?"

Delysha terdiam. Memandang wajah wanita itu dengan senyuman.

Cafe? Ya, memang dia bekerja di cafe kak Wardah. Dah tiga minggu lebih.

Kak Wardah lah banyak membantunya dalam bab kerja, dan tempat tinggal dia selama ini. Delysha teramatlah bersyukur kerana dapat mengenali seorang hamba Allah sebaik kak Wardah ketika dia dalam kesusahan. Kak Wardah juga seorang ibu tunggal. Suaminya telah meninggal dunia dua tahun yang lepas dan Kak Wardah mempunyai seorang anak bernama Raisya. Budak comel tadi.

"Lysha okay aje kerja dengan akak. Lagi senang.  Tak naklah kerja tempat lain. Nanti rindu dengan Isya macam mana?"

Kak Wardah tersenyum. Itu pula yang di risaukannya.

"Lysha, dengar cakap akak ya? Cari kerja lain yang lebih sesuai dengan kelulusan Lysha. Pasal Isya jangan risau, Lysha boleh stay rumah akak sampai bila-bila. Isya pun dah sayang sangat dengan kak Sha dia ni. Susah kalau Lysha tak ada. Mulalah merengek budak tu nanti. Boleh kan Lysha?" pinta kak Wardah penuh berharap.

Tidak mahu menghampakan kak Wardah,  Delysha akhirnya mengangguk setuju juga. Kak Wardah tersenyum gembira.

"Nanti Lysha cari lah kerja ya, akak? Kak Wardah jangan risau okay," ujar Delysha.

Kak Wardah mengangguk. Baguslah. Dia bukannya apa, Delysha layak dapat kerja yang lagi bagus dari sekarang ini. Dengan mempunyai kelulusan yang cermelang, Insya-Allah Delysha  mampu untuk mendapatkan kerja yang lagi bagus di luar sana.

****

Pintu bilik diketuk berkali-kali mengejutkan Darren dari lamunannya sendiri.

"Masuk!"

Mak Nab melangkah masuk ke dalam bilik bersama dulang di tangannya.

"Iyan, marilah makan. Iyan tak makan lagi kan dari pagi? Nanti sakit susah. Mak Nab masak sedap ni.  Ayam masak merah lauk favorite Iyan tau. Jomlah makan sikit," pujuk Mak Nab.

Darren yang sedang termenung di balkoni biliknya itu hanya mendiamkan diri.

Ya, beginilah sikap Tengku Iyan Shah Darren sejak akhir-akhir ini. Lebih banyak berkurung di dalam bilik dan termenung. Entah apa yang difikirkan pun tidak tahu.

"It's okay,  Mak Nab. Nanti Iyan makan okay? Thank you," ujar Darren perlahan. Mak Nab mengeluh kecil.

"Allah tak akan uji hamba-hambaNya dengan sengaja. Dia tahu kita sendiri mampu harungi segala ujian yang Dia berikan, Iyan. Percaya cakap Mak Nab, kalau Iyan dan Delysha dah ditakdirkan berjodoh, pasti korang akan disatukan juga satu hari nanti. Sabar itu indah. Kita tak perlu nak mempertikaikan apa yang dah diaturkan oleh Nya. Sabar ya, Iyan? Percaya apa yang dah berlaku ni, pasti ada hikmahnya," pesan Mak Nab lebih lembut.

Dia bukan apa, dia kasihan melihat anak majikannya itu. Asyik menyendiri dan salahkan takdir sahaja. Kerja apa pun tidak dilakukan. Asyik berkurung dan teringatkan Delysha sahaja. Hampir sebulan lelaki itu terus-menerus begini. Hati wanita tuanya berasa risau. Dia sudah menganggap lelaki itu seperti anak sendiri.

Darren mengeluh. Sabar? 

Sudah sebulan dia penat mencari Delysha. Di rumah gadis itu, di tempat kerja dan juga di kelab malam sekali pun, langsung bayang gadis itu tidak kelihatan. Zara pula berdegil tidak mahu memberi tahu dia di mana Delysha tinggal sekarang. Darren sendiri penat. Hampir-hampir dia berputus asa. Kerjanya juga terabai. Dia tahu kalau dia masuk kerja pun, dia tidak dapat fokus.

"Tapi kenapa Lysha tak nak dengar penjelasan Iyan? Kenapa hidup Iyan macam ni? Iyan nak juga hidup bahagia macam orang lain. Kita orang baru je nak kahwin Mak Nab. Apa semua ni? Patut ke Iyan bersabar lagi? Iyan dah hampir putus asa Mak Nab." Darren mengeluh kecil.  Pagar besi balkoni itu disepak sekuat hati. Melepaskan geram dan amarahnya.

" Astagfiruallahhalazim, Iyan. Bawak mengucap. Ingat Allah, sayang. Allah uji Iyan sebab dia sayangkan kamu berdua. Nak cakap pasal penat? Kita semua tahu yang paling kecewa siapa dalam hal ni? Delysha, Iyan. Dia lagi kecewa. Sabarlah Iyan. Iyan solat, dan berdoa minta Allah bantu segala masalah Iyan. Apa yang terbaik buat Iyan sekarang ni. Mak Nab sendiri kasihan tengok nasib kamu dan Delysha. Solat, minta maaf dengan apa yang Iyan dah lakukan selama ni.  Percayalah, hati Iyan akan tenang." Mak Nab tersenyum kecil.

Darren terdiam.

Solat? Dia sudah lama tidak solat. Bukan tidak tahu, tapi jahil.  Entahlah. Dia sudah lama tidak sujud kepada Allah yang Maha Esa.

Tuhan, adakah Kau akan membantu hamba-Mu yang sudah lama tidak bersujud pada-Mu ini?

Darren kembali teringat kata-kata Delysha dulu.

"Saya nak awak berubah, Darren. Sujud la kepada Dia. Awak akan kecapi kebahagiaan dengan izin-Nya. Jangan pernah putus asa. Allah uji awak kerana Dia sangat sayangkan awak. Dia nak awak berubah. Awak fahamkan maksud saya?"

Kata- kata Delysha beberapa bulan lepas membuatkan Darren terdiam lama. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya.

' Aku akan ikut apa yang kau nak, Lysha. Aku akan berubah. Bukan untuk kau, tapi untuk diri aku dan untuk Allah. Thanks sayang sebab sedarkan aku.'

******


Delysha POV

Assalamualaikum, mak cik!"

Aku tersenyum. Mak cik? Heh, minah ni. Tumbuk kang baru tahu!

"Waalaikumsalam, opah. Amboi-amboi dah jarang kau call aku eh? Tak rindu aku ke?" soal aku berjauh hati.

"Rindu kau? Heh, kau tu yang tak rindu aku dekat sini. Weh, Terengganu macam mana?  Semua okay kan? Best tak duduk sana tu?" soal Zara ceria. Aku mencebik bibir. Eee, busy body mak cik seorang ni!

"Best lah pula. Weyh, rindu kau. Aku dekat sini rasa macam alone tau kalau kau tak ada. Yelah,  kau kan mulut macam lalat, bising aje selalu.  Hehehehe tu yang bosan," usikku sengaja.

Zara memuncungkan bibirnya.

"Hish, kau ni. Sama kan aku dengan lalat pulak. Kalau kau ada depan mata aku sekarang ni, dah lama aku debik kau tau."

Aku tersengih. Bukan selalu dia usik Zara. Semenjak berjauhan, dia selalu saja telefon gadis itu menceritakan segalanya. Zara sahajalah yang dia ada sekarang.

"Eh, ni kau ada jumpa mana-mana mamat handsome tak dekat Terengganu tu? Manalah tahu sangkut ke kan? Hahahaha, dapat lah kau laki orang Ganu!"

Ouh, dia pula nak usik aku la ni?

"Tak ada lah yang handsome pun. Eee, aku datang sini bukan nak cari jantan okay? Kau ni kan! Ke situ pula fikirnya."

"Kenapa kau tak cari lelaki dekat sana tu? Kau masih nak setia dan tunggu Darren ke, babe?"

Aku tersentak.

Aku... tunggu Darren?

"Erm apa... kau ni merepek ni hah? Please,  jangan dah mention nama dia dekat aku. Aku dah buang dia dari hati aku, dari hidup aku. Aku harap dia pun boleh buat perkara yang sama. Tak ada nama Tengku Iyan Shah Darren lagi dalam hidup aku. Bagi aku, dia dah mati!" Sehabis baik aku cuba untuk tidak mengalirkan air mata. Cukup-cukuplah aku menangis selama ini.

Tetapi adakah benarkah apa yang aku katakan tadi? Aku... dah buang dia?

Serius? Susahlah kalau macam tu babe. Kau dah move on, tapi dia? Kau tahu tak yang Darren asyik datang rumah aku semata-mata nak cari kau. Puas dia cari kau merata-rata selama sebulan ni. Kau tak kasihan ke dekat dia, babe? Lagi satu, betul ke kau dah lupakan dia dari hidup kau dan move on dari dia? Semudah itu je kau lakukan, Lysha?"

Terkaku. Apa dia?

Darren cari aku selama ni?

Dan adakah aku dah betul-betul buang Darren dari hidup aku?

Aku tak pasti. Yang aku pasti... aku masih sayangkan dia.

****
Sorry hambar. Cuma sis nak bagi tahu yang TJD memang banyak plot twist yang mengarut. So, korang faham-faham sendiri jelah ya. 😂

*Vote
*Comments
*Share

❤️❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro