Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 21

Baru dua hari selepas kejadian itu dan Darren menghilangkan diri, aku mula demam panas. Masa aku pengsan kelmarin keadaan aku masih  okay lagi. Tapi semalam tiba-tiba sahaja aku demam. Entahlah, aku pun tak tahu kenapa. Tiba-tiba betul. Mungkin sebab aku terlampau banyak fikir agaknya.

Hmm, tak akanlah Darren hilang sekejap saja aku dah mula rindukan dia? Aku rasa aku betul-betul dah mula cintakan Darren. Aku tak dapat hidup kalau dia tak ada. Sebab dialah satu-satunya lelaki yang selalu ada untuk protect aku. Kalau dia tak ada, mungkin aku akan selalu ditimpa musibah.

Handphone di tepi katil aku ambil, ingin melihat sama ada Darren ada meninggalkan apa-apa pesanan atau tidak.

Namun, hampa. Satu pun tiada. Aku berharap yang dia call aku. Mesej aku pun jadilah. Aku bukan apa, aku risaukan dia.

Ke Darren betul-betul pergi tinggalkan aku?

"Morning mak cik, dah bangun?" sapaan Zara itu  membuatkan aku tersenyum. Sekurang-kurangnya masih ada juga orang sayangkan aku.

"Dah. Aku tak larat lah Zara. Aku ingatkan hari ni demam aku makin kebah. Ini tidak, makin tak larat adalah..." aduku berbaur sedih.

Tak dapat aku nak pergi kerja. Nasib Kak Reena izinkan aku cuti tiga hari. Kalau demam aku tak elok juga, kak Reena suruh aku cuti sampai aku betul-betul sihat. Baik betul boss aku itu. Syukur dapat boss macam Kak Reena. Memahami pekerja.

"Hah, itu lah kau! Aku ajak pergi klinik tak nak. Mana tahu serius ke apa sakit kau ni? Ni hah, aku ada bawa breakfast untuk kau." Dulang di tangannya itu diletakkan di tepi meja katil.

Aku tersenyum nipis. "Aku okaylah Zara. Ala, macamlah tak biasa. Aku ni memang mudah dijangkiti penyakit kan? Tapi selalunya kebah awal jugak kan? Esok lusa okaylah tu," terangku cuba untuk memujuk. Zara menjeling.

Degilnya!

Kawannya itu tetap berdegil. Dah sakit-sakit pun masih nak degil lagi!

"Yang kau bawa breakfast sampai dalam bilik ni kenapa? Aku boleh turun bawahlah. Susahkan kau je. Kau masak apa? Tak pernah-pernah kau rajin masakkan untuk aku. Mimpi apa semalam ni?" Aku sengih.

Yelah, selama ini aku saja yang selalu masak untuk dia. Pelik lah pula tiba-tiba minah ni masakkan untuk aku. Selalunya busy saja memanjang.

"Eh eh eh, kau tak payah mengada-ngada nak turun bawah bagai. Kang aku juga kena marah dengan Darren!" Aku tersentak.

Darren?

Ah, kenapa mesti nama itu juga disebut. Hmm... kenapalah Darren nak marah pula. Dia bukannya kisah pasal aku.

Zara yang perasan air muka aku berubah terus  terdiam. Sedar akan kesilapan sendiri. Tengoklah aku sudah sedih semula.

"Eh weh, makanlah. Aku masak special untuk kau tau." Cepat- cepat Zara mengubah topik perbualan. Mangkuk bubur diambil dan dikacau terlebih dahulu.  Masih panas lagi.

"Kau masak apa?" Terus aku kembali ceria. Yeay, dapat makan. Laparnya!

"Bubur."

Mata yang bersinar-sinar tadi terus hilang dan digantikan dengan riak wajah tidak berpuas hati. 

Bubur? Bubur je ke?

Ceh, macam tak ada makanan lain sahaja yang dia nak bagi aku makan!

"Alaa, kenapa bubur? Aku tak naklah." Aku protes.

Zara mencebik bibir.

"Lah, dah kau tu sakit, makanan apa lagi yang sesuai selain bubur cik kak oi?" Aku mencebik bibir menahan geram. Clichénya!

"Kau ni kan! Kalau sakit je bubur, kalau bubur je sakit. Makanan lain tak ada ke?" rugutku yang sememangnya tidak berpuas hati. Aku ni dahlah tengah kelaparan. Zara menjulingkan bebola matanya. Menyampah!

"Makan je Insyirah Delysha. Jangan banyak bunyi!" Aku akur. Nak tak nak aku kena makan juga.

Suapan ke dua berjaya aku habiskan. Siapa yang suap? Zara semestinya. Dia yang nak manja-manjakan aku. Nanti aku naik lemak, tahulah dia. Susah nanti nak melayan karenah aku.

"Good girl! Macam ni lah kawan aku. Dengar cakap. Macam mana nak baik kalau kau still degil macam tadi. Lepas ni kita pergi klinik eh?"

Aku mencebik meluat. Good girl konon. Heh.

"Tak nak! Aku tak nak pergi. Aku tak larat lah Zara." Seperti biasa, kedegilan aku memang akan tetap menjadi nombor satu. Tak boleh nak ubah.

Zara mengeluh. Telapak tangannya ditekup pada dahi aku. Ingin merasakan suhu badan aku.

"Ya Allah, panas ni Delysha. Kau ni degil lah. Kalau ajak ke hospital ke klinik ke mesti ada je alasan kau. Nak aku call Darren? Bagi tahu yang kau tak sihat?"

Terkedu aku jadinya.

"Eh, tak payah. Dia sibuk lah Zara. Kau ni! Janganlah kacau dia." 

Aku tetap akan cari alasan supaya Zara tak call Darren. Huh, buat apa nak bagi tahu dia? Entah dia kisah ke tidak. Entah-entah dia lagi suka aku sakit.

Hmm kenapalah aku boleh terfikir sampai macam itu sekali?

"Ouh, Darren kerja lah ni? Hmm, sekarang barulah aku faham kenapa kau tiba-tiba demam." Zara sengih seperti kerang busuk. Dahiku berkerut hairan.

"Sebab apa?"

"Yelah dah Darren kerja jauh. Ini mesti kes kau rindu dia kan? Demam rindulah ni. Alololo, sweet juga kawan aku ni kan!" Aku mencebik. Demam rindu lah sangat!

"Hish, diam lah kau. Dahlah, pergilah keluar. Aku nak rehat. Pening aku melayan kau ni tau."

Zara mencebik. Itu pun pening!

"Yelah! Aku keluar dulu."

Segera dulang dan mangkuk bubur tadi di angkat dan dibawa ke dapur.

Sampai sahaja di dapur, segera nombor Darren di dail. Ah, dia tidak kira. Dia nak juga bagi tahu Darren pasal Delysha.

*****

"Haah ustaz, saya sendiri pun masih keliru dengan semua ini, dah tak tahu apa yang patut saya lakukan." Darren mengeluh berat.

Dia mengadu segala masalahnya pads ustaz Brian, yang sememangnya orang sini tetapi fasih berbahasa melayu kerana isterinya merupakan orang Malaysia.

Ustaz Brian tersenyum kecil.

"Kamu jangan risau. Allah ada. Mintalah pertolongan dari Allah sekiranya kamu ragu-ragu dengan keputusan kamu. Buat solat istikharah. InsyaAllah pasti ada jawapan yang tepat," terang Ustaz Brian. Darren terdiam.

Solat istikharah?

"Tapi ustaz saya sebenarnya..."

Percakapan Darren terhenti apabila telefonnya tiba-tiba berdering minta di angkat. Namun,  nombor panggilan itu dilihat terlebih dahulu.

Nombor dari Malaysia. Siapa?

"Err, sekejap ya ustaz." 

Ustaz Brian mengangguk sebelum Darren melangkah ke hadapan sedikit dan menjawab panggilan tersebut.

"Hello."

" Hah, hello Darren. Kau kenal tak aku ni siapa?" soal Zara di hujung talian. 

Dahi Darren berkerut-kerut. Suara perempuan. 

" Siapa ya?"

"Laaa, kau tak save number aku rupanya. Ini akulah, Zara. Kawan Delysha. Housemate dia," terang Zara.  

Darren terkedu. Zara nak apa? Sampai call dia. Ini mesti ada apa-apa yang dah terjadi. Ada kena mengena dengan Delysha ke? Tiba-tiba hatinya berasa gelisah dan tidak sedap.

"Hah ya? Ada apa kau call aku?"

Risau. Ya dia risaukan Delysha. Mesti ada hal penting sampai Zara call dia.

"Tak weh, aku just nak bagi tahu yang Delysha demam panas. Dah masuk dua hari dah. Dia cakap jangan bagi tahu kau sebab kau busy. Tapi aku tetap nak bagi tahu kau juga!"

Darren tergamam. Delysha demam panas? Sebab dia ke?

"Weyh, kau dengar tak ni?" soal Zara hairan apabila Darren mendiamkan diri.

Darren tersedar dari lamunannya. Bayangan Delysha hilang dari fikiran.

"Hah ya, aku dengar. Dia dah makan ubat ke belum?" soal Darren lembut. Walaupun hati lelakinya risau, dia harus bersabar dahulu. Jangan terlampau ikutkan perasaan.

"Hah itulah pasalnya. Delysha kalau sakit, dia tak nak pergi hospital langsung. Aku ajak pergi klinik pun dia tak nak. Aku bukan apa tau, aku risaulah. Delysha kalau demam, dia nampak sangat lemah dan lesu. Macam mayat hidup dah rupanya tau." luah Zara serius. Suaranya diperlahankan sedikit. Takut-takut Delysha terdengar perbualan mereka.

Dan kali ini Darren sudah tidak senang duduk. Seperti cacing kepanasan. Delysha tak nak pergi hospital? Kiranya tak makan ubat langsunglah ni? Ya Allah, Delysha. Degil betul gadis itu.

"Okay tak apa, buat masa sekarang ni kau pantau dia dulu. Jaga dia betul-betul. Aku on the way ke sana. Aku akan balik secepat mungkin. Aku masih lagi dekat Paris ni. Apa-apa update aku terus." Darren memejamkan matanya. Cuba menenangkan diri sendiri yang sangat merisaukan keadaan gadis itu. Pelbagai perkara yang bermain di mindanya sekarang.

"Hah okay. Nanti kalau kau nak datang rumah, bagi tahu aku dulu. Okaylah, nanti Delysha perasan pula aku call kau ni. Okay, bye!" Pantas panggilan itu ditutup.

Darren mengeluh berat. Delysha demam pun boleh buat dia serisau ini. Serius dia tidak sedap hati. Dalam kepalanya asyik memikirkan keadaan Delysha sekarang.

Macam mana keadaan gadis itu?

Sakit sangatkah dia? Teruk sangat ke?

Menyesal Darren tidak call Delysha dari awal.  Dari dua hari yang lalu lagi dia tidak call Delysha. Disebabkan ego tingginya, Delysha jadi begitu. Delysha yang jadi mangsa.  Adakah gadis itu sakit kerananya? Dia tak sengaja. Tapi hatinya juga turut sakit dengan perbuatan Delysha.

' Aku minta maaf, Delysha.'

Tengoklah keadaan dia sekarang ni. Macam manalah dia sanggup untuk meninggalkan gadis itu kalau dia sendiri masih tidak pasti dengan perasaannya. Macam ni dia nak tinggalkan Delysha? Kalau dengar sikit berita buruk pasal gadis itu, Darren akan terus gelabah tak tentu pasal. Nampak gayanya, dia pun tidak boleh berpisah dengan Delysha. Dan tak akan boleh berpisah dengan Delysha! Delysha segalanya bagi dia.

' Kau buat aku gila, Delysha. Gila dengan cinta kau yang berjaya membuatkan hidup aku dihantui dengan bayang-bayang kau sendiri.  Macam mana aku nak  pergi dari hidup kau kalau  kau selalu buat aku macam ni? Hati aku sendiri yang menindakkan keputusan aku ini. Kerana hati aku milik kau...' Desis Darren. Dia mengeluh kecil.

Dengan segera Darren menempah ticket ke Malaysia dengan lebih awal. Mudah-mudahan esok dia sudah sampai ke Malaysia dengan selamat.

Biarlah kali ini dia mengabaikan rasa sakit di hati, kerana Delysha lagi penting dari segalanya.

****

Done! Sorry lambat update.
Busy sikit. Sksksks. 🤧❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro