part 20
Baju uniform yang dipakainya itu dikemaskan sedikit agar ianya kelihatan lebih kemas. Topi pula dipegang sahaja. Malas hendak memakainya lagi. Butang baju juga dibetulkan. Dan juga turut tali leher.
Apabila penampilannya kelihatan sempurna, Darren tersenyum senget. Bangga dengan kekacakan diri sendiri.
iPhone di atas katil dicapai. Seperti biasa, pasti nombor Delysha yang akan didail. Hampir dua minit menunggu, ianya tetap sama. Panggilan itu masih tidak dijawab. Malah masuk voice mail pula.
Kemanakah kau, Delysha?
Berkali-kali Darren cuba untuk menelefon Delysha. Tapi hampa. Satu panggilan pun tidak dijawab. Kenapa dengan Delysha? Dia ada buat salah ke? Puas dia fikir apa salah dirinya, namun Darren masih tiada jawapan untuk soalannya itu. Delysha betul-betul buat dirinya risau!
Dah masuk tiga hari Delysha menyendiri tanpa sebarang khabar berita. Selalu kalau dia datang ke rumah Delysha, pasti gadis itu tiada di rumah. Sengaja ke apa? Tak akanlah tak dengar yang dia bagi salam? Di kedai Kak Reena pun Delysha tiada. Sudah banyak hari gadis itu tidak datang kerja.
'Where are you, sayang?' bisik hatinya.
Untuk ke sekian kalinya, Darren mengeluh berat. Adakah gadis itu merajuk dengannya?
Sebab Delysha dia tidak dapat tidur lena. Apa salah dia? Sejak pulang dari rumah mama dan papa terus gadis itu berubah begitu. Diam menyepi tanpa khabar berita. Adakah dia sudah melakukan kesalahan tanpa dia sedar? Tak pun, keluarganya yang sudah melakukan kesalahan pada gadis itu?
Atau... mama?
Ah, buntu. Apa yang harus dia buat sekarang ini? Dia nak tahu kenapa Delysha buat dia macam ni!
Darren:
Delysha, aku ada kerja di Paris.
Take care, I miss you.
Darren terdiam. Berfikir sejenak sebelum mesej tersebut di deleted semula. Ah, buat apa nak bagitahu dia?
Malas berfikir panjang lagi, Darren lekas mengorak langkah ke bawah. Sapaan mamanya tidak dijawab. Pagi-pagi dia sudah tiada mood.
Dia tidak pernah rasa begini dengan mana-mana perempuan sebelum ni.
Selain mama dan Mira, tiada lagi perempuan yang boleh membuatkan hatinya tidak keruan begini. Risau akan gadis itu semakin membuak-buak. Rindu juga semakin menggebu. Kenapa Delysha buat dia macam ni? Mengapa?
Persoalan itu berlegar-legar di mindanya.
******
"Kau betul ke nak pergi ni, Lysha?"
Dah ke seratus kali rasanya Zara mengulangi soalan yang sama. Dah kenapalah dengan kawan aku ni?
"Ya, Zara. Kau dah kenapa?" Keningku terangkat memandangnya.
"Tak, aku cuma tak boleh terima alasan yang kau pergi hanya disebabkan ugutan mama Darren tu. Kau kata kau sayangkan dia? Macam ni ke sayang?" Suara Zara sedikit kendur. Tak faham betul dengan perangai kawannya ini.
Aku mengeluh perlahan. Sayang? Ya, aku akuinya. Tapi aku tidak layak untuk berdamping bersama Darren. Daripada aku teruskan semua ini, lebih baik aku mengundurkan diri awal-awal. Aku tak patut bagi Darren harapan pun dari awal. Aku pun tak faham dengan diri aku sendiri. Sekejap aku berani untuk berhadapan dengan mama Darren, sekejap aku tak kuat untuk terus mendengar caci makian wanita itu.
"Entahlah Zara. Aku buat ni demi kebahagiaan aku juga. Aku dengan dia dah macam langit dan bumi. Aku tak layak. Mama dia memang dah lama nak satukan Darren dengan Arissa. Tapi kenapa tak jadi? Itu sebab aku, Zara. Sebab aku! Aku tak nak hancurkan masa depan diorang. Lebih baik aku pergi." Air mata jatuh berguguran lagi.
Zara terdiam.
"Tapi kalau Darren tak pernah cintakan Arissa tu? Kau masih nak diorang bersama sedangkan kau tahu Darren cintakan kau? Dan aku tahu kau pun cintakan dia juga kan? Kenapa Delysha? Kenapa kau sanggup ketepikan kebahagiaan kau demi orang lain? Aku tak fahamlah!"
Serabut Zara memikirkan hal kawannya ini. Satu-persatu masalah yang Delysha perlu hadapi. Dia bukan apa, dia nak kawannya bahagia dengan orang yang betul-betul mampu membahagiakan dia. Dan dia dapat rasakan bahawa orang itu mungkin Darren.
"Kau tak akan faham, Zara. Aku dah pilih jalan ni, jadi nak tak nak aku kena hadap juga. Lagi pun kita dah sampai dah kan? Kau nak patah balik ke? Aku rasa tak perlu," ujarku perlahan.
Memang kami sudah sampai di KLIA pun. Dan sekarang tengah tunggu flight pukul 10.00 pagi nanti.
"Tapi kau tak nak jumpa dia ke sebelum pergi? Hah tak pun mesej pun jadilah. Kau tak kasihan ke dekat dia? Dia betul-betul cintakan kau. Aku nampak semua tu. Dia betul-betul ikhlas, Delysha." Zara masih lagi cuba memujuk. Kawannya ini memang keras kepala. Kalau dah cakap A, maknanya A lah. Tak ada B, C atau D. Tapi percayalah, hati Delysha lembut. Mudah terpujuk.
Aku menggeleng perlahan. Aku tak sanggup nak lakukan semua itu. Nanti lagi susah aku nak lepaskan lelaki itu... lelaki yang aku mulai sayang.
"Mungkin ini yang terbaik? Kau janganlah risau. Nanti dah sampai sana, aku terus text dia. Okay? Eh, dahlah aku nak ke tandas sekejap. Kau tunggu sekejap ya? Jaga barang aku tau!" Pesanku sebelum Zara mengangguk faham. Aku sudah tidak mahu berbahas lagi dengan Zara soal ini. Nanti aku semakin tidak kuat dan aku tiba-tiba ubah fikiran.
Perlahan-lahan kaki aku berjalan masuk ke dalam ladies yang telah disediakan. Agak jauh sedikit dari kedudukan Zara tadi. Sempat lagi mataku melilau memandang kiri dan kanan. Mencari 'si dia'. Aku mengeluh kecil.
'Dia tak tahu kau dekat sini, Delysha. Kenapa kau masih mengharap ni? Forget everything.'
Segera bayangannya diusir jauh-jauh dan aku menapak masuk ke dalam.
Selesai membuang air kecil di tandas, aku kembali semula ke tempat tadi. Tapi disebabkan aku terlampau tergesa-gesa, tiba-tiba sahaja aku hampir terlanggar seseorang lelaki yang sedang bercakap dengan telefonnya itu.
"Hey, tak nampak ke? Apa kau ni dah..."
Masing-masing terdiam.
Adakah ini mimpi?
****
Darren menarik luggage kecilnya ke tempat pekerja. Dan tiba-tiba telefonnya berbunyi minta diangkat. Dengan cepat Darren menjawab panggilan itu. Senyuman yang lebar tadi terus terpadam apabila si pemanggil bukanlah Delysha. Tetapi Rykal, adiknya.
"Hello, Kal. Nak apa kau call aku ni?" Hish, dahlah dia sudah lambat ni. Budak ni nak apalah pula.
"Weh, bang. Ni mama risaukan kau. Kau pergi mana kali ni? Apasal mama tanya tadi, kau buat bodoh je hah? Risau mama tau," ujar Rykal sebaik saja panggilan dijawab. Darren mengeluh.
Tahu dia salah kerana memulaukan mamanya begitu tadi. Tapi dia memang tiada mood nak bercakap dengan sesiapa terutama sekali Tengku Sheila. Kerana dia dapat rasa yang mamanya seperti telah melakukan sesuatu pada Delysha ketika dia bawak Delysha ke rumah hari itu. Dia risau mamalah dalang semua ini. Kerana dia kenal mamanya itu. Jadi sebab itulah dia malas nak melayan semua orang termasuk Tengku Sheila sendiri.
"Aku okay. Cakap dengan mama aku minta maaf. Aku rushing tadi. Aku fly ke Paris. Dua hari je. Dah bye, aku dah lambat ni."
Tut tut tut. Panggilan ditutup begitu sahaja. Malas dia nak dengar soalan yang lain dari adiknya itu.
Dan dalam keadaan tergesa-gesa, Darren hampir terlanggar seorang wanita yang berjalan arah bertentangan dengannya. Darren mengeluh kecil apabila topinya jatuh akibat perlanggaran antara dia dan perempuan tadi.
"Hey, tak nampak ke? Apa kau ni dah..."
Terkaku! Tergamam!
"Kau?"
"Awak?"
Aku terdiam. Masih lagi terkejut.
Darren?
Dia buat apa dekat sini? Dan aku melihat pakaian di tubuh sasanya itu. Dia kerja hari ini? Ya Allah, tak ada hari lain ke apa?
"Delysha, kau buat apa dekat sini?"
Soal Darren masih lagi terkedu. Aku hanya mendiamkan diri. Nak bagi tahu ke tidak? Apasal boleh terserempak dengan dia pula ni? Ya Allah, apakah semua ini? Kenapa aku jumpa dia sekarang?
"Delysha kau pergi mana selama tiga hari ni hah? Tell me! Kenapa kau tak jawab call aku? Kau pergi mana? Aku ada buat salah ke dengan kau?" Suara Darren mula meninggi.
Panas hatinya saat ini. Lagi-lagi melihat wajah Delysha yang berubah riak terkejut melihat dirinya di sini. Tapi dia lagilah terkejut nampak Delysha yang selama ini menghilangkan diri darinya tiba-tiba sahaja boleh ada di depan matanya sekarang. Di lapangan terbang pula tu. Dia sudah dapat rasakan sesuatu.
Manakala bahu aku terhinjut sedikit akibat terkejut dengan suaranya yang berubah meninggi itu. Dia tak tengking aku tapi aku tahu dia tengah marah.
"Where have you been?"
Diam.
Mata kami mula bertaut. Dalam tiga saat saja sebelum telefon Darren berbunyi. Aku terus pandang tempat lain. Malu!
Ting!
Unknown number?
'Kalau kau sayangkan Delysha, baik kau datang KLIA sekarang weh! Delysha nak ke Paris. Baik kau cepat sebelum terlambat! Itu pun kalau kau tak nak kehilangan dia. - Zara.
Mata Darren membuntang terkejut. Paris? Jadi maknanya Delysha mahu larikan diri ke Paris? Sebab apa? Patutlah menyepi beberapa hari ini! Jadi inilah sebabnya?
"Kau nak buat apa dekat Paris Delysha?" Darren cuba berlembut. Dia betul-betul nak tahu. Dan dia nak dengar penjelasan yang sebenar.
Dan aku terlopong. Macam mana Darren boleh tahu dengan tiba-tiba?
"Mana awak tahu?"
Darren tersenyum senget. Dia berpeluk tubuh merenung aku. "Kenapa? Terkejut aku dapat tahu?"
Sinis.
Aku tahu Darren tengah marah, tapi dia tetap masih cuba mengawal kemarahannya itu. Sebab aku pernah cakap yang aku tak suka dia marah-marah, tengking-tengking aku dulu. Dia tengah cuba buat apa yang pernah aku suruh. Aku pernah suruh dia kawal kemarahan setiap kali dia tengah marah akan sesuatu. Lagi-lagi tentang aku. Kerana aku mudah tersentuh orangnya.
Dan saat ini satu nama yang aku terfikir.
Zara!
Dia yang bagitahu Darren tentang ini? Tapi kenapa? Hish, siap kau Zara! Memang kena dengan aku!
"Err awak, dengar dulu apa yang saya nak cakap." Gugupnya rasa. Haih, jarang aku macam ni dengan dia. Bukan jarang, selalu. Tapi sudah lama tidak datang perasaan begini.
"Okay fine. Tell me everything. What is it?Explain to me, Delysha. Mana kau hilang selama ni? Apa yang dah terjadi? Kenapa kau buat aku macam ni?"
Ceh, ayat tu. Macam aku ni hilang bertahun-tahun pula. Padahal baru saja beberapa hari. Dia punya over, bukan main lagi. Dalam tidak sedar aku tersengih kecil.
"I'm serious, Insyirah Delysha!"
Alamak!
Dia tahu ke yang aku tengah kutuk dia? Kehkehkeh! Malu kita. Eh, sempat lagi kau kan, Delysha? Tak sedar ke yang Darren tengah marah sekarang. Ya Allah, okay serius, serius!
"Saya nak ke Paris. Dan sebab apa itu bukan urusan awak okay!"
Aku terpaku. Pantas aku menutup mulut sendiri dengan telapak tangan.
Terkejut dengan percakapan diri sendiri. Terkejut dengan keberanian sendiri juga. Macam mana aku boleh terlepas cakap ni? Lain yang aku nak cakap lain yang keluar dari mulut!
Darren tersenyum sinis.
"Bukan urusan aku? Kau sedar tak aku ni tak lama lagi akan jadi suami kau? Ouh ya, kau tahu tak aku nak fly ke mana hari ni?" Darren bermain teka-teki dengan senyuman mengejek. Aku mencebik bibir.
Jadi suami aku? Heh perasan betul! Dia nak pergi mana pun ada aku kisah? Tak ada! Eh, adalah sikit. Eh, tak ada langsung!
"Saya tak kisah awak nak ke mana sekali pun. Sebab itu bukan urusan saya!"
Hambek! Suka sangat perasan!
"Serius kau tak nak tahu? Fine! Kapal terbang kau tu nanti tak akan sampailah ke destinasi dan tak akan terbang tinggi kalau tak ada aku." Darren tersenyum bangga.
Aku terdiam. Mencerna kata-kata Darren.
Kapal terbang aku tak akan terbang kalau tak ada dia? Maksud?
Lima saat berfikir barulah aku faham. Aku terlopong besar. Wajah Darren aku pandang. Dan Darren hanya beriak biasa. Muka kerek dia tulah apa lagi. Sabar sajalah.
"Dah tak ada tempat lain ke awak nak pergi?"
Aku protes. Geram!
Kenapa dalam banyak-banyak kapten juruterbang dalam Malaysia ni, dia juga yang akan bawa aku ke sana!
Tak sukanya! Kalau aku tahu semua ni, aku tak akan pergi sana. Tapi kenapa boleh sama pula? Adakah ini dinamakan jodoh? Atau takdir? Hish, cliché lah.
"Mana aku tahu kau nak pergi sana juga. Nampak sangat yang jodoh kita kuat kan? Hm, nak lari mana sekali pun, aku akan dapat tahu jugalah satu hari nanti. Sebab apa? Sebab kita ni memang dah berjodoh. Larilah kau sampai bulan sekali pun, aku akan dapat jejak kau suatu hari nanti. Dan aku akan jumpa kau juga walau apa pun yang terjadi." Darren tersenyum berlagak.
Aku rasa macam nak tumbuk muka mamat ni sekarang! MasyaAllah berlagaknya! Dahlah perasan, kerek, bajet bagus, hish semua dekat dia nilah. Siapa nak berjodoh dengan dia?
"Siapa yang nak dengan awak hah?"
Perasan punya mamat! Darren senyum sinis.
"Betul ni tak nak? Fine! Aku kahwin dengan Arissa baru tahu."
Diam.
Kahwin dengan Arissa? Wow, apa maksud dia? Ingat aku heran ke? Memang ada niat tu cakap sahajalah. Eleh benci.
"Hah nak sangat kan? Pergilah. Memang itu pun tujuan saya. Pergi dari hidup awak supaya senang awak kahwin dengan Arissa dan tak derhaka cakap mama awak!"
Pantas aku menutup mulut apabila tersedarkan sesuatu. Apa ni? Aku dah terlepas cakap ke tadi? Arghh, malunya! Apa aku dah buat?
Darren diam. Lambat-lambat barulah dia mengerti semuanya
"Ouh, jadi kau pergi ni nak larikan diri dari aku supaya aku kahwin dengan Arissa lah? Siapa yang suruh kau buat macam tu? Mama? Mama paksa kau?" Nada suaranya sedikit meninggi. Tanda Darren sememangnya tengah marahkan aku. Malah lebih marah dari tadi.
Aku menunduk kepala. Tak berani nak tengok muka dia.
"So, betul lah mama aku paksa kau? Dia cakap apa lagi dengan kau hah? Ouh, patutlah kau berubah macam ni, rupanya nak larikan diri dari aku? Dan aku senanglah boleh ikut cakap mama? Macam tu ke, Insyirah Delysha?"
Tak tahu kenapa aku rasa nak nangis. Sebak. Aku dah kecewakan dia!
Aku tak berniat nak tinggalkan dia, tapi mama dia macam mana? Aku tiada pilihan... kerana jalinan cinta kami ini adalah terlarang. Tidak direstui.
"Syurga awak di bawah telapak kaki mama awak. Saya tak layak untuk awak. Tolonglah ikut cakap mama awak. Dia yang ambil awak sebagai anak dan sekarang saya nak awak balas jasa dia dengan ikut cakap dia. Maybe, Arissa lebih layak bersama awak. Awak pun dah kenal dia lama kan? Mustahil awak tak pernah suka dia. Saya rela undur diri awak. Asalkan awak bahagia. Itu sudah cukup bagi saya..."
Sebak. Air mata yang menitis langsung tidak membuatkan aku malu untuk teruskan kata-kata yang ingin diluahkan.
Dan aku pandang Darren, nampak wajah dia sangat... kecewa. Ya Allah. Sebab aku ke?
"Aw-awak..."
"Aku dah faham sekarang ni, Delysha. Thanks sebab fahamkan aku. Sekarang ni baru aku tahu yang kau tak ikhlas cintakan aku, sayangkan aku. Kau lebih pentingkan mama aku dari perasaan aku, dan diri kau sendiri. Kenapa Delysha?Kenapa kau terima aku kalau kau nak aku bahagia dengan orang lain? Kenapa kau tak pernah jujur dari awal? Jujur aku cakap yang aku tak pernah suka Arissa. Jauh lagi cintakan dia. Aku sayang dia sebagai adik je. Tak lebih dari itu. Dan aku tahu syurga aku di bawah telapak kaki mama. Walaupun dia bukan mak kandung aku, aku tetap hormat dia. Tapi dia dah melampau sebab masuk campur dalam urusan hidup aku!"
Darren mengetap bibirnya. Otaknya ligat memikirkan semua perkara.
"Kaulah satu-satunya perempuan yang berjaya buka pintu hati aku untuk berubah, Delysha. Aku dah janji yang aku tak akan jadi playboy lagi kalau kau jadi isteri aku. Sebab kau satu-satunya yang berjaya buat aku berubah. Aku sedar aku tak layak untuk kau, aku jahil. Tapi aku tak pernah main-main dengan apa yang aku cakap. Aku betul-betul ikhlas nak jadikan kau isteri."
Aku sudah teresak-esak menangis.
"Tapi ini yang kau balas? Kalau aku tak jumpa kau sekarang ni, dah tentu-tentu kau pergi macam tu je kan? Kau memang tak ikhlas sayangkan aku rupanya. Selama ni aku hanya beria seorang diri. Beria untuk dapatkan kau, halalkan kau, dan yang lagi sakit, aku yang buat semua ni. Semuanya usaha aku. Kau? Kau buat apa untuk hubungan kita selama ni? Kau hanya tahu larikan diri, dan tinggalkan aku! Thank you for everything, Delysha."
Darren memejamkan matanya. Sakit. Hatinya sakit sangat sekarang. Jiwa dan perasaannya pedih bagaikan disiat-siat dengan pisau. Ini kali pertama dia ikhlas dan betul-betul mahukan seseorang perempuan dalam hidupnya, namun kali pertama juga hatinya terluka teruk kerana perempuan itu sendiri.
Air mata aku semakin lebat mengalir. Sudah tidak peduli orang tengok di sini. Aku tak sangka itu yang Darren akan katakan pada aku. Aku... tak berniat. Darren dah salah sangka dengan niat sebenarnya aku. Dan aku dah lukakan hati dia!
"Tak awak, tolong jangan buat..."
"Sudahlah Delysha. Aku cuma letak pada takdir je hubungan kita ni. Kalau kau memang jodoh aku, aku akan cari kau. Tapi kalau kau bukan jodoh sebenar aku... mungkin ini kali terakhir kita berjumpa. Ini juga yang kau nak kan?"
Aku laju menggeleng. Tak, aku tak nak!
Ya Allah. Air mata gugur lagi.
Darren memandang aku lama, dengan pandangan penuh kekecewaan, sebelum dia perlahan-lahan berlalu pergi. Aku terpinga-pinga.
"Darren! Darren! Darren!"
Laungan aku itu langsung tidak dihiraukannya. Malah Darren pergi tanpa ingin berpaling lagi. Langsung tak nak tengok aku!
Aku jatuh terduduk. Berpeluk tubuh dan menangis sendirian.
Adakah ini semua salah aku?
Ya, memang salah aku. Aku dah buat salah! Tapi bukan atas kerelaan diri aku sendiri. Aku juga terpaksa. Aku juga terluka sepertinya.
"Ya Allah, Delysha!"
Zara berlari mendapatkan aku. Tubuh aku dipeluk oleh Zara yang berubah risau wajahnya.
"Ya Allah kau kenapa ni, Lysha?" soal Zara cemas. Dia cari Delysha sampai sini kerana gadis itu lama sangat pergi tandas. Dia risau, tapi bila tengok Delysha lemah begini membuatkan kerisauannya semakin bertambah.
"Tsk tsk Zara, Darren dah pergi. Salah aku, Zara. Salah aku! Aku menyesal tak ikut cakap kau, Zara. Aku dah lukakan hati dia!"
Aku menangis di bahu Zara. Serius aku tak kuat. Kenapa? Kenapa semua ini yang berlaku?
"Tak! Ni bukan salah kau, kau tak salah. Janganlah macam ni weh," pujuk Zara. Sekarang dia sudah faham semua. Bahu aku diusap-usap olehnya. Aku menggeleng perlahan menafikan kata-katanya itu sebelum mataku perlahan-lahan tertutup. Aku lemah.
"Ya Allah, Delysha!"
Suara Zara kedengaran buat kali terakhir sebelum semuanya gelap.
****
Done. Salam Ramadan Al-Mubarak ❤️
Sorry semakin hambar. Bulan puasa ni memang otak tak berkembang dengan baik. Hahahaha. yang pasti padan muka korang. Diorang dah gaduh. Ceh jkjk
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro