Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 19

Buku novel yang berjudul 'Kau Bidadari Milikku' itu ditutup rapat dan buku tersebut diletak di atas meja kembali. Kerusi ditarik untuk duduk dan aku menongkat dagu. Terfikirkan sesuatu.

Langsung fokus aku pada bacaan hilang apabila fikiran aku menerawang tentang kejadian beberapa hari yang lalu. Di mana aku dianggap merajuk dengan Darren. Correction! Bukan merajuk tapi aku cuma ermm, lebih kepada tiada mood nak melayan dia. Aku tahu bukan salah Darren, tapi aku cuba untuk hidup tanpa dia. Ternyata amatlah sukar.

Berkali-kali telefon aku berbunyi minta diangkat. Siapa lagi yang call? Semestinya Darren. Mesti dia hairan kenapa aku terus berubah mendadak begini. Menjauhkan diri darinya, tidak melayannya seperti selalu. Aku bukanlah merajuk, tetapi aku cuma ingin hidup tanpanya buat sementara waktu. Mungkin ini yang mama Darren mahukan?

Flashback.

"Mak ayah kerja apa?"

Semua terdiam. Dan aku terkelu tidak tahu ingin menjawab bagaimana. Mak ayah?

"Err, mak ayah saya dah meninggal dunia Tengku. Ayah saya meninggal ketika saya berumur 18 tahun dan ibu saya meninggal dunia ketika saya berumur 16 tahun," jawab aku jujur. Walaupun sedikit sebak hadir tetapi aku tahan sebaik yang mungkin. Ibu meninggal sebab aku. Dan abah? Disebabkan hutang dia yang sering berjudinyawanya jadi taruhan penjahat.

Allahuakbar!

"Err, minta maaflah kami tak tahu. Lagi satu, tak perlulah nak bertengku-tengku bagai. Panggil je aunty," ujar Tengku Malik bagi pihak isterinya. Aku mengangguk lemah. Wajah Tengku Sheila aku pandang. Tegang saja. Kenapa agaknya?

Wajah Darren pula aku pandang, dan ternyata Darren memang sedang merenungku dari tadi. Lambat-lambat aku mengukir senyuman nipis untuknya yang nampak seperti risaukan aku sebelum aku sambung makan semula.

"Hah Mira nak tanyalah, akak tinggal dengan siapa dekat KL ni?" Sampuk Elmira dengan ceria. Mungkin nak hilangkan suasana kekok di meja makan sekarang?

" Oh dengan kawan akak, Zara. Akak tumpang rumah dia," jawabku.

"Oh kawan akak tu kerja apa?"

Dush!

Aku tergamam. Hah sudah. Tak akan aku nak bagi tahu perkara sebenar? Ouh tidak! Mungkin aku tiada pilihan lain selain jujur sahaja tentang perkara yang sebenar?

"Ermm, akak erk..." 

Ya Allah, kenapalah aku gugup semacam pula. Wajah aku habis berubah cuak.

"Hish kau ni Mira banyak pulak tanya. Sibuk hal orang. Yang penting kerja tu 'halal' sudah!"

Darren bersuara bagi pihak aku. Mungkin dia perasan yang aku perlukan bantuan dia?Terbit senyuman lega dibibir aku. Zara tiada kena mengena dalam hal ini jadi sebab itulah aku tak nak orang tahu tentang dia. Tapi kerja halal? Darren sendiri tahu yang aku dan Zara sebenarnya kerja... hm, entahlah.

Seusai sahaja makan bersama, pinggan-pinggan yang kotor lekas aku ambil dan letak di singkiSekarang tinggal lah aku dan Mak Nab sahaja. Yang lain mungkin sedang menunaikan solat zohor. Mujur aku juga uzur. Bolehlah aku bantu apa yang patut di dapur ini. Kasihan Mak Nab harus melakukan semuanya seorang diri.

"Mak Nab, cawan-cawan ni pun kena cuci sekali ya?" soal aku ingin tahu. Mak Nab yang sedang mencuci pinggan di singki sedikit terbantut perbuatannya apabila aku menegur.

"Ya, letaklah sini. Biar Mak Nab yang cuci. Kamu tu pergilah ke depan. Tak perlulah nak tolong Mak Nab ni. Ini dah memang kerja Mak Nab dalam rumah ni.  Kasihan kamu penat. Duduklah di ruang tamu dulu ya?" Larang Mak Nab. Aku senyum kecil.

"Eh, tak apalah Mak Nab. Saya pun tak buat apa. Meh lah saya tolong. Mak Nab mesti penat kan? Bukan selalu saya dapat tolong Mak Nab. Meh  pinggan tu biar Lysha sambung cuci."

Pinggan di tangan Mak Nab aku ambil dan terus menyambung tugas seperti Mak Nab tadi.

"Eh tak apa, Delysha. Nanti tuan besar marah Mak Nab pulak." Serba salah mak Nab jadinya. Aku tersenyum kecil. Baru saja aku ingin menjawab, seseorang terlebih dahulu bersuara.

"Tak apa Kak Nab. Biarkan dia buat. Kak Nab pergi kemas meja makan depan sana tu.  Pastikan bersih ya!" Arah Tengku Sheila yang entah dari mana muncul. Aku sedikit gugup. Tengku Sheila tak boleh solat sekali rupanya. Aku ingatkan dia berada di atas tadi.

"Baik Puan!"  

Segera Mak Nab berlalu pergi. Dan tinggal lah aku dan Tengku Sheila sahaja di dapur ini. Aku sedar yang mata Tengku Sheila asyik merenung ke arahku, namun aku buat-buat tidak nampak dan hanya meneruskan tugas mencuci pinggan.

"Seronok dapat pikat hati anak orang kaya macam anak aku?"

Aku terkaku. Pantas aku berpaling memandang Tengku Sheila yang tersenyum sinis.

"Apa maksud aunty?" 

Suara dilembutkan sebaik mungkin. Walaupun sedikit terasa hati tetapi aku biarkan sahaja. Aku harus bersabar dan sedar dari awal bahawa Tengku Sheila sememangnya tidak menyukai aku.

Tengku Sheila tersenyum sinis. 

"Huh buat-buat tak tahu pulak? Kau jangan ingat aku tak tahu apa rancangan kau dekat rumah ni. Aku kenal sangat perempuan yang spesis macam kau. Pura-pura baik, berlakon alim, tapi sebenarnya lagi jahat dari syaitan!"

 Terpejam rapat mataku. Sungguh aku terasa. Kalau ikutkan hati, dah lama aku sental mulut puaka Tengku Sheila ini dengan berus pencuci pinggan ni!

Tapi tak mengapa, sabar itu separuh daripada iman. Sampai macam itu sekali pandangan Tengku Sheila terhadap aku? Hina dan jijik sangatkah aku sebagai orang miskin yang sememangnya tiada harta seperti mereka? Sekurang-kurangnya aku tidak pernah menagih harta orang. Aku masih ada maruah! Dan aku tak nak pun harta keluarga mereka. Bukannya boleh bawak masuk kubur pun!

Astagfiruallahhalazim. Mengucap Delysha. Sabar!

"Aunty, sumpah saya cakap yang saya tak ada niat jahat pun dalam rumah ni. Kenapa aunty terfikir macam tu sekali pada saya?"

Aku sebak.

"Kau jangan buat-buat tak faham apa maksud aku lah! Kau dah semestinya tak layak dalam rumah ni. Apatah lagi jadi menantu aku! Aku tak suka kau! Sebab kau, anak aku Iyan tak pandang ArissaArissa Aisyah adalah satu-satunya menantu aku dalam rumah ni. Dia je yang layak untuk Iyan. BUKAN KAU!"

Pam!

Pedihnya. Hati ini bagaikan dihiris-hiris dengan pisau. Jadi, Tengku Sheila memang tidak suka aku. Benar sangkaan aku. Dia hanya berpura-pura baik tadi di hadapan semua orang.

Arissa? Gadis yang aku jumpa hari tu? Tapi Iyan sendiri yang cakap yang dia tak pernah suka... huh, manusia kan? Cakap sahaja pandai. Padahal penipu.

Apa semua ni?

"Tapi Iyan sendiri pernah cakap yang dia tak pernah suka atau cintakan Arissa!"

Aku tak faham. Sungguh Darren pernah kata pada aku yang dia tak pernah cintakan Arissa. Banyak kali, yang dia hanya anggap wanita itu sebagai adik sahaja.

"Habis tu kau percayalah? Tak kan kau tak tahu yang diorang dah kenal sejak kecil. Tak akanlah langsung tak ada perasaan suka atau cinta tu. Aku kenal anak aku. Dan Arissa jauh lagi sesuai untuk Iyan berbanding kau. Disebabkan kaulah, anak aku tak nak kahwin dengan Arissa. Kalau kau masih nak teruskan semua ni, jangan salahkan aku kalau perkahwinan korang tak direstui dan jangan buat aku batalkan perkahwinan korang dengan cara aku sendiri!"

Hampir sahaja air mataku menitis. Tak! Aku tak boleh. Aku kena kuat. Harus kuat.

"Kenapa? Tak percaya? Suka hatilah nak percaya ke tidak. Yang aku tahu menantu aku hanya Arissa, bukan kau. Kalau kau masih nak kahwin dengan anak aku, aku akan pastikan hidup kau tak akan bahagia. So better kau berambus, sebelum aku buat hidup kau terseksa dengan pilihan yang kau buat ni. Kau pilih!"

Tengku Sheila tergelak sinis. Ya Allah, aku tak kuat. Perlahan-lahan air mata mengalir di pipiPeritnya perasaan ini. Sakitnya jiwa ini.

"Delysha, Iyan panggil dekat depan. Katanya nak hantar kamu balik. Sudah-sudahlah tu buat kerjq di dapur. Mak Nab boleh buat." Sampuk Mak Nab yang tiba-tiba muncul di dapur bersama pinggan kotor yang tidak diangkat.

Pantas air mataku dihapuskan sebelum aku mengangguk perlahan.

"Ingat pesan aku. Aku tak main-main. Mark my words!" bisik Tengku Sheila apabila aku ingin lalu di hadapannya. Aku terdiam terus.

End flashback.

Ya Allah beratnya ujian yang Kau berikan kepada aku. Kenapa setiap kali aku ingin mencapai kebahagiaan aku sendiri, pasti Kau akan turunkan ujian buat aku? Adakah aku tidak layak untuk merasakan kebahagiaan sendiri, ya Allah? Adakah aku memang tak akan bahagia seumur hidup?

Astagfiruallahhalazim, mengucap Delysha. Allah uji kau sebab Allah sayangkan kau. Ya, ingat itu!

Tapi cinta kami tidak direstui. Perkara yang aku sangat takutkan akhirnya betul-betul terjadi.

"Aku tahu kau ada sorokkan sesuatu dari aku,  Lysha. Baik kau cerita." Muncul Zara di sebalik pintu. Dan dia terus duduk di atas katil. Aku mengeluh kecil.

"Zara, betul ke aku tak layak untuk bahagia macam orang lain?" soalku perlahan. Zara agak terperanjat.

"Hey, apa yang kau merepek ni? Siapa kata?"

"Entahlah Zara. Aku sendiri yang rasa macam tu."

"Delysha, aku tahu kau kuat. Siapa kata kau tak layak untuk bahagia? Aku ni tak adalah pandai sangat bab-bab agama ni, tapi aku tahu Allah tak akan uji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu seseorang itu tanggung. Allah tak akan uji hamba dia dengan sesuka hati. Dia tahu kau mampu harunginya. Kau janganlah tak percayakan rancangan Allah. Kau banyakkan bersabar ya? Kalau ada apa-apa, ceritalah dengan aku. Jangan diam diri macam ni," pujuk Zara dengan lembut. Aku terdiam.

Aku mampu harungi ujian ini?

"Zara kau boleh tolong aku tak?"

Aku dah nekad sesuatu. Aku tak rasa yang aku mampu harungi. Kerana aku insan yang lemah.

"Tolong apa pula?"

"Tolong bawa aku jauh dari sini. Aku rasa Darren bukan jodoh aku. Tapi kalau memang kami dah berjodoh, pasti suatu hari nanti kami akan berjumpa juga. Boleh ya Zara?" Aku meminta dengan bersungguh-sungguh. Zara sahajalah harapan yang aku ada sekarang.

Zara terkejut.

"What? Apa yang kau merepek ni Delysha? Tapi kenapa? Korang gaduh ke?" sangkal Zara terkejut. Aku mengeluh untuk kesekian kalinya.

"Aku tak mampu Zara. Aku tak kuat. Mama dia sendiri bencikan aku. Macam mana kalau aku hidup dengan dia nanti? Mesti lagi teruk kan? Dia tak akan terima aku sampai bila-bila. Mungkin betul aku memang tak layak untuk Darren," ujarku perlahan. Adakah ini yang terbaik? Untuk aku dan dia?

Kini Zara pula yang mengeluh. "Kau serius ni?" 

Aku angguk mengiyakan. Berharap sangat Zara dapat membantu aku kali ini.

"Haih, yelah. Kau nak pergi mana?"

Aku mengukir senyuman nipis. Alhamdulilah! Zara nak tolong aku!

"Serius ke Zara? Kau nak tolong aku?"

Mataku bersinar-sinar.

"Of course lah. Tak akanlah aku tak tolong kawan sendiri. Lagi pun kau dengan dia bukannya dah kahwin pun. Kalau dah kahwin, memang taklah aku nak tolong kau. Bawak isteri orang lari pula tu. Eeee, tak nak aku!"

Aku tergelak.

"Yelah Zara. Thank you, thank you sangat. Sayang kau!" Zara tersenyum kecil.

'Aku tolong kau, dan aku akan tolong Darren juga, Lysha. Aku nak kau bahagia dengan orang yang selayaknya dengan kau, babe.' Desis hati Zara. Dia pandang aku lama.

Aku kembali tersenyum. Tapi betul ke keputusan aku untuk pergi dari sini? Pergi dari hidup Darren seperti yang mama Darren mahukan? Permudahkanlah segala urusan aku, Ya Allah.

Nyanyian lagu Surrender by Natalie Taylor itu mengejutkan aku dari lamunan.

Handphone aku berbunyi lagi. Aku melihat gerangannya terlebih dahulu.

Darren❤️

Buat kesekian kalinya Darren call aku. Apa lagi yang dia mahukan dari aku? 

'Maafkan saya Darren. Saya tahu awak betul-betul ikhlas nak jadikan saya isteri. Tapi saya takut. Saya juga keliru dengan awak. Awak betul-betul sayangkan saya atau Arissa? Dan mama awak pula tak akan boleh terima saya dalam hidup awak. Maafkan saya andai keputusan saya ini akan membuatkan awak kecewa.'  Bisik hati kecil aku. Terbit keluhan kecil dari bibir.

Adakah melepaskan adalah yang terbaik?

***

Done. Selamat berpuasa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro