part 18
"Jadi ini bakal menantu mama?"
Aku terkaku. Perasaan resah dan gelisah mula menghampiri. Terkulat-kulat aku memandang Darren. Berharap agar dia dapat membantu aku saat gentir begini.
Haish!
Kenapalah aku nak takut semacam ni? Mama Darren bukannya makan orang pun!
"Hish mama ni, janganlah tenung Delysha macam tu. Seram dia tengok mama," balas Darren apabila dia faham maksud tersirat di sebalik wajah aku. Mungkin dia baru dapat tangkap yang aku sedikit gugup dengan pandangan maut mama.
"Tak adalah, mama tanya aje. Betul ke?"
"Yes, ma. Why?" jawab Darren selamba.
Aku hanya menunduk sedari tadi. Macam kepala ini ada gam supaya aku tak angkat kepala. Aduh, teruk sangat dah aku sekarang ni. Seperti tengah menghadap polis sahaja.
"Tapi mama rasa-"
"Ada apa lagi tu, Ila? Tetamu datang tu. Nak soal jawab dalam rumah. Malu jiran tengok," tegur Tengku Malik yang sudah berdiri di sebelah isterinya. Tengku Sheila mencebik bibir. Kacau saja suaminya itu!
"Entah mama ni. Macam-macam betul. Dah, jom masuk Lysha. Buat macam rumah sendiri eh?"
Tutur Darren yang sememangnya ingin menyelamatkan aku dari soalan cemu emas mamanya. Namun, aku tahu yang sebentar saja lagi pasti Tengku Sheila akan menyoal pelbagai perkara yang dia mahu tahu pada aku juga. Kepala mengangguk faham pada Darren yang menunggu.
"Eh buat rumah sendiri apanya kalau ini memang rumah dia juga nanti. Delysha kan namanya?"
Aku angguk perlahan. Agak malu dengan lelaki tua itu.
"Insyirah Delysha... erm Tengku." Aku beritahu.
Haih, aku tak tahu nak panggil apa. Nanti panggil uncle macam selamba sangat bunyinya. Bukannya aku anak saudara dia pun.
"Lah, apa tengku-tengku pulak ni? Panggil je uncle. Hah tak pun, panggil papa. Yelah biasa-biasa kan lah diri tu dulu. Nanti lepas dah kahwin, senang. Kan, Ila?" Gurau Tengku Malik dengan senyuman mengusik. Tengku Sheila hanya tersengih menyampah. Buat-buat sahaja depan suaminya.
Aku termalu sendiri. Papa? Tak naklah aku. Kang nampak sangat yang aku ni desperate. Lagi pun awal lagi nak jadi menantu dalam rumah ini.
Tapi aku rasa yang Tengku Malik ini baik orangnya. Belum kenal aku lagi dah bergurau senda dengan aku. Mula-mula memang aku terfikir ayah Darren ini mesti seorang yang garang, muka sombong, kerek sebiji macam anak dia masa mula-mula aku jumpa Darren dulu.
Rupa-rupanya... fuhh, baik gila alhamdulilah. Hmm kenapalah aku fikir papa Darren jenis yang macam tu tadi. Cepat sangat judge orang.
Tapi hmm... itulah. Tengku Sheila, mama Darren pula berbeza character dengan Tengku Malik. Dia macam tak suka aku sahaja. Ke memang betul yang dia tak suka aku? Atau aku yang salah sangka?
"Uish wow, papa eh? Dah tak menyempat papa ni kan! Malulah budak tu nanti. Dia dahlah pemalu orangnya," perli Darren. Sengaja perkataan 'pemalu' itu ditekankan.
Eee, sabarlah dengan perangai mamat ni! Tahulah depan mak ayah dia. Nak buli aku ke?
"Err, uncle pun okay. Saya bukanlah sesiapa pun untuk panggil teng... err uncle macam tu," balas aku sopan dan agak kekok.
Tengku Malik tersenyum senang. Gembira dengan pilihan hati anak sulungnya ini. Lebih sempurna dari perempuan-perempuan yang pernah anaknya kenal.
Almaklumlah anaknya itu merupakan seorang playboy yang terhangat di pasaran. Pelik juga dia bila diberi tahu bahawa Darren ingin membawa calon isteri ke rumah. Nak kenal-kenal bersama mereka berdua.
Wow, tak pernah-pernah lagi anaknya serius dalam hal begini. Bawa calon isteri ke rumah? Jadi benarlah. Seorang perempuan yang betul-betul layak dan sesuai saja akan dapat mengubah hidup anaknya, Darren. Mungkin Darren memang sudah betul-betul jatuh cinta? Dengan jodoh yang sebenar yang telah ditetapkan oleh Tuhan? Alhamdulilah, dia sebagai bapa angkat sememangnya sangat gembira dengan hal ini.
"Eh, abang ni. Jomlah masuk. Termenung apa lagi?" Tegur Tengku Sheila. Dan Tengku Malik tersedar buat seketika dari lamunannya. Dia tersenyum ke arah Delysha.
"Jemputlah masuk, Delysha. Banyak Mak Nab masak untuk kita hari ni. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri tau," pelawa Tengku Malik dan aku mengangguk malu.
Saat semua sudah masuk ke dalam, tinggal lah aku dan Darren saja diluar rumah. Belum sempat kaki ini ingin menyentuh lantai, tangan aku ditarik oleh Darren. Spontan, tubuhku terdorong ke arahnya. Aku memandangnya dengan wajah tidak berpuas hati.
Apa dia nak ini? Haish selamba sahaja tarik tangan orang!
"Tunggu kejap. Aku ada benda nak bagi tahu," ujar Darren. Tanganku dilepaskan.
"Ada apa awak?"
"Aku nak bagi tahu kau something. First, kau dengar kan apa yang Mak Nab cakap tadi?" Aku mengangguk kecil. Seketika, aku menggeleng pula. Kepala yang tidak gatal digaru. Yang mana satu eh? Banyak sangat mereka bercakap dengan aku sampaikan aku boleh lupa.
"Cakap apa awak?"
Sengih.
Darren menepuk dahi. Haih minah ni kan! Sabar sajalah.
"Yang aku tak pernah bawak mana-mana perempuan dalam rumah ni? Dan engkau adalah perempuan yang pertama?" Darren mengingati aku dengan mimik wajah serius.
Dalam satu minit, barulah aku mengangguk faham. Baru teringat.
"So?"
Apa yang Darren cuba nak sampaikan ni? Kenapa dia perlu ulang balik?
"So, aku nak cakap yang kau perempuan pertama yang berjaya masuk dalam hati aku. Dan aku harap kau juga adalah perempuan yang terakhir. Sebab aku pernah janji dengan diri aku yang aku akan bawa perempuan yang berjaya tambat hati aku datang rumah family aku. Kenal-kenal dengan orang yang aku sayang. So, inilah harinya. Kau faham kan apa yang aku cuba nak sampaikan ni?"
Aku terkaku. Ya, sangat terkesima. Darren try nak berayat manis ke apa ni? Ayat dia tu berjaya buat aku rasa dihargai. Dia buat jantung aku tak keruan. Dia buat aku tersenyum berbunga-bunga dalam hati tanpa sedar.
'Wahai abang Darrenku sayang, kau juga adalah lelaki pertama dan terakhir untukku yang Tuhan telah tetapkan untuk kita berdua.' Cia cia cia! Eeee, geli pulak berabang sayang ni. Rasa nak muntah!
Tapi boleh percaya ke?
Habis tu... Arissa?
"Tipu lah. Habis Arissa tu apa? Awak pun pernah bawa dia masuk dalam rumah ni jugak kan?" Suara sengaja digarangkan sedikit. Nak tutup wajah yang malu bila dia berayat manis tadi.
"Arissa? Yes, memang dia pernah datang sini. Banyak kali. Sejak kami kecil lagi. Tapi dia bukannya datang sebab aku yang ajak. Bukan aku yang bawa dia datang sini. Apa lagi yang kau tak faham ni Delysha? Oh, wait! Aku macam rasa yang kau ni sebenarnya tengah... jealous? Am I right?"
Dia smirk.
Dia kenakan aku!
Jeda.
Aku buat tidak tahu. Padahal pipi aku dah membahang malu.
First, malu sebab ayat keramat dia tadi. Second, malu sebab aku tanya pasal Arissa. Haih, aku ni dah kenapa? Pergi tanya macam tu dah kenapa?
Tapi cop!
'Sejak kami kecil?'
Apa maksud dia dengan perkataan itu? Jadi, kiranya mereka dah sememangnya kenal dari kecil lah kan? Argh, lembabnya kau ni Delysha.
"Wait, awak. Saya ada soalan nak tanya." Aku teringat sesuatu.
Dia dengan Arissa... tak akanlah tak ada apa-apa perasaan antara satu sama lain?
Darren tersengih lebar.
"Hmm, lari topik nampak? Malu lah tu."
Aku tertunduk. Baru sahaja aku mahu tanya dia. Terpaksa aku batalkan sahaja niat itu. Ah, nanti-nanti boleh tanya juga.
"Ish diam lah awak. Saya masuk dulu." Setapak aku melangkah, aku berpatah balik semula. Teringat akan sesuatu.
Aku memandang wajah Darren yang sedang berpeluk tubuh sambil kening terangkat tinggi. Lelaki itu juga sememangnya merenungku dengan bibir yang sudah naik mengukir senyuman sinis.
"Just wanna to say... thank you so much for your 'ayat-ayat manis' tadi. Saya sangat hargai, Tengku Iyan Shah Darren. Walaupun saya masih tak pasti dengan apa yang awak katakan tadi sama ada betul atau awak tipu saya sahaja sebenarnya, tapi saya tak kisah. Bye, mamat sweet talker!" Dengan selambanya aku berjalan masuk ke dalam. Dah tak nak toleh belakang.
Darren pula lambat-lambat mengukir senyuman kecil. Delysha tak percayakan kata-kata dia tadi?
"Hey! Sejak bila kau pandai jadi perempuan yang naughty ni hah?"Jerit Darren lalu mula mengikut jejak langkah aku masuk ke dalam rumah agam itu. Rumah sendiri pun nak menjerit-jerit. Tak tahu malu betul.
*******
Sedari tadi di meja makan hanya riuh dengan gelak tawa. Siapa yang buat lawak? Tengku Malik dengan Darren semestinya. Ada saja bahan mereka untuk mengutuk sesama sendiri. Uncle buka cerita pasal Darren kecil-kecil dulu pada aku.
Lepas itu, Darren pula jadi tukang menyibuk. Sibuk apa? Sibuk puji diri sendirilah. Mula bangga diri itu buat aku rasa nak bagi penampar. Tapi tak boleh, nanti habis dah tak kacak muka calon suami aku itu.
Yang aku ni pula? Gelak sahaja. Nasib aku pandai cover dari gelak macam hantu pontianak. Karang dah elok setuju nak jadikan aku ni menantu terus mereka cancel sebab dapat menantu gelak macam pontianak. Malu nak buat jadi menantu terus. Eee, seram.
Tapi dari tadi Tengku Sheila hanya mendiamkan diri. Sesekali ada lah menyampuk sikit-sikit.
Dia memang tak suka aku ke?
"Hahaha betul, Delysha. Dulu Iyan ni suka ponteng class. Beria cikgu sekolah Iyan ni report dekat uncle. Tapi yang hairannya exam tak pernah pun dapat gagal. Malah sentiasa cemerlang. Entah masa jawab exam itu meniru kawan agaknya," sambung Tengku Malik sambil mengunyah nasi dalam mulut.
Aku tergelak kecil. Darren kuat ponteng? Exam suka meniru kawan? Hahaha lawak. Tak sangka dulu perangai lain sekarang lain pula. Tapi bukanlah bermaksud dia bagus sangat eh? Dia bagus saja... cuma terlampau annoying. Patutlah Darren dapat kerja pilot. Pandai rupanya dia ni! Nyam nyam comel.
"Eh pandai je papa ni. Hah, sayang nak tahu yang dulu aku selalu dapat nombor satu tau dalam kelas. Bukan sebab aku tiru kawan ke apa, tapi dah memang aku ni diciptakan menjadi budak yang pandai. Pakej kacak bergaya. Tak bolehlah nak sangkalkan fakta itu kan?"
See!
Angkat bakul sendiri lagi. Haih, memang tak tahu malu betul dia ni. Tapi Darren dari first masuk ke dalam rumah tadi, tak habis-habis dia panggil aku sayang.
Wow, nampak tersangatlah pelik bukan? Mula-mula aku rasa macam itu juga, tapi lama-kelamaan aku dapat agak yang dia hanya berlakon sahaja di hadapan keluarganya. It's okay, aku bukannya mengharap sangat pun yang dia memang ikhlas panggil macam tu! Sorry sikit. Tak heranlah!
" Wah! Dari atas lagi Mira dah dengar orang bergelak sakan. Ketawa pasal apa ni? Tak nak ajak Mira sekali ke?" Muncul seorang gadis yang baru saja turun dari tangga. Dan gadis itu terus duduk di sebelah Tengku Sheila. Aku tersenyum kecil. Sudah, siapa pulak ni?
"Mira buat apa lama-lama dekat atas tadi?" soal Tengku Sheila.
"Buat assignment lah mama."Jawab Elmira lalu disenduk nasi ke dalam pinggannya sendiri. Dan secara tiba-tiba dia terpandang aku yang duduk di hadapannya.
"Wait, mama, papa, along! Ini ke bakal kakak ipar Mira?" Dush. Wow soalan! Tersedak aku di buatnya! Haih, terkejut aku.
"Hish, Mira ni tanya lagi dah kenapa? Yelah, inilah bakal kakak ipar, Mira. Delysha kenalkan ini anak bongsu uncle, Elmira. Adik kedua, Iyan. Tengku Malik memperkenalkan anaknya itu kepada aku. Aku mengangguk faham.
"Hi, kak Delysha," ujar Elmira ramah. Manis saja gadis itu apabila tersenyum.
"Err, hi Mira. Mira nak lauk? Akak boleh ambilkan," pelawa aku ramah. Mira menggeleng kepalanya.
"It's okay kak. Mira boleh ambil sendiri. Ni akak umur berapa eh? Sumpah tak tipu akak nampak muda, lawa gilaa! Putih melepak. Cemburunya tengok! Akak pakai skincare apa eh?"
Sesaat! Dua saat! Tiga saat!
Terhembus ketawa dibibir masing-masing. Semua berdekah ketawa. Elmira cemberut wajah melihat semua orang mengetawakannya. Dia salah tanya ke?
"Hahaha apalah kau ni, adik. Soalan punya banyak itu juga yang kau tanya? Adoi bakal bini aku memanglah lawa, tak macam kau!" Darren kembali ketawa.
"Along ni kan!"
Aku berhenti gelak apabila Mira membuat muka monyok.
"Umur akak 21 tahun. Akak tak pakai produk apa-apa pun. Mira pun apa kurangnya? Manis saja akak tengok abang Mira yang buta tak nampak tu," puji aku kembali. Tak mahu Mira merajuk. Nanti Tengku Sheila marah aku pula. Nasib dia diam saja dari tadi.
Pandangan tajam Darren diabaikan. Siapa suruh mulut itu biadab sangat.
" Mira tahu. Hehehe oh akak 21 tahun? Patutlah cantik. Mira baru 19 tahun. Akak tua dua tahun je dari Mira. Eh, boleh ke Mira panggil akak ni?" Mira tersengih. Dah panggil baru nak mintak izin.
Apodah!
"Boleh je Mira. Akak tak kisah," jawabku tenang.
"Eh, ni lupa nak tanya. Delysha kerja apa?" Aku terdiam saat soalan itu keluar dari mulut Tengku Malik. Mereka memerhati sahaja kami bercakap sedari tadi.
Kerja? Hm, nak jujur ke? Tapi aku dah tak kerja situ lagi kan? Apa yang aku nak takutkan?
"Err, Delysha kerja biasa-biasa je. Kerja dekat kedai jual bunga saja, uncle." Jawab aku gugup. Aku pandang Darren. Darren juga turut pandang aku sebelum aku mengalihkan pandangan memandang bawah. Malunya!
"Ouh tak apalah. Okay lah tu. Janji halal." Tengku Malik senyum ikhlas.
Aku angguk perlahan. Halal? Allahu! Tak sampai hati nak cakap perkara yang sebenarnya bahawa aku pernah bekerja di kelab malam.
"Delysha ni kerja dengan kak Reena papa," sampuk Darren seolah-olah ingin back up aku. Dia tahu yang mungkir aku sedang terfikir sesuatu. Sesuatu yang ingin diluahkan, namun tidak berani untuk teruskan meluah.
"Kak Reena?" Berkerut dahi Tengku Malik.
" Alaa, kak Reen anak adik papa tu," Tengku Malik mengangguk faham.
" Ouh kerja dengan Reen lah ni. Hmm kenapalah papa tak pernah tahu sebelum ni. Kan Ila?" Semua mata memandang tengku Sheila.
" Err, haah betul lah tu." jawab Tengku Sheila acuh tak acuh.
Semula kembali menyambung makan sebelum tengku Sheila pula yang bersuara.
"Mak ayah kerja apa?" Sinis saja mukanya kini.
Pap!
Semua terdiam. Aku terkedu mendengar soalan tengku Sheila yang berbunyi agak sinis itu. Darren pandang aku. Aku mengeluh kecil dan menunduk.
Mak ayah aku?
Done. Keep voting. ☺️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro