Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 17

Oh, wow! Bidadari kah di hadapannya ini?  Delysha nampak sungguh cantik... Dia terpegun sekali lagi.

Langsung matanya tidak berkelip memandang aku. Aku pula sudah segan silu di situ. Malu! Pipi aku membahang malu. Dah kenapa Darren merenung aku sebegitu rupa?

"Awak, bila nak gerak ni?" Soalan aku itu membuatkan Darren tersedar. Dia berdehem kecil.

"Lama nya kau bersiap?" 

Aku mencebik bibir. Lama ke? 15 minit saja pun! Orang perempuan selalunya siap lagi lama tahu tak? Aku rasa aku sudah secepat yang mungkin.

"Biasalah orang perempuan. Saya datang rumah awak ni, ada sesiapa tahu ke?"

Ya, memang sekarang ini aku tersangatlah gementar. Tapi tidak mengapa, aku cuba bertenang dulu. Tarik nafas, dan hembus! Huh, memang macam ni ya perasaan kalau mahu berjumpa dengan bakal mertua? Nervous mengalahkan orang nak bersanding!

"Eh, mestilah family aku tahu. Tak akanlah aku nak terus bawa anak dara orang datang rumah aku. Dah jom, parents aku dah tunggu kita lama." Darren tersenyum senget apabila melihat wajah cuak aku. Hah, tahu takut. Jahat jugak Darren ini. Dia cuba nakal sikit sahaja.

Aku menelan air liur. Kesat! Pahit! Parents Darren dah lama tunggu mereka datang?Wow! Apa maksud dia? Keluarga dia dah tunggu aku dekat rumahlah kan? Oh my gosh!

Pin!Pin!

Aku tersentak. Hish, apa mamat ni main hon kereta depan orang pula? Terkejut tahu tak?

"Nak berangan dalam kereta, jangan nak berangan dekat luar tu. Aku dah penat tunggu ni. Apa lagilah perempuan ni. Haih, tak faham betul aku!" Bebel Darren apabila aku selamat masuk ke dalam kereta 'mewahnya' ini.

Aku mencebik bibir. Ceh! Sempat lagi dia nak membebel? Pot pet pot pet mengalahkan mak nenek! Entah apa-apa perangai!

"Diam lah awak!"

*******

"Okay, kita dah sampai," balas Darren lalu tersenyum kecil. Aku mula gelabah semula. Baru sekejap tadi aku dapat menenangkan diri, dan sekarang aku kembali gelisah.

Dah sampai? Ya Allah, kenapa aku nervous semacam ni?

"Jom lah."

Baru sahaja Darren ingin melangkah keluar dari perut kereta, aku sudah menahan lengannya terlebih dahulu. Darren memandang aku. Dia tahu aku nervous sekarang. Wajah aku sangat ketara dengan apa yang aku rasakan.

"Awak, saya... saya rasa macam tak nak..."

"No way! Jangan buat hal, Lysha. Kita dah sampai dah pun. Jom masuk cepat!" Tegas Darren. Dia merenung aku tajam. Aku mengeluh perlahan. Macam tahu-tahu sahaja apa yang aku nak cakap padanya.

"Tapi saya takut. Macam mana kalau keluarga awak tak terima saya? Saya bukanlah berharta macam awak. Ibu bapa saya dah lama meninggal dunia. Awak faham tak apa yang saya rasa?"

Aku rasa macam nak menangis sekarang. Ish! Kenapalah aku tak fikir baik buruk dulu sebelum sampai sini? Dan tentu Darren anak orang kaya. Gelaran Tengku lagi. Aku ni ada apa saja. Dahlah aku pernah bekerja di kelab malam. Aku semestinya tidak layak!

Darren terkedu.

"Sayang look, aku faham apa yang kau rasa. Kau rasa diri kau tak setaraf kan dengan aku? Macam tu? Kita macam langit dengan bumi? Am I right?" soal Darren dengan lembut. Dia merenung aku dengan pandangan lembut kali ini. Tidak setajam tadi.

Dan aku perlahan-lahan mengangguk kepala. Apa yang Darren tanya itu, semua betul. Itu yang aku tengah fikir.

"Sayang, tak ada istilah tak layak atau tak setaraf kalau diri dah sama-sama suka. Aku tak pandang perempuan kaya, perempuan yang setaraf,  berharta macam aku. Aku tak pandang perempuan yang sama darjat dengan aku. Apa yang aku pandang adalah perempuan macam kau. Perempuan yang pandai jaga diri, maruah dia, akhlak dia, kelakuan dia, aku suka perempuan macam tu."

"Dan kalau aku dah tak macam tu, maksudnya family aku pun tak pandang kau macam tu juga. Be positive dear. Aku kenal family aku macam mana. Aku ni nak cari calon isteri, mestilah nak yang terbaik. Keluarga aku kena juga sokong aku walau apa pun keputusan aku. No worries. I always here for you." Jelas Darren tenang dan agak panjang lebar. Darren matang sangat sekarang ini.

Aku terkesima. Lambat-lambat aku mengangguk faham. Agak malu juga sebenarnya bila Darren kata 'kalau dah sama-sama suka'. Dia tahu ke yang aku suka dia? Aku rasa aku tak pernah bagi tahu dia lagi kan? Ah, kenapa aku lembab sangat. Dah aku sudi terima dia sebagai suami, siap sudi jumpa parents dia lagi. Itu bukan  namanya aku sudah terima dia sebab aku suka dia juga ke?

Nampak gayanya Darren lebih bijak dari aku.  Tapi aku terharu sangat apabila Darren mengungkapkan kata-kata begitu. Dia cuba untuk buat aku faham dan tidak fikir bukan-bukan. Sedikit sebanyak ianya mampu menenangkan hati aku yang resah dan gelisah.

Dan Darren sebenarnya nampak sangat matang. Aku baru tahu perangai sebenar Darren. Banyak perkara yang aku baru tahu tentang dia. Sedikit sebanyak aku mula mengenalinya dengan lebih mendalam. Ada masa Darren suka bergurau, dan ada masa Darren akan betul-betul serius. Macam hal sekarang ni. Darren memang tak nampak main-main. Dia memang serius mahu aku berjumpa dengan keluarganya.

Cara dia yakinkan aku membuatkan aku senang cair dan hadam maksud tersirat kata-katanya itu.
Darren benar-benar mahu menghalalkan aku. Ya, aku nampak usaha dia.

"Tapi awak pun tahu kan yang saya pernah kerja dekat..." Sekali lagi Darren memotong percakapan aku.

"Selagi aku ada, aku akan lindungi kau. Past it's past. Aku tak nak kau ungkit lagi hal kerja kau tu. Kau dah bebas, Delysha. Aku akan rahsiakan perkara ini dari keluarga aku. Jangan risau okay?" Aku mengeluh kecil apabila mendengarkan hal itu.

Perlu ke rahsiakan? Kenapa perlu berahsia?  Harus ke dia buat macam tu? Aku tak berapa setuju. Kalau betul keluarga Darren boleh terima aku, aku nak mereka tahu tentang aku. Segala kerja dan masa silam aku. Sekurang-kurangnya mereka boleh halang aku dari terus berkahwin dengan Darren kalau mereka rasa jijik dengan aku. Mereka boleh fikir yang terbaik sebelum aku berkahwin dengan anak mereka. Perempuan yang bekerja di kelab malam kan? Siapa sahaja yang sanggup dijadikan calon menantu?

Aku takut. Sangat takut. Kalau keluarga Darren  tahu sendiri bagaimana? Haih, tak naklah macam tu! Mungkin dia mahu menutup aib aku.

"Dahlah jom keluar. Tengok kita dah buat drama dalam kereta ni pula. Ini semua kau punya pasal! Jomlah cepat! Mesti diorang dah tunggu lama tu. Lagi cepat kita masuk, lagi cepat semua ni selesai."

Aku akur dan terkedek-kedek mengikut langkah Darren ke ruang rumah agam keluarganya.

Saat betul-betul kami berdiri di hadapan rumah Darren, aku terkesima. Terlopong buat seketika.

Wah, besarnya rumah Darren!

Cantik dan indah. Ini baru rumah, belum lagi kereta, syarikat dan sebagainya. Rumah pun dah sebesar istana. Tapi aku pelik juga. Kenapa aku tak perasan dari tadi? Tu lah, aku pun sibuk sangat melayan perasaan!  Nervous punya pasal sampai tak tengok dah keadaan sekeliling.

Secara tiba-tiba perasaan tidak layak untuk tinggal dan menjadi sebahagian dari keluarga ini semakin kuat. Tengok sahajalah rumah dia. Itu sudah membuatkan aku berasa sungguh tidak layak untuk bersama dan berdamping dengan lelaki seperti Darren.

Kadang aku terfikir. Kenapa Darren pilih aku? Apa yang istimewanya diri aku ini? Mungkin dah memang jodoh kami? Ah, cliché.

"Berangan je kerja kau kan? Haih perempuan memang macam ni. Berangan apa tu? Dah sampai mana?" perli Darren apabila dia terpandang aku yang lama terdiam.

Aku tersengih kecil. Berangan? Hmm mungkin lebih kepada terfikir perkara yang sepatutnya aku fikir dari tadi. Tentang aku dan dia.

"Awak, berapa orang eh tinggal dalam rumah ni? Ayah awak kerja apa? Rumah awak besar, mesti ramai pembantu rumah kan? Macam mana nak..." Pandangan tajam Darren membuatkan aku terdiam dan tersenyum malu.

Ah, buat malu saja! Kau ni, Delysha. Yang pergi tanya banyak-banyak soalan pelik tu dah kenapa? Mesti Darren fikir yang aku ni perempuan jenis pandang harta? Kaki kikis?  Atau pun dia fikir aku ni jakun? Tak pernah tengok rumah mewah? Ish, memalukan betul lah. Aku cuba teruja sahaja.

"Dah habis dah tanya? Aku malas nak cerita dekat sini. Nanti kau akan tahu juga. Dan tolong, boleh tak jangan terlampau over sangat? Please, jaga imej aku sebagai bakal suami kau," tegur Darren selamba tanpa memandang wajah aku. Dia sebenarnya saja nak bagi aku naik angin dan berhenti fikir yang bukan-bukan. Aku tahu dia tidak maksudkan kata-katanya. Sempat aku mencebik geram dengan perangainya.

Over? Haih, pelik betul. Kenapa aku perlu jaga imej dia pulak kalau aku dah terlampau teruja? Pelik betul mamat ni!

Aku hanya diam. Malas nak melayan. Kang mamat ni mesti nak menang juga! Cubalah bagi aku ni menang sekali sekala. Nak kata tak gentelman, tak juga. Handsome habis! Mamat ni memang serius pelik. Itu kadang aku malas nak melayan.

"Mama! Mama oh, mama!" jerit Darren.

Aku mencebik bibir. Hey, apasal ni main jerit-jerit pula? Aku tahulah ini rumah dia. Tapi cubalah bagi salam ke apa dulu. Ini tidak, terjerit-jerit macam tarzan. Macam tak pernah belajar adab! Nanti aku tegur cakap aku menyibuklah apalah. Mesti dia tak nak dengar punya. Sabar sahajalah ya wahai hati?

"Ya sekejap! Ouh Iyan dah sampai pun. Lambatnya kamu sampai. Jalan sesak ke tadi?" Tegur seorang wanita dalam lingkungan 40an sambil membuka pintu rumah dengan luas. Aku terus tersenyum kecil. Ini ke mama dia?

"Tak adalah Mak Nab. Jalan tak jammed pun. Ini hah ada orang buat drama pula tadi. Tu yang lambat sikit tu. Mama mana?" soal Darren disertakan perlian khas untuk aku dalam ayatnya.

Aku mencebik bibir. Drama ya? Eleh.

"Ada-ada jelah kamu ni. Ni semua dah tunggu kamu berdua dekat ruang tamu. Masuklah.  Eh, ini siapa? Ini ke tetamu yang kamu cakapkan itu, Iyan?" soal Mak Nab. Wanita itu memandang aku. Spontan, aku mengukir senyuman manis ke arahnya.

Hari ini aku memang kena banyak senyum pun. Nanti belum apa-apa lagi, dah fikir aku ni sombong pula!

"Kenalkan ini Insyirah Delysha. Dan ini Mak Nab, pembantu rumah kami merangkap orang yang aku sayang," ujar Darren memperkenalkan diri kami berdua. Aku hanya senyum kecil.

"Assalamualaikum Mak Nab, saya Delysha." Terus tangan Mak Nab disalam tanda hormat. Aku sekadar mengangguk faham. Ini pembantu rumah rupanya. Aku ingatkan mama Darren tadi.

"Waalaikumsalam. Betul ke kawan saja ni? Iyan jarang bawa kawan perempuan datang rumah. Selalunya mesti kawan lelaki sahaja. Kamulah perempuan yang pertama yang Iyan bawa datang ke sini," terang Mak Nab.

Aku terdiam. Hah sudah, ini baru saja Mak Nab yang tanya, belum lagi keluarga Darren yang lain. Apa yang harus aku jawab?

Tapi Iyan? Keluarga Darren semua panggil dia Iyan? Nice one. Tapi aku seorang sajalah yang panggil dia Darren? Dan dia tak kisah?

"Err, hah emm kami kawan..." 

"Sebenarnya, kami lebih dari kawan Mak Nab," jawab Darren bagi pihak aku. Dia lebih laju dari aku. Serentak dengan itu, aku menunduk malu. Lebih dari kawan? Apalah Darren ini.

"Laa, ya ke? Alhamdulilah Mak Nab dah agak dah. Baguslah kamu pandai cari perempuan yang sesuai dijadikan sebagai isteri, Iyan. MasyaAllah, cantik sangat orangnya. Baik budi pekerti, sopan-santun pula tu. Pandai ya Iyan pilih?"

Pujian Mak Nab yang nampak ikhlaa itu membuatkan aku tersenyum malu. Janganlah puji lebih-lebih. Nanti aku kembang susah pula.

"Eh, mak Nab ni! Mak Nab pun ada kurangnya. Nampak muda cantik berseri lagi tau," puji aku kembali dengan ikhlas. Memang betul apa! Mak Nab nampak muda. Sebab itulah mula-mula tadi aku hampir ingatkan Mak Nab ini merupakan mama Darren.

Mak Nab tergelak besar. Darren hanya senyum. Dia tahu aku sedang mencuba untuk mengambil hati.

"Hish, ada-ada jelah kamu ni. Pandai betul Iyan pilih. Mak Nab suka." Darren tersenyum bangga. Aku pula sudah tersenyum malu.

"Mak Nab, Iyan dah sampai ke? Ya Allah, budak bertuah ni kan! Baru sampai?"

Soal seorang wanita yang berjalan menghampiri kami itu. Wanita ini juga nampak cantik dan bergaya. Aku hanya mengukir senyuman kecil.

"Haah, mama. Sorry, lambat sikit sampai." Darren menyalam tangan Tengku Sheila dengan lembut.

Dan saat itu jantung aku kembali berdegup kencang saat Darren memanggil mama pada wanita ini tadi. Jadi inilah mama Darren? Allah!  Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.

"Hmm mama dah faham sangat dengan perangai kamu ni, Iyan!" Bahu Darren ditepuk perlahan. Darren tersengih kecil.

Tengku Sheila mula mengalihkan pandangan matanya ke arah aku pula. Aku hanya menundukkan wajah sahaja. Tak berani nak angkat kepala! Seolah-olah ada gam yang buat aku nak pandang lantai sahaja.

"Jadi ini bakal menantu mama?"

***

Huh, finally. Sis terpaksa tulis semula part ini sebab lupa nak save. Ah, memang geram gila! Hehehe, okaylah itu saja nak cakap.

Done! Keep voting me okay?❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro