Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 13

"Err, ya encik? Encik nak minum apa?" Aku menyoal dengan lembut pada pelanggan yang baru hadir. Well, inilah kerja aku di sini. Menjadi pelayan mereka. Pelayan dari segi melayan untuk berikan apa sahaja yang mereka mintak, kecuali dengan menyentuh aku.

Itu memang dilarang dilakukan sekiranya kami bekerja sebagai pelayan. Kalau nak juga, pelayan akan sediakan seorang yang boleh membantu mereka memuaskan nafsu. Pekerjaan itu dipanggil sebagai pelacur pula.

Nampak senang, tapi serius aku tak suka. Aku rasa kejam dengan semua ni. Kenapa lelaki selalu nak memuaskan nafsu sarkas mereka dengan mencari wanita lain sedangkan mereka boleh mencari isteri yang sah untuk melakukan apa saja pada isteri tersebut?

Sungguh aku tak faham dengan lelaki sebegini. Ramai yang aku jumpa, datang sini bukan semata-mata mahu menari, tetapi mereka mahu wanita yang bekerja sebagai pelacur untuk dijadikan mangsa mereka yang seterusnya walaupun dibayar. Ugh aku benci dengan semua ni! Aku benci berada di tempat ini! Dari dulu, sampai sekarang perasaan suka tiada langsung!

Lelaki itu diam dan soalan aku tidak dijawab. Matanya ralit memandang aku atas hingga ke bawah. Semacam betul. Aku dah tak senang hati dengan pandangannya yang gatal. Eeee, lelaki tua ni. Pandang orang macam tu dah kenapa? Dah gatal sangat? Heh, aku cungkil biji mata nanti baru tahu!

"Ehem! Encik?" Tekan aku tegas. Ingin menyedarkan lelaki itu dari terus merenung aku. Lelaki itu seakan-akan tersedar. Dia tersenyum sinis.

"Just one glass juice orange." Dia berhenti pandang aku.

Aku angguk sebelum melangkah ke arah belakang, di bahagian makanan. Belum sempat aku melangkah lebih jauh, tangan aku ditarik kuat sehingga menyebabkan aku terduduk di atas peha lelaki tua tadi. Erm, sebenarnya tak adalah tua sangat. Dalam 30an macam tu juga aku rasa. Tapi dia lagi tualah dari aku.

"Yes, nice landing baby. Teman aku?"

Lelaki itu berkata lalu dagunya diletakkan di atas bahu aku. Aku membungkam. Dengan segala kekuatan yang ada, aku menolak lelaki gatal itu dan berdiri dengan cepat.

Malangnya tangan aku sekali lagi ditarik kuat. Nasib aku dalam mengawal badan daripada terjatuh di atasnya sekali lagi. Eeee, kecik besar saja aku pandang mamat ni!

"Hey, encik dah kenapa? Gila?" hambur aku, marah. Ketika ini, musik di kelab malam bertukar menjadi lebih rancang dari tadi.

"Halah, relax lah sayang. Kau ni sombong betul!  Jomlah. Enjoy with me? Kita dance ke? Nak?"

Dan secara tidak langsung pinggang aku ditarik supaya aku lebih rapat dengannya. Aku meronta-ronta. Ya Allah, selamatkan aku. Tak akan tak ada seorang pun nampak aku? Zara! Mana dia? Tolonglah aku tak nak perkara yang sama terjadi seperti Adrian sebelum ini. Darren, tolong saya! Aku merintih di dalam hati.

"Lepaslah!" jeritku lantang. Lelaki itu tidak peduli. Segala sisi tubuh badanku diramas dengan nafsu. Air mata menitis perlahan-lahan. Aku tak suka! Aku tak nak! Tolonglah lepaskan aku!

"Hoi! Kau lepaskan dia!"

Jeritan seseorang yang betul-betul aku kenal di belakang aku membuatkan aku menghembus nafas lega. Alhamdulilah ada yang sudi selamatkan aku. Lelaki itu adalah... Darren!

Lelaki yang menyentuh aku itu terkejut. Dia melepaskan aku serta-merta. 

"Kau siapa hah? Sibuk apasal? Ouh, kau nak share ke dengan aku? Nak rasa dia juga? Jomlah kalau macam tu." Dengan beraninya lelaki itu berkata begitu sambil menjilat bibirnya seperti orang kemaruk wanita.

Rahang Darren bergerak-gerak menahan marah.  Tangannya sudah menyepal penumbuk. Bila-bila masa sahaja lunyai mamat itu dikerjakan oleh Darren.

Kolar baju lelaki itu dicengkam sebelum tumbukan pertama yang padu tepat mengena rahang lelaki itu.

"Apa hak kau nak sentuh aku punya? Kau tak layak! Dasar binatang!"

Buk!

Sekali lagi tumbukan padu di pipi lelaki itu pula. Marah benar Darren kini. Aku sudah takut melihat Darren berubah begitu. First time tengok dia marah sangat sampai macam tu sekali. Dan second time aku tengok dia bergaduh disebabkan aku. Hanya nak selamatkan maruah aku. Aku bersyukur sebab Darren datang sini malam ini seperti yang dia beritahu aku pagi tadi. Tapi aku tak sangka perkara begini akan terjadi lagi.

"Darren dahlah tu. Orang tengoklah." Aku menegur saat melihat lelaki tua itu sudah terbaring lemah di lantai. Macam nak mati saja orang itu dikerjakan oleh Darren yang tegang. Hush, takut. Kuatnya Darren belasah mamat tu!

Sedar tak sedar ramai mata yang memandang kami sekarang. Mereka menjadi penonton adegan kami ini. Yelah, dah tiba-tiba Darren buat kacau. Mana tak riuh tempat ni.

Darren berhenti dari terus menumbuk. Dia berdiri. Lalu wajah aku dipadang tajam.

"Apasal kau nak back up dia? Ouh, kau sukalah kalau dia buat kau macam tu? Raba-raba kau sesuka hati? Kau suka kan lelaki buat macam tu dekat kau? Dah tak ada maruah ke hah?! Oops, yeah, aku terlupa pula. Pelacur kan? Pelacur akan tetap jadi pelacur! Memang tak ada maruah!" Tengking Darren lantang. Tunak anak matanya merenung wajah aku yang berubah terus.

Aku tergamam. Bahu aku terenjut kerana terkejut dengan jerkahannya itu. Dan sekali lagi air mata aku menitis. Ya Allah, sampai hati Darren. Dua kali dia tengking aku hari ini. Dia hina aku!
Adalah aku memang perempuan yang hina dan tiada maruah sahaja di matanya?

"Saya bukan pelacur macam yang awak cakapkan itu! Saya masih ada maruah dan harga diri! Apa hak awak untuk hina saya!"

Suara aku juga meninggi. Marah apabila orang yang aku mula sayang hina aku, herdik aku depan orang ramai dengan sesuka hatinya sahaja. Anggap aku macam tak ada maruah!

Darren berubah terkedu. Seakan-akan baru tersedar akan keterlanjuran bicaranya tadi. Hatinya sebenarnya sedang sakit bagaikan disiat-siat apabila Delysha di raba sesuka hati dengan lelaki lain.

Dia baru saja sampai dan ingin berjumpa gadis itu, malah perkara lain yang menjadi tontotan matanya. Dan hatinya lagi sakit apabila Delysha menangis disebabkan dirinya sendiri. Perbuatan dan percakapannya sendiri. Sekali lagi, dia terlampau ikutkan perasaan. Ah, bodoh kau, Darren!

Dinding batu di sebelah aku ditumbuk bertalu-talu melepaskan amarah yang menggunung tinggi. Kini tumbukan telah beralih arah. Dia tidak kisah tangannya sakit. Walaupun darah merah sudah menitis-nitis di atas lantai, namun Darren tetap menumbuk dinding itu lagi dan lagi. Aku juga berubah terkejut.

Aku salah cakap ke tadi?

"Aw... awak." 

Baru sahaja aku ingin menyentuh tangannya kerana ingin menghalang lelaki itu dari terus melakukan sedemikian, Darren terlebih dahulu mengelakkan tangannya dari disentuh. Kini, dia pula memandang aku. Lalu tangan kanan aku ditarik perlahan agar aku ikut langkahnya menuju ke belakang. Office boss aku! Hah sudah! Apa benda yang dia nak buat kali ni! Jangan-jangan...

"Woi Megat! Buka pintu sekarang!" 

Pintu itu diketuk dengan kasar beberapa kali apabila kami sudah tiba di hadapan bilik boss aku.

Aku terperanjat. Macam mana dia boleh tahu nama boss aku?

"Awak nak buat apa ni?" soal aku berlagak tenang. Padahal hati sudah berdegup laju semacam. Tolonglah jangan buat hal Darren!

"Just shut up, Insyirah Delysha!"

Jerkahnya kuat di sebelah aku. Aku menjelingnya sekilas. Huh, sikit-sikit nak marah, nak jerit-jerit dekat aku. Eee, cakap elok-elok tak boleh ke? Memang hobi dia suka jerit kuat-kuat ke apa? Fikir aku pekak tak dengar? Annoying betul!

Darren memandang wajah aku semula saat aku mengeluh kuat. Dia memandang aku tidak lepas.

"Fine. I'm sorry, aku cuma nak..."

Belum sempat Darren menghabiskan ayatnya tadi, pintu bilik telah terbuka luas. Dah kelihatan Encik Megat sudah berdiri di hadapan pintu sambil memandang kami berdua dengan padangan hairan.

"Eh, apasal ni bro ketuk pintu macam nak pecah? Aku pergi tandas tadi. You... Delysha right? Buat apa dekat sini?" soal Encik Megat memandang kami berdua silih berganti.

Aku sudah tidak senang duduk. Hah sudah! Boss kenal aku. Dia ingat nama aku pulak tu! Apa aku nak jawab?

Aku pandang Darren minta pertolongan tapi Darren hanya beriak selamba tanpa pandang wajah aku langsung? Darah aku mula mengirap geram. Eeee, kau yang ajak aku datang sini! Aku nak cakap apa dekat boss? Kalau Black tahu, habislah aku. Tapi sekejap, Darren dan Encik Megat macam sudah kenal antara satu sama lain sahaja?

"Err saya na-"

"Aku nak jumpa Black!" 

Potong Darren lebih laju dariku. Aku menarik nafas lega. Huh, Darren selamatkan aku.

Kejap, what! Darren nak jumpa Black? Ada apa pula ni? Semua boss aku dia kenal?

"Black ada dekat dalam. Kenapa kau..."

Belum sempat Megat ingin bertanya lebih lanjut, tangan aku sudah ditarik dan Darren merempuh pintu bilik itu dengan cepat untuk masuk ke dalam. Aku semakin resah.

Kami berdiri betul-betul dihadapan Black yang sedang menghisap rokok sambil dikelilingi tiga orang wanita yang sexy di sebelahnya.

"Aku Darren." 

Darren memulakan bicara antara mereka. Black terus memandang Darren lama sebelum beralih memandang aku yang berada di sebelah Darren. Aku menunduk takut. Eee, apa Darren nak buat ni?

"Nak apa kau? Aku tak kenal kau. Siapa suruh kau masuk?" soal Black berlagak tenang. Langsung tidak mahu memandang Darren yang berdiri tegak dengan wajah yang tegang itu.

"Kau tak kenal aku? Oh mungkin kau kenal Tengku Iyan Shah Darren bin Tengku Malik. Kau kenal nama tu?"

Wow, mereka kenal sesama sendiri ke sebelum ini? Hah sudah. Jangan buat hal!

Black terperanjat. Barulah dia memandang Darren. Darren tersenyum sinis sahaja. Dia hanya beriaksi selamba memandang wajah Black yang semakin terkejut.

"Ouh, atau lebih dikenali dengan nama... Iyan Shah Darren Bin Muhammad Hadi? Right?"

Saat ini, aku mula terkejut. Nama itu... macam pernah aku dengar suatu masa dahulu. Tapi siapa? Argh, aku pernah kenal Darren ke masa kecil dulu? Impossible! Nama tu...  sangat tidak asing bagi aku.

Darren sempat memandang aku yang agak terkejut itu. Lalu dia sempat mengenyitkan sebelah matanya pada aku sebelum memandang Black yang juga turut sama terkejut.

"Kau... nak apa hah?"

"Simple. Aku nak kau lepaskan Delysha. Dan aku nak Delysha berhenti kerja!"

Mereka berlawan mata saat ini. Pandangan yang dingin sahaja. Manakala aku yang mendengar, terkesima terus.

What? Apakah? Berhenti kerja? Dan lepaskan aku dari sini?

Ouh kiranya ini sebab dia nak datang sini? Dia marah-marah semua dari tadi, sebab tak nak aku  ada kaitan lagi dekat sini?

Patutlah Darren cakap nak jumpa malam ni dekat sini. Ini sebabnya? Aku terus pandang Darren minta penjelasan.

Dia cuma menggerakkan bibir memberitahu aku,  'nanti aku explain' sahaja. Aku angguk perlahan. Mungkin ini yang terbaik? Tapi adakah Black akan lepaskan aku? Senang-senang macam tu sahaja? Huh, aku dari dulu lagi dah cubalah. Black tak akan lepaskan aku!

Aku pun tak tahu kenapa dia masih nak simpan aku. Tapi kenapa Black nampak seperti hormat dengan Darren? Siapa Darren yang sebenarnya?

Black tersenyum sinis sebelum dia berdiri. Puntung rokok diletak di atas sebuah piring kecil dan dia menepuk-nepuk tangan beberapa kali.

"Wow wow and wow! Good try, bro. Tapi aku takkan senang-senang macam tu je nak lepaskan perempuan ni! Apa hak kau nak suruh dia berhenti? Dia pekerja aku! Kau siapa pada dia?" soal Black sinis. Darren juga turut tersenyum sinis.

Huh, kau nak cabar aku kan? Tak nak lepaskan Delysha? Fine! Dia gunakan cara lain.

"Dia bakal isteri aku. Apasal?"

Pengakuan berani Darren membuatkan Black agak terkejut. Aku juga turut sama terkejut.

Apakah ini semua?


Selamat Hari Raya! ❤️ #stayathome!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro