part 11
Delysha mula gelisah. Tangannya sudah basah akibat peluk yang merembes keluar. Dia mengetap bibir menahan rasa. Mamat ni dah kenapa? Duk tengok-tengok orang pula dari tadi! Kalau tengok saja tak apa, ini tenung orang macam dia ada buat salah pula!
Eeeee, Darren! Tolonglah jangan buat dia macam ni. Perasaan dia sekarang hanya dia sahaja yang tahu. Jantungnya yang berdegup kencang pun, Darren tidak tahu juga. Fuhh, laju gila. Serba-serbi tidak kena apabila lelaki itu merenungnya sedemikian.
"Awak kenapa?"
Setelah penat menunggu Darren berbicara, akhirnya Delysha menyoal lelaki itu. Cungkil biji mata tu nanti baru tahu. Asyik sibuk tenung-tenung anak dara orang! Selalu macam tu tau! Darren tak tahu ke yang lelaki itu buat dia berasa segan?
"What? Kenapa apa?"
Darren senyum senget. Dia memandang wajah cantik Delysha penuh minat.
Delysha mendengus. Eeee, dia ni kenapa? Nak cari gaduh ke? Cubalah jangan nak ego tinggi sangat! Aku tak suka. Jangan tenung aku lagi gila! Eeeee, sabar Delysha, sabar. Tenang. Biar sahajalah mamat ni pun! Dia sebenarnya nak cari pasal dengan kau saja. Kau jangan tunjuk sangat yang kau tak selesa dengan renungan dia. Okay, dia nak main sangat kan dalam permainan ni? Let's go! Fikir aku takut dengan dia? Desis hati Delysha.
Delysha tiba-tiba mengukir senyuman sinis. Kini dia pula merenung anak mata lelaki itu. Sedalam-dalamnya. Sengaja ingin membuatkan lelaki itu berasa tidak selesa juga. Walaupun hati terasa gentar, muka dah merah padam, jantung berdegup macam nak pecah, tapi tak apa. Demi permainan ini, marilah. Kita sahut cabaran! Eyes contact gitu. Dia tak nak kalah.
Kini mata bertentang mata. Mereka merenung sesama sendiri. Pelbagai rasa yang timbul di hati. Pelbagai perasaan timbul di jiwa. Ah, tapi perasaan apa? Cinta? Benci? Kasih? Atau sayang? Mana satu? Ya Allah! Adakah dia mula menyayanginya lelaki itu?
Darren juga tidak mahu kalah. Dia merenung Delysha sedalam-dalamnya. Sengaja betul. Dia yakin dia tidak akan kalah. Sebab apa? Sebab dia memang sudah mempunyai perasaan terhadap gadis itu. Mana mungkin dia akan kalah dalam permainan ini. Darren sendiri tidak perlu bertentang mata dengan gadis itu hanya mahu merasakan perasaan sayang dalam hati. Kerana perasaan sayang sudah ada di dalam lubuk hatinya.
Tidak perlu lagi pepatah 'dari mata turun ke hati' itu. No! Dia tidak perlukan itu. Dia sudah lama sedar akan perasaan sendiri.
Tetapi lainlah Delysha. Gadis itu masih lagi belum menyayanginya seperti mana dia menyayangi gadis itu. Tiada perasaan sama sepertinya. Jadi inilah masanya. Biar gadis itu tahu dan sedar perasaannya sendiri melalui permainan ini.
Terkejut juga dia apabila Delysha sudi bermain eyes contact dengannya. Nasib gadis itu faham. Darren tersenyum sinis apabila gadis itu tidak mahu kalah. Haih, nak menang juga! Bagi sajalah yang lelaki menang. Perempuan memang tak nak kalah kan? Tak apa, Darren tiba-tiba mendapat idea. Bibirnya tersenyum sinis. Masa untuk kalahkan Delysha!
"Nurul Insyirah Delysha," panggil Darren, sengaja. Dia menongkat dagu. Mata masih kekal pandang wajah cantik Delysha.
"Err, ya?" jawab Delysha gugup.
Delysha masih lagi dalam position yang sama. Merenung lelaki itu juga. Dia tidak mahu kalah. Tadi Darren nak main sangat dengan dia kan? Tapi janganlah Darren mengacau dia! Delysha tidak mahu perasaan itu semakin mendalam. Perasaan apa yang baru wujud ini pun dia tidak tahu. Dia tidak pasti, tapi perasaan ini membuatkan dia tidak keruan apabila bersama lelaki itu.
"I like you. Will you be my future wife?"
Oh my gosh.
Mata Delysha membulat. Terkebil-kebil dia. Akhirnya dia menunduk malu. Tak pandang Darren macam tadi lagi. Ah, biarlah dia kalah sekali pun. Sekarang dia malu. Berani Darren sakat dia macam tu! Eeee, dia baru saja nak menang tadi.
Hampeh betul!
Tapi dia betul-betul maksudkan ke apa yang dia kata tadi? Dua kali dia ulang ayat yang sama. Dia suka aku? Tapi aku? Adakah aku turut rasa perasaan yang sama terhadapnya? Hesy pening.
"Hahahaha you're loser! I am the only one winner!" ejek Darren lalu dia gelak mengejek. Sukalah dia tu. I am the only one winner konon! Pfft, itu pun sebab Darren kacau dia saja tau. Kalau tidak dia dah menang tau! Darren main tipu!
Tengoklah dia sendiri pun tidak mahu kalah. Samalah dua kali lima saja dengan Darren. Adakah ini dinamakan jodoh? Pfft, rasa nak muntah dengar!
"Eeee perasan jelah awak ni. Bila masa saya nak main dengan awak? Saya tak ada main apa-apa. Dasar perasan!"
Dengan beraninya Delysha melawan. Mengejek semula lelaki itu. Entah, bila masa dia cakap dia nak main permainan lawan mata dengan Darren? Dia ada cakap? Tak ada kan?
Darren mengetap bibir geram. Wajah selamba badak Delysha direnung sakit hati.
"Eleh, kalah tu kalah jelah. Tak nak mengaku konon. Baru berayat manis sikit dah gelabah tak tentu pasal. Nasib kau comel." Darren mengejek kembali. Geli hatinya melihat keegoan gadis itu.
Delysha geram. Hah tengok! Itu yang dia tak suka bercakap dengan Darren. Darren ni memang tak boleh kalah dengan dia! Dia memang sentiasa nak menang saja! Eeeee, Ya Allah. Nasiblah siapa yang jadi isteri dia nanti. Eh bukan dia ke yang bernasib malang itu? Eh, never.
"Eee, awak memang tak nak mengalah kan? It's okay. Nak menang sangat kan? Hah menanglah menang! Hambik semua tu. Saya tak hadap pun. Bukan dapat memberi keuntungan pada saya pun!" Delysha memeluk tubuh. Bukan merajuk tapi geram. Sangat geram!
Darren tergelak kecil. Apalah perempuan ni, itu pun nak merajuk ke? Haih perempuan tetap perempuan. Tak akan lari dari perangai 'merajuk dan manja' itu. Darren menggeleng kepala.
"Delysha sayang, kenapa ni? Merajuk dengan aku?"
Darren cuba nak pujuk dia ke apa? Sayang? Eeeeee, geli lah! Tapi macam best saja kalau merajuk ni. Kita tengok dia pujuk atau tidak. Delysha gelak dalam hati.
"Insyirah Delysha, kau marah sebab aku menang ke sayang? Okay, kau nak aku buat apa? Nak aku pujuk macam mana? Hmm?" pujuk Darren dengan nada lembut. Halah, lelaki playboy selalu cakap macam mana kalau nak pujuk perempuan? Hah, samalah macam Darren sekarang ini.
Delysha diam. Masih lagi sama, tidak mahu melayan. Malas nak layan!
"Sayang please, don't be like this."
Auchh!
Ya Allah, lemah jantung aku. Ergh, dia memang pandai pujuk perempuan dengan suara manis dia kan? Ah, aku tak boleh kalah. Kuat, Delysha. Kuat. Jangan nampak yang kau termakan dengan pujuk rayu dia tu. Desis Delysha dalam hati.
"Bila masa saya merajuk dengan awak?"
See?
Dah merajuk still tak nak mengaku? Semua perempuan kenapalah complicated sangat? Kasihan yang lelaki ini tau.
"Betul ni? Aku balik lah macam ni."
Darren berura-ura mahu meninggalkan Delysha di situ seorang diri. Dia menjeling Delysha sekilas. Delysha hanya diam. Langsung tidak mengambil peduli dengan ugutan Darren itu. Hah, nak sangat pergi sahajalah. Hesy!
"Hah, pergilah. Nak sangat balik kan? Pergi, pergi!" jerit Delysha perlahan. Malu juga kalau jerit kuat kerana banyak mata yang memandang mereka dari tadi.
Darren merenung Delysha tajam. Hish, perempuan ni. Degil nak mati!
Darren berdiri bersebelahan Delysha. Tangan gadis itu ditarik. Delysha terkedu sebelum meronta-ronta minta dilepaskan.
"Eee, lepaslah. Apa awak ni? Tadi nak balik sangat, pergi jelah!" Bengang Delysha. Apa kes ni main tarik- tarik tangan orang pula?
"Shut up your mouth before I kiss your lips here. Ikut aku, now!" Tekan Darren tegas. Delysha mendengus sebelum akur mengikut jejak langkah pemuda itu.
Setelah keluar sahaja dari restoran tersebut, tangan Delysha dilepaskan. Darren merenung Delysha tajam.
"Awak dah kenapa?" soal Delysha seram. Pandang macam nak telan orang pula!
"Kenapa degil sangat? Sayang, merajuk lagi ke ni?" soal Darren lembut. Pandangannya berubah redup. Tidak setajam dan sedingin tadi. Delysha memandang Darren sekilas.
"Tak!"
Jawab Delysha acuh tak acuh. Ego tinggi. Darren mengeluh kecil.
"Kalau perempuan cakap tidak maknanya benda tu betul." Darren berbisik sendiri. Namun, Delysha masih dapat mendengarnya.
"So?"
"Kau merajuk. Alaa, tak akanlah sebab tu, kau nak merajuk dengan aku? Tak macho lah."
"Hey, awak ingat saya ni lelaki? Saya tak ada masa nak merajuk dengan awak. Hantar saya balik sekarang!" jerit Delysha lalu berjalan mendahului lelaki itu. Darren mengeluh. Laju langkahnya mengikuti jejak gadis itu yang menjauh.
Dan secara tiba-tiba Delysha terasa di awangan. Eh, kenapa ni? Biji mata terbuka luas. Terkejut apabila dia sedar bahawa dia dalam dakapan hangat lelaki itu. Darren dukung aku?
Darren tersenyum apabila melihat gadis itu diam dan berubah terkejut. Susah sangat nak tengok mata dia bila bercakap, sekarang tengoklah puas-puas. Siapa suruh degil lagi.
"Awak! Apa ni? Lepaslah!"
Delysha meronta-ronta. Dia sebenarnya malu. Gila tak malu bila Darren dukung dia ala-ala pasangan romantik di sini.
"Sekali lagi kau gerak, aku tak akan teragak-agak nak cium kau dekat sini juga," ugut Darren. Dia betul-betul maksudkan kali ini.
Delysha terdiam. Dia tidak lagi melawan. Memang taklah dia nak melawan. Nanti kalau Darren buat betul-betul macam mana?
"Haih sikit-sikit merajuk, merajuk. Suka aku pujuk lah tu. Kalau macam inilah perangai kau, susahlah aku bila kita dah kahwin nanti. Asyik nak di pujuk saja. Lepas tu tak mengaku pula tu," bebel Darren. Dia mula membayangkan situasi mereka berdua apabila sudah hidup bersama nanti. Delysha mencebik.
"Bila masa saya cakap saya nak kahwin dengan awak?"
Darren tersenyum sinis. Dia membasahkan bibir seketika dan mengangkat kening.
"Eleh, masih lagi tak nak mengaku? Dah tu, itu apa yang kau pakai?"
Mata pemuda itu tidak lepas memandang jari manis Delysha. Dia dari tadi sebenarnya sudah perasan gadis itu memakai cincin yang dia beri tempoh hari. Di tahan senyuman yang ingin terbentuk.
Delysha tergamam. Pantas jarinya disorokkan ke bawah. Arghh, malu!
Macam mana dia boleh pakai cincin yang Darren bagi semasa dia bekerja? Ya, cincin yang Darren bagi tempoh hari elok tersarung di jari manisnya. Muat pulak tu dengan jari putihnya. Ah, ingatkan Darren tidak perasan. Malunya dia sekarang ni!
"Awwhh, blushing pula dia. Jadi maknanya, kau terima aku sebagai suami kau lah?" soal Darren berubah serius. Harapan Darren setinggi gunung, setinggi bangunan sekarang ini. Dia mahukan jawapan sekarang. Seperti yang dia kata hari tu, dia nak dengar sendiri jawapan dari mulut Delysha. Dan mungkin hari ini adalah hari yang sesuai. Memandangkan gadis itu sendiri yang memakai cincin yang dia berikan.
Delysha mengulum senyuman nipis. Dia memandang wajah tidak sabar Darren dengan sengihan. Okaylah, masa untuk jujur. Ini adalah masa untuk dia beri jawapan seperti apa yang Darren mahu dengar darinya.
"Ya, saya terima awak. Tapi saya nak awak jaga hati saya, jaga saya baik-baik. Boleh?"
Ungkap Delysha dalam keadaan malu-malu. Shy shy cat pula dia. Pipinya memang blushing habis. Sudahlah Darren masih lagi belum turunkan dia dari terus didukung olehnya. Yang dukung dia tu dah kenapa?
Darren tersenyum bahagia. Alhamdulilah sangat! Delysha terima dia!
"Boleh sangat, sayang. Dah memang itu menjadi tanggungjawab aku. Untuk jaga dan lindungi kau. Thank you so much for accepting me in your life. Aku sayang kau."
Darren begitu gembira. Dia diterima oleh gadis itu sendiri! Tubuh Delysha yang masih di dalam dukungannya dilepaskan. Pandangan mereka bertaut. Perlahan-lahan senyuman manis terukir dibibir masing-masing.
Alhamdulilah, bahagia yang dirasakan saat ini. Dia berharap agar kebahagiaan ini berkekalan.
***
Done. Sorry tak sesweet yang korang harapkan. Hahahahahah biasalah. Sis single. 😴
*Vote
* Comment
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro