part 10
Delysha mengumpulkan bunga-bunga terlebih dahulu. Kemudian, diambil tali lalu diikat satu persatu kuntuman bunga tersebut. Bibirnya mengukir senyuman apabila dia dapat menyiapkan jambangan bunga seperti yang pelanggan minta dan dia menyimpan floral foam dengan menggunakan tali.
Handphone di dalam sling bag diambil dan dia mula fokus pada skrin telefon. Ada satu missed call dari cinta hati. Eh, salah pulak. Dari Darren. Namun mesej dari lelaki itu yang menarik perhatiannya dahulu.
Darren :
Baby girl, I really-really miss you.
You don't miss me back like I did?
Delysha senyum tanpa sedar. Rindu? Biar betul mamat ni! Bukan ke Darren baru saja kenal dia? Lelaki ini nak mainkan dia ke apa sekarang? Ke nak prank dia ya?
"Inilah lelaki. Bila dengan perempuan pandai berayat manis. Sweet talker lah sangat. Tapi kalau depan-depan aku ni... huh, kasar semacam. Muka ketat sahaja. Annoying pula tu. Macam manalah aku boleh terpikat dengan dia lelaki macam dia eh?"
Delysha bermonolong sendiri. Dia menggeleng dan kembali menyambung kerjanya yang tergendala.
"Hey, beautiful. Miss me?"
Delysha tergamam. Bahunya terhinjut sedikit apabila sepasang tangan tiba-tiba melingkar di pinggangnya. Spontan dia mengundur ke hadapan.
Dan disebabkan kelam-kabut, pasu bunga yang berada di hadapan hampir disepak. Delysha hampir terjatuh ke depan. Namun, Darren lebih pantas menarik pinggang gadis itu dan mereka sama-sama terjatuh ke lantai.
Auch! Sakit bukan main!
Delysha di atas Darren. Dan Darren di bawah Delysha. Mereka sama-sama tersentak dengan apa yang baru terjadi. Situasi yang tak dijangka bakal berlaku. Mata bertentang mata buat seketika.
Ketika ini jugalah jantung memainkan peranan. Berdegup kencang seolah-olah baru lepas berlari pecut 400 meter.
Delysha merenung biji mata jejaka itu. Lelaki ini... semakin kacak. Mempunyai sepasang mata yang cantik. Dia merenung sdalam-dalamnya sehinggakan dia tidak mahu lepas dari terus memandang. Seolah-olah ada sesuatu tarikan di dalam anak mata hazel lelaki itu. Dia sendiri bingung.
Perasaan apakah yang sedang dirasakan pada diri ini untuk lelaki itu?
Darren tersenyum tanpa sedar. Melihat muka cantik Delysha secara dekat-dekat begini membuatkan Darren tersenyum.
Ya, benarlah. Delysha sungguh cantik. Lagi-lagi bila terlalu dekat begini. Sangat cantik!
Mata yang tenang dan indah, muka yang bersih putih tanpa sebarang jerawat. Sungguh hatinya semakin terpaut dengan wajah ini. Wajah ini yang dirindui selama tiga hari yang lepas. Wajah ini yang selalu ada di dalam fikirannya. Dan wajah ini yang sudah bertakhta dalam hati. Darren seperti angau bercinta. Bibir tersenyum kecil.
Tuhan, indahnya rasa ini. Seolah-olah perut ada rama-rama yang terbang indah tanpa henti. Jantung bermainkan irama lagu yang indah.
"Dah puas tenung aku? Bangunlah cepat! Kau bukannya ringan tau!"
Delysha terperanjat. Cepat-cepat dia berdiri dan membetulkan pakaiannya. Wajahnya membahang malu. Pantas dia menunduk dan tidak berani melihat wajah jejaka itu semula.
Argh! Panasnya situasi sekarang ni. Perasaan malu bukan kepalang menjelma di lubuk hati.
Darren tersenyum sinis. Dia juga berdiri dan terus-menerus merenung gadis itu tanpa Delysha sedar. Bibirnya mengukir senyuman. Dia suka mengusik Delysha. Gadis itu nampak sungguh comel bila malu begini. Wajahnya merah seperti buah tomato. Comel sungguh!
"Err, awak buat apa hah tadi dekat saya? Bila awak balik?"
Delysha berdehem sebelum menyoal soalan itu dengan agak kasar. Dia cuba menutup perasaan malu tadi. Boleh pulak dia tenung mamat itu sebegitu rupa? Ah, memalukan sungguh!
"Petang semalam aku balik. Pagi-pagi ni aku datang terus jumpa kau. Rindu betul dekat gadis comot yang bersama Insyirah Delysha ni tau! Tapi itulah, kita saja yang beria rindukan dia, tapi orang tu. Hurmmmm..." Darren mencebik sedih. Sengaja ingin memancing riaksi gadis itu.
Delysha terkedu. Apakah?
Dia tak rindu Darren ke? Erm, rasanya rindulah juga. Tapi malu nak mengaku! Ihiks, ihiks.
"Awak ni! Sejak bila awak jadi manja ni? Hmm?" soal Delysha lalu tergelak kecil. Tangannya spontan mencubit pipi Darren yang agak berisi itu. Tetapi pipi dia lagi tembamlah. Hehehe! Gedik nak sedih-sedih pula. Lepuk kang!
Darren agak terkejut. Pipinya yang baru dicubit tadi dipegang dengan tangan. Matanya bercerlung tajam merenung gadis itu. Delysha juga seakan-akan baru tersedar dengan tindakan sendiri. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alamak malu lagi! Bodohnya kau, Delysha!
"Comel."
Darren tersenyum sinis. Perkara ini pun Delysha boleh malu? Eeee, comelnya dia! Rasa nak peluk!
"Hah? Apa awak cakap?" Dia menggaru kepalanya. Dia rasa macam dengar Darren cakap sesuatu tadi tapi perlahan betul.
"Nothing. Boleh tak kau pusing belakang sekejap?" pinta Darren secara tiba-tiba.
Delysha tergamam. Hah? Buat apa pula dia nak pusing belakang? Apa dia ni!
"Hah? Kenapa pula saya kena pusing belakang?" Dahinya berkerut. Tidak faham apa yang lelaki itu ingin lakukan.
"Buat jelah!"
Darren bertegas. Delysha mengeluh lalu menurut dengan tidak rela. Kini Darren berada di belakangnya.
Lelaki itu tersenyum sinis sebelum pinggang gadis itu dipeluk erat dari arah belakang. Spontan dagunya diletakkan di atas bahu Delysha.
Terus mata gadis itu membulat besar. Delysha meronta-ronta dalam dakapan Darren.
"No! Duduk diam please! Aku rindu kau. Aku nak peluk kau. Please sekejap saja," rayu Darren dengan merengek manja. Lembut, tidak kasar ton suaranya. Dia memejamkan mata sambil memeluk gadis itu dari belakang.
Delysha kalah dengan rayuan lembut pemuda itu. Dia diam. Tidak meronta-ronta lagi. Jantung usah dikata. Bergerak sungguh laju. Macam nak terputus nafasnya apabila Darren peluknya dengan tiba-tiba seperti tadi. Nasib juga sekarang tiada orang yang memandang. Kerana dia berada di stor belakang kedai. Sibuk menyiapkan tempahan pelanggan di sini.
Dapat dia rasakan deruan nafas pemuda itu di ceruk lehernya. Delysha cuba menenangkan diri. Sungguh dia terasa selesa. Delysha tersenyum kecil. Pelukan Darren terasa hangat dan selesa. Hatinya jadi tenang buat seketika.
"Awak, okay tak ni? Nanti orang nampak lah." Setelah hampir tiga minit barulah Delysha bersuara perlahan. Pelik melihat sikap lelaki itu yang terlampau manja dengannya. Rindu sangatkah? Selama ini elok sahaja mereka berjauhan.
Mata Darren terbuka semula. Dia melepaskan pelukan Delysha. Lantas mengeluh kecil.
Tengoklah. Bersama gadis itu senang membuatkan perwatakan dia berubah. Manja, dan berubah lembut. Perempuan lain yang dia kenal selama ini tidak pernah lagi sikapnya berubah begini. Even, dengan mama sekali pun dia tidaklah semanja ini. Kerana dia tahu wanita itu bukan ibu kandungnya.
Malah perempuan-perempuan di luar sana yang menggodanya pun, dia tidak pernah seperti ini. Dia tak pernah nak melayan dengan baik. Sungguh, Delysha lain. Gadis yang lain. Mampu mengubahnya. Tak mustahil mampu mengubah kehidupannya pula selepas ini. Dia akui perkara itu. Sekarang dia dah jumpa ketenangan yang dia cari selama ini. Keselesaan yang dia perlukan pada seseorang. Rupa-rupanya perkara itu ada bersama Delysha.
Di dalam dakapan gadis itu membuatkan dia terbuai. Selesa dan menenangkan. Dia suka semua itu. Kalau boleh sampai esok dia mahu memeluk gadis itu. Tapi dia tahu, mereka masih tiada apa-apa ikatan. Pasti Delysha merasakan tidak selesa walaupun gadis itu tidak marahkan perbuatannya.
"Sorry," pinta Darren perlahan.
Delysha senyum. Anak mata pemuda itu dicari. Darren tunduk sahaja. Mungkin baru sedar akan kesilapan dirinya tadi dan takut lelaki itu buat dia tidak selesa mungkin. Entah kenapa dia rasa Darren sangat comel.
Delysha mendekati Darren pula. Dan kali ini dia pula yang memeluk pemuda itu sekali lagi. Kini pelukan di bahagian depan pula. Delysha menyandarkan kepalanya di atas dada bidas Darren. Entah kenapa, tindakan spontan pula.
Darren sungguh tergamam. Tidak sangka Delysha akan memeluknya semula. Adakah apa yang dia rasa sama dengan Delysha rasa? Dia membalas pelukan Delysha. Rambut gadis itu dielus perlahan. Lembut! Darren senyum. Sungguh selesa berada di dalam pelukan gadis ini. Gadis yang mula dia sayang.
"Saya pun rindu awak. Dan saya rasa apa yang awak rasa. Jantung awak berdetak laju. Awak rasa apa yang saya rasa kan?" soal Delysha seakan-akan berbisik sendiri. Namun, dia tidak memandang pemuda itu. Dia masih lagi memeluk erat badan Darren. Tapi dia tahu lelaki itu dapat mendengar.
Dia dapat rasakan jantung pemuda itu bergerak laju. Sama sepertinya. Adakah ini dinamakan cinta?
"Aku rasa apa yang kau rasa. Thank you sebab jujur dengan aku Aku sayang kau, Insyirah Delysha. Jujur aku katakan yang aku mula sayangkan kau."
Kenyataan jujur yang kedua kalinya yang mampu diungkapkan oleh Darren. Delysha mengukir senyuman manis. Bahagia yang dirasakan.
Kak Reena yang dari jauh memerhati juga tersenyum. Dia risau kerana gadis itu diam sahaja di dalam stor. Rupa-rupanya ada Darren sekali. Syukurlah jikalau Delyshalah gadis yang mampu mengubah anak buahnya itu. Dia tersenyum gembira.
****
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Sekejap!" Laungan suara dipintu bergema kuat. Beberapa saat barulah pintu dibuka.
"Eh, Arissa. Lama tak datang," sapa Tengku Sheila mesra. Arissa tersenyum kelat.
"Haah, busy sikit aunty. Banyak sangat flight akhir-akhir ni. Erm, Iyan ada aunty? Saya datang memang nak jumpa dia sebenarnya," soal Arissa berterus-terang. Tiada selindung. Tujuannya ke mari memang mahu mencari lelaki itu. Bukan mahu berbual dengan Tengku Sheila.
"Oh, cari Iyan lah ni? Dia tak ada lah Rissa. Awal pagi lagi dia dah keluar," jawab Tengku Shiela.
Arissa terdiam. Bibirnya diketap rapat. Awal pagi dah keluar? Iyan ada perempuan lain ke? Hish, ini tak boleh jadi! Dia harus siasat.
"Dia keluar ke mana ya aunty?" soal Arissa serius. Terserlahlah kesibukannya itu. Busy body betul!
"Entah lah. Dia tak ada bagitahu aunty pun. Tapi dia dah keluar dah. Kenapa ya Rissa? Tengahari macam ni cari anak aunty?"
Heh ambik! Sibuk lagi cari anak orang!
Arissa tersengih tidak bersalah. Dia cuba untuk memaniskan wajah. "Err, tak ada apa aunty. Cuma Iyan dan janji dah nak keluar dengan Rissa hari ini. Tak tahu pulak dia ada urusan lain," dalih Arissa terpaksa. Padahal Darren tiada janji apa-apa dengannya pun. Malah lelaki itu semakin mengelak darinya.
Tengku Sheila mengangguk faham. "Biasalah tu. Iyan kalau perkara betul-betul penting baru dia akan cakap. Mungkin dia keluar dengan kawan-kawan dia kan? Tak apalah. Arissa marilah masuk dulu. Kita minum-minum. Arissa pun dah lama tak singgah rumah aunty. Boleh lah kita borak lama. Marilah masuk," pelawa Tengku Sheila ramah.
Arissa terkedu sendiri. Aduh! Dia dah lambat ni! Tak apalah, demi ingin mengambil hati Tengku Sheila bakal mak mentuanya, Arissa setuju juga.
"Err, boleh lah. Jom lah aunty. Boleh kita sembang-sembang pasal anak aunty kan?" Arissa ketawa palsu.
Dahi Tengku Sheila berkerut. "Kenapa pula nak bersembang pasal anak aunty? Anak aunty ada tiga orang. Iyan, Rykarl dengan Elmira. Kamu nak bersembang pasal siapa?"
Hah sudah! Pening. Apa yang kau merepek ni Arissa? Hish! Orang tua ni pun satu. Membebel saja dari tadi. Sibuk soal-soal dari tadi dah kenapa? Menyibuk! Desis Arissa meluat.
"Eh tak ada apalah aunty. Kita borak kosong sajalah. Jom. Lagi pun Rissa memang rindukan aunty," tipu Arissa kekok. Tengku Sheila hanya mengangguk dan tersenyum.
***
Done😛
Jangan lupa:
*Vote
*Comment.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro