Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

epilog

So here, epilog yang betul. Sorry terbagi 'fakehope' selama ni. 😂 last part huhu sedihnya. *lap air mata* Sila sedekahkan vote banyak" ya untuk chapter terakhir ini.

****

Delysha memandang Zara di sebelahnya. Bibir mengukir senyuman nipis. Entah kenapalah Zara beria ajak dia keluar hari ini. Dari tengahari sampai ke petang mereka meluangkan masa bersama. Zara masih tak nak pulang ke rumah. 

Delysha ajak balik, tapi kawannya itu kata dia masih tidak puas lagi jalan-jalan dengannya. Haih, dia tak sampai hati pula nak hampakan permintaan Zara. Lagi pun memang dia dah lama sangat tak luangkan masa berdua dengan Zara semenjak masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Masing-masing dah jadi isteri orang. Dah ada suami, sememangnya susah mahu lepak seperti dulu lagi.

Jadi Delysha pun ikut sahajalah ke mana sahaja Zara pergi. Zara pun ada ajak dia beli barang baby juga tadi. Walaupun dia agak letih, tapi dia tetap kuatkan semangat. Jangan dilayan sangat penyakit manja ini. Yelah, dia berbadan dua kut. Jalan sikit saja pun dah letih. Dah lenguh-lenguh. Nanti balik rumah ni, dia nak suruh Darren tolong urutkan. Hehehe untung ada suami yang pandai melayan perangai isteri ni.

Bila teringatkan Darren, Delysha kembali hairan.  Darren sendiri yang izinkan dia keluar dengan Zara hari ini. Darren sampai benarkan mereka pulang lewat lagi. Tapi pastikan jaga diri, jaga baby elok-elok. Pelik kan? Selama ni tak ada pula nak izinkan dia ke sana ke mari sangat. Beria overprotective dengannya.

Mungkin Darren tahu isteri dia ni dah bosan terperuk dalam rumah agaknya. Apa kerja pun tak boleh buat. Sebab tu agaknya Darren izinkan dia keluar dengan Zara tadi walaupun dia sudah beritahu yang dia sebenarnya malas nak keluar. Letih dan malas mahu melayan perangai 'hantu shopping'  Zara ini nanti. Dia tahulah perangai kawannya bagaimana kalau dah dapat shopping, memang susah nak ajak balik.

Nasib Zara pandai pujuk dengan cara mahu belanjanya sekali. Kalau dia nak apa-apa, Zara kata dia akan belanja. Pelik juga. Jarang mak cik ni nak belanja orang. Hmm, dah insaf agaknya sejak jadi menantu Tengku Dina ni. Ehek baguslah.

"Zara, kita nak pergi mana lagi ni? Aku nak baliklah." Sumpah, kaki dia dah lenguh semacam dah. Pinggang pun kebas. Rasa macam tak rasa kakinya apabila berjalan. Haih, apalah nasib dapat kawan yang suka shopping ni. Dari Delysha serumah dengan Zara lagi, dia dah terpaksa hadap perangai Zara yang kaki shopping. Nak buat macam mana, dah kawan sendiri, terpaksa jugalah dia melayan.

Zara pandang Delysha lalu tersengih dalam keresahan. Seolah-olah gelisah akan sesuatu.

"Err... alaa, tak perlulah nak balik lagi. Belum malam pun. Baru pukul enam lah. Aku dah janji dengan suami kau yang kita akan balik sebelum malam nanti. Jangan risaulah. Suami kau tak akan marah punya. Aku kan ada." Zara tersengih-sengih memujuk.

Delysha mendengus. Memanglah dia tak akan marah Zara, sebab Darren pun suka Zara spend time  dengan dia hari ini. Entah apalah masalah Darren itu. Tiba-tiba ubah fikiran izinkan dia keluar pula.

Tapi Delysha yang kisah sekarang ni. Huwaa, penatnya! Dia bukannya jalan seorang diri, dia bawak satu lagi nyawa tahu tak? Dahlah dia tengah sarat mengandung. Bila-bila masa sahaja boleh terberanak. Eeee, nak saja Delysha cakap macam tu. Tapi itulah, Zara bukannya peduli pun. Heh sadisnya dalam kawan begini.

"Tapi kita nak pergi mana lagi? Dah banyak kan kau beli? Masih tak cukup lagi ke? Dengan barang-barang baby sekali kau belikan untuk aku tadi. So, sekarang ni nak ke mana pula?"

Dahinya berkerut-kerut melihat wajah Zara. Ya, Delysha nampak Zara semakin resah. Dah kenapa minah ni? Tak cukup shopping lagi agaknya. Tahulah suami dia tu kaya. Anak Tengku pula tu. Tapi perlu ke sampai nak boros macam ni?

Barang-barang baby pun Zara belikan tadi. Delysha dah cakap tak payah beli lagi sebab dia dan Darren masih lagi tidak tahu jantina baby mereka walaupun dia tahu anak mereka adalah kembar. Mereka sudah pastu yang mereka bakal dapat anak kembar saja. Jantina masih tidak tahu. Saja mereka nak rahsiakan. Nanti lepas baby keluar, baru excited nak tahu. Hehee! Nasib jugak Darren tak kisah. Dia ikut saja apa yang Delysha mahukan. Huwaa, happynya rasa.

"Lysha, aku sebenarnya... err, disuruh untuk bawak kau bersiap. Jom ikut aku pilih baju, tudung semua."

Akhirnya Zara menberitahu juga perkara yang sebenar. Dia terpaksa jujur juga kerana dia tahu kawannya ini bukan seorang yang mudah kena tipu. Delysha bijak dalam mengenal riaksi wajah seseorang. Kalau dia masih nak menipu pun, rasa macam tiada guna.

Tangan Delysha ditarik membawa ke satu butik pakaian di dalam mall itu. Delysha akur walaupun masih terkebil-kebil. Zara disuruh untuk siapkan dia? Wait, siapa yang suruh Zara buat macam tu? Untuk apa?

"Eh! Zara kejap!"

Larangan Delysha langsung Zara tidak ambil peduli. Zara masih lagi menarik tangannya. Apabila sampai saja di dalam butik pakaian muslimah, barulah lengannya dilepaskan. Delysha memandang Zara tajam.

Nak mati ke minah ni?

"Yes miss, can I help you?" Seorang pelayan butik itu menyoal dengan ramah. Delysha dan Zara tersenyum.

"Saya nak baju paling cantik untuk kawan saya ni. Make sure dress mengandung yang cantik ya? Kalau boleh jangan terlampau ketat dan longgar.  Sebab dia mengandung." Zara berbicara dengan serius. Pelayan tadi mengangguk faham dan terus pergi mencari baju seperti yang diminta.

Delysha pandang Zara dengan pandangan tajam. Selamba betul minah ni. Dia tak minta apa-apa pun!

"Lepas ni kita touch up muka kau pula. Baru cantik kawan baik aku ni." Delysha jatuh rahang. Apakah?

Majlis apa yang beria sangat ni?

****

"Kau suruh aku bersiap beria-ria ni, lepas tu kau hantar aku balik rumah? Seriously Zara?" Delysha pandang Zara tak percaya.

Zara tersengih-sengih. "Kau relaks jelah. Kau masuk dulu, surprise kau ada dekat dalam. Bye, aku pergi dulu. Angkat sekali barang-barang kau ni okay? Apa-apa pun, good luck babe! Have fun!" Sebaik sahaja kereta Zara sudah tiada dari pandangan mata, Delysha melepaskan keluhan. 

Kalau dia masuk ni, confirm Darren terkejut melihat perubahan pada penampilannya. Delysha dah macam princess saja sekarang ini. Ish, Zara punya pasal la ni. Tak guna!

Delysha tanya banyak kali kenapa dia kena pakai macam ni, tapi jawapan Zara adalah dia akan tahu juga nanti. Bila?

Delysha cuma tenangkan diri sebelum membuka pintu rumah baharunya bersama Darren. Buka sahaja pintu, Delysha tengok suasana gelap sahaja tetapi jalan untuk dia masuk ke dalam rumah penuh dengan lilin yang bernyala. Serta ditaburi pula dengan roses merah di atas lantai. 

Dan dari cahaya malap di tengah ruang masuk itu, Delysha sudah nampak kelibat suaminya, Darren yang sedang duduk di atas kerusi piano sambil tersenyum manis ke arahnya. Darren nampaknya sudah bersedia untuk bermain piano tersebut.

Delysha membalas senyuman Darren itu sebelum pintu ditutup rapat. Delysha dah dapat rasakan yang... adegan sweet akan berlangsung tak lama lagi.

Ku bersyukur memiliki kamu,
Ku bahagia, ada disampingmu,
Hati ini terasa tenang,
Bila kau selalu bersama diriku,

"Hubby bersyukur sangat sebab Allah temukan hubby dengan perempuan sebaik sayang. Setiap kali tengok sayang, hubby akan tenang. Senang cerita, hubby suka lihat wajah sayang. Senyuman sayang sentiasa membuatkan hubby rasa tenang." Darren bersuara romantik.

Delysha hanya mendiamkan diri. Hati sudah berdebar semacam. Darren bermain piano sambil menyanyi dengan penuh keikhlasan dan sangat merdu kedengaran di halwa telinganya.

Ku terima kekurangan kamu,
Kau terima kekurangan aku,
Dan lengkapi lah lembar jalanku,
Untuk mengharungi disetiap langkahku,
Dari dalam hati kau takkan terganti,
Sampai nanti aku mati,
Dari dalam hati kau takkan terganti~

"Sayang terima kekurangan hubby. Dulu hubby jahil, sayang terima juga hubby walau teruk macam mana pun hubby dulu. Sayang terima kekurangan hubby yang sememangnya tak layak untuk jadi imam kepada sayang. Tapi, sayang juga yang mengubah hubby sampai hubby kenal semula siapa Allah. Sayang ubah kehidupan hubby dari playboy kepada seorang imam yang terbaik untuk sayang dan seorang suami yang bertanggungjawab. Dan sayang selalu kata yang sayang banyak kekurangan. Tapi bagi hubby, you're always perfect in my eyes. Dan sebenarnya kekurangan kita itulah yang melengkapi hidup kita selama ni. Terima kasih sayang sebab selalu percayakan hubby."

Delysha menutup mulut menahan sebak. Ya Allah, sweetnya Darren.

Ya benarlah, pasangan yang penuh kekurangan akan dilengkapi dengan pasangan yang serba serbi tiada kekurangan. Maka pasangan itu akan lengkap dan saling melengkapi antara satu sama lain. Jika kita menerima kekurangan pasangan kita, percayalah hidup akan lebih bahagia.

Ku cintai, kau setulus hati,
Ku sayangi kau sepenuh hati,
Aku mohon kau tetap disini,
Menemani aku sampai akhir nanti,

Kau ku jaga kau selamanya,
Sampai raga tak lagi bernyawa,
Aku mohon kau tetap setia,
Menemani aku sampai akhir dunia.

"Sayang, hubby janji yang hubby akan cintakan sayang, sayangkan sayang sepenuh hati hubby. Hubby nak sangat sayang setia dengan hubby, sentiasa di samping hubby, menemani hubby sampai akhir hayat kita. Hubby janji yang hubby akan jaga sayang dan anak kita baik-baik. Hubby tak akan sia-sia kan sayang. Tapi hubby juga  berharap sangat yang sayang tak akan tinggalkan hubby lagi. Hubby takut untuk hilang sayang buat kali keduanya."

Darren memandang isterinya. Bibirnya mengukir senyuman paling manis. Tidak lupa juga kenyitan mata diberikan pada isterinya.

Delysha memegang jantungnya. Mak ai, lajunya!
Can you feel my heartbeat? Yeah, sangat laju. 

Delysha berasa sebak dalam masa yang sama dia sangat terharu. Air matanya sudah menitis sejak tadi lagi. Tambah pula mendengar ucapan ikhlas dari mulut Darren, lagilah dia sebak.

Tak sangka yang Darren akan ungkapan kata-kata yang begitu menusuk kalbu. Sungguh, Delysha terharu. Sangat berpujangga isi luahan hati seorang lelaki bernama Iyan Shah Darren. Dia janji, yang dia akan sentiasa ada di sampai suaminya itu. Darren tidak perlu risau, dia akan sentiasa ada buat lelaki itu. Tidak kira susah atau senang. Mereka akan tetap bersama.

Ku cintai, kau setulus hati,
Ku sayangi kau sepenuh hati,
Aku mohon kau tetap disini,
Menemani aku sampai akhir nanti,

" Hubby bersyukur sangat sebab sayang adalah jodoh hubby. Sebab hubby dah mula sayangkan sayang dari kita kecil lagi. Dan tak sangka Syira tembam tu isteri hubby sekarang. Hubby harap yang sayang kekal cintakan hubby, kekal di samping hubby seperti mana hubby cintakan sayang. Kita besarkan anak-anak kita sama-sama. Didik dan berikan kasih sayang pada anak kita dengan sebaiknya." Mata berkaca Darren bersabung dengan pandangan berkaca Delysha.

Setelah nyanyian lagu Takkan Terganti by Kangen Band tamat, Darren menarik nafas sebelum berjalan ke arah isterinya seraya berdiri betul-betul di hadapan Delysha.

Kedua-dua tangannya digenggam seraya Darren  mengucup lama kekura tangan isterinya. Kini, mata kami bertentangan. Menyalurkan rasa cinta yang semakin mekar di lubuk hati.

"God must love me a lot, when He let you - a perfect creation, stand infront me. In my eyes, you are the most beautiful woman and tender woman in the whole world. Your beauty cannot be ignored, it is something unbelievable because it not only pleases in my eyes, but also warms my heart. I love you no matter what, I love you and always love you, my wife. Happy birthday to you, my love." Selepas mengungkapkan itu, terus ubun-ubun isterinya dikucup syahdu.

Delysha memejamkan mata. Air mata yang  mengalir hanya dibiarkan sahaja. Sekarang barulah Delysha faham kenapa Darren lakukan semua ini. Rupanya hari ni, hari lahirnya.

Kenapalah dia tak ingat langsung? Sumpah, dia betul-betul tak ingat. Patutlah Zara beria ajak dia keluar tadi. Siap belanja dia lagi. Rupanya dah berpakat dengan Darren ya? Eeee nak kena dua orang ni!

" Sayang, say something please. I wanna hear your beautiful voice.

Delysha pandang Darren sebelum dia menudukkan kepala kembali. Malu, terharu, gembira, sebak. Semua bergabung dan menjadi satu.

"I'm speechless. I thought you... ugh, nevermind. I really-really appreciated it. You're very sweet. I'm touched already. And I love you too my husband."  Delysha menghadiahkan senyuman paling manis buat Darren.

Darren memegang tangannya seraya mengucup kekuranya lagi dan lagi. Dan Darren menundukkan badannya lalu perut Delysha yang semakin membesar itu diusap lembut.

"Sayang, hari ni hari lahir mama. Are you happy with us my baby?" Delysha tergelak kecil.

Darren berdiri semula. Dia mengambil sejambak bunga mawar putih lalu diserahkan pada Delysha. Tergetar-getar tangan Delysha ingin  mengambil bunga itu. I'm speechless. Again!

"For you. Wait, ada satu lagi."

Di tepi piano itu terdapat sepucuk surat yang berbalut dengan sampul panjang. Dan surat itu juga diserahkan kepada Delysha.

"And this for you too, sayang." Delysha  mengambilnya. Delysha memandang Darren sebelum membuka surat itu.

"Just open it, sayang. Takut apa hm?" Darren tergelak lepas melihat tangan Delysha yang tergetar-getar ingin membuka surat tersebut.

Delysha mencebik. Mananya dia tak takut. Buatnya Darren bagi surat cerai? Huh, pengsan pula dia nanti.

Eh, sebelum Delysha pengsan, dia akan hantuk kepala Darren dekat dinding dulu. Baru puas hati Delysha sebelum pengsan nanti. Hehe, merepek sungguh. Dia bila dah fikir bukan-bukan, memang habislah Darren nak kena melayan.

Saat Delysha membuka surat itu, bibirnya terkumat-kamit membaca isi yang tertulis.  Seketika, mulutnya ternganga.

"Pengajian ke Perth, Australia!"

Delysha pandang Darren tak percaya. Darren hanya tergelak melihat riaksi isterinya itu.

"Hubby nak sayang sambung belajar dan kejar cita-cita sayang okay? Hubby tak akan halang. Keputusan SPM sayang straight A kut. Rugi tak sambung belajar mana-mana. Lagi pun umur sayang baru nak masuk 24 tahun. Hubby izinkan sayang pergi, tapi dengan syarat. Sayang jangan pernah lupakan hubby dan anak-anak. Jangan nak menggatal dengan lelaki lain. Nanti hubby jealous." Darren tayang wajah cemberut.

Delysha tergelak besar. Belum pergi lagi dah cemburu! Eh, macam mana Darren tahu dia memang nak sangat sambung belajar? Ah, lupa. Darren kan suami dia. Semua benda dia tahu pasal isteri kesayangan dia seorang ini. Eee, speechless lagi!

"Ya Allah, thank you so much hubby. Tak sangka hubby izinkan sayang pergi. I love you." Pipi kiri dan kanan Darren dia kucup laju. Darren tersengih suka.

"Today is your day dear. Throw up your sadness! You're the sweetest, adorable, and I admire you... I love you my princess." Darren menghadiahkan kucupan pantas di dahi Delysha.

Delysha tersengih malu. "Thank you husband. And I love you more. My love for you is like a mirror. You can break it into million pieces... but when you look closely, you're still in it."  Darren tersenyum ikhlas. Bibir Delysha dikucup lembut lalu tubuh isterinya dipeluk erat.

"InsyaAllah kita akan kekal macam ni, sampai syurga ya sayang?" Delysha angguk perlahan.

Delysha menangis di dada Darren. Walaupun ini kali pertama dia sambut birthday dengan Darren, insan bergelar suami, tanpa keluarga yang lain, tapi Delysha tetap bahagia. Delysha tak akan lupakan hari yang bersejarah ini dalam hidupnya.

Ya Allah, janganlah Engkau tarik nikmat dan rasa bahagia ini pada kami. Dan aku harap hubungan halal ini akan kekal sampai syurgaMu.

Dalam pada mereka melayan perasaan masing-masing, dahi Delysha tiba-tiba berkerut-kerut dan berpeluh. Dia rasa sakit sangat di celah kangkang dan juga perutnya. Wait, apasal dia rasa sakit sangat ni? Argh, dah tiba masa nak beranak ke apa?

"Hubby!"

Baju Darren dicengkam kuat. Delysha mengetap bibir menahan rasa.

"Ya Allah sayang, kenapa ni? Sayang dah nak beranak ke?" Darren kalut. Delysha melihat wajah Darren yang risau dan cemas itu seketika. Kalut betul dia sekarang ni. Delysha nak tergelak tapi dia betul-betul tengah sakit sekarang. Tak ada masa nak gelakkan telatah comel Darren.

"Hubby... saya... rasa... dah tiba masanya."

Semakin kuat Delysha cengkam baju suaminya.  Allah, dia nak terberanak ke? Tak akanlah birthday anak mereka sama tarikh dengannya?  Hish, benda boleh jadilah. 

"Sayang, sabar kejap. Ya Allah, apa hubby nak buat ni?" Darren bermundar-mandir buat seketika. Dia meraup wajah. Buntu.

"Oh sekejap, hubby call mama." Baru saja Darren  ingin mendail nombor mamanya Tengku Sheila, Delysha sudah terjerit-jerit terlebih dahulu.

"Hubby! Eeee, tak sempatlah. Cepatlah hubby, sakit sangat. Saya dah tak tahan ni!"

Delysha mengetap bibirnya. Allah, selamatkan dia dan anak mereka. Hish, Darren time-time nilah dia nak kalut. Menggelabah tak tentu pasal. Tolonglah fikir dengan waras sikit. Dia tengah sakit ni.

"Habis tu sayang nak hubby buat apa? Hubby tak tahu nak kena buat apa sekarang. Ya Allah apa aku nak buat ni! Sayang sabar okay. Hubby... hubby... em try contact sesiapa."

Wajah cemas Darren sememangnya lucu sekarang. Baru sahaja dia ingin mencapai telefon, sambil tangan menahan badan Delysha dari terjatuh, Delysha lebih dahulu menarik telefon suaminya menjauh. Dia dengan berpeluh-peluh memandang Darren sambil menahan sakit.

"Bawa saya pergi hospital sekarang!"

Hish, Darren ni kan! Darren mengangguk laju. Baru saja dia ingin mengangkat isterinya, dia perasan ada air yang sudah membasahi dress muslimah yang isterinya pakai. Air tersebut juga habis membasahi lantai dan juga turut terkena sedikit seluar yang dia pakai.

"Ya Allah, sayang air apa tu?"

Hah sudah, air ketuban dah pecah. Melihat Delysha yang semakin lemah, terus Darren dengan cemas mencempung badan Delysha dan berlalu ke hospital dengan segera. Delysha menahan sakit. Dalam masa yang sama dia bahagia dan gembira. Semuanya hampir berakhir.

'Ya Allah tolong jagakan dia untuk aku, semasa aku tiada di sisinya. Aku sangat berharap agar kami akan kekal bersama hingga ke syurgaMu. Panjangkan lah jodoh kami. Kerana aku sangat menyayanginya...'

Mata Delysha tertutup dengan perlahan-lahan. Namun, dia sempat melihat raut wajah Darren lelaki yang sangat dia cintai buat kali yang terakhir.

***

*Tamat*

Assalamualaikum. Alhamdulilah tamat juga cerita TJD ini. Sis harap semuanya baik-baik sahaja. Maaf jika penuh dengan kekurangan. Sejujurnya sis pun tak tahu la apa yang sis merepek dalam cerita ni hehehe.  Sis main tulis je. ♡

Sis nak ucapkan ribuan terima kasih kepada  yang support sis dari bab yang terawal yang sememangnya hambar dan merepek sehinggakan Darren×Delysha sudah pun bahagia hingga ke anak cucu. 😂❤️

Walaupun pun tak ramai sangat yang sudi baca, tapi sis tetap terharu.*lap air mata* 😭 Please, cukupkan sampai 100k tau.  😝❤️

Korang, maaf juga di atas segala kekurangan tatabahasa ke apa. Typo, grammar semua, sis ingin meminta maaf. Sis budak sekolah berumur 14 tahun ingin mengundur diri...😙❤️

Thanks a lot guys..️♡ I really appreciate your support.♡

Kita jumpa lagi akan datang dalam special chapters. Love you guys so much. 😭❤️

Sincerely: mrssakeena author Tolong Jagakan Dia melabuhkan tirainya. ❤️

________

"Dan sebaik-sebaik perkara yang terjadi itu pasti mempunyai hikmah disebaliknya. Redha dan terima disetiap ujian yang akan datang. Yakin dan percaya bahawa kita mampu harunginya," author keena.
_

________

Tunggu special chapter okay? 😉 ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro