Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8

Syahmi memandang Gaius dan bertanya jika dia mengetahui spesies apakah belut itu. Gaius sekadar mengambil sebuah buku dan mencari suatu muka surat.

"Spesies itu sememangnya berbahaya kerana ia mampu mengambil tenaga dan kuasa. Jika spesies itu berada di bilik Merlin, bermakna seseorang mengetahui bahawa Merlin mempunyai kuasa. Orang itu ingin membuat Merlin tiada kuasa. Mereka tahu Arthur perlukan Merlin untuk berjaya dan Merlin perlukan kuasanya untuk membantu," tutur Gaius.

"Ini bermakna pihak musuh sudah memulakan langkah peperangan mereka," kata Muaz dengan serius.

Hazirah dan Syahmi memandang Merlin. Mereka berdua ingin membiarkan Merlin tentukan apa yang perlu dilakukan. Bukan mereka tidak tahu bahawa belut itu ingin Merlin hilang tanpa kuasa.

"Aku tidak tahu apa yang harus dilakukan. Peperangan akan berlangsung di Faircester Route dan Arthur akan pergi bersama sebanyak askar-askar yang ada. Gaius dan Guinevere akan turut serta dari segi merawat kecederaan-kecederaan yang ada pada askar semasa peperangan. Akan tetapi peperangan ini akan berlangsung dalam sebulan lebih," terang Merlin sambil membuat rancangan.

Hazirah dan Syahmi pula merenung ke arah Merlin. Mereka berdua kelihatan seperi teragak-agak untuk beritahu Merlin sesuatu. Mungkin mengenai apa yang mereka berdua lihat sewaktu mereka berada di Crystal Cave.

"Merlin, kau harus ikut Arthur ke peperangan itu. Tugas kau untuk sentiasa ada di sisi Arthur tidak kira apa pun. Soal magis dan sihir, kau tidak perlu risau. Kau kan sudah selamat dari belut itu tetapi itu tidak bermakna kau tidak berhati-hati," tegur Hazirah.

Merlin memandang Hazirah dan rakan-rakannya dengan pandangan risau. Dia risau jika dia tidak dapat melindung Arthur sambil berperang.

"Jangan risau, kami berlima sudah memutuskan bahawa kami akan ikut serta dalam peperangan itu," tutur Hazirah lagi.

"Sekarang, apa rancangan kau sewaktu peperangan itu? Adakah kau akan berperang dengan magis sihir kau?" soal Syahmi.

Syahmi memandang Merlin dengan serius. Apabila Syahmi menyoal sebegitu, Blaze of The Light dan Gaius turut memandang Merlin. Mereka semua ingin tahu apa rancangan Merlin mengenai itu. Sebelum Merlin sempat mengatakan sesuatu, kelibat Lancelot mengetuk pintu bilik Gaius.

"Merlin, Arthur ingin berjumpa dengan kau. Blaze of The Light dan Gaius juga," tegur Lancelot.

Kata-kata Lancelot dibalas dengan anggukan sebelum mereka semua melangkah ke bilik ruangan kerajaan. Kelibat Arthur, Guinevere, Gwaine, Leon dan Elyon berada di situ. Merlin dan Gaius segera melangkah ke hadapan Arthur dan Guinevere sebelum menunduk. Blaze of The Light sekadar mengikut mereka akibat tidak tahu apa adat di Kerajaan Camelot itu.

"Ada beberapa perkara penting yang beta ingin katakan. Yang pertama, beta ingin ucapkan terima kasih kepada Blaze of The Light dan sesiapa yang membantu beta dalam persiapan perkahwinan beta dan Guinevere. Seterusnya, peperangan. Beta yakin semua yang ada di sini tahu akan peperangan yang dimulakan oleh pihak musuh. Anak saudara beta, Hizara, ingin membalas dendam atas kematian ibu bapanya," tutur Arthur sambil memandang semua yang ada di bilik tersebut.

"Tuanku, apa-apa pun keputusan Tuanku, kami akan ikut serta. We will always serve dan die for you. There's no better king than you," tutur Leon sebagai wakil kesateria tertinggi.

Arthur mengangguk dan mengukirkan sebuah senyuman tipis. Arthur menyuruh Hazirah, Khaulah dan Batrisya untuk melangkah ke hadapannya. Mereka bertiga diarahkan olehnya untuk menguruskan perkahwinan. Selepas perbincangan itu, Blaze of The Light perlahan-lahan melangkah ke tempat di mana mereka meletakkan kuda-kuda mereka.

"Kau bertiga serius ke tawarkan diri untuk membantu dalam perkahwinan Arthur itu?" soal Muaz dengan sedikit terkejut.

Khaulah mengangguk sebelum berkata, "Sudah seminggu lebih kita berada di sini dan kita tidak tahu apa yang harus dilakukan selain membantu Merlin dalam peperangan. Daripada duduk di dalam bilik itu, baik tolong mereka dengan pekerjaan kami di dunia kita."

Syahmi, Khaulah dan Hazirah menyuap buah epal sambil mengusap kuda masing-masing. Batrisya sekadar mendiamkan diri dan menumpukan perhatiannya kepada kudanya. Muaz pula bersandar di kudanya sambil berfikir.

"Lepas tu, aku dan Syahmi perlu buat apa?" soal Muaz lagi.

"Buat apa lagi? Buat rancangan perang untuk membantu Merlin. Mungkin Merlin ada rancangan dia sendiri tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh bantu dia dengan rancangan kita. Rancangan kita ini boleh dianggap sebagai rancangan sampingan," balas Hazirah dengan sebuah sengihan terukir di bibir.

Sebaik sahaja Hazirah berkata sebegitu, Syahmi menunduk dan mengukirkan sebuah senyuman. Ia seakan-akan dia dapat mengagak apa yang Hazirah katakan itu. Dengan segera, Syahmi mengajak Muaz untuk pulang ke tempat penginapan mereka. Hazirah, Khaulah dan Batrisya memulakan pula rancangan mereka untuk perkahwinan Arthur dan Guinevere. Mereka turut meletakkan beberapa kejutan untuk mereka berdua dan sesiapa yang bakal hadir untuk perkahwinan tersebut.

Seminggu telah berlalu di dunia Albion. Perkahwinan Arthur dan Guinevere tiba. Merlin dan Gaius setia menemani Arthur. Batrisya pula mewakili diri sendiri untuk menemani Guinevere bersama abang Guinevere, Elyon. Hazirah dan Khaulah memeriksa dewan istana Kerajaan Camelot demi memastikan semuanya mengikuti rancangan mereka. Sebaik sahaja Arthur melangkah masuk ke dalam dewan tersebut, semua berdiri dan menepuk tangan sebagai tanda meraikan kehadiran Arthur. Tidak lama kemudian, Guinevere pula melangkah masuk ke dalam dewan itu. Arthur merenung ke arah Guinevere dengan senyuman manis terukir di bibir. Guinevere melutut di hadapan Arthur.

"Dengan kuasa yang ada pada saya, saya mahkota anda, Guinevere, Ratu Camelot," tutur Arthur sebelum letakkan mahkota di kepalanya.

"Long live, the Queen," kata Arthur lagi.

Semua yang ada di dewan itu menepuk tangan dan mengikut kata-kata akhir Arthur apabila Guinevere berdiri. Blaze of The Light pula sekadar menepuk tangan sebelum perlahan-lahan melangkah keluar dari dewan itu. Bukan kerana mereka tidak mahu berlamaan di sana. Mereka dapat merasakan kuasa gelap yang ada di dalam istana itu. Ia seakan-akan pihak kegelapan sudah memulakan langkah mereka secara kotor. Blaze of The Light berpecah seketika. Muaz, Khaulah dan Batrisya memilih untuk berjalan di dalam istana demi mencari sesuatu kuasa kejahatan yang dirasakan mereka sekumpulan. Hazirah dan Syahmi pula melangkah ke bawah tanah istana Kerajaan Camelot. Setiba sahaja di bawah tanah istana itu, Hazirah dan Syahmi terkejut dengan kehadiran seseorang di sana. Mereka berdua membuka langkah berjaga-jaga.

'Pyro, tolong aku memberi signal kepada Muaz, Khaulah dan Batrisya untuk membuat pelindung di dewan istana ini. Mereka semua berada dalam bahaya,' tutur Syahmi secara telepati kepada Pyro.

'Baik.'

"Ah, tidak sangka aku ada tetamu yang tidak dikenali. Boleh aku tahu siapa kalian?"

TBC

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan lupa vote dan komen pendapat anda!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro