7
"Sememangnya kami berada di dalam keadaan bahaya. Jika Raja Camelot melihat kamu semua bersama kami, pasti dia mengesyaki kamu berlima. Kita akan selamat di sebuah gua yang terletak berkaitan di daerah ini. Merlin pernah dibawa ke gua tersebut sekali. Di sana, kami akan berbincang secara lapang," balas Martinez.
"Martinez, adakah kalian mengetahui mengapa Morgana memulakan peperangan? Bagaimana kami boleh membantu Merlin dalam peperangan ini? Apa motif kami dibawa ke sini?"
Soalan demi soalan ditanya oleh Sang Kembar Legenda kepada kumpulan druids itu. Kumpulan druids itu berhenti di hadapan sebuah gua yang agak tersembunyi secara serentak. Sebelum mereka masuk, kumpulan druids itu dan Martinez memandang Hazirah dan Syahmi. Martinez menyuruh Hazirah dan Syahmi mengikutnya. Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam gua tersebut. Muaz, Khaulah dan Batrisya terpaksa tunggu di luar gua itu bersama ahli-ahli kumpulan druids yang lain. Nasib baik tidak ramai yang ikut serta untuk bertemu dengan Kembar Legenda terbaru. Hazirah dan Syahmi terlopong apabila melihat apa yang ada di sebalik gua tersebut. Gua itu dipenuhi dengan kristal.
"Wahai Kembar Legenda yang baru, ini adalah Gua Kristal, atau lebih sesuai Crystal Cave. Gua ini dapat melihat apa yang bakal berlaku di masa hadapan, tidak kira yang belum terjadi hari ini, esok mahupun lusa. Ia juga dapat menunjukkan perkara yang sedang berlaku, di suatu tempat yang berbeza. Ia amat berbahaya jika tidak diramal dan bertindak pada waktu yang betul.
Untuk menjawab soalan awak berdua, kami mengetahui Morgana ingin memulakan peperangan kerana kebenciannya terhadap Uther, raja sebelum Arthur. Rasanya awak berdua sudah mengetahui tentang kisah ini dari Merlin, bukan?" terang Martinez.
Hazirah dan Syahmi saling berpandangan sebelum mengangguk. Mereka berdua keliru dengan apa kaitan kisah tersebut dengan peperangan yang akan datang.
"Morgana membenci Uther bukan sahaja kerana Uther membunuh orang-orang yang tidak bersalah, malah menipu Morgana bahawa dia adalah anak kandung Uther, adik perempuan kepada Arthur. Ini menyebabkan Morgana lagi membenci kepada Uther dan menyeksa Uther sehingga dia meninggal," tutur Syahmi.
"Jadi, apa kaitan kisah ini dengan peperangan yang akan datang?" soal Hazirah.
Martinez mengukirkan sebuah senyuman di bibirnya dan mengajak Sang Kembar Legenda ke sebuah kristal yang berdekatan.
"Fokus kepada kristal itu. Kristal ini akan menunjuk satu kemungkinan masa depan. Selepas melihat kemungkinan ini, ia terpulang kepada awak berdua untuk selamatkan dunia ini bersama Merlin," balas Martinez.
Hazirah dan Syahmi saling berpandangan. Mereka berdua mengambil nafas terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan sepenuhnya kepada kristal yang dikatakan Martinez. Demi Merlin dan keamanan dunia Albion. Mereka nampak apa yang akan Morgana lakukan selepas itu dan terduduk tanpa disedari. Nafas mereka menjadi berat apabila melihat sesuatu kejadian yang tidak sangka akan terjadi. Mereka berdua memandang Martinez, yang sudah tiada di sisi mereka berdua. Hazirah dan Syahmi saling berpandangan. Fikiran mereka sedang memproseskan informasi-informasi yang baru dilihat. Secara perlahan-lahan, mereka berdua melangkah keluar dari gua tersebut.
Kelibat ahli Blaze of The Light masih setia menunggu untuk mereka berdua. Martinez dan ahli druids sudah tiada. Batrisya ingin menyoal Sang Kembar Legenda tetapi segera dihalang oleh Muaz dan Khaulah. Muaz dan Khaulah menuju ke arah Hazirah dan Syahmi. Mereka perasan bahawa badan mereka berdua seakan-akan sedang menggigil ketakutan. Secara tiba-tiba, Hazirah memeluk Khaulah manakala Syahmi sekadar menunduk ke lantai. Muaz sekadar memegang bahu Syahmi sambil memandang wajah Syahmi dengan tekun.
"Kalian baik-baik sahaja?" soal Muaz dengan hati-hati.
"Ya, kita kena segera tolong Arthur dan Merlin. Mereka berdua dalam bahaya," kata Syahmi.
Syahmi kelihatan lemah dari segi percakapannya, seperti apa yang dilihatnya dalam gua itu benar-benar menakutkannya. Khaulah dan Batrisya membantu Hazirah berdiri manakala Muaz membantu Syahmi. Mereka segera berlari ke Kerajaan Camelot. Syahmi dan Hazirah berharap dapat bertemu dengan Merlin. Dalam perjalanan ke Kerajaan Camelot, Syahmi dan Hazirah menerangi apa yang mereka lihat di dalam gua tersebut. Khaulah, Batrisya dan Muaz terkejut dengan apa yang mereka katakan. Tiba sahaja di Kerajaan Camelot, Blaze of The Light segera berjumpa dengan Gaius kerana mereka berlima sangkakan bahawa Merlin ada bersamanya. Namun sesuatu yang tidak diduga sudah terjadi. Gaius kelihatan berada di lantai, terbaring. Batrisya dan Muaz segera menuju ke arah Gaius. Batrisya membantu Gaius membersihkan luka yang ada di dahi Gaius.
"Merlin," kata Gaius.
Sebaik sahaja mendengar nama Merlin disebut, Khaulah, Hazirah dan Syahmi segera ke tempat Gaius terbaring. Mereka mula berasa risau.
"Gaius, kenapa dengan Merlin?" soal Muaz.
"Merlin dalam bahaya. Ada orang letak sesuatu di dalam bilik Merlin," tutur Gaius.
Blaze of The Light saling berpandangan. Mereka mula keliru. Muaz dan Syahmi membantu Gaius untuk duduk di atas katilnya. Khaulah dan Batrisya memandang buku-buku yang ada di dalam bilik Gaius itu. Hazirah pula perlahan-lahan melangkah ke arah bilik Merlin. Tidak lama kemudian, Merlin melangkah masuk ke dalam ruang itu.
"Apa yang kalian ada di sini?" soal Merlin.
"Kau dalam bahaya, Merlin. Jangan langkah masuk ke dalam bilik kau terlebih dahulu. Ada sesuatu yang kami ingin lakukan," balas Syahmi, yang sudah melangkah ke arah Hazirah.
Merlin pula sekadar membiarkan mereka. Dia segera melangkah ke arah Gaius sebaik sahaja ternampak luka Gaius. Hazirah dan Syahmi perlahan-lahan masuk ke dalam bilik Merlin. Tanpa disedari, Hazirah memegang lengan Syahmi. Mereka berdua membuka pintu bilik Merlin. Kelihatan seperti tiada apa-apa dan mereka berdua mula berpusing. Akan tetapi, Syahmi berhenti dan memandang bilik Merlin lagi sekali.
"Kenapa?" soal Hazirah.
Hazirah memandang Syahmi dengan keliru. Syahmi meletakkan jari petunjuknya di bibirnya sebelum dia menunduk ke bawah dan perasan sesuatu. Hazirah turut mengikut gelagat Syahmi dan turut perasan apa yang Syahmi perasan. Mereka berdua saling berpandangan.
"Tuan puteri, kotak itu amat berbahaya. Saya dapat mengesan aura berbahaya dari kotak itu," tutur Aila secara tiba-tiba.
Sebaik sahaja Aila berkata sebegitu, seekor belut keluar dari kotak itu. Hazirah dan Syahmi melangkah ke belakang. Sempat lagi si Kembar Legenda itu menyuruh yang lain untuk mengekalkan jarak mereka. Belut itu menuju ke arah Syahmi dan ingin menyerangnya.
"Fire Box!" Satu kotak diperbuat daripada api muncul mengelilingi belut tersebut. Rupa-rupanya Syahmi yang mengaktifkan kuasanya itu. Kotak api itu semakin kecil dan kecil demi membatas penggerakan belut itu. Lama-kelamaan, belut itu pun dihapuskan. Merlin dan Gaius melihat perkara itu dengan penuh terkejut dan kagum.
"Wah, kau pengguna elemen api?" soal Merlin dengan sedikit teruja.
Syahmi sekadar mengangguk. Dia memandang Gaius dan bertanya jika dia mengetahui spesies apakah belut itu. Gaius sekadar mengambil sebuah buku dan mencari suatu muka surat.
TBC
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan lupa vote dan komen pendapat anda!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro