Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5

"Merlin!"

Lancelot muncul dari pintu dengan wajah yang cemas. Merlin memandang Lancelot manakala Blaze of The Light saling berpandangan.

"Gaius, Guinevere dan Arthur memerlukan kau sekarang! Dalam bilik Arthur."

Dua ayat itu sudah membuat Merlin berasa cemas. Dengan segera, Merlin berlari menuju ke bilik Arthur. Blaze of The Light dan Lancelot sekadar mengikut Merlin dari belakang. Sebaik sahaja mereka berada di bilik Arthur, Blaze of The Light menunggu di luar bilik tersebut. Mereka berlima membiarkan Lancelot dan Merlin melangkah masuk ke dalam bilik. Guinevere menuju ke arah Blaze of The Light.

"Mengiringi Merlin?" soal Guinevere.

Hazirah dan Syahmi memandang Guinevere sebelum mengangguk. Khaulah, Batrisya dan Muaz memandang Guinevere dengan pandangan keliru.

"Guinevere, ini Khaulah, Batrisya dan Muaz. Kalian, ini Guinevere," tutur Hazirah.

Guinevere, Khaulah, Batrisya dan Muaz saling membalas senyuman sebelum merenung ke arah bilik Raja Uther.

"Apa yang terjadi?" soal Syahmi kepada Guinevere.

"Arthur pengsan sebaik sahaja saya tiba di dalam bilik Arthur. Gaius mengatakan bahawa ada seseorang yang meletakkan racun di dalam makanan Arthur. Kasihan Arthur," terang Guinevere.

Blaze of The Light memandang Guinevere dengan simpati. Hazirah, Khaulah dan Batrisya segera memeluk Guinevere untuk memberi semangat. Tidak lama kemudian, Merlin keluar dari bilik tersebut bersama Lancelot, Leon dan Gaius. Guinevere menuju ke arah Leon manakala Merlin, Gaius dan Lancelot menuju ke arah Blaze of The Light.

"Mari kita pergi," ajak Gaius.

"Bagaimana dengan keadaan Arthur?" soal Khaulah dengan sedikit risau.

"Arthur dalam keadaan parah. Saya harap Guinevere dan Merlin tabah dengan keadaan ini," tutur Gaius.

Merlin menunduk ke bawah. Hatinya tidak tenang apabila melihat keadaan Arthur sebegitu. Gaius dan Lancelot menepuk bahu Merlin untuk memberi semangat kepadanya. Blaze of The Light memandang mereka bertiga dengan simpati. Mereka berlima ingin menolong tetapi tidak tahu bagaimana.

"Mari ke rumah penginapan kami. Kita boleh berbincang di sana jika kalian tidak kisah," cadang Hazirah.

"Tetapi, keadaan amat bahaya jikalau kita berbincang berkaitan apa yang kalian mampu lakukan," tutur Lancelot dengan risau.

"Jangan risau tentang itu. Saya akan pastikan bahawa saya akan mengaktifkan magis kalis bunyi di rumah penginapan kami," kata Hazirah dengan penuh keyakinan.

Mereka berlapan menuju ke rumah penginapan Blaze of The Light. Sebaik sahaja Hazirah mengaktifkan magis kalis bunyi, mereka berlapan memulakan perbincangan.

"Tidak bolehkah kita menyelamat Arthur dengan magis?" soal Muaz dengan curiga.

"Kita boleh tetapi saya tidak pasti Arthur akan terima magis begitu sahaja untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Sedangkan ayahnya sendiri membenci ahli sihir dan magis," tutur Gaius.

"Tidak boleh kau berdua, Kembar Legenda, menolong apa-apa?" soal Merlin.

Hazirah dan Syahmi saling berpandangan. Mereka tidak pasti kalau kuasa penyembuhan dapat membantu orang yang sudah sakit sebegitu. Sakit tenat pula itu. Hazirah dan Syahmi meminta diri buat seketika.

'Pyro, Aila. Ada apa-apa yang kami boleh bantu mereka?' tutur Syahmi menggunakan telepati.

Hanya dia, Hazirah, Pyro dan Aila sahaja yang dapat mendengar.

'Maafkan kami, sang Kembar Legenda. Kami turut tidak pasti jika kuasa Kembar Legenda mampu menyembuh seseorang yang sakit seperti itu,' balas Pyro.

Kepalanya ditundukkan. Syahmi dan Hazirah mengukirkan sebuah senyuman pahit. Mereka kebuntuan. Tiba-tiba, suara seseorang kedengaran di dalam minda mereka berdua. Hazirah dan Syahmi memegang kepalanya akibat kesakitan. Nafas mereka menjadi perlahan buat seketika. Muaz dan Khaulah segera berlari ke arah Hazirah dan Syahmi. Muaz memegang bahu Syahmi manakala Khaulah memegang bahu Hazirah. Mereka berdua diletakkan di katil dalam posisi baring.

Sang Kembar Legenda, buka minda dan hati kamu. Hubungkannya dengan sumber asli sihir, langit dan bumi. Jangan putus asa dalam menolong orang lain walaupun kamu tidak mengetahui kuasa sebenar kamu.

Sedikit demi sedikit, nafas mereka kembali seperti normal dan mereka berdua cuba untuk duduk di atas katil.

"Kenapa dengan kau berdua? Tidak apa-apa kan?" soal Batrisya.

"Aduh, sakit juga kepala aku," adu Hazirah.

"Apa terjadi?" soal Gaius.

"Seseorang mengatakan sesuatu di dalam fikiran kami. Entah siapa yang berkata itu tetapi ada berkaitan dengan bukakan hati dan minda. Katanya lagi, hubungkannya dengan sumber asli sihir, langit dan bumi," balas Syahmi pula.

Semua terdiam. Mereka tidak memahami akan apa maksud di sebalik kata-kata itu.

'Tuan Putera, saya rasa saya tahu apa yang dimaksudkan awak itu,' tutur Pyro.

Syahmi memandang Hazirah sebelum berbual dengan Pyro melalui telepati. Hazirah sekadar mengangkat bahunya dan membiarkan Syahmi yang bertanya kepada Pyro.

'Pyro, drop the formality. Apa yang dimaksudkan?' soal Syahmi.

'Baik, Tu – erm Syahmi. Cuba tenangkan diri dan kosongkan fikiran. Mungkin dari segi buka minda dan hati, awak kena luaskan cara pemikiran dan bukakan hati kepada penyelesaian yang mungkin ada di sekeliling kita,' balas Pyro.

'Penyelesaian dari sekeliling kita?'

Syahmi bertembung mata dengan Hazirah, seakan-akan memberi isyarat untuk melakukan apa yang dikatakan oleh Pyro. Hazirah, yang sedari tadi mendengar perbualan di antara Syahmi dan Pyro, segera menutup matanya dan melakukan apa yang dikatakan Pyro. Gaius, Merlin, Khaulah, Muaz dan Batrisya perasan akan aura yang dikeluarkan oleh Hazirah. Gaius dan Merlin terkejut dengan aura Hazirah. Siap dengan mulut ternganga. Lancelot, yang tidak tahu apa-apa, memandang mereka dengan penuh keliru.

"Apa yang dia sedang lakukan? Tidak berbahaya ke?" soal Gaius.

"Jangan risau. Itu sekadar auranya. Tiada sesiapa yang akan tahu mahupun nampak aura kami kecuali mereka mempunyai kuasa mahupun magis sihir. Lagipun, kami sedang lakukan apa yang suara itu katakan. Hazirah sekadar menurut apa yang patut dilakukan," balas Syahmi.

Mereka memandang Lancelot. Lancelot sekadar menggelengkan kepalanya tanda tidak kisah. Tidak lama kemudian, Hazirah membuka matanya.

"Merlin, peperangan akan berlaku tidak lama lagi. Kita harus cari jalan penyelesaian dengan secepat mungkin," tutur Hazirah.

Blaze of The LIght, Gaius, Lancelot dan Merlin saling berpandangan. Peperangan? Peperangan apakah ini?

"Peperangan antara ahli sihir dan bukan ahli sihir ke? Jika peperangan akan berlaku, siapakah akan mengetuai perang tersebut? Tidak mungkin Morgana. Dia sudah dihapuskan dari peperangan sebelum ini," soal Merlin.

"Kau mesti tahu tentang perkara itu lebih daripada kita. Kita hanya di sini untuk membantu dan membimbing kau dengan kenangan Kembar Legenda sebelum kami," balas Hazirah sambil merenung ke arah Merlin.

Semua yang ada di sana sekadar mendiamkan diri. Lancelot pula sudah meminta diri untuk melakukan tugasnya sebagai seorang askar Kerajaan Camelot. Jika dia pergi buat sehari suntuk, pasti Arthur akan mencarinya.

"Merlin," tegur Gaius.

TBC

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang bakal berlaku? Peperangan akan berlaku di Kerajaan Camelot?

Jangan lupa vote dan komen pendapat anda!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro