Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4

Keesokan hari

Syahmi dan Hazirah sedang berjalan-jalan di bandar Kerajaan Camelot. Kelihatan ramai sedang seronok berniaga walaupun dalam keadaan miskin. Muaz, Khaulah dan Batrisya sudah ke hutan untuk memulakan sesi pemburuan. Secara tiba-tiba, Hazirah terlanggar seseorang tanpa sengaja. Hazirah hampir terjatuh namun sempat diselamatkan oleh Syahmi. Malangnya, orang yang dilanggarnya terjatuh dan telah mencederakan tapak tangannya. Rupa-rupanya, Hazirah telah melanggar seorang gadis yang kelihatan seperti seorang orang gaji.

"Saya minta maaf. Saya tidak sengaja langgar awak," tutur Hazirah dengan perasaan serba salah.

"Tidak mengapa. Sedikit sahaja. Kejap, kalian bukan dari sini, bukan? Awak berdua pasti sedang mengembara bukan?" balas gadis itu.

Hazirah memandang Syahmi sebelum mengangguk tanda benar.

"Selamat datang ke Kerajaan Camelot. Saya Guinevere, salah satu orang gaji di istana Kerajaan Camelot," tutur gadis itu sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Terima kasih. Saya Hazirah dan ini tunang saya, Syahmi," balas Hazirah.

"Sebelum saya terlupa, apa yang kalian lakukan di Kerajaan Camelot?" terang Guinevere.

"Kita ingin mencari suatu pekerjaan. Tiga kawan kami baru sahaja pergi memburu tadi dan kita ingat nak menjual apa yang mereka telah memburu," tutur Syahmi.

"Saya rasa saya boleh bantu tapi sebelum itu, saya kena pergi jumpa dengan doktor istana raja," kata Guinevere.

Hazirah dan Syahmi diajak oleh Guinevere untuk menemaninya. Sepanjang perjalanan itu, mereka bertiga berborak tentang Kerajaan Camelot. Apa-apa soalan yang Hazirah mahupun Syahmi ada, pasti akan dijawab dengan jujur oleh Guinevere.

"Hai Gaius! Mana Merlin?" soal Guinevere.

"Mana lagi kalau bukan dengan Arthur," balas seorang lelaki tua di sebuah kamar yang ada di dalam istana.

Lelaki itu memandang Hazirah dan Syahmi bersilih-ganti. Pandangannya ke arah Hazirah dan Syahmi membuatkan Guinevere ketawa kecil.

"Gaius, ini Hazirah dan Syahmi. Mereka merupakan pengembara bersama tiga lagi kawan mereka yang sedang memburu di hutan," tutur Guinevere sambil memperkenalkan Hazirah dan Syahmi.

Mereka berdua mengukirkan sebuah senyuman untuk Gaius dan sempat bersalaman. Hazirah sempat bertanya kepada Gaius kalau mereka berdua dapat menolongnya dengan apa-apa.

"Boleh juga. Lagipun, tak naklah kalau asyik kena bergantung dengan Merlin sahaja. Dia pun kena bantu Arthur," kata Gaius sebagai kata putus.

Guinevere sempat meminta diri dan Gaius merenung ke arah dua tetamunya itu.

"Saya telah banyak mendengar tentang kamu berdua dan rakan-rakan kamu dari Merlin. Dia memberitahu saya semalam setelah dia bertemu dengan kamu semua di hutan. Jangan risau, kamu berdua boleh mempercayai saya. Merlin sudah seperti anak lelaki bagi saya, sejak pertama kali saya berjumpa dengannya dan sejak dia kehilangan ayahnya. Saya tahu bahawa kamu berlima mengetahui tentang kekuatannya, lagi-lagi kamu berdua, dan kamu juga mempunyai kekuatan kamu sendiri," terang Gaius.

Tidak lama kemudian, kelibat Merlin muncul di bilik itu. Merlin kelihatan agak terkejut dan teruja apabila melihat Hazirah dan Syahmi berada di dalam bilik itu.

"Hai. Aku nampak yang kau berdua sudah bertemu dengan Gaius. Aku baru sahaja nak pergi bertemu dengan kau berlima. Eh, mana yang lagi tiga itu?" soal Merlin sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Syahmi.

"Mereka pergi memburu. Ingat nak menjana sejumlah wang untuk tinggal di sini. Kita tidak mahu terus bergantung dengan kau dan Lancelot. Apa-apa pun, terima kasih untuk semalam. Kenapa kau nak jumpa dengan kita?" soal Hazirah.

Gaius menyediakan minuman. Hazirah dan Syahmi mengucapkan terima kasih sebelum tumpuan mereka beralih ke arah Merlin. Dia kelihatan amat serius. Entah apa yang akan dikatakannya itu.

"Gaius, pernah dengar tentang Kembar Legenda?" soal Merlin.

Gaius memandang Merlin buat seketika sebelum menjawab, "Agaknya kot. Saya rasa saya pernah mendengarnya sebelum ini. Sewaktu zaman The Great Purge berlaku, legenda telah mengatakan bahawa seorang ahli sihir yang hebat meminta pertolongan dari sepasang kembar yang dikenali sebagai Kembar Legenda. Dengan ahli sihir, para druid dan orang-orang yang berkuasa membantu dalam pertempuran antara manusia. Ia dimulakan oleh Uther kerana kebenciannya terhadap sihir. Pertarungan ini menyebabkan banyak kematian."

"Kenapa ahli sihir yang hebat itu meminta bantuan dari Kembar Legenda?" soal Merlin dengan curiga.

"Secara kebetulan, pada masa itu, Kembar Legenda sebelum kami datang ke sini seperti mana saya dan rakan-rakan saya tiba di sini. Dengan menggunakan sebuah portal muncul secara tiba-tiba di dunia kita. Pada mulanya, ahli sihir hebat itu tidak mahu mendapat pertolongan dari Kembar Legenda tetapi semasa kegelapan Kerajaan Camelot, Kembar Legenda selalu ada untuk membantunya. Dari sana, dia bertarung bersama Kembar Legenda dan memenangi pertempuran antara ahli sihir yang suci dan jahat," terang Syahmi.

Gaius dan Merlin saling berpandangan. Tiada kata-kata yang dapat mengatakan perasaan mereka di saat itu. Hazirah menunduk. Dia memegang tangan Syahmi apabila memikirkan akan Kembar Legenda sebelum mereka.

"Gaius, saya teman mereka selepas ini. Jika Arthur tanya akan kelibat saya, cakap sahaja saya pergi ambil herba-herba untuk awak," tutur Merlin.

Gaius mengangguk sambil memandang gelagat Merlin itu. Merlin mengajak Hazirah dan Syahmi keluar dari bilik tersebut. Mereka bertiga bertemu dengan Batrisya, Khaulah dan Muaz di rumah penginapan Blaze of The Light. Semasa mereka berada di salah satu bilik itu, mereka mendengar suatu bunyi di sekeliling mereka.

"Bunyi apakah itu?" soal Batrisya dengan terperanjat.

"Tenang. Itu bunyi jam tangan aku. Aku lupa nak bagi kau bertiga jam tangan ini. Kawan lama Huzair sempat buatkan untuk kita sebelum kita pergi menyiasat portal semalam. Maaf Merlin, jam tangan ini khas untuk kami untuk berkomunikasi dengan orang-orang di dunia kami," balas Syahmi.

Merlin mengukirkan sebuah senyuman dan menggelengkan kepalanya tanda tidak mengapa. Blaze of The Light memakai jam tangan yang diberi oleh Syahmi. Syahmi melihat jam tangan miliknya dan mendapat tahu bahawa seseorang cuba berkomunikasi dengannya. Syahmi menekan suatu butang dan muncul wajah Huzair dari jam tangannya itu. Merlin agak terkejut dengan teknologi yang ada dengan Blaze of The Light dan berasa amat kagum. Syahmi sempat memperkenalkan Merlin dan Huzair kepada satu sama lain.

"Syahmi, bagaimana? Portal itu pergi ke mana? Ada sebarang maklumat di mana kau semua berada?" soal Huzair.

"Sememangnya jangkaan kau tepat sekali. Portal ini pergi ke sebuah dunia yang lain. Mereka panggil dunia ini sebagai dunia Albion. Lagi mengejutkan apabila aku dan Hazirah dapat tahu bahawa arwah Simon dan Ashley pernah datang ke dunia ini berabad-abad yang lalu," terang Syahmi.

"Dunia Albion? Bukankah itu dunia yang ada di sejarah dunia kita?" soal Huzair dengan curiga.

Syahmi mengangguk sebelum berkata, "Kebetulan, dunia Albion inilah yang merupakan salah satu di antara dunia yang ada dalam buku sejarah Tale of Utopia."

"Tale of Utopia itu apa?" soal Batrisya dan Merlin secara serentak.

Batrisya dan Merlin saling berpandangan sebelum menunduk malu. Hazirah menggelengkan kepalanya sebelum membuka mulutnya. Di saat itu, dia menerangkan bahawa Tale of Utopia adalah buku yang paling lama dan bersejarah. Buku ini hanya dapat dimiliki oleh keempat-empat kerajaan di dunia Utopia.

"Blaze of The Light, jaga diri tau. Jangan sampai benda lain yang terjadi pula. Apa-apa roger," tutur Huzair dengan sedikit risau sebelum dia minta diri.

TBC

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan lupa vote dan komen pendapat anda!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro