Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3

"Aku Syahmi. Ini tunang saya, Hazirah. Yang lain adalah kawan-kawan saya, Khaulah, Muaz dan Batrisya. Ya, kami bukan dari sini. Sebenarnya, kami berlima dari dunia lain, dunia Utopia. Ya, kami mempunyai kuasa. Seperti kau juga, bukan?" balas Syahmi.

"Dunia Utopia? Tak pernah dengar pun. Ya, kuasa aku lebih kepada magis."

Hazirah dan Syahmi saling berpandangan. Mereka berdua memilih untuk percaya Merlin akibat gambaran, atau lebih tepat, memori Kembar Legenda yang pertama. Muaz, Khaulah dan Batrisya memilih untuk berdiam.

"Merlin, adakah kau menjelma semula dari masa lalu?" soal Hazirah secara tiba-tiba.

"Apa maksud kau?" soal Merlin balik. Dia tidak memahami soalan Hazirah.

"Aku dan Hazirah merupakan Kembar Legenda yang baharu. Pengasas kita telah bertemu dengan orang seperti kau, berabad-abad yang lalu. Kami berdua mempunyai memori-memori mereka dan mengenali kau melalui itu," terang Syahmi.

Merlin mendiamkan diri sebelum mengangguk tanda setuju. Hazirah dan Syahmi sekadar mendiamkan diri walaupun mereka berdua mengetahui sesuatu. Khaulah, Muaz, Batrisya dan Lancelot memilih untuk mendiamkan diri.

"Oh sebelum aku terlupa, kita di mana? Dunia mana ini?" soal Muaz.

"Dunia Albion."

"Dunia Albion?" Hazirah dan Syahmi saling berpandangan. Khaulah, Muaz dan Batrisya memandang sang Kembar Legenda dengan pandangan keliru. Merlin sekadar mendiamkan diri kerana dia seakan-akan mengetahui apa yang bakal berlaku.

"Sebelum kau berdua mahu katakan apa-apa, aku pasti kalian semua tidak mempunyai tempat untuk berehat bukan?" soal Merlin secara tiba-tiba.

Blaze of The Light memandang Merlin sebelum mengikut langkah Merlin ke sebuah rumah penginapan yang membolehkan mereka berehat. Mereka berlima menyewa dua bilik – satu untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan. Itu pun mereka berjaya untuk menyewa bilik dengan pertolongan Lancelot. Namun, mereka berlima berkumpul di satu bilik terlebih dahulu bersama Merlin dan Lancelot.

"Kenapa kau berdua terkejut bila mendengar Merlin kata kita berada di Dunia Albion?' soal Khaulah.

Hazirah dan Syahmi sekadar mendiamkan diri. Mereka berdua memandang Merlin sebelum mengambil nafas yang berat.

"Dunia Albion merupakan sebuah dunia yang pengasas kita pernah kunjungi. Simon dan Ashley turut berada di dunia ini di saat portal itu terbuka. Mereka terjumpa dengan seorang pendeta tinggi dari dunia ini. Pendeta tinggi itu berdakwa bahawa mereka memerlukan bantuan untuk menyelamatkan dunia ini. Wajah dan suara pendeta tinggi itu amat serupa dengan Merlin. Kemungkinan juga Merlin mempunyai kuasa seperti pendeta tinggi itu. Atau lebih tepat, ahli sihir terkuat yang pernah berjalan di muka bumi ini," terang Hazirah.

Mereka berlima memandang Merlin dengan penuh harapan bahawa Merlin akan berterus terang dengan mereka. Merlin memandang Lancelot untuk meminta bantuannya. Lancelot sekadar mengangkat bahunya sebagai tanda bahawa itu adalah pilihannya sendiri. Merlin memandang ke tempat lain sebelum mengangguk tanda semua yang Hazirah katakan itu adalah benar. Blaze of The Light saling berpandangan. Sebelum Batrisya sempat berkata apa-apa, Merlin sudah membuka mulutnya.

"Memang benar apa yang Hazirah katakan, aku mempunyai magis sihir. Druid menganggap aku sebagai seseorang yang mampu menyelamatkan Kerajaan Camelot dan dunia Albion dari kakak Arthur yang telah dianggap sebagai seorang kawan selama ini, Morgana Pendragon. Sementara menyelamatkan Kerajaan Camelot dan dunia Albion, ini merupakan takdirku untuk melindungi Arthur. Mereka memanggilku dengan panggilan yang berbeza. Panggilan yang hanya diketahui oleh orang-orang sejenis denganku dan orang-orang dari agama lama. Emrys. Malah Kilgharrah, yang kami sebagai ahli sihir memanggilnya The Great Dragon, amat memujiku. Apa yang Hazirah katakan mengenai seorang pendeta tinggi adalah ahli sihir terkuat yang pernah berjalan di muka bumi ini, itu sememangnya benar. Aku adalah penjelmaan semula pendeta tinggi itu," terang Merlin dengan jujur.

Blaze of The Light dapat merasakan beban yang dipegang oleh Merlin dan mereka berlima sememangnya dapat merasakan beban yang dipegang jejaka itu.

"Merlin, aku percaya akan suatu ayat ini yang mungkin kau akan faham suatu hari nanti. You may be the one but you are not the only one. Jangan mudah putus asa dan jangan putus harapan. Pada waktu paling gelap di Kerajaan Camelot, kau akan menjadi cahaya Arthur untuk membimbingnya demi menyelamatkan kerajaan tersebut. Aku boleh nampak di mata Arthur bahawa dia mempercayakan kau lebih dari seorang orang gaji. Mungkin sebagai salah satu kawan rapatnya," tutur Syahmi yang diamkan diri sejak Hazirah berterus terang itu.

Merlin dan Lancelot memandang Syahmi dengan terkejut. Mereka cuba menghadam kata-kata Syahmi walaupun tidak memahami sepenuhnya.

"Baik, cukup dengan ceritaku. Jika kau berdua mengetahui tentangku, pasti kau berdua adalah keturunan pengasas yang kau tuturkan tadi bukan? Simon dan Ashley, huh? Aku rasa aku mengenali mereka di suatu buku. Kalau kau mengenali mereka, kau turut mempunyai magis bukan?" soal Merlin.

Lancelot memandang Merlin dengan terkejut sebelum memandang Blaze of The Light. Kelihatan Blaze of The Light mengangguk membuatkan Lancelot terasa seperti ingin pengsan.

"Aku ingin mengingatkan kalian bahawa magis mahupun kuasa tidak diterima di Kerajaan Camelot sama sekali. Arwah Raja Uther, ayahanda Arthur, melarang magis dan kuasa dari Camelot. Sekiranya dia menjumpai sesiapa yang menggunakannya, dia akan menghukum mereka sebagai pengkhianat Camelot. Dengan demikian, membunuh mereka menjelang subuh pada keesokan hari," tutur Lancelot pula.

"Aku tak akan biarkan itu terjadi. Aku janji," kata Merlin secara tiba-tiba.

Lancelot memandang Merlin dengan pandangan putus asa. Walaupun dia kelihatan seakan-akan tidak setuju dengan keputusan Merlin, dia tetap menyokong sahabatnya itu.

"Betul ke apa yang kau akan lakukan ini, Merlin? Jika boleh, kami berlima tidak mahu masuk campur dengan apa yang bakal berlaku," tutur Muaz dengan sedikit risau.

Merlin mengangguk dengan penuh keyakinan. Blaze of The Light setuju dengan janji bahawa mereka tidak akan menggunakan kuasa kecuali jika perlu. Merlin dan Lancelot meminta diri terlebih dahulu. Blaze of The Light masih berada di bilik yang sama akibat ingin berbincang.

"Bagaimana ingin hidup tanpa kuasa? Pasti susah," tutur Batrisya.

Khaulah dan Muaz mengangguk tanda setuju.

"Jangan lupa bahawa aku pernah hidup tanpa mengetahui bahawa aku sendiri mempunyai kuasa aku. Bukan susah mana pun," kata Hazirah sambil menundukkan kepalanya.

Syahmi tenung Hazirah buat seketika sebelum membuka mulutnya.

"Mulai esok, kita pergi menolong apa yang patut di kerajaan ini," tutur Syahmi.

"Tolong apa?"

"Sama ada kita mengembara mahupun berniaga. Kita pasti dikehendaki untuk mencari duit di dunia ini agar dapat menanggung sementara menginap di sini. Takkan kita kena bergantung seratus peratus kepada Lancelot dan Merlin?" terang Syahmi.

"Apa kata kita berpecah?" soal Batrisya.

"Berpecah? Apa saranan Risya?"

"Tiga di antara kita memburu dan menjual jika ada lebih. Lagi dua mencari pekerjaan di mana-mana sahaja yang ada jawatan kosong?" cadang Batrisya.

Hazirah, Syahmi, Muaz dan Khaulah berpandangan. Mereka setuju dengan cadangan Batrisya. Muaz, Khaulah dan Batrisya akan pergi memburu di hutan. Syahmi dan Hazirah akan mencari pekerjaan yang ada jawatan kosong.

TBC

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapakah gadis itu?

Jangan lupa vote dan komen pendapat anda!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro