Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12

SAMBUNGAN

'Aila, bolehkan Arthur menumpang baring di atas badan awak?'

Aila menunduk kecil, mengiyakan permintaan Hazirah. Merlin dan Hazirah membawa tubuh Arthur ke atas Aila dari kuda Merlin. Mujur sahaja Merlin mempunyai kudanya sendiri. Hazirah pula sekadar memangku di kudanya sendiri.

"Berapa lama perjalanan ke sungai itu?" soal Hazirah.

"Sehari dua begitu. Harap-harap Arthur dapat bertahan sepanjang itu," balas Merlin.

"Apa kata kita berhenti sebentar di dalam gua itu untuk malam ini? Ada yang ingin aku cuba," tegur Hazirah sambil menunjuk sebuah gua yang tersembunyi di hutan.

Merlin mengangguk. Badan Arthur diletakkan di lantai dengan penuh tertib sebelum Aila masuk kembali ke tubuh Hazirah. Kuda-kuda yang dinaiki Hazirah dan Merlin diikat tidak jauh dari mereka agar kuda-kuda tersebut tidak lari. Kedua-dua tapak tangan Hazirah diletakkan di dada Arthur. Perlahan-lahan, Hazirah menutup matanya. Dia dapat merasakan darah dan air yang mengalir di dalam badan Arthur itu. Sempat lagi Hazirah memeriksa jika ada apa-apa yang membahayakan Arthur sehingga dia terbaring sebegitu. Luka Arthur turut disembuhkan Hazirah, tanpa disedari.

"Bagaimana?" soal Merlin dengan curiga.

"Aku sudah menyembuh luka luaran Arthur. Namun, terdapat luka dalaman di dalam Arthur. Sesiapa yang melukakan Arthur itu pasti ingin Arthur mati dengan cepat. Dia menggunakan apa-apa senjata yang mungkin mempunyai elemen yang tidak dapat disembuhkan oleh kuasaku mahupun dengan apa yang boleh Gaius lakukan. Mungkin aku silap kerana ada kemungkinan kuasa Kembar Legenda dapat membantu. Itu pun jika ada Syahmi di sini bersama kita," terang Hazirah secara terperinci.

Merlin menunduk. Tangannya diletakkan di dagunya menandakan dia sedang berfikir. Hazirah sekadar mendiamkan diri sebelum mengeluh kecil. Tidak lama kemudian, terdengar beberapa tapak kaki melangkah menuju ke arah mereka. Merlin dan Hazirah saling berpandangan. Arthur turut telah sedarkan diri. Merlin menuju ke Arthur. Sempat lagi dia menyuruh Arthur mendiamkan diri dan berehat. Hazirah melangkah ke pintu gua dengan perlahan. Dia membuat senjata diperbuat daripada angin tanpa disedari dan dilihat oleh Arthur. Hampir sahaja Hazirah ingin memukul sesiapa yang tiba di gua tersebut. Namun, seseorang menghentikan serangannya dengan kuasa anti sihir.

"Bahayanya. Nasib tak kena. Ini sekadar aku dan Gaius. Bukan pihak jahat pun," tegur Syahmi.

Ya, orang-orang yang menghampiri mereka adalah Syahmi dan Gaius. Hazirah dan Merlin terkejut dengan kehadiran mereka berdua sebelum mengeluh lega. Arthur pula hanya mampu melihat sambil menahan rasa sakitnya. Gaius segera ke Arthur dan memeriksa lukanya. Hazirah pula membisik kepada Syahmi mengenai penerangannya yang dibilangnya kepada Merlin tadi. Syahmi sekadar mengangguk.

"Tapi kita ada lagi satu masalah. Arthur mahu ke disembuhkan dengan kuasa?" soal Syahmi dengan bisikan.

"Yang itu, kita biarkan kepada Merlin dan Gaius," balas Hazirah dengan nada yang sama.

Syahmi mengangguk dan memerhatikan gelagat Gaius, Merlin dan Arthur. Kelihatan seperti Arthur mendapat tahu bahawa Merlin merupakan ahli sihir. Arthur memandang ke arah Hazirah dan Syahmi.

"Kalian dan rakan-rakan kalian pun ahli sihir ke?" soal Arthur dengan curiga.

Hazirah menggelengkan kepalanya sebelum berkata, "Kami bukan ahli sihir seperti Merlin. Akan tetapi, kami mempunyai kuasa yang hampir sama dengan kuasa ahli-ahli sihir. Aku dan kawan-kawanku bukan dari dunia ini. Kami dari dimensi lain. Merlin pernah berkata bahawa di masa dahulu, ada dua orang, yang dipanggil Kembar Legenda, pernah datang ke dunia ini dari dunia kami. Kembar Legenda tersebut merupakan moyang kami berdua."

Arthur terdiam. Merlin dan Gaius hanya mampu menunduk. Mereka berdua khuatir akan reaksi Arthur yang sebegitu. Sudahlah arwah kakaknya adalah ahli sihir yang jahat. Bukannya Arthur serta arwah ayahnya sukakan apa-apa yang berkaitan dengan kuasa. Hazirah dan Syahmi pula sekadar mampu memandang Arthur dengan tenang. Perasaan takut tidak sama sekali hadir di hati mereka akibat sudah banyak mereka berdua lalui bersama. Malah, ada yang lebih teruk dari penghakiman Arthur pada ketika itu.

"Alamak!"

Namun, Arthur tidak bereaksi. Ianya seakan-akan Arthur hidup dalam koma. Matanya sahaja yang mampu bergerak. Merlin dan Gaius sudah mula panik. Syahmi dan Hazirah sudah memulakan langkah-langkah mereka. Syahmi mengangkat Arthur dan mendudukkannya di atas badan kuda yang ada. Setelah itu, Syahmi duduk di belakang Arthur dan mengarah Merlin untuk duduk di hadapan Arthur. Tidak lama kemudian, Syahmi mengambil sesuatu dari poket Arthur dan memberi kepada Gaius.

"Gaius, pulang ke Guinevere. Itu yang Arthur mahukan," tutur Syahmi.

Sempat lagi Syahmi berkata bahawa dia membaca minda Arthur. Di saat itu, Gaius dan Merlin tidak terkejut dengan betapa hebat kuasa Syahmi dan Hazirah. Malah, mereka berdua kagum dengan cara sang Kembar Legenda yang baru mengendalikan situasi serta kuasa mereka itu. Gaius sekadar mengangguk faham sebelum melangkah pergi.

Hazirah menaiki kuda sebelum kedua-dua kuda yang dinaiki sang Kembar Legenda, Arthur dan Merlin berlalu ke sungai yang dikatakan Merlin sebelum ini. Sepanjang sehari sejak perjalanan itu bermula, Syahmi dan Hazirah berganti-ganti menggunakan kuasa mereka demi membuat Arthur terus hidup.

...

Satu jam setengah kemudian, di Kerajaan Camelot

"Gaius, di mana Arthur? Adakah dia baik-baik sahaja?" soal Guinevere.

Gaius, yang baru pulang itu, mendekati Guinevere. Muaz, Batrisya dan Khaulah turut ada di sisi Guinevere. Walaupun terasa sedih, Gaius tetap mengukirkan sebuah senyuman tipis buat Guinevere. Dia mengeluarkan barang yang dibagi Syahmi dan diberikan kepada Guinevere.

"Arthur cedera tetapi jangan khuatir. Dia menyuruh kamu simpan ini jika dia tidak berjaya pulang," balas Gaius.

Guinevere berbual dengan Gaius mengenai barang yang diberi. Rupa-rupanya, barang tersebut merupakan milik keluarga diraja. Ia terkenal sebagai penanda bahawa seseorang yang memilikinya akan menjadi seseorang yang akan memerintah kerajaan sementara raja tidak ada mahupun sudah meninggal sewaktu misi.

"Gaius, saya ada soalan yang ingin ditanya. Tolong jawab dengan jujur. Siapa ahli sihir yang membantu kami sewaktu peperangan? Ianya seperti awak kenal dia. Apakah niatnya membantu?" soal Guinevere.

Muaz, Khaulah dan Batrisya bersilih-ganti. Gaius memandang Guinevere serta berfikir sebelum bicara.

"Saya tak boleh bagi tahu namanya disebabkan dia mahu identiti sebenarnya dirahsiakan terlebih dahulu. Akan tetapi, saya jamin bahawa niatnya sekadar membantu kami dengan niat bahawa kita membuka hati demi orang-orang sihir. Dia telah lalui banyak perkara yang sejujurnya tidak menyenangkan tetapi dia memiliki hati yang baik. Sentiasa membantu orang di sekeliling tidak kira sedar atau tidak," cerita Gaius dengan tenang.

Terpaksa dia menipu sedikit dengan Guinevere. Kelihatan Guinevere tersenyum kecil dengan cerita Gaius itu. Muaz, Khaulah dan Batrisya turut mengukirkan sebuah senyuman tipis di bibir mereka.

"Rasanya seperti saya sudah mengenalinya. Mengenai menerima ahli sihir, saya masih perlu berbincang dengan Arthur jika dia selamat. Jika tidak, saya tetap kena berbincang dengan askar-askar yang lain," tutur Guinevere.

Gaius menunduk kecil sebelum berkata, "Jadi Guinevere, jangan risau mengenai Arthur. He is in good hands. Merlin, Syahmi dan Hazirah turut ada bersama dia."

"I think I know who he is."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum semua!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro