1
"Haz!" Seorang gadis berpusing sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil. Kelibat seorang jejaka sedang berjalan menuju ke arah gadis itu.
"Ada apa, abang?" soal gadis itu dengan sedikit manja.
"Adik buat apa dekat taman belakang istana ini? Seorang diri pula tu. Rindu umi dan babah ke?" soal jejaka itu dan persoalannya dijawab dengan anggukan.
Jejaka itu memeluk adiknya itu sambil memandang sekeliling taman. Mereka menikmati suasana yang aman di taman itu.
"Hazirah! Huzair!" Jeritan dari dalam istana membuatkan mereka berdua sedikit panik dan segera berlari menuju ke dalam. Kelibat Batrisya, Syahmi, Muaz, Khaulah dan Alisa berada di ruang tamu dengan pandangan serius. Huzair dan Hazirah saling berpandangan.
"Dah kenapa dengan muka serius ini?" soal Huzair.
Huzair dan Hazirah melabuhkan punggung mereka bersebelahan. Muaz memberi Huzair sekeping kertas. Hazirah turut melihatkan kertas yang dikandungi dengan laporan terbaru.
"Sebuah portal asing? Bagaimana boleh ada portal asing?" soal Huzair dengan keliru.
"Entah. Berdasarkan laporan, portal asing ini ada di kerajaan kegelapan itu. Mereka tidak dapat nak menghantarkan wakil disebabkan takut tiada sesiapa yang mampu pulang dengan selamat. Itu yang mereka hantar laporan ini dan meminta bantuan kami," balas Syahmi.
Kerajaan Kegelapan telah diubahsuai dan menjadi tempat di mana ramai penduduk dari kerajaan lain bertemu. Bukan sahaja bertemu, malah mereka boleh berinteraksi, meluangkan masa dan membeli-belah di sana. Ianya dipanggil sebagai Heart of Utopia. Hazirah dan Alisa memandang Huzair yang sudah berkerut dahi. Blaze of The Light sedang menunggu akan arahan Huzair.
"Kalau nak harapkan aku pergi, memang tidak boleh. Banyak kerja dekat istana ini yang aku kena lakukan. Nak harapkan Guardians dan The Alpha, mereka kena lindungi kerajaan walaupun raja tak guna itu tiada lagi. Siapa lagi yang boleh diharapkan pula?" bebel Huzair dengan nada perlahan.
Blaze of The Light dan Alisa memandang Huzair sambil menunggu akan kata putus darinya. Huzair, secara tiba-tiba, teringat akan sesuatu.
"Kau berlima sibuk ke?"
Blaze of The Light saling berpandangan.
"Risya tak sibuk selain menguruskan taman belakang sahaja," tutur Batrisya.
"Setahu Haz, Haz dengan Syahmi pun tak sibuk," balas Hazirah.
Yang lain semua memandang ke arah Khaulah dan Muaz. Mereka semua tahu betapa sibuknya Muaz dan Khaulah sejak bertunang ini.
"Em, selain sibuk dengan persiapan perkahwinan, tak sibuklah. Kenapa?" soal Muaz dengan sedikit curiga.
Huzair memandang Alisa sambil fikirannya mencari jalan selesai untuk masalah ini agar tidak menyusahkan rakan-rakannya itu.
"Aku ingat nak minta kau berlima untuk pergi siasat portal ini. Muaz dan Khaulah, kalau kau berdua sibuk sangat dengan persiapan perkahwinan, tidak perlu pergi siasat portal ini. Biar Hazirah, Batrisya dan Syahmi sahaja yang siasat tentang portal ini," tutur Huzair dengan kata putusnya.
Khaulah dan Muaz saling berpandangan sebelum Khaulah berkata, "Huz, boleh tak kalau kami berdua ikut serta? Lagipun perkahwinan kami sekadar dua tiga bulan dari sekarang. Kami berdua, kalau boleh, ingin bantu juga."
Huzair berfikir seketika dan mengangguk. Asalkan rakan-rakannya bahagia. Selepas beberapa minit, Hazirah, Batrisya, Khaulah dan Muaz meminta diri agar dapat menyiapkan apa yang patut. Syahmi pula dipanggil oleh Huzair kerana ada yang ingin dikatakan. Mereka melihat Hazirah, Batrisya, Khaulah dan Muaz berlalu pergi terlebih dahulu sebelum mengatakan apa-apa. Syahmi memandang Huzair dan Alisa bersilih-ganti.
"Kalau kau nak suruh aku jaga adik kau, jangan risau. Aku akan jaga dia dengan nyawa aku. Takkan kau tak tahu yang dia itu rakan sekutu aku," tutur Syahmi sebelum Huzair sempat membuka mulutnya.
Huzair ketawa sambil mengangguk. Alisa mengukirkan sebuah senyuman dan membiarkan dua rakan itu berbicara. Sementara Huzair dan Syahmi berbicara, Batrisya, Khaulah dan Hazirah melangkah ke bilik Hazirah sambil memikirkan apa yang perlu dibawa mereka. Muaz pula sudah berlalu pergi untuk melihat askar-askar yang berada di bawahannya.
"Kak ngah akan bawa apa?" soal Batrisya. Hazirah memandang adik susuannya itu.
"Nak bawa apanya? Bawa diri sudah," balas Hazirah.
"Huh? Bawa diri sahaja?"
"Yalah. Kita bukannya pergi bercuti pun. Kalau nak bawa pun, makanan sedikit. Lagipun, kita tidak tahu apa portal itu dan ke mana ia akan bawa kita," balas Hazirah lagi.
Sikapnya yang masih selamba itu tetap mengejutkan Khaulah dan Batrisya. Mereka berdua saling berpandangan sebelum mengangkat bahu masing-masing.
"Khaulah, kau tak pergi teman Muaz ke hari ni? Selalu nak berkepit saja kau berdua," soal Hazirah sambil memandang Khaulah.
Khaulah menggeleng kepalanya sebelum berkata, "Dia suruh aku duduk dalam istana saja hari ni. Lagipun, kejap lagi kita nak bertolak kan?"
Hazirah mengangguk. Mereka bertiga turun ke ruang tamu untuk mencari Syahmi dan Muaz. Kelibat Huzair dan Alisa turut ada di situ. Hazirah dan Batrisya menyalami Huzair dan Alisa.
"Hati-hati tau dekat sana," tutur Huzair dengan sedikit risau.
"Ya, along. Kan along dah suruh kawan baik along tu jaga kita," balas Hazirah dengan sedikit sindiran.
Huzair ketawa kecil. Syahmi dan Muaz tersengih apabila disindir oleh Hazirah sebegitu. Blaze of The Light segera meminta diri agar dapat menyelesaikan tugas mereka dengan cepat. Mereka berlima berjalan menuju ke arah kandang kuda yang terletak tidak jauh dari istana. Mereka membelai kuda masing-masing dan sempat memberi kuda mereka makanan sebelum memulakan perjalanan mereka. Gelagat Blaze of The Light diperhatikan oleh Huzair dan Alisa dari tingkap bilik pejabat Huzair.
"Kenapa, bang? Abang risau tentang mereka?" soal Alisa.
"Tipulah kalau abang tidak risaukan mereka. Takut apa-apa terjadi dekat mereka sebaik sahaja pergi ke portal tersebut," balas Huzair dengan risau.
"Abang, apa-apa terjadi dekat mereka, kita hanya doakan yang terbaik. Lagipun, mereka kan Blaze of The Light. Ada Kembar Legenda yang merupakan adik abang dan anak ke-2 ayahanda. Pasti mereka boleh menjaga diri mereka, insya-Allah," pujuk Alisa.
Huzair memandang Alisa sebelum mengukirkan sebuah senyuman manis untuknya. Dia mengangguk tanda setuju dengan kata-kata isterinya.
...
"Mengikut laporan, portal ini muncul secara tiba-tiba di sebuah gua yang terletak di sebuah gunung yang ada berdekatan dengan Heart of Utopia," tutur Hazirah sambil memandang laporan yang sempat diberi Huzair.
"Tidak boleh ke kalau kita teleport ke lokasi sahaja? Atau menaiki kenderaan?" soal Khaulah. Matanya sedang memandang peta yang ada di tangan Syahmi. Ia merupakan peta Utopia.
"Kalau naik kenderaan, takut nanti jalan jam. Maklumlah sekarang ramai juga yang akan ulang alik dari pelbagai kerajaan untuk ke Heart of Utopia," balas Syahmi pula.
Matanya tidak lepas memandang peta yang ada di tangannya itu. Mereka meneruskan perjalanan mereka. Selepas sejam setengah, mereka baru tiba di sebuah gunung. Mata mereka tidak lepas memandang sekeliling gunung itu.
"Cantiknya! Macam dekat tasik berdekatan dengan istana," tutur Batrisya dengan teruja.
Khaulah dan Hazirah menggelengkan kepalanya apabila melihat kegembiraan Batrisya itu. Muaz dan Syahmi menurun dari kuda mereka sebelum berjalan menuju gunung itu. Mata mereka mencari gua yang dikatakan dalam laporan.
"Sekarang kita perlu mencari gua itu," tegur Muaz.
TBC
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan lupa vote dan komen pendapat anda!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro