E P I L O G
"Tuan Faqih Shah Al-Din bin Tuan Salahuddin Muzaffar Shah Al-Din!"
Jeritan suara aku bergema memenuhi ruang rumah. Mata automatik membulat tatkala melihat baju Faqih yang sudah dikotori tanah walaupun tak sampai beberapa minit aku mandikan dia tadi. Anak kecil itu hanya tersengih sambil mendongak memandang wajahku yang dah terasa nak bertukar hijau.
"Hei, kenapa baju Faqih kotor sangat ini? Baru saja mandi tadi kan?" Aku dah bercekak pinggang seperti gaya mak-mak nenek tak cukup gigi di situ.
"Hee... bonda janganlah marah. Tadi ayahanda ajak main bola dekat luar. Faqih ikut sajalah," balas anak kecil itu. Barisan gigi susunya yang masih kecil ditayang. Ish, budak ini kan. Suka sangat buat aku rasa was-was nak marah dia atau tak. Keluhan kecil terlepas dari bibir. Tak boleh tahanlah kalau macam ini.
"Haih, Faqih... Faqih. Lain kali cakaplah pada ayahanda yang Faqih dah mandi. Tengok, apabila jadi macam inikan dah membazir baju," jelasku. Suara juga bertukar mendatar.
"Faqih dah cakap dah bonda, tapi ayahanda kata tak apa, nanti boleh mandi lagi," ajuk Faqih. Dia menerangkan hal sebenar.
Tiba-tiba rasa nak hempuk Muz sekarang. Boleh pula dikatanya macam itu. Cakap senanglah, sebab bukan dia yang uruskan baju! Kalau kotoran tanah biasa, bolehlah tahan juga. Ini tanah berlumpur! Haih, jenuhlah aku nak menyental nanti. Faqih pula pakai baju warna putih. Hmm... lagilah!
"Tak apa, Faqih pergi mandi dulu. Baju itu Faqih letak dalam bakul macam biasa." Suaraku mengarah. Faqih mengangguk sambil bergerak meninggalkan ruang tamu menuju ke tingkat atas.
Langsir tingkap diselak. Kelihatan Muz sedang duduk di atas buaian putih yang terletak di taman mini halaman rumah. Sebelum keluar, aku menyarungkan tudung di kepala. Perlahan-lahan langkah diatur mendekati Muz dari arah belakang.
"Lah, ingatkan baju Faqih saja kotor, baju abang pun kotor sekali?" Pertanyaan pertama aku sebaik terlihat T-shirt Muz yang juga sudah bertukar warna tanah. Dia tersengih. Huh, sebiji macam Faqih!
"Abang ajak Faqih main bola tadi," terang Muz.
"Lela tahu. Faqih baru mengadu," balasku. Sekali lagi, Muz tersengih.
Aku menjulingkan mata ke atas. Kenapalah ayah dengan anak dua-dua copy paste ? Faqih pun mewarisi senyuman kacak Muz. Ditambah lagi dengan lesung pipit yang dalam itu. Lagilah aku jealous! Sendu aku di sini. Sedih sebab tak ada lesung pipit. Huhuhu.
"Sayang duduklah sini." Ruang kosong di sebelahnya ditepuk. Muz mencapai tanganku menyuruh aku untuk duduk di sisinya.
"By the way, puteri ayahanda dalam ini macam mana? Okey? Ada susahkan bonda tak?" Wajahnya menghampiri kandunganku yang kini sudah masuk lapan bulan.
Alhamdulillah, lima tahun lalu aku selamat melahirkan Faqih, zuriat pertama kami yang selamat lahir ke dunia. Kini, siapa sangka Allah mengurniakan rezeki untukku timang cahaya mata kedua pula bersama Muz.
"Mana ada susahkan. Puteri ayahanda behave saja dalam perut bonda, kan?" Senyumanku masih tidak hilang dari bibir. Perut sendiri yang kelihatan membukit aku usap perlahan. Muz turut tersenyum.
"Eh sayang! Baru abang teringat. Kita tak pilih nama lagi untuk baby girl ini."
"Haahlah. Nasib baik abang ingatkan." Aduh, macam manalah aku boleh terlupa pasal benda penting ini? Kesian anak bonda.
"So, kita nak guna huruf apa pula kali ini? Faqih dah guna huruf F," ujar Muz.
"Cik abang, kita masih ada baki 15 huruf lagi. Pilih sajalah mana-mana. Apa susah?" Rasa nak tergelak pula dengan soalan Muz. Dia dah lupa huruf ABC yang pernah wujud ke? Haha.
"Okey, kalau macam itu abang pilih huruf M." Dahi aku berlapis membentuk kerutan. Rasa ingin tahu serta-merta membuak.
"Kenapa M?" soalku. Yelah, aku nak tahu juga sebabnya.
"Nama abang Muzaffar. Baby girl ikut nama abanglah sebab Faqih dah ikut nama sayang, Farah," terang Muz. Pfft, boleh pula. Aku pun tak sedar tentang semua ini. Nama Faqih itu pun tiba-tiba sahaja terlintas di fikiran sebaik sahaja keluar dari wad bersalin.
"Lela tak kisah. Lela okey saja. Cuma paling penting! Tak naklah nama anak kita panjang-panjang sebab nama abang pun dah panjang macam train." Sempat aku mengusik. Muz tersengih sebelum pucuk hidungku menjadi mangsa.
"Nakal eh? Lagipun nak buat macam mana, dah nama keturunan. Oh ya, by the way dear, abang dah tahu nak letak nama apa untuk anak kita." Aku pandang Muz bagaikan tak percaya. Aik, awalnya? Aku setia memandang encik suami, menanti kata-kata seterusnya.
"Tuan Nur Medina Al-Din binti Tuan Salahuddin Muzaffar Shah Al-Din."
Nur Medina? Hmm... sedap juga. Semua itu tak lama sebelum dahi aku kembali melakar kerutan. Wajah Muz di sisi dipandang lama tanpa kata.
"Kenapa? Sayang tak suka?" Muz dah kaget melihat riakku yang pantas berubah.
"Siapa Nur Medina itu? Ex abang eh? Baik abang jujur dengan Lela," ugutku. Jari telunjuk dituding tepat mengena wajahnya. Yalah, bukan main laju lagi nama itu meniti di bibir Muz. Mesti ada apa-apa ini.
Tidak sampai sesaat, lelaki itu tergelak besar. Habis merah mukanya. Aku menjongket kening. Eh, eh boleh pula dia gelak tak ingat dunia. Aku tak buat lawak pun la.
Jari telunjukku ditepis perlahan.
"Sayang, abang mana ada ex nama Nur Medina. Nama lain adalah," balas Muz. Apabila dengar ayat pertama, boleh tahan lagi. Masuk ayat kedua, hampeh! Rasa nak cekik saja Muz kuat-kuat.
"So, macam mana? Suka tak dengan nama itu?" soal Muz lagi. Aku sekadar mengangguk sebagai balasan.
"See? Pandai tak abang pilih? Tengoklah suami siapa." Aura bongkak, sombong, ujub, riak dan takbur mula memenuhi ruang udara. Aku menjulingkan mata ke atas. Menyampah!
"Medina dalam perut bonda ini jangan perasan tahap gaban macam ayahanda tau! Medina kena bersopan-santun macam bonda. Kitakan geng perempuan Melayu terakhir," kataku pada anak di dalam kandungan. Sengaja cakap kuat-kuat, nak bagi Muz dengar.
Tergelak besar Muz jadinya. Terus bahu aku ditarik ke dalam pelukan. Namun, pantas aku mengelak.
"Eee... dah kotor-kotor nak peluk orang pula. Pergi mandi sana! Busuk tahu tak?" Hidung dipicit dengan kedua-dua jari. Kedudukan juga aku jarakkan sedikit daripadanya.
Muz mencebik bibir. "Hek eleh, macam tak biasa peluk orang busuk-busuk."
Belum sempat aku membuka mulut untuk membalas, terasa ada tangan kecil yang memelukku dari bawah. Pantas aku menunduk. Faqih dah siap mandi! Tanpa menunggu lama, pelukannya dibalas. Ya Allah, sedapnya bau anak syurga!
"Haaa... cuba ayahanda jadi macam Faqih. Dah siap mandi, dah wangi barulah boleh peluk bonda. Kan bonda, kan?" kata Faqih sambil itu lengan kecilnya erat memelukku.
Tersenyum lebar aku mendengar kata-kata Faqih. Aduh, budak kecil ini. Kecil-kecil lagi dah pandai memprovok orang. Ikut siapalah ini. Dari ekor mata, aku dapat menangkap riak wajah Muz yang tidak berpuas hati dengan Faqih. Aik, dengan anak pun nak berdengki ke cik abang? Hahahaha.
Aku mendudukkan Faqih di tengah-tengah ruang yang terdapat di antara kami. Pipinya yang sudah siap disapu bedak aku cium. Rambutnya yang tersisir rapi pula aku elus perlahan.
"Betul! Pandai Faqih. Bonda memang suka orang yang wangi saja. Kalau orang yang busuk bonda tak peluk dan cium-cium macam ini." Aku menyokong kata-kata Faqih. Sempat wajah Muz yang jelas berubah dikerling.
"Amboi, Faqih dah berpakat dengan bonda nak kenakan ayahanda nampak. Apa ini, bukan dulu kita satu geng ke mengusik bonda?" soal Muz. Tak puas hati sungguh ini!
"Itu dulu, ayahanda. Sekarang Faqih dah insaf, dah bertaubat. Faqih tak nak kacau bonda lagi sebab ustazah kata, kita kena sayang ibu empat kali ganda lagi banyak daripada ayah," terang bibir comel itu.
Kali ini, Muz dah menunduk tak terkata apa. Aku pula sedaya upaya mengetap bibir, menahan tawa yang terasa hendak meletus. Sentap habis apabila Ustaz Faqih memberi kuliyah sebelum Maghrib.
Kepala aku memandang Faqih. Dia mengangkat tangan padaku menunjukkan isyarat gimme five. Perlahan-lahan, tapak tangan kami bercantum tanpa Muz sedar. Faqih tersengih sambil mengenyitkan mata. Seronok agaknya dapat mengusik si ayah. Amboi, ini betul-betul ikut ayahanda dia ini! Bab mengusik memang nombor satu!
"Padan muka ayahanda, kan bonda? Itulah, sebelum ini asyik dia saja kenakan orang. Sekarang, kan dah dapat balasan daripada Allah." Faqih berbisik perlahan di tepi telingaku.
Pfft... hahahaha! Aku ketawa dengan kuat. Aduhai, Faqih... Faqih! Habislah awak, Muz. Budak ini dah tahu cara nak membalas dendam nampaknya.
Muz kembali mengangkat kepala memandang aku dan Faqih.
"Okey, ayahanda pergi mandi sekarang. Selepas itu nanti, bonda kena peluk cium ayahanda eh?" Muz mengalah. Wajahku dipandang bersama senyuman nakal di bibir. Tak malu betul!
"Hah, kan senang kalau ayahanda ikut cakap bonda daripada awal. Tak adalah kena reject dengan bonda macam tadi," sampuk Faqih. Sepantas kilat aku menekup mulut Faqih daripada terus berkata-kata. Aku tak salah dengar kan? Biar betul budak ini? Muz pula sudah menjeling Faqih, geram agaknya.
"Diamlah budak ketot!" Muz menjelirkan lidah.
"Diamlah ayah galah!" Faqih pun ikut membuat benda sama.
Saat itu, aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala menyaksikan perbalahan di depan mata. Mana satu budak dan mana satu bapa budak pun aku tak boleh beza sekarang.
"Dahlah abang, pergi mandi sana. Dah nak masuk Maghrib dah, tak payah layan sangat Faqih ini," ujarku. Peha Muz ditepuk perlahan.
Dia memandang aku sambil mengukir senyuman lebar. Tapak tangannya lantas menutup mata Faqih. Aku memandang Muz dengan tanda tanya. Dah kenapa pula ini?
"Okey sayang!" Serentak dengan itu, pipi aku dicium lembut. Eee... tak senonoh betul taktik dia ini. Nasib baik Faqih tak nampak.
*******
Bintang yang bersinar terang di langit kembali menjadi perhatian. Cantiknya bintang malam ini. Banyak bertaburan di dada langit pula itu. Angin sepoi-sepoi bahasa juga lembut menampar batang tubuh. Suasana malam ini cukup menenangkan aku. Membuatkan aku terbuai seiring dengan kegelapan langit malam yang kian memekat.
"Eh, abang tak tidur lagi?" soalku tatkala melihat kelibat Muz yang semakin mendekat. Pada waktu malam, lelaki itu kelihatan santai berbaju pagoda hitam dipadankan dengan kain pelekat. Langkahnya diatur kemas lalu mengisi ruang kosong di sebelahku.
"Macam mana nak tidur kalau tak ada bantal peluk dekat sebelah," ujar Muz dengan riak selamba yang kekal di wajah. Aku menjulingkan mata ke atas. Ceh! Mengadanya. Suami siapalah ini. Mohon kutip, please.
"Eee... mengadanya! Faqih pun tidur sendiri tau! Tak ada maknanya nak peluk-peluk bagai," balasku.
Muz terjongket kening memandang ke arahku. Badannya juga sengaja ditundukkan supaya wajah kami setentang.
"Are you sure about that, sayang? Faqih boleh masuk tidur sebab sayang peluk dia dulu! Kes abang ini peluk pun tak dapat, cium apatah lagi. Auch, sendu rasanya dalam hati." Muz dah mula berdrama. Tangan naik memegang dada, kononnya nak tunjuk betapa sendunya dia. Haih, dia inikan.
"Kiranya, abang nak Lela peluklah ini? Hah sini, rapat sedikit. Lela nak peluk." Aku turutkan jua permintaannya. Kesian sangat tengok muka dia.
Jelas terpampang senyuman lebar di bibir lelaki itu. Laju saja dia mendekat. Seperti yang dipinta, tanganku melingkar memeluknya dari tepi. Namun, tak lama sebab perut besar yang menghalang. Pinggang aku pun cepat saja terasa lenguh.
"Okey, dah! Terima kasih sayang!" Cup! Pantas ciuman hangat dilabuhkan di pipi kananku. Seperti biasa, kelopak mata automatik membulat. Peha Muz menjadi mangsa tamparanku. Eee... malu tahu tak? Pipi turut berbahang bagai di bawah mentari terik walaupun pada waktu malam.
Muz tergelak besar. Suka sangat menyakat orang dia ini!
"Itu namanya upahlah sayang," ujar Muz bersama sebelah mata yang dikenyitkan. Hah, yalah. Upah sangat! Tak pasal-pasal aku yang dapat malu. Sabar sajalah dengan cik abang seorang ini.
"Abang... Lela nak tanya sedikit boleh?"
Muz mengangkat sebelah kening. "Apa dia?"
"Abang ini memang miang sejak azali ke? Ikut ayahanda eh?" usikku. Muka Muz dah bertukar. Aik, merajuk ke cik abang? Aduh, dah jadi satu hal pula nak kena pujuk.
"Ala, abang. Lela gurau sajalah. Actually, Lela nak tanya benda lain, tapi tersilap pula. Hehe tak sengaja okey?" Jelingan Muz bertambah tajam. Amboi, marah sangat ini! Sensitif betul dia semenjak nak dapat baby baru ini.
Sejenak bibir Muz tersenyum lebar. Hilang sudah mulut muncungnya tadi. Heh, sukalah itu! Macam aku tak tahu. By the way, dia bukannya senyum sebab kata-kata aku tadi tapi disebabkan perbuatan! Nak tahu apa aku buat? Biasalah secret weapon, apa lagi kalau bukan ciuman di pipi!
"Eleh, gedik je abang ini. Lela hempuk kang !" ujarku geram. Meluat pun ada juga tapi sebab sayang, apa boleh buat?
"Hahahaha. Cepatlah tanya. Kata ada soalan nak tanya abang tadi," kata Muz merujuk kepada bicaraku sebentar tadi. Aku menghela nafas sebelum menyambung perbualan. Haih, cepat betul semput sekarang. Mungkin sebab baby pun dah semakin besar.
"Nama abang berbinkan nama ayah kandung abang, kan?" Setelah agak lama berdiam diri, aku kembali mengajukan soalan. Wajah Muz direnung dari sisi.
"Haah." Muz mengiakan.
"Kalau macam itu, nama penuh ayahanda apa?" soalku lagi. Aku nak tahu sangat ini.
"Tuan Muhammad," balas Muz. Mulut aku dah terlopong luas bagaikan tak percaya. Betul ke ini? Maksudnya?
"Terkejut, kan? Nama ayahanda dengan nama ayah kandung abang hampir sama. Abang sendiri pun baru tahu waktu berbalas surat dengan Lela dulu. Disebabkan itu jugalah abang ambil keputusan paling bodoh tinggalkan Lela dalam hidup abang," luah Muz. Muz menggeleng kepala sambil tersenyum kelat. Agak kesal dengan tindakannya di masa lampau.
Aku terdiam. Langsung tidak rasa ingin mengingat kembali waktu yang begitu menyeksakan itu.
Buat seketika, masing-masing senyap tanpa kata. Pandangan kembali difokuskan melihat bintang yang bersinar terang. Sesekali, mutiara langit itu berkelipan. Spontan bibirku menguntum senyum. Tiba-tiba suara Muz kedengaran.
"Lela ingat tak dulu? Lela pernah cakap yang apabila Lela tengok bintang, mesti timbul rasa sedih. Rasa hampa. Sekarang ini abang nak tanya. Sayang rasa apa sekarang? Sedih lagi?" soal Muz. Semakin lebar senyumku kali ini. Jauh di dasar hati, timbul rasa terharu. Tak sangka dia masih ingat lagi. Mati-mati aku fikir dia tak dengar langsung apa yang aku cakap pada malam itu.
"Abang nak tahu apa yang Lela rasa? Of course la bahagia! Sekarang ini Lela rasa tenang. Lela dah berjaya capai semua impian Lela. Jumpa dengan abang, kahwin dengan abang, dapat anak dengan abang, dan... hidup bersama di sisi abang," jelasku. Lengan Muz dipaut erat. Kemudian, kepala diletakkan di atas bahu lelaki itu. Aku dapat rasakan bibir Muz mengoyak senyum.
"Abang pun sama. Bahagia dengan hidup kita sayang," bisik Muz perlahan di tepi telinga.
"Abang..." Nada suaraku lembut memanggil. Muz pantas menoleh memandangku sambil mengangkat kening. Pelik agaknya tiba-tiba aku memanggilnya sebegitu. Aku mengangkat kepala lalu kedua-dua pipi Muz ditekup dengan tangan.
"Lela nak cakap terima kasih sebab abang sudi hadir dalam hidup Lela. Abanglah permata yang Lela cari selama ini. Syukur, Allah datangkan abang untuk Lela pada waktu yang sangat tepat di kala Lela dihantui kehilangan. Walaupun pada awalnya kisah kita tak begitu indah. Banyak dugaan yang kita tempuh selama ini, buatkan Lela sedar yang Allah sentiasa simpan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Lela nak abang tahu yang abang... terbaik untuk Lela."
Pandangan kami bertaut lama. Renunganku jauh menikam ke dalam anak mata Muz. Ingin memaksudkan bahawa kata-kataku sebentar tadi bukan sekadar lafaz semata, tetapi juga lahir dari sudut hati yang tulus ikhlas khas untuknya.
Perlahan-lahan bibir Muz menguntum senyum. Kedua belah tanganku dicapai lalu dikucup dan dilekapkan di dada bidang miliknya.
"Thank you to you too, dear. Terima kasih sebab sudi jadi milik abang dan cintakan abang sepenuh hati. Jujur abang kata, sayang. Hidup bahagia dengan Lela ialah impian abang sejak di awal pertemuan kita berhubung dan berutus surat. Detak hati ini masih sama, mengukir nama Farah Delaila dalam setiap hela nafas abang. Pengorbanan Lela menunggu abang terlampau berharga. Sanggup untuk menerima abang seadanya, menggapai bahagia bersama dan... rela berkorban nyawa untuk melahirkan zuriat abang. Muz sayang Lela! Dulu, kini dan insya-Allah selamanya."
Air mata dah bertakung memenuhi tubir mata. Tersentuh hati apabila mendengar luahan hati seorang suami. Sungguh, aku sendiri tidak pernah mengharapkan yang lain daripadanya. Cukuplah hanya kami dapat bersama menempuh segala suka dan duka yang menimpa.
"Farah Delaila sayangkan Muzaffar Shah juga! Dulu, kini dan insya-Allah selamanya," ucapku perlahan di tepi telinga Muz. Cukup untuk dia saja yang tahu.
Malam itu menjadi saksi bahawa cerita hidup seorang Delaila akhirnya berjaya menggapai bahagia. Walaupun di permulaan hidupku diuji dengan kehilangan, tetapi akhirnya diganti dengan pertemuan yang akhirnya membawa kepada sebuah kebahagiaan. Alhamdulillah.
Dengan ini, Muzaffar Shah telah memberikan title Mrs. untuk Delaila.
Apabila cinta memberi syarat kepadamu ikutlah dia,
Walaupun jalannya sukar dan curam.
Walau pedang tersembunyi di antara ujung-ujung sayapnya bisa melukaimu.
-Kahlil Gibran-
🌹TAMAT🌹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro