BAB 39 🌸
Sedar tak sedar, sudah setahun lebih aku dan Muz menempuh alam perkahwinan bersama. Banyak pengalaman susah dan senang ditempuhi. Walaupun sukar, aku akui pengalaman terdahulu banyak mengajar kami untuk saling melengkapi dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Sejak pagi tadi, bibir aku tidak berhenti senyum. Otak ligat merencanakan sesuatu. 16 hari bulan enam. Hari ini birthday Muz! Terfikir juga aku hadiah yang paling baik untuk diberi kepada cik abang tersayang.
Muz suka apa ek? Kalau aku bagi jam tangan okey tak? Ke... nak bagi neck tie? Haih, macam klise sangatlah pula hadiahnya, tak special! Brain, Lela... brain!
Akhirnya, aku ambil keputusan untuk membiarkannya dahulu. Banyak lagi benda lain aku nak kena fikir. Jam dikerling sekilas. 30 minit sebelum mula kelas seterusnya. Badan disandarkan sekejap pada belakang kerusi sambil berpeluk tubuh.
Aha! Aku rasa macam dah tahu saja nak bagi apa. Bibir tersenyum, kali ini lebih lebar daripada biasa. Pen dicapai, mula menulis senarai barang yang perlu dibeli sebaik tamat waktu persekolahan nanti.
Senarai itu direnung sekali lagi dan diteliti satu persatu. Memastikan tiada barang yang tertinggal. Okey, cun! Tak sabar rasanya nak berikan hadiah ini kepadanya. Aku berani gigit kuku, Muz mesti suka punya. Kedua belah tangan digosok bersama. Muz, get ready for the biggest surprise ever!
Petang itu, setelah tamat sesi persekolahan aku berjalan menuju ke arah tempat parkir kereta guru. Bersedia untuk pulang selepas kelasku tamat pada jam 4.30 petang tadi. Baru saja sebelah kaki masuk ke dalam ruang pemandu, kedengaran seseorang memanggil namaku. Pantas aku menarik kembali kaki kiri keluar.
"Cikgu Faizi rupanya. Ya, kenapa cikgu? Any problem? " Wajah guru muda yang kemas berkemeja biru itu ditatap.
"Eh, tak ada apa-apa masalah pun. Everything is fine. Saya cuma nak tanya, Cikgu Lela free tak minggu ini?"
Soalan Cikgu Faizi serta-merta membuatkan keningku hampir bercantum. Apakah? Soalan jenis apa itu? Aku rasa dia yang tak fine sekarang.
"Kenapa cikgu tanya macam itu?" Dahiku turut berkerut tanpa dipinta. Dalam hati, berbakul-bakul dah sangka buruk yang timbul angkara lelaki ini.
"Saya nak ajak Cikgu Lela hmm... kahwin."
"Hah! Kahwin? Awak nak saya kahwin berapa kali ini? Cikgu Faizi, awak tahukan yang saya memang dah berkahwin? Saya dah ada suami, dan saya takkan pernah curang dengan suami saya semata-mata untuk lelaki macam awak. Saya sayangkan suami saya seorang saja. Ingat itu sampai mati!" gertakku keras. Tidak keterlaluan untuk aku cakap, cikgu ini gila! Gilakan akulah itu.
Setelah puas meluahkan isi hati, aku menghirup nafas dalam sambil memejamkan mata buat seketika. Sungguh, aku perlukan ketenangan sekarang. Beberapa minit berlalu, barulah kelopak mata dibuka. Saat itu, wajah Cikgu Faizi memandangku tanpa berkelip.
"Kenapa cikgu pandang saya macam itu? Salah ke apa yang saya cakap?" ujarku lagi. Laju Cikgu Faizi menganggukkan kepala.
"Memang! Memang Cikgu Lela dah salah faham sekarang. Maaflah sebab saya cakap kurang jelas tadi. Saya sebenarnya nak ajak Cikgu Lela datang kenduri kahwin saya hujung minggu nanti. Hehehe, bukannya nak ajak Cikgu Lela kahwin!"
Dush! Sumpah, rasa nak tumbuk muka sendiri berkali-kali. Adoi, apahal melebih sangat kau ini Lela? Buat malu diri sendiri saja. Yang cikgu seorang ini pun satu hal juga, lain kali cakaplah biar jelas. Sibuk nak tergagap-gagap buat apa? Cis!
Aku berdehem seketika sebelum menyambung kata.
"Lah, ya ke? Hahaha tahniah untuk awak, Cikgu Faizi. Akhirnya, nak kahwin dah. Insya-Allah, jika ada kelapangan saya dan suami akan datang. Err... saya minta maaf sebab ter'over' tadi. Mana tahu kalau awak terasa hati. Saya minta maaf sekali lagi," ucapku perlahan. Nak tak nak saja aku pandang Cikgu Faizi. Malu weh!
Cikgu Faizi tersenyum nipis sambil mengangguk seketika.
"Don't worry, cikgu. Saya chill saja. Tak ambil hati pun. Sekurang-kurangnya, saya nampak betapa sayangnya Cikgu Lela dekat suami sendiri," balas Cikgu Faizi. Ceh! Sempat lagi itu dia kenakan aku.
Pewarna merah semula jadi di pipi seakan-akan bertambah. Lagi-lagi tatkala terpandangkan senyuman yang masih tak lekang di bibir guru lelaki itu.
"Hah, okeylah kalau macam itu. Saya balik dulu. Terima kasih sebab sudi jemput." Pantas saja aku mencari jalan untuk lari daripada situasi awkward dan memalukan ini. Cikgu Faizi sekadar mengangguk sebelum berlalu pergi.
Aku menghela nafas keluar. Huh, lega!
Tanpa berlengah lagi, aku bergegas masuk ke dalam kereta. Alamak, dah masuk pukul lima petang. Baik aku cepat pergi beli barang. Nanti Muz balik, tak jadi surprise pula.
*******
Kotak hadiah yang sudah siap berbalut dipandang. Aku nak letak dekat mana eh? Atas meja kopi ke? Ish, dekat situ tak boleh sebab obvious sangatlah pula. Dahi yang tak gatal digaru perlahan dengan jari telunjuk. Cuba untuk memikirkan tempat lain yang lebih sesuai.
"Assalamualaikum..."
Ketika aku sibuk berfikir, pintu dibuka dari luar. Kalut aku menolak kotak hadiah itu sehingga jatuh ke bawah meja. Ah, lantaklah! Langkah kaki laju mendapatkan Muz yang baru balik dari tempat kerja. Tangannya aku cium hormat. Muz pula membalas dengan mencium dahiku.
"Waalaikumussalam. Awal pula abang balik hari ini?" soalku sambil mengambil drawing scroll yang tersangkut di bahunya. Muz tersenyum kelat.
"Abang bawa kerja balik rumah. Rindu sangat dengan sayang." Sebelah tangannya merangkul pinggangku dengan erat. Aku mencebik bibir.
"Eleh, yalah itu. Ini mesti ada apa-apa tapi tak nak bagitahu, kan?" Mata Muz aku renung sedalam-dalamnya. Cuba mencari jawapan sendiri daripada sinar matanya. Namun, Muz pantas mengelak.
"Sayang masak apa? Abang dah laparlah," tingkah Muz. Dahi aku serta-merta berkerut hairan. Muz aku pandang sekali lagi.
"Cik abang, Lela tak masak hari ini. Lela nak ajak makan dekat luar, kan?" Pelik aku jadinya. Bukan aku dah bagitahu dia ke pagi tadi? Takkanlah lupa? Aku cukup kenal Muz. Dia bukannya seorang yang pelupa malah kalau nak dibandingkan, daya ingatan dia lagi kuat daripada aku. Melainkan jika ada sesuatu.
"Haah la. Boleh lupa pula. Kalau macam itu, abang naik atas dululah. Nak mandi, bersihkan badan dulu."
Sebelum melangkah naik, badannya didekatkan ke arahku. Kemudian, dahi aku dicium lama. Seolah-olah tidak ingin dilepaskan. Aku tertanya-tanya dalam hati. Kenapa dengan Muz hari ini? Bagai ada beban berat yang sedang ditanggung. Paling penting, tak happy macam selalu.
"Abang okey ke? Muka abang pucat. Abang demam?" Soalan dariku berjaya mematikan langkah Muz yang sudah mendaki beberapa tapak anak tangga.
Sungguh, aku betul-betul risau sekarang. Bukannya aku tak nampak dia berpeluh dan menggigil sedari tadi. Tapak tangannya juga panas tatkala disentuh. Sesekali, matanya dikerdipkan seperti menahan sakit.
Muz berpusing menghadapku. Kepalanya menggeleng perlahan. Sebuah senyuman paksa diukir.
"Don't worry sayang, abang okey. Sayang jangan risaulah." Wajahku ditatap penuh kasih sebelum kembali berpaling mendaki tangga ke tingkat atas. Dari bawah, sesekali batuknya kedengaran. Batuk kering.
Hati yang mula diterpa dengan rasa kurang enak cuba diredakan.
Abang, Lela sayang abang. Abang dah janji tak tinggalkan Lela. Kita akan bersama selamanya sampai syurga, kan? Kali ini, tiada suara Muz untuk menjawab soalan tersebut. Pilihan terakhir, aku hanya memilih untuk mengawal gelora dan perasaan sendiri yang kini dah berserabut dengan pelbagai andaian.
*******
Kejutan yang dirancang pada malam ini terpaksa ditangguh. Begitu juga dengan rancangan makan malam bersama. Ketika hendak keluar tadi, Muz mengadu pening kepala. Dia pun tak larat untuk drive dan hanya meminta rehat. Sehingga sekarang, sepasang mata itu kekal terpejam di atas katil bersama raut wajah yang kelihatan pucat dan lemah.
Bahu aku terhenjut-henjut menahan tangis supaya tidak kedengaran di telinga Muz. Aku takut sangat-sangat. Muz pun langsung tak bercakap dengan aku, bagitahu perkara sebenar. Macam mana kalau dia betul-betul sakit? Nanti apa jadi dengan aku? Kembali merasai kehilangan lelaki yang aku sayang? Air mata yang laju mengalir aku seka dengan tangan.
Posisi baring aku betulkan supaya menghadap muka Muz yang sedang lena. Nafas aku hela sedalam mungkin. Pipinya diusap perlahan. Panas.
"Happy birthday abang. Lela nak abang tahu, yang Lela sayangkan abang sangat-sangat! Lela... tak tahu apa jadi kalau Lela kehilangan abang pula untuk kali ini." Sebak terasa tatkala diri sendiri menuturkan ucapan itu.
Tiba-tiba terasa pergerakan kecil daripada Muz Matanya terbuka perlahan-lahan. Mungkin tersedar kerana mendengar suaraku. Muka aku yang kini sudah basah dengan air mata menjadi tatapan redupnya. Dia lantas bangun lalu menarik tanganku untuk turut duduk di atas katil.
"Kenapa sayang menangis? Abang ada buat salah ke?" soalnya. Aku mengangguk laju.
"Abang tak bagitahu Lela pasal keadaan abang. Jujur dengan Lela, abang sakitkan?" Aku memulangkan buah soalan. Mutiara jernih yang masih galak mengalir diseka. Kedengaran Muz menghela nafas berat.
"Abang... abang tak tahulah sayang. Abang sendiri tak pasti," jawab Muz. Kedua belah bahunya diangkat.
"Kenapa tak pergi jumpa doktor? Abang nampak teruk sangat." Betul, keadaan dia memang teruk sekarang. Haba daripada badannya terasa di kulitku walaupun dari jauh.
"Dah jumpa. Doktor kata... dia sendiri tak boleh nak beri kata putus. Next week, abang kena buat follow up lagi."
Masing-masing senyap. Ibu jari Muz bergerak perlahan mengelap sisa air mataku di pipi. Sempat bibirnya mengukir senyum mengusik. Aku pula yang malu sendiri. Pada waktu-waktu sebegini, otak segera mengingatkan diri. Pantas aku bangkit dari katil lalu bergerak mendapatkan sesuatu.
Apa lagi, hadiah Muz la! Kotak hadiah itu aku sorokkan di belakang badan. Riak muka cuba dikawal agar kelihatan selamba dan bersahaja. Jari memetik suis lampu sisi katil sebelum duduk berhadapan dengan Muz. Hah, baru terang masa depan.
Aku berdehem seketika. Sepasang mata Muz tunak memandangku bersama 1001 persoalan.
"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to my lovely husband. Happy birthday to you..."
Aku tengok jam. 11.58 malam. Fuh, nyaris-nyaris terlepas tadi. Muz dah tersenyum lebar. Kemudian, kepala aku ditarik mendekat lalu sebuah ciuman hangat hinggap di dahi.
"Thank you sayang. Abang fikir sayang sengaja lupa," ucap Muz. Aku menjegilkan mata. Sengaja lupa? Hello, aku tak adalah sekejam itu!
"Eh, mana boleh lupa! Abangkan suami Lela. So, menjadi kewajipan untuk Lela ingat!" balasku. Muz tersenyum lebar. Jelas kelihatan lesung pipitnya yang dalam. Cis, hampir-hampir saja aku nak tercair. Nasib baik cepat tersedar.
"Ehem abang, Lela nak bagi hadiah birthday boy ini." Aku mula bergerak ke agenda utama. Hmm... tak sabar!
"Kena tutup mata ke?" tanya Muz.
"Suka hati abanglah. Jangan tertidur sudah. Kalau tertidur, memang Lela halau tidur luar." Selamba aku mengugut. Muz tergelak lagi. Matanya dipejam rapat. Aku mengulum senyum.
Tangan Muz dicapai lalu kotak hadiah bersaiz kecil itu diletakkan di atas tapak tangannya. Muz membuka matanya perlahan-lahan lalu kotak itu dibuka. Bibirnya tersenyum lebar.
"Cantik tak?" Aku bertanya. Lengan sengaja disangkut di atas bahu lebar Muz.
"Bolehlah," balas Muz. Automatik mata dijulingkan ke atas. Ceh! Tak nak puji juga itu.
Kad kecil yang terdapat di dalam kotak itu dicapai. Muz membacanya satu persatu. Bebola matanya ralit beralih dari satu aksara ke aksara yang lain.
◍◍◍◍◍◍◍
I love you,
You love me,
We are a happy family,
With a great big hug and a kiss from me to you,
Won't you say you love me too?
◍◍◍◍◍◍◍
Dia tergelak. Wajah aku di sisi direnung.
"Hey, want to know the answer? " Dia menyoal. Aku menjongketkan kening.
"I love you. Of course I do! " Muz membuat gaya gedik seperti kanak-kanak tak cukup Ribena. Siap dilayangkan flying kiss lagi. Aku membalas dengan menangkap flying kiss itu kemudian campak ke arah tingkap. Riak wajah Muz pantas bertukar.
"Amboi... sampai hati eh! Ini saja ke hadiahnya? Only card?" rungut Muz sambil mencebik bibir. Aku menggeleng kepala. Ish, ish, ish kufur nikmat nampak!
"Ada lagilah. Lela tahu suami Lela ini tak pernah cukup satu sebab itulah Lela prepare lebih. Tadaaa! Nah, hadiah kedua untuk abang!" Kotak kedua pula aku letakkan di atas tapak tangannya. Muz tersenyum lebar. Lama-kelamaan, senyuman itu pudar dan menghilang.
"Hek eleh, kad... lagi?" Dia dah tayang muka bosan.
"Baca sajalah. Penat tau Lela buatkan untuk abang semua ini."
Walaupun dalam tak rela, Muz tetap gigih membaca dan memahami tulisan tangan aku yang tak berapa nak kemas itu. Maklumlah, kad itu pun aku tulis di dalam kereta sementara menunggu jalan jammed kembali bergerak lancar sewaktu pulang ke rumah tadi. Takut tak sempat punya pasal. Haha.
◍◍◍◍◍◍◍
I love you,
You love me,
We're lovers like they should be,
With a great big hug and a kiss from me to you,
____________________
◍◍◍◍◍◍◍
Muz memandang aku dengan pelik. "Kenapa yang ini baris last dia kosong?"
Soalannya aku hanya biarkan tanpa jawapan. Kali ini, kotak ketiga pula aku letakkan di atas tangannya. Tanpa banyak soal, kotak itu dibuka. Muz serta-merta terdiam.
"Won't you say you want baby too? " Suaraku menyanyikan baris lirik yang terakhir. Mata Muz sudah berkaca diiringi dengan riak teruja tatkala melihat alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif di dalam kotak.
"Subhanallah..." Terus aku dibawa ke dalam pelukannya dengan erat. Diriku sendiri turut mengalirkan air mata terharu. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
"Sayang... berapa bulan dah ini?"
"Two months." Dua jari diangkat.
"Alhamdulillah... syukur, syukur Ya Allah." Berulang-ulang kali lafaz itu meniti di bibir Muz.
Sekali lagi, aku dibawa ke dalam pelukannya. Ternyata Muz juga gembira dengan khabar ini. Siapa sangka, rezeki aku dan Muz untuk menimang cahaya mata sekali lagi setelah aku mengalami keguguran dulu.
Pregnancy test itu ditatap bersama-sama. Aku menyandarkan kepalaku di atas dadanya sambil tangan Muz erat memeluk pinggangku.
"Bila sayang buat check-up ini? Abang tak tahu pun?"
"Lela baru buat minggu lepas. Cuma Lela tak tahu nak bagitahu abang macam mana. Tak lama selepas itu, baru teringat yang birthday abang dah nak dekat. So, Lela hold the news," terangku.
"Ooo... diam-diam dia berisi eh. Nasib baik tak jadi apa-apa. Kalau tak, susahlah abang nak bersoal jawab dengan bonda nanti, sayangku." Hembusan nafas lega kedengaran daripada mulut Muz. Aku hanya tergelak mendengar kata-katanya.
"Okey, sekarang abang rasa abang dah tahu kenapa abang selalu berpeluh dan menggigil kebelakangan ini." Muz tersenyum lebar. Aku mengangkat kepala ingin menatap wajahnya dengan lebih dekat.
"Preparation untuk jadi ayah rupanya," sambung Muz lagi.
Tapak tangannya diletakkan di atas perutku yang masih kempis. Aku dan Muz saling berpandangan sebelum sebuah senyuman terlakar di bibir masing-masing.
Jujur, aku gembira sekarang. Terima kasih Ya Allah. Setelah datang hujan, Engkau hadirkan pelangi. Setelah datang ujian, Engkau hadirkan bahagia. Sungguh, ini nikmat-Mu yang tak terkira dan aku harap semoga dengannya Engkau reda. Amin.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro