Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 36 🌸

" Ya Allah Ya Tuhan kami, terima kasih Ya Allah di atas kurniaan-Mu yang tidak terhingga ke atas kami. Dengan izin-Mu, akhirnya aku dan isteriku dapat meleraikan masalah yang membelenggu diri kami. Kami mohon Ya Allah, jadikanlah apa yang berlaku dulu sebagai pengajaran. Semoga rumah tangga kami aman bahagia dan terhindar daripada dendam, dengki dan busuk hati manusia. Bantulah dan bimbinglah aku dan isteriku untuk menjalankan tanggungjawab kami sebagai suami isteri yang baik. Mekar dan suburkanlah rasa cinta di antara kami. Kuatkanlah kasih sayang kami. Semoga dengannya Engkau reda. Amin, Ya Rabbal Alamin."

Setelah mengaminkan doa, Muz berpusing menghadapku. Dia menghulur tangan untuk bersalaman dan pantas aku menyambutnya. Tidak lama kemudian, aku mengangkat kepala tatkala merasa kepala yang berlapik telekung diusap lembut.

Muz tersenyum. Dari sinarnya saja sudah cukup untuk memberitahu betapa bahagianya dia sekarang. Automatik bibirku turut mengukir senyuman buat dia, lelaki bergelar suami. Inilah masa yang ditunggu dan dinanti. Tiada lagi rahsia, tiada lagi dendam. Yang ada cuma cinta yang semakin memekar dari hari ke hari.

"Eh, kenapa senyum macam itu? Abang senyum dia pun nak ikut senyum juga. Sibuk je!" Pucuk hidung terasa dicuit dengan jari kasar milik Muz. Aku mencebik bibir. Dia inikan, potong line je aku nak merasa syahdu tadi.

"Hek eleh, orang nak senyum pun tak bagi. Kedekut tahi hidung masin!" ejekku. Lidah dijelirkan ke arah Muz. Lelaki itu berdecit perlahan.

Tahu-tahu saja, tali telekungku kini terurai daripada ikatan. Tertutup kedua belah mataku akibat telekung yang sudah melorot ke hadapan. Sah, tak lain tak bukan mesti Muz yang buka ikatan tali telekung itu. Cis, berani main kasar nampak! Aku pandang Muz macam nak telan. Lagi-lagi apabila dia masih dengan riak tak bersalahnya. Nak kena ni!

Sideburns Muz aku tarik kuat. Habis terjerit dia dibuatnya. Apabila gaduh macam ini, teringat pula waktu zaman sekolah dulu. Cikgu-cikgu selalu tarik sideburns budak lelaki kalau tak siap kerja rumah. Tapi sayang, ingatkan selepas kena denda begitu dah insaf rupanya sama saja tak berubah. Akhirnya, buku latihan aku juga yang jadi mangsa. Mangsa untuk ditiru! Sabar sajalah.

"Auuu! Sakitlah sayang! Sampai hati betul buat kita macam ini." Tapak tangannya mengusap bahagian tepi muka yang pedih. Muka tak payah cakaplah, cemberut habis! Siap berkerut dahi lagi, kononnya sakit sangat.

"Alololo... sakit ya? Kesiannya dia. Sini cepat, biar Lela gosokkan tempat yang sakit itu." Aku mengarahkan Muz untuk mendekat. Perlahan-lahan, Muz mengesot menghampiriku. Kini, lelaki itu betul-betul berada di depan mata. Aku mengulum senyum.

"Abang, dekatlah lagi. Jauh-jauh buat apa? Bukannya tangan Lela sampai pun nak tolong gosokkan. Sini cepat," arahku lagi. Tanpa membantah, encik suami hanya menurut. Wajahnya merapat sehingga jarak beberapa inci saja dariku. Kelopak mata Muz terpejam bersama dahi berkerut. Ceh, macamlah sakit sangat! Mengada sungguh ini!

Pantas pipi Muz aku tolak disertai dengan tawa yang meletus kuat. Terpaling wajah lelaki itu ke sisi. Hampir-hampir saja bibirnya hendak mencium sejadah yang masih terbentang. Aku tergelak lagi. Yes, payback time!  Mata Muz tajam merenung ke arahku tanda tak puas hati. Marah ke cik abang?

"Okey dah tak sakit, kan? Lela pergi dapur dulu nak buat sarapan. Bye, bye!" Aku bingkas bangun daripada duduk. Nak cepat-cepat larikan diri. Muz ini bukan boleh percaya sangat. Bila-bila saja dia boleh kenakan aku balik. Haha.

Baru saja kaki mengorak langkah, tingkahku terhenti. Nak bergerak macam mana kalau bahagian bawah kain telekungku dipijak seseorang. Siapa lagi kalau bukan Muz? Argh, tak guna! Aku ketap bibir menahan geram. Dia inikan!

Langkah bergerak mendapatkan Muz. Entah mana silapnya, aku terpijak kain sendiri menyebabkan badan serta-merta hilang keseimbangan. Spontan mata terpejam rapat. Habislah, confirm retak tulang punggung aku apabila cecah lantai nanti.

Namun, tanggapan aku tak kekal lama apabila hela nafas seseorang menampar kulit muka. Menandakan kedudukan kami sangat rapat ketika ini. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Wah... apakah ini mimpi? Aku jatuh atas pangkuan Muz la! Saat itu, baru aku sedar tangan kekarnya kemas melingkar di pinggang dan belakang bahu. Automatik pandangan aku dan Muz bertaut. Sempat dia membetulkan telekung yang hampir menutup sebelah mataku supaya kekal elok letak duduknya.

"Lela kacau abang tadi kan? See, kan dah kena denda." Dia tersenyum kacak bersama mata kiri yang sengaja dikenyitkan. Waktu itu, sumpah aku rasa nak buat-buat pengsan. Ya Allah, sungguh indah ciptaan-Mu ini. Anyone tolong, aku dah jadi aiskrim ini! Cair habis weh!

"Aaa... lepaslah, Lela nak buat sarapan."

Cepat-cepat aku sedarkan diri dan ingin bebas daripada pelukan hangat Muz. Huish, lain macam. Sejak bila Muz pakai santau ini? Boleh pula aku terpukau tadi. Subhanallah... subhanallah. Ya Allah, terima kasih atas peluang yang Kau berikan tadi. Dapat juga aku tengok senyuman kacak itu dekat-dekat. 

Eh, terpuji pula! Parah sungguh aku ini.

"Nope!  Tak boleh. Abang tak nak lepas. Biarlah macam ini lama-lama... abang suka," bisik Muz perlahan di tepi telinga. Terus bertukar beku dan kejung seluruh badan aku jadinya. Jantung pun dah rasa berlubang. Lagi-lagi terpandangkan senyuman Muz sekali lagi. Kenapa manis sangat ini? Aaa... I cannot!

"A... abang janganlah macam ini. Lela dah laparlah. Abang tak nak makan ke?" soalku. Cuba untuk melepaskan diri. Jangan dilayan sangat perangai cik abang seorang ini.

Muz tersenyum lagi sebaik mendengarkan soalan daripadaku. Kali ini semakin lebar. Aku pula yang seram sejuk. Apahal pula ini? Sawan ke apa?

"Okey, jom kita pergi dapur."  Fuh, lega.

Serentak dengan itu, pegangannya di pinggangku dilepaskan menyebabkan belakang badan  mengena lantai. Aduh, sakitnya! Lambat-lambat aku bertukar posisi duduk bersama keadaan telekung yang serabai menutup muka. Hanya kedua belah mata saja yang kelihatan. Pinggang yang terasa sedikit sengal diurut sebelah tangan. Nasib baik tak sakit sangat, kalau tak memang dah kena luku agaknya cik abang ini.

Aku menghadiahkan Muz sebuah jelingan tajam. Dia memberikan senyuman mengejek.

"Tak nak kawan abang! Jangan kawan dengan Lela dah," bentakku.

"Memang abang tak nak kawan pun. Buat apa nak kawan? Abangkan dah kahwin dengan Lela," balas Muz pula. Amboi, tak nak kalah nampak!

Hilang kata aku dibuatnya. Idea dah kering tak tahu nak balas apa lagi. Bibir mendengus kasar. Aku bingkas berdiri kemudian kaki laju menonong menuju ke rak penyidai. Sebaik selesai menyidai telekung, Muz ditinggalkan sendirian di dalam bilik. Lela nak merajuk! Biar Muz yang pujuk. 

*******

Bawang merah yang siap dikupas kulitnya dan dibasuh diletakkan kasar di atas papan pemotong. Sebelah tangan mencapai pisau di sebelah sinki. Tangan mula bergerak mencincang bawang merah tersebut sehingga menjadi kepingan kecil. Kemudian, sebiji bawang merah lagi diambil lalu dicincang sama seperti tadi.

Apabila habis mencincang enam biji bawang, automatik mata berair. Hidung pun tersumbat. Inilah penangan dah lama tak masuk dapur. Huhu, sedih! Kerusi di meja makan ditarik untuk duduk. Tisu yang bergumpal di genggaman diguna untuk menenyeh mata dan hidung yang sama-sama berair dek penangan bawang.

Ya Allah, apahal semakin pedih pula ini? Berjurai-jurai dah air mata aku keluar. Lagi dilap, lagi banyak pula air mata yang turun di pipi. Akhirnya, aku hanya membiarkan saja. Suka hati kaulah.

Tiba-tiba, kedengaran langkah seseorang baru masuk ke dapur dari arah belakang aku. Tak payah cakap pun aku dah boleh agak itu siapa. Mana taknya, perfume mahal dia seorang saja dah boleh gantikan pewangi Ambi Pur dekat ruang tamu itu. Kembang kempis jugalah hidung aku nak menahan baunya.

"Eh, kenapa Lela menangis ini?" Muz dah kaget tatkala melihat hidung dan mataku yang bertukar merah. Wajahnya diraup dengan kedua belah tangan.

"Lela, abang minta maaf kalau tadi abang bergurau kasar sangat. Sorry eh? Ya Allah, apa aku dah buat ini?" Giliran aku yang terkedu. Sedar-sedar saja Muz dah duduk berlutut di hadapanku. Wajah dia tak payah cakaplah, berkerut habis! Risau punya pasal.

 "Lela okey, kan? Lela sedih sangat ke abang buat macam itu tadi? I'm so sorry, sayang." 

Kali ini, kedua belah tangan aku dicapai lalu dikucup berulang kali. Buat ke sekian kalinya, aku terkedu lagi. Euw, sanggup dia cium tangan aku yang dah bau bawang ini? Sanggupnya cik abang kita seorang ini. Aku pun tak sanggup nak cium tangan sendiri sekarang. Bau bawang!

"Sayang, janganlah senyap macam ini. Bagitahu abang. Lela marahkan abang eh? Am I hurt you so much, dear? " 

Genggaman Muz pada tanganku semakin erat. Sengaja aku maintain muka tak ada perasaan. Punyalah bersungguh-sungguh dia meminta maaf tanpa mengetahui hal sebenar. Kalau aku gelak guling-guling sampai cecah dinding dapur hujung sana aci tak? Hahaha. Sumpah lawak sangat ini weh! 

"Lela answer me, please. I love you," ujar Muz lagi. Tak tahulah kenapa, tapi hati aku berbunga-bunga sekarang ini. Uwu... Muz dah confess la! Tak jadi terus niat asal nak merajuk.

"I love you too, abang."

Lelaki itu pula yang terdiam ataupun lebih tepat lagi terkedu. Puas aku menyimpan senyum namun tetap gagal. Akhirnya, aku biarkan saja senyuman itu memekar di bibir. Muz pandang aku bagaikan tak percaya. Alahai, comel je dia.

"Hei, janganlah pandang Lela macam itu. Abang tak dengar eh? I love you too, abang." Tanganku menekup kedua belah pipi Muz sambil mengulang lafaz yang sama buat kali kedua. Perlahan-lahan senyuman yang mampu menggetarkan jiwaku itu muncul di tepi bibirnya. Senyuman yang mampu buat aku jadi aiskrim.

"Pandai eh nak kenakan abang? Nakal dia ini," gumam Muz. Pipiku dicubit tanda geram.

"Mana ada Lela kenakan abang. Abang sendiri yang salah faham. Lela menangis sampai keluar air mata ini sebab potong bawang tadilah. Tengok itu hah, bawang atas papan pemotong itu." Bibir dijuihkan ke arah sebelah sinki. Muz turut menoleh ke arah yang sama. Lelaki itu mencebik.

"Ceh! Abang yang tertipu rupanya. By the way, betul ini sayang tak apa-apa? Tak nak abang tolong?" 

"Don't worry, Lela okay. Eh, abang betul-betul nak tolong ke ini?" soalku sekali lagi. Mana tahu aku tersilap dengar. 

"Tak adalah. Abang main-main je. Saja nak ambil hati sayang," balas Muz. Selamba.

Aku menjulingkan mata ke atas. Hmm, mamat ini bukan boleh percaya! Ada saja jawapannya. Tiba-tiba, rasa menyesal pula tanya soalan itu tadi. Kalau aku tahu jadi macam ini, awal-awal lagi aku suruh tolong. Huh! 

"Tak nak tolong, kan? So, you may go. Shuh, shuh." Tangan menghantar isyarat meminta Muz beredar dari ruang dapur. Muz akur namun sempat pula dia menghadiahkan flying kiss sebelum berlalu pergi. Ceh, sweet pun tak bertempat! 

Kerja memotong bawang yang tergendala tadi disambung seorang diri. Maklumlah, sekarang ini awal lagi baru nak menginjak pukul 7.30 pagi. Kebiasaannya, ibu dan Kak Tim akan masuk ke dapur jam lapan pagi untuk menyediakan sarapan. Angin apa entah yang merasuk aku hari ini tiba-tiba nak sediakan sarapan lebih awal daripada biasa.

"Ehem. Apahal bersemut saja dapur pagi ini? Siap ada kerengga sekali ini. Ada gula tumpah ke?" Suara Kak Tim memecah ruang dapur disertai gelak jahat mengusik. Automatik tingkah aku terhenti.

"Amboi, seronok kau orang bercinta dekat dapur ya?" Giliran ibu pula menggiat. Lidah sudah terkelu tanpa bicara.

"Kak Je, agak-agak bila geng masjid ayah boleh bertambah ini?" Soalan terakhir daripada ayah buatkan aku rasa nak pengsan. Muka pun dah tak tahu nak letak dekat mana. Weh, dia orang tengok ke drama aku dan Muz pagi tadi? Uwaa... malu! 









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro