Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 34 🌸

Pagi tadi, bermulalah tugas aku sebagai seorang pendidik selepas dua minggu berpantang di rumah bonda. Sebaik saja masuk ke dalam pejabat, hampir semua cikgu yang bertembung denganku mengucapkan takziah dan meminta aku bersabar dengan apa yang berlaku. Aku hanya mampu tersenyum. Bukan sekali dua aku mendengar nasihat yang sama.

"Selamat pagi cikgu!" Hakimi menjalankan tanggungjawab pada pagi itu.

"Selamat pagi. Semua boleh duduk," ujarku bersama sebuah senyuman. 

6 Cemerlang. Kelas pertama aku untuk hari ini. Masing-masing memandang kelibatku dengan riak teruja. Masih ada lagi pelajar yang terlopong walaupun sudah kira-kira 10 minit aku berada di dalam kelas. Aduhai budak-budak ini. 

"Bob, tutup mulut itu. Berbau tahu tak?" Sengaja aku mengusik. Satu kelas dah tergelak. Bob pantas menutup mulutnya dengan kedua belah tangannya yang gempal.

"Awak semua ini janganlah terkejut sangat. Cikgu nak mengajar pun tak senang tau! Asyik terasa diperhatikan saja," komenku. Memang itulah yang terjadi. Setiap tindak-tandukku bagaikan diekori dengan mata tajam mereka. 

"Cikgu! Betul ke cikgu cuti sebab keguguran?" Seperti biasa, Falique yang prihatin membuka mulut berjaya memecah sunyi yang selama ini menghurung ruang kecil itu.

Bibir mengukir senyum sekali lagi. Tak sangka budak-budak ini pun mengambil berat tentang diriku. Terharu sekejap.

"Ya, tapi jangan risau sebab sekarang cikgu dah sihat." Pen marker diambil dari pencil box. Kemudian, pandangan kembali lurus pada pelajar kelas tahun 6 Cemerlang.

"Sepanjang cikgu cuti, siapa yang ganti? Cikgu Sarah ke?" soalku ingin tahu.

Semua menggeleng. Dahi mulai berkerut. Rasanya yang mengajar kelas Sains tahun 6 hanya kami berdua. Ada apa-apa perubahan ke?

"Tak... Cikgu Faizi yang gantikan cikgu," terang Falique sebagai wakil kelas.

Cikgu Faizi? Hmm... dia dah start take over ke? Sebelum ini, memang guru besar pernah cakap bahawa guru Sains untuk kelas tahun 6 masih tidak mencukupi dan memerlukan lagi seorang guru. Mungkin Cikgu Faizi yang dipilih. Nampaknya, selepas ini aku perlu berurusan dengan guru lelaki itu berkenaan prestasi terkini para pelajarku.

"Okey, students!  Berapa hari lagi nak UPSR?" Aku mulakan sesi pembelajaran hari itu bersama sebuah soalan maut. Bibir mengulum senyum.

Beberapa orang pelajar sudah menutup telinga dengan tangan sambil menggeleng-gelengkan kepala dan memejamkan mata. Nak tergelak aku dibuatnya. Reaction... melampau! 

"Hahahaha... kenapa sampai macam itu? Cikgu cuma tanya bila saja kan? Bukan suruh jawab UPSR sekarang pun!" Semakin giat aku menyakat. Seronok pula mengusik budak-budak yang naif ini. Aku menggelengkan kepala. Macam-macam la kau orang ni!

"Lagi seminggu. Kami takutlah cikgu. UPSR kot! Omaigad... omaigad," jawab Thohir. Amboi, melampaunya sampai menggigil-gigil tangan! Sekali tengok, macam mat gian pun ada. Thohir, Thohir. Satu hari tak buat kecoh mesti tak sah!

Kata-kata Thohir menyebabkan semua mengangguk. Pandanganku singgah satu persatu di wajah mereka. Kemudian, bibir menghela nafas perlahan.

"Dengar sini, cikgu nak pesan. Kamu semua kena ingat, anggaplah dengan menjawab UPSR ini sebagai salah satu cara untuk balas jasa ibu dan ayah masing-masing. Buktikan pada mereka, kamu semua datang sekolah selama ini betul-betul untuk menuntut ilmu bukannya nak main-main. Perlu diingat, kebahagiaan ibu bapa ialah melihat anak-anaknya berjaya depan mata. Jadi, kamu semua mestilah berusaha sungguh-sungguh untuk beri kebahagiaan itu! Jangan takut dan jangan mengalah. Selagi peluang masih terbentang, tidak pernah wujud istilah gagal."

Panjang lebar nasihat diberi. Masing-masing yang mendengar terdiam bagaikan cuba memahami makna yang ingin aku sampaikan. Buat beberapa ketika, kelas menjadi sunyi dan sepi.

Tidak lama kemudian, seorang pelajar perempuan berdiri dan datang menghampiri. Delaila namanya. Sama dengan nama aku, kan? Aku pun teruja apabila dapat tahu tentang itu dulu.

Di tangan Delaila terdapat sebungkus plastik merah yang berisi coklat Cadbury petak kecil yang aku kira berharga 40 sen satu di kantin. Perlahan-lahan tanganku dicapai lalu plastik itu diletakkan di atas tapak tangan.

"Cikgu Laila, terima kasih atas jasa cikgu selama ini sebab sudi mengajar kami semua. Terimalah hadiah yang tak seberapa daripada kami ini. Semua orang kumpul duit belikan untuk cikgu," luah Delaila. Serta-merta tubir mata terasa panas. Sungguh, aku terharu!

Kemudian, mata aku menangkap kelibat Falique yang sudah berada di sudut kelas bersama pelajar lelaki yang lain. Dari situ aku dapat menangkap kelibat Thohir, Hakimi, Badrul, Azeeb, Zakwan dan Bob. Lengkap kesemua pelajar lelaki kini berdiri di hadapan. Kami gelarkan tujuh putera.

Zakwan mengangkat jari bagai menunjukkan isyarat sesuatu. Mereka yang lain mengangguk seolah-olah mengerti. Bob sudah bersedia dengan gitar di tangan. Aku syak dia orang mesti rembat dari bilik muzik ini. 

1 2 3 Go! 

https://youtu.be/Ni8rkUW9rrs

Beribu bintang di langit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Setelah tamat persembahan ringkas daripada putera bertujuh, Falique melangkah setapak ke hadapan. 

"Cikgu, kami tak mampu nak bagi hadiah mahal-mahal. Kami tak mampu nak nyanyi sedap-sedap untuk cikgu. Kami pun tak mampu nak balas jasa cikgu mendidik kami selama ini. Apa yang kami mampu ialah buat yang terbaik untuk UPSR nanti. Doakan kami cikgu. Akhir kata, terima kasih Cikgu Lela. Terima kasih untuk segalanya."

Sekuntum bunga ros yang disorokkan di belakang badan kecilnya tadi kini berada di depan mata. Bunga ros yang terikat dengan reben pink bertukar tangan.

Tanpa disedari, air mataku menitik di pipi. Ibu jari dibawa mengesat sisa mutiara di bawah tubir mata. Bukannya sedih, tetapi terharu! Tak sangka begitu teliti persiapan mereka untuk menyambutku di sekolah hari ini. Bukan kaleng-kaleng!

Lidahku terkelu dan kehilangan kata akibat terlampau sebak menahan rasa. Alahai, anak-anak murid cikgu. Kenapa buat macam ini? Cikgu tak pernah minta balasan pun. Aku mengoyak senyuman di depan anak murid tercinta.

"Cikgu sayang anak murid cikgu. Cikgu nak kamu semua tahu, doa cikgu sentiasa mengiringi kejayaan kalian. Terima kasih juga sebab jadi anak murid yang baik, dengar kata dan sentiasa menyinari hari-hari cikgu. Cikgu Lela sayang kau orang! Muah!" 

Pendidik... tugasnya bukan mudah. Penuh rintangan, cabaran dan halangan. Tanggungjawab mereka ibarat sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi menyinari kegelapan insan dan aku... seorang guru yang rela menyebarkan ilmu seikhlas hati di saat yang lain memilih untuk berdiam diri dan mencapai impian sendiri.

*******

Kereta diberhentikan di hadapan rumah ibu. Walaupun aku dah habis tempoh berpantang, ibu tetap menyuruh aku tinggal dengan dia. Katanya, kalau jadi apa-apa ibu dan Kak Tim ada untuk tolong tengok-tengokkan. Tanpa banyak soal, aku dan Muz hanya menurut.

Sampai di ruang tamu, aku menangkap batang tubuh ibu yang sedang melipat baju sambil menonton drama Hindustan di TV3. Kak Tim pula mendodoikan dua heronya sambil mata tertancap pada televisyen. Khusyuk sungguh malah langsung tak menoleh. Huh, memang macam ini ke set-set ibu se-Malaysia?

"Ibu, Kak Tim, orang masuk bilik dulu noh.

"Hmm..." Ceh! Itu saja yang dibalas? Aku menggelengkan kepala. Tak patut... tak patut.

Perjalanan disambung ke bilik tidur. Kain tuala dicapai sebelum berlalu ke dalam bilik air dengan langkah malas. Badan pun terasa letih. Dah lama tak turun naik tangga sekolah agaknya.

Rambut yang masih basah dilap perlahan di hadapan cermin. Tiba-tiba, mata aku menangkap buku hitam di atas meja solek. Rasanya kalau tak silap aku itu buku Muz. Takkan tertinggal? Macam tak logiklah pula. Dah terang-terang atas meja, kan? Habis itu, sengaja tinggal? Mustahil! 

Tangan kembali sambung mengelap rambut. Tak perlu nak sibuk hal orang nanti jadi bahan gaduh pula. Kalau nak tahu, selepas sahaja aku bertanya soalan di rumah bonda hari itu, Muz berubah menjadi dingin. Sepatah ditanya, sepatah juga dijawab. Aku melepaskan keluhan berat mengingatkan tingkahnya.

Selepas menyapu bedak di muka, aku berpusing hendak keluar dari bilik. Entah macam mana, buku hitam itu turut terjatuh sekali. Pantas aku menunduk, ingin meletakkannya kembali di atas meja.

Tiba-tiba, mata aku terpandangkan sesuatu yang terdampar di atas lantai. Setelah diamati, aku tertelan air liur sendiri. Ini... ini bukan ke kad jemputan kahwin aku dengan Diff dulu? Kemudian, aku terpandangkan pula muka surat yang kini terbuka. Hati aku kuat mengatakan bahawa Muz menyelitkan kad jemputan di bahagian itu.

Sabtu, 6 Julai

Hati aku sakit... sangat! Aku tak dapat terima yang kau pilih lelaki lemah itu Lela! Kenapa kau tak pernah cuba buka mata hati kau untuk aku? Kenapa Diff? Kalau kau tahu keadaan sebenar dia, penyakit yang cuba Diff sembunyikan daripada kau... mesti kau takkan terima! 

Tarikh yang tertera mengingatkan aku pada sesuatu. Dua hari sebelum pernikahan aku dan Diff. Air liur serta-merta terasa berpasir. 


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro