BAB 31 🌸
"Hah, nak kongsi sangat kan? Sekarang, tak perlu kongsi-kongsi lagi. Bonda dah tuang dalam gelas masing-masing. Bonda nak tengok kau orang berdua habiskan air ini depan mata bonda!"
Tegak bulu roma aku dibuatnya. Puan Sri Khairina dah kembali! Aduh, menyesal pula mengelat. Mendidih darah bonda apabila melihat Muz yang minum air itu, bukannya aku. Sekarang ini hadaplah! Muz sekali kena denda dengan bonda tetapi aku tak kesian sangat sebab dia dah dapat upah dulu sebelum buat kerja!
Air pegaga di dalam gelas aku pandang sekilas. Urgh... tekak mula kembang nak muntah. Aku jeling Muz di depan. Dia pun kelihatan teragak-agak nak minum untuk kali kedua. Serentak mata kami bertembung.
"Cepat minum! Kalau tak, bonda tambah lagi!" Mangkuk air rebusan dibawa betul-betul di hadapan kami. Aku dah telan air liur. Huish, gilalah! Lebih baik aku minum sekarang.
Terbatuk-batuk aku tatkala semua molekul air itu melepasi kerongkong. Perghh...! Rasa dia saja boleh buat aku kemurungan kalau kena menghadap ini sebulan. Nasib baik 14 hari je.
Bonda tersenyum puas. Bahu aku dan Muz dipegang dan dicengkam agak kuat. Kemudian, wanita separuh abad itu membongkokkan badannya menjadikan wajahnya separa dengan kami.
"Jadi pengajarannya anak-anak bonda... jangan mengelat! Lela saja kena minum air itu. Muz tak payah nak back up isteri sangat. Bonda buat macam ni pun sebab nak Lela cepat sembuh. Kalau tak, lama lagilah nampaknya bonda nak timang cucu sekali lagi."
Muka Muz yang pada mulanya keruh bertukar jernih sebaik mendengar penjelasan bonda. Lagi-lagi apabila tiba di ayat terakhir. Aku memberikan jelingan tajam. Mamat inikan, memang nak kena!
Sewaktu makan malam, meja makan itu bergema dengan gelak tawa ayahanda sampai keluar air mata dari tubir mata tua itu. Kelakar sangat agaknya. Pulang saja ayahanda dari pejabat, terus bonda membuka cerita tentang kantoinya aku dan Muz pagi tadi. Kami berdua hanya mampu tunduk memandang lauk. Sedar salah sendiri.
"Ayahanda, boleh kita makan sekarang?" Muz mencelah. Bosan melihat ayahanda yang tidak henti-henti gelak. Susah payah lelaki tua itu menghabiskan sisa tawa yang ada apabila muka Muz juga bertukar bengang.
"Okey, okey. I'm sorry, my bad. Kita makan sekarang." Ayahanda mula mengangkat tangan untuk mengetuai bacaan doa makan. Setelah doa dibaca, masing-masing senyap mengunyah hidangan. Sehinggalah ayahanda membuka mulut.
"Lela selesa tak duduk di sini, berpantang dengan bonda?" Soalan ayahanda berjaya membuatkan aku buntu sendiri. Lagi-lagi apabila perasankan bonda juga fokus ke arahku.
"Alhamdulillah, Lela selesa sangat. Bonda jaga Lela dengan baik! Lela terhutang budi sangat dengan bonda dan ayahanda." Fuh! Lega sekejap walaupun sekadar memberikan jawapan selamat.
"Ya ke? Kalau selesa, kenapa tak minum air pegaga pagi tadi? Kenapa suruh Muz?" Alamak! Bonda dah tanya soalan perangkap. Matilah aku!
Perlahan-lahan aku melirik ke kerusi sebelah. Eh, Muz ini tak ada rasa nak tolong ke? Dia hanya senyap mengunyah nasi malah langsung tak mengangkat muka. Seolah-olah ingin membiarkan aku dalam situasi yang sukar ini.
Aku pandang wajah ayahanda dan bonda silih berganti. Lambat-lambat aku membuka mulut.
"To be honest, Lela tak tahan minum air itu. Baunya buat tekak Lela kembang rasa nak muntah. Lela tak mampu nak telan sebab tak lama selepas minum rasa nak terkeluar balik semua itu. Sebab itulah, err... Lela minta tolong Muz yang habiskan."
Usai memberikan penjelasan, kepala serta-merta menunduk. Rasa bersalah menguasai diri. Saat itu, aku langsung tak berani mengangkat muka memandang sesiapa. Uwaa, apa aku dah buat ini? Mesti bonda marah! Huhu.
Tiba-tiba saja tanganku yang berada di atas meja seperti digenggam perlahan. Spontan aku mengangkat kepala dan serentak dengan itu, wajah bonda menghiasi pandangan. Aku terkedu seketika. Bonda senyum!
"Lela sayang, kalau ada apa-apa masalah bagitahu saja pada bonda. Bonda nak jaga Lela dengan baik, bukannya nak buat Lela rasa tak selesa. Okey sayang?" Lembut suara bonda menerpa telinga. Aku pandang bonda di hadapan bersama sebuah senyuman. Terharu!
"Lela minta maaf bonda. Lela janji selepas ini Lela ikut semua cakap bonda. Tak mengelat macam tadi dah," ujarku. Tangan kiri diangkat separas dada seperti sedang berikrar. Bonda dan ayahanda mengukir senyum. Leganya rasa!
"Ayahanda peliklah. Macam mana Muz boleh setuju nak habiskan air pegaga itu? Kalau ayahanda... huish, tak sanggup!" kata ayahanda. Muz tersengih mendengarnya.
"Sayang isteri punya pasal la, ayahanda. Lautan api pun sanggup ku renangi, apalah sangat nak dibandingkan dengan segelas air pegaga, kan?" Muz menjawab sambil bermadah kata. Dalam diam, aku mengutuk. Sayanglah sangat!
"Mana tak sayang kalau dah dapat upah sebiji!" sampuk bonda sambil mengulum senyum.
Ikan salmon yang dikunyah tadi tercekik di tekak. Aku tak salah dengar, kan? Err... bonda nampak ke aku cium Muz tadi? Kalau betul mana nak letak muka ini? Waktu itu, aku dah rasa nak bertukar jadi pegaga.
"Bonda! Apa yang bonda nampak tadi? Baik bonda bagitahu. Amboi bonda, tak malu eh curi-curi tengok Muz dengan Lela berasmaradana." Jari telunjuk Muz menuding ke arah bonda sambil itu digoyang-goyangkan disertai senyuman mengusik.
Kaki Muz di bawah meja aku sepak laju-laju. Adoi, sumpah la ini suami aku? Tiba-tiba aku rasa macam tak nak mengaku dia sebagai suami. Mana ada berasmaradana, cium pipi saja. Melebih sungguh la dia ini!
Muz mengaduh kesakitan. Aku memberikan jelingan maut. Muz melemparkan senyum sebagai balasan. Sabar sajalah! Pandangan mata ayahanda dan bonda langsung tak lepas memerhatikan kami sambil tersenyum seribu makna.
*******
Bintang malam ini sungguh cantik dan bersinar terang. Bulan penuh turut mengambang. Posisi duduk aku betulkan seketika. Mata tak boleh lepas daripada melihat langit yang penuh bercahaya. Cantik betul pemandangan langit dari sini. Sengaja aku memilih untuk melihat bintang dari taman kaktus bonda. Tanpa aku sedari, bibir melepaskan sebuah keluhan.
"Kenapa mengeluh?" Muz tiba lalu duduk turut serta mengambil tempat di sebelahku. Soalannya sama seperti waktu makan malam di rumahku dulu. Sampai sekarang, aku sendiri masih tiada jawapan untuk itu.
"Entahlah. Saya pun tak tahu. Setiap kali apabila saya tengok bintang, saya rasa hampa. Rasa sedih. Saya tak tahu kenapa," luahku bersama pandangan yang setia pada dada langit.
"Mungkin sebab saya rasa hidup saya tak seindah dan secantik bintang-bintang di langit." Aku menyambung lagi. Muz hanya diam mendengar. Sesekali aku menggosok lengan yang terasa dingin ditampar angin malam.
"Sejuk ke?" tanya Muz. Aku mengangguk sebagai jawapan.
"Sejuk juga tetapi boleh tahan lagi sebab saya pakai baju lengan panjang."
Muz masih setia merenung aku dari sudut tepi. Untuk mengelakkan diri ini daripada terus diperhatikan, aku menoleh memandang lelaki itu.
"Awak nak air? Saya boleh buatkan," pelawaku. Dia menggeleng tanda menolak.
"Tak apa, saya dah buat air. Untuk awak pun ada." Mug berwarna merah di atas meja dihulurkan kepadaku. Tak perasan pula dia tiba bersama dua mug di tangan tadi.
"Thanks. Oh, wait a minute. Don't tell me this is..."
"Air pegaga. Bonda pesan awak kena minum double hari ini. Denda sebab mengelat pagi tadi."
Oh my! Like, seriously? Bibir mengeluh perlahan. Tak boleh lari dah ni nampaknya.
Tiba-tiba Iphone X di sisi memaparkan notifications Whatsapp yang baru muncul. Tanganku yang baru saja hendak meneguk cawan itu terhenti. Telefon di atas meja kecil dicapai.
"Tengok apa tu? Gambar Diff ke?" Muz bertanya dengan nada sinis sambil mencicip kopi. Spontan jariku yang sedang menaip sesuatu terkaku. Aku mengangkat muka memandang si dia.
"Apa maksud awak?"
"Nothing. I'm just asking."
Aku menggelengkan kepala. Skrin telefon yang agak gelap ditunjukkan betul-betul di hadapan muka sang suami.
"Saya tak tengok gambar Diff pun. Awak jealous ?"
Lelaki itu terdiam sebelum nafasnya dihela perlahan. Mug di pegangan diletakkan di atas meja.
"Bagitahu saya, suami mana yang tak cemburu apabila isteri dia tengok gambar ex tunang dulu?" Wajah aku direnung dari dekat. Mulut serta-merta terkunci.
"Sebab ini ke awak dingin dengan saya waktu balik hari itu?" Aku yakin itulah sebabnya.
Sebelum tertidur di ruang tamu, aku sempat membersihkan gambar di dalam gallery. Tiba-tiba, boleh pula terjumpa gambar aku dan Diff di majlis pertunangan kami dulu. Kemudian, apabila dah mengantuk mata terus terlelap tanpa sempat menutup phone. Jadi aku syak Muz ternampak gambar Diff di telefon aku malam itu.
"Saya minta maaf kalau gambar itu buat awak cemburu. Tapi saya rasa tak perlu kot untuk awak rasa macam tu. Sejak hari pertama saya bergelar isteri awak Muz, saya dah berjanji dengan diri saya untuk mencintai awak seorang. Saya takkan berlaku curang. Itu di pihak sayalah. Tak tahulah pula macam mana dengan awak sebab sekarang pun awak dah ada Lili kan?"
Muz pandang aku sekilas sebelum melemparkan pandangannya ke tempat lain.
"Lili... she's one of my ex-girlfriends," balasnya ringkas.
Mulutku terlopong luas. Ya, aku tahu Lili banyak kali bercinta dan putus di tengah jalan dulu tapi tak sangkalah pula salah satu daripada lelaki itu adalah Muz!
"And the picture you saw before was when we were in love." Muz menyambung kata.
"Oh, jadi maksudnya selama ini saya kahwin dengan bekas kekasih kawan baik sendiri? Awak dan Lili pulak sengaja buat-buat tak kenal depan saya? Hahah, so funny!" Aku ketawa sinis. Sumpah jari dah rasa nak tarik rambut Muz sekarang.
"Lili bukan sesiapa lagi dalam hidup saya," jelas Muz.
Aku mengetap gigi sambil menarik nafas dalam.
"Then same goes to me. Diff pun bukan sesiapa lagi dalam hidup saya. He's become a memory," balasku tak nak kalah. Muz sekadar menunduk.
"Mesti awak tertanya-tanya kenapa saya balik seminggu awal kan?" Dia menukar topik perbualan.
Siapa saja yang tak pelik? Bonda pun tanya aku kenapa Muz balik awal ke rumah. Aku pun tak sempat nak bertanyakan hal itu.
"Saya balik awal sebab awak. My mind and heart keep telling me about you. Don't you know what's that means?"
"It means you are always there in my heart. There's no second without thinking about you, dear."
Rasa nak bergegar jantung. Berdebar-debar pula hati ini mendengar luahan hati Muz yang kedengaran tulus. Pada masa yang sama, aku rasa seperti ada rama-rama dalam perut sedang terbang tatkala renungan mata milik Muz menyapa pandangan.
"Err... saya nak masuk dululah. Dah malam sangat tak elok lama-lama di luar."
Aku bingkas bangun dari kerusi dan melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Muz sendirian. Dada masih belum henti berdebar. Jujur, kata-kata Muz tadi membuatkan hati ini sedikit terusik. Tetapi, aku takut andai semua itu palsu. Takut dipermainkan sekali lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro