Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 30 🌸

Bunyi alarm phone yang kuat membingitkan telinga. Adoi, inilah yang jadi apabila kau lupa nak adjust volume sebelum tidur. Bunyinya saja dah boleh buat loceng rehat di sekolah. Boleh gugur agaknya bulu telinga aku kalau hari-hari menghadap bunyi yang kuat begini.

Dalam separa mamai, jari telunjuk ralit menggosok mata sambil sebelah tangan lagi sibuk menggagau mencari phone di atas katil. Ish, mana pula phone ini? Bukan aku letak betul-betul di sebelah bantal ke? 

Nak tak nak, terpaksa juga kelopak mata dibuka. Cari guna tangan tak jalan, kenalah guna mata. Bantal yang menjadi alas kepala diangkat. Hah! Jumpa pun. Sedang elok saja Iphone X itu di bawah bantal. Aku menghela nafas lega. Nasib baik ada. Kalau hilang, jenuh juga nak mencarinya.

Bunyi alarm ditutup. Aku masih tak berpuas hati. Kenapa aku masih dengar bunyi lagi? Butang down volume ditekan sehingga mute. Ish, tak boleh jadi ini. Bunyi yang tidak diketahui itu semakin kuat pula. Aku menyuluh sekeliling bilik. Hmm...

Tapak tangan terasa hangat secara tiba-tiba. Seolah-olah bersentuhan kulit dengan seseorang. Bulu roma serta-merta naik mencacak. Teksturnya yang bertulang juga dapat dirasa.

Hah? Bertulang? Kelopak mataku terjegil luas. Kedua belah mata digosok dengan tangan kemudian dipejam dan dicelikkan berulang kali. 

Muz?

Sekujur tubuh yang separuh berbungkus selimut direnung tak berkelip. Riak wajah yang tenang diulit lena itu aku pandang lama. Baju kemeja dia pun dah siap ditukar baju tidur. Serius, bila dia sampai? Kenapa aku boleh tak perasan? Aku rasa aku tidur lambat juga malam tadi.

Teringat tentang malam tadi serta-merta aku jadi tak menentu. Weh, malam tadi bukan aku tertidur di atas sofa ruang tamu ke? Ya Allah, aku meraup muka yang dah berbahang malu. Please, tolonglah jangan cakap yang dia baik hati angkat aku masuk bilik. Tetapi, kalau tengok dari sudut logik macam betul saja. Oh my... malunya saya! Aku menggeleng kepala laju-laju menghilangkan rasa malu. 

Sayup-sayup kedengaran azan berkumandang dari masjid berhampiran. Sekejap saja dah masuk waktu subuh. Aku menunggu sehingga azan tamat barulah mengejut Muz yang masih di alam mimpi.

"Muz, bangun. Dah subuh." Selimut yang menutup sebahagian tubuhnya ditarik perlahan. Lelaki itu masih kejap menutup mata. Amboi, cik abang! Langsung tak nak bangun ke apa ni?

"Awaknya... bangunlah. Tak elok tau lambat-lambatkan solat." Percubaan kali kedua untuk mengejut sang suami masih tidak berjaya. Tiada tanda-tanda yang dia ingin sedar. Ish, tak boleh jadi ini. Aku berdehem perlahan.

"Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap ke hadrat Allah Taala."

"Wahai Tuan Salahuddin Muzaffar Shah Al-Din bin..." 

"Ya Allah!" 

Muz bingkas bangun dari pembaringan dengan muka pucat tak berdarah tatkala mendengar talkin dibacakan. Nafasnya juga beralun kencang. Wajahnya diraup dengan kedua belah tangan. Lama dia menunduk kemudian barulah Muz menoleh ke arahku yang sedang mengekek gelak sambil menekan perut. Adoi, lawaknya! Sakit perut aku gelak weh! Mesti terkejut sangat itu. 

Tanpa sebarang bunyi, Muz terus menonong pergi meninggalkan aku dan melangkah ke bilik air. Tingkahku tadi serta-merta mati. Aik? Dia pergi macam itu je? Marah ke? Pelik jadinya dengan perangai Muz yang lain macam saja. 

"Amin Ya Rabbal Alamin..." 

Sebaik Muz selesai membaca doa selepas solat, aku turut mengaminkan doa yang telah dibaca. Sejadah yang diguna disidai di rak penyidai lalu lelaki itu mengambil tempat di sebelahku di atas katil. Kopiah hitam miliknya pula diletakkan di atas kepalaku. 

"Tak payahlah buat muka terkejut macam itu," ujar Muz tatkala mengesan riak wajahku yang berubah. Bantal ditepuk-tepuk sebelum dia berbaring di atas katil semula. Aku menggeleng kepala. Buruk betul perangai tidur selepas Subuh ya, cik abang! 

"Bila awak sampai? Tak bagitahu saya pun?" 

"Semalam," jawabnya sambil lengan diletakkan di atas dahi dengan mata tertutup. Nampak dari gayanya macam penat sangat saja. Kesianlah pula nak bertanya lebih-lebih.

"Tidurlah dulu. Get some rest. Mesti awak penat balik malam, kan?" Aku mula berkira-kira hendak turun dari katil untuk memberikannya ruang berehat. Tiba-tiba, lengan aku dicapai.

"Nak pergi mana?" soal Muz.

"Saya nak pergi bilik air untuk mandi. Kan dah pagi ini," jelasku.

Muz sekadar mengangguk. Kemudian, pegangannya tadi dilepaskan. Sebelum meneruskan langkah ke bilik air, kopiah Muz aku letakkan semula di atas almari sambil minda tertanya-tanya sendiri. Kenapa tingkah Muz berubah?

*******

Masuk sahaja ke dapur, air pegaga sudah elok terhidang di atas meja. Bibir mengeluh perlahan. Alahai... kena minum lagi. Kalau aku mengelat satu hari boleh tak? Paling penting, jangan sampai bonda tahulah. Nanti bonda kecil hati pula. 

Eh, bonda tak bangun lagi ke? Kebiasaannya sekarang ini bonda dah ada di ruang dapur  menyalurkan semangat buatku untuk menghabiskan air pegaga. Ketika mata meliar mencari batang tubuh bonda tersayang, kelibat Muz datang menghampiri.

"Nampak bonda tak?" Ternyata lelaki itu turut mencari bonda. Aku menggelengkan kepala.

"Tak nampak. Saya pun tengah cari bonda ini," jawabku.

Muz pandang aku sambil berpeluk tubuh. Renungannya tajam mencengkam jiwa. Kemudian, tiba-tiba saja badannya ditundukkan menjadikan jarak antara kami sangat rapat. Aku yang agak terkejut dengan tindakannya spontan tersandar ke belakang kerusi.

"Hmm, wanginya isteri saya pagi ini. Rajin betul awak mandi awal pagi. Tak sejuk?" soal Muz.

Aku mengetap gigi sambil menjulingkan mata ke atas. Ya Allah, dia ini pun! Nak tanya, tanya jelah. Tak perlu rasanya nak rapat-rapat macam ini. Kedua belah bahu Muz ditolak perlahan agar menjauh.

"Sejuk itu sejuklah juga tapi nak tak nak, memang kena mandi pun, kan?" ujarku. Muz terdiam. Namun sepasang mata itu masih setia merenungku. Tak selesa pula rasanya.

"Lela, nak tahu something tak?" 

"Apa?" Acuh tak acuh saja aku menjawab panggilannya.

"Sebenarnya dari semalam lagi saya menahan rasa. Saya nak cium dahi awak tetapi tak dapat. Awal pagi tadi pun sama, tak dapat lagi. Saya ingatkan benda itu dah hilang selepas awak mandi, rupanya ada lagi sekarang. Sakit hati saya, tau tak?" 

Muz bersandar pada kerusinya sambil berpeluk tubuh. Dari air mukanya saja nampak sangat tak puas hati. Aku berkerut hairan. Benda apa pula yang dimaksudkan? Seakan baru tersedar sesuatu, aku tergelak sambil menekup mulut. Kelakar sungguh la Muzaffar Shah ini.

"Lawak ke Lela? Saya tengah serius ini." Riak wajahnya masih serius tanpa secalit senyuman. Alahai, comel je dia dengan muka macam itu.

"Awak sepatutnya kena faham, waktu pantang mana boleh lebih-lebih. Benda kuning dekat atas dahi ini namanya pilis, tahu? Fungsinya untuk mengelakkan suami gatal macam awak cium isteri sesuka hati. Ahahaha..." 

Sempat aku buat lawak. Muz bertambah sakit hati. Bibirnya mencebik.

"Alah cium dahi saja pun, apalah sangat. Mesti benda ini bonda yang suruh pakai, kan?" Muz mengagak. Aku mengiakan. 

"Kenapalah awak ini ikutkan sangat cakap bonda? Pantang larang semua itu tak payah ikut pun tak apalah," hasut Muz. Amboi, senangnya bercakap! Dia tak merasa betapa seksanya aku akur dalam terpaksa. 

"Muz! Nak tolong saya tak?" Tiba-tiba saja otak bergeligaku berhubung tatkala terpandangkan gelas air pegaga yang masih belum terusik.

"Apa dia?" soal Muz.

"Tolong saya habiskan air pegaga ini, please! " Aku separuh merayu. Kedua tapak tangan dicantumkan. Tolonglah, aku tak sanggup nak minum air ini dah. Kembang tekak aku weh!

Muz memandang aku dan gelas itu silih berganti. Bawah dagunya diketuk perlahan dengan jari.

"Boleh tetapi kena sekali dengan upah la," ujar lelaki itu. Saat itu, laju saja kepala mengangguk tanda setuju. Apa-apa sajalah asalkan aku selamat tak kena minum air itu.

"Since saya tak boleh cium awak, saya nak awak yang cium saya. Boleh?" pinta Muz.

"Eh Muz, sini sekejap." Aku bagi isyarat supaya dia merapati aku. Muz mengerutkan dahi. Agak pelik dengan permintaanku secara tiba-tiba.

"Cepatlah!" Aku memaksa dia supaya menunduk. 

Cuppp! Pipi dia selamat aku cium. Muz kelihatan terkedu dengan tindakan berani yang baru dilakukan. Anggaplah semua ini angkara air pegaga. Aku berdehem seketika menghilangkan debar di dada. Gilalah kau, Lela! 

"Okay, done. Hah cepat, habiskan air pegaga itu. Nanti bonda nampak, susah pula." Bersusah payah aku mengekalkan riak selamba di wajah walaupun pada hakikatnya, jantung terasa hendak melompat keluar! 

Gelas itu dihulurkan ke arahnya.

"Eh, kejap! Sebelum minum, saya nak cakap terima kasih untuk upah advance tadi. Hehe." Bibir Muz tersenyum gembira. Suka sangat tu! Aku menjulingkan mata ke atas. Apa-apa sajalah.

One, two, go!

Belum sampai separuh air pegaga diminum, kelibat bonda masuk ke dapur. Mata bonda membulat. Tak percaya dengan apa yang dilihat.

"Lela! Muz!" 

Aku pandang Muz. Muz pandang aku.

Damn, we're dead! 


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro