Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 29 🌸

"Bonda buat apa itu?" soalku sambil mendudukkan diri perlahan-lahan di kerusi bar yang disediakan. Kelibat bonda yang sedang membelakangiku membuatkan aku tertanya-tanya.

"Ini hah, buatkan air pegaga untuk Lela minum pagi-pagi," kata bonda. Sebelah tangan bercekak pinggang sambil tangan kanan sibuk mengacau periuk dengan senduk. Sesekali wanita itu berpusing memandangku.

Gulp! Air liur terasa berpasir. Air pegaga? Matilah aku!

"Nah! Dah siap. Lela bolehlah minum sebab air pegaga ini bagus tau untuk amalan ibu-ibu dalam pantang. Lagi-lagi selepas keguguran macam ini," ujar bonda lagi.

Api dimatikan untuk membiarkan cecair itu menyejuk. Kain buruk dicapai lalu periuk berisi air rebusan pegaga itu dituang perlahan-lahan ke dalam  gelas kaca. Kemudian, gelas yang sudah berisi penuh itu diletakkan betul-betul di depan mata. Otak aku pula sedang ligat berfikir cara hendak mengelat.

"Hehe. Bonda, Lela kena minum juga ke air ini?" Berhati-hati aku menyusun ayat. Tak naklah buat bonda kecil hati. Kalau bonda merajuk, siapa nak pujuk? Aku tak berani! Hahaha.

"Eh of course, mestilah! Kalau tak, macam mana nak cepat sihat dan bagi bonda dengan ayahanda cucu banyak-banyak?" Bonda tersenyum sambil menatap wajahku yang dah pucat. Takut nak telan air pegaga punya pasal.

Ya Allah, sampai ke situ pula dah! Aku dah rasa nak ketuk dahi sendiri. Tingginya harapan bonda! Dalam keterpaksaan, bibir tersenyum kelat sambil mengiakan kata-kata bonda.

"Err... okey. Lela minum eh?" Gelas jernih itu aku bawa ke mulut sambil mengungkapkan bismillah dalam hati. Hujung pucuk hidung dipicit dengan ibu jari. Air pegaga itu dihabiskan hanya dengan sekali teguk. Rasa dia... yuck! Tak payah cakaplah. Mual tekak aku dek penangan cecair hijau itu.

Bonda tersenyum puas. Belakang badan aku ditepuk lembut.

"Okey sajakan rasa dia? Hahahaha." Wanita separuh abad itu terhibur melihat reaksiku. Kepala hanya mengangguk lemah. Tepi bibir yang sedikit comot aku lap dengan tisu.

"Tak apa... jangan risau, tak lama pun. Selepas 14 hari dah boleh berhenti minum," pujuk bonda. Bibir lantas mengukir senyuman lemah. Maklumlah, rasa pahit itu masih bersisa dalam mulut.

Sementara menunggu air liur dalam mulut kembali bertukar neutral, pandangan mataku jatuh pada kelibat bonda yang datang menghampiri bersama pinggan di tangan. Dari jauh, nampak macam makanan. Mungkin itu hidangan sarapan aku hari ini.

"Ini untuk breakfast pula." Pinggan putih itu diletakkan di atas meja.

Hidangan dalam pinggan itu dilihat dari dekat dengan penuh minat. Hmm... nampak sedap! Ada ikan salmon bakar, nasi putih, sup sayur dan pegaga. Pegaga again?  Argh, dah la aku paling tak suka sayur itu. Namun, selera aku masih dapat diselamatkan tatkala menangkap segugus anggur yang turut terhidang. Bolehlah aku mengelat untuk makan anggur saja. Ngee.

Bonda menjadi saksi aku makan hidangan itu dengan penuh berselera. Tertunduk saja langsung tak pandang kiri kanan. Walaupun nampak biasa, tetapi disebabkan bonda yang masak terus rasa macam international  tau!

"Sedap juga eh lauk pantang ini. Lela ingatkan tawar saja tanpa rasa," komenku selepas berjaya melicinkan satu pinggan. Okey, tak licin sangat sebab aku biarkan beberapa helai daun pegaga di tepi pinggan. Nasib baik bonda tak paksa habiskan. Dia hanya tersenyum.

"Mestilah sedap! Yang tak sedap itu sebab dia tak tahu cara nak sediakan hidangan berpantang yang betul. Boleh saja makan makanan yang sedap cuma kita yang memasak inilah kena pandai-pandai adjust supaya sesuai."

Aku tersengih. Betul juga apa yang bonda cakap itu. Pinggan dan gelas yang sudah kosong aku bawa ke sinki dan basuh. Walaupun awal-awal tadi bonda suruh letak tepi tetapi apa salahnya kita membantu, kan?

*******

Kain batik yang hampir longgar di pinggang yang diketatkan ikatannya. Sepanjang tempoh berpantang ini memang kain batik sajalah yang aku kena pakai. Bonda memang larang sungguh memakai seluar. Katanya, untuk menjaga rahim yang luka akibat keguguran dulu supaya betul-betul kering. Tanpa banyak soal, aku ikutkan saja pantang-larang itu. Bonda yang terlebih dahulu makan garam, jadi pasti dia lebih tahu.

Di ruang tamu banglo mewah itu hanya ada aku. Bonda terlebih dahulu pergi ke belakang rumah untuk menjenguk pokok kaktusnya selepas selesai urusan di dapur. Bonda Muz ini unik, dia tak tanam pokok bunga tetapi pokok kaktus yang ditanamnya. Apabila ditanya, jawapan bonda membuatkan aku terhibur. Bonda kata, tanam kaktus lebih senang sebab tak perlu disiram selalu. Alang-alang itu, jimat bil air juga. Hahaha bonda memang terbaik! 

Tiba-tiba, Iphone X aku berbunyi tanda ada kiriman Whatsapp masuk.

Cikgu Sarah

Assalamulaikum.
Lela macam mana? 
Okey pantang?

Waalaikumussalam.
  
Saya okey je kak.✌


Takziah untuk Lela sekeluarga.
Cikgu-cikgu yang lain pun baru tahu ni.
Semoga awak tabah
Jangan sedih-sedih.
Anything just roger me. 😉


Tolong kemaskan meja saya, kak.
Habis berselerak hari itu,
tak sempat nak kemas  😆


Ceh! Laju je dia minta. 🙄


AHAHAHA akak baik, kan? Tolong saya eh? 


Yalah.


Aku tersenyum lebar. Alhamdulillah, ada juga orang yang sudi ambil berat tentang aku. Maklumlah, aku ini tak ada ramai sangat kawan yang layak digelar kawan. Kawan yang layak digelar sawan pula yang berlambak. Tak tahulah di mana silapnya.  

Sejenak wajah anak-anak murid pula terlayar di ruang mata. Ah, cikgu rindu nak mengajar pelajar cikgu. Kesian pada budak-budak darjah enam yang tidak lama lagi akan menduduki UPSR. Nasib baik silibus sudah habis diajar. Sekarang ini, Cikgu Sarah hanya perlu fokus mengedarkan latihan untuk mengukuhkan pemahaman.

Telefon aku berbunyi lagi. Nama yang tertera di skrin pantas membuatkan bibir spontan meleret mengukir senyum. Ya Allah, dia inilah. 

Muz 

Lela! Saya rindu...🤤

Awak ni mabuk ke?
Lupa dah syarat pagi tadi?

Tak lupa. Sengaja buat-buat lupa

🙄🙄🙄

Muz is typing...

Muz

Muz is typing... 

Lamanya awak taip Muz
Macam orang parkinson pula.

Muz is still typing...

😑😑😑


Wahai isteri saya, saya rindu awak sangat-sangat.

Tak tahanlah menanggung rindu.
Rasa nak mati je.
Saya harap awak pun rindukan saya.
Sama macam saya rindu awak.
Lagi lebih lagi saya suka.
Jaga diri awak baik-baik ya.
Saya tak boleh nak teman awak.
Saya tak boleh nak peluk awak.
Saya tak boleh nak pujuk awak bila awak menangis.

Satu je saya boleh buat sekarang.
Berdoa dan terus berdoa supaya awak rindukan saya.
Ehek 🙈

Saya pergi dulu tau! 
Ada emergency pula.
Take care, Lela. 
💖💖💖💖


"Rasa macam tak nak pergi kerjalah, nak duduk dekat rumah dengan awak." Suara Muz merengek manja. Muz dah tayang muka sehabis comel yang dia mampu

"Awak ini kenapa? Menggedik tak kena waktulah. Mana boleh tak pergi kerja. Dah itu tanggungjawab awak, kan?"  tegurku.

Tengok itu, apabila orang cakap bukannya nak dengar. Sibuk pula Muz meramas jemariku yang kini berada dalam genggamannya. Aku mengetap gigi. Geramnya!

"Betul ke awak tak rindu saya ni?" Muz bertanya lagi. Langsung tak dihiraukan kata-kataku sebentar tadi. Aku dah buat muka bosan. Itu sajalah soalan Muz yang asyik berulang dari malam semalam. Aduhai encik suami.

"Betul, saya tak rindu! 1000 percent sure!" Aku menjawab sehabis yakin. Peratus keyakinan pun semakin bertambah daripada semalam.

"Kalau awak tak rindu, tak apalah saya tak jadi pergi. Biarkan orang lain je yang ganti." 

Spontan tangan bertindak menampar bahu Muz. Biar betul dia ni? Senangnya buat keputusan last minute. Dia fikir orang lain tak ada komitmen yang lebih penting keHaru sungguh la seorang Muzaffar Shah ini.

"Apa awak merepek ni Muz? Ada yang makan penumbuk saya juga nanti. Tak eloklah buat macam itu."  Tajam mataku merenung Muz yang masih dengan riak muka tak bersalah.

"Biarlah. Kerja saya buat apa awak nak sibuk," ujar Muz tak puas hatiKesabaranku seperti diuji. Ya Allah Muz, kenapa cara fikir awak macam budak tak cukup baligh ni

"Okay, fine! Saya akan rindu awak nanti sepanjang awak dekat Terengganu sana. Puas hati?" 

Muz tersengih sebiji macam budak tak cukup gigi. Suka sangat agaknya. Aku menjulingkan bebola mata ke atas. Apa-apa sajalah Muz. Lelaki itu seolah-olah ingin membuka mulut namun pantas aku menyampuk.

"But, ada syaratnya. Jangan call atau mesej saya for those two weeks. Just focus on your work."

"Okay, agreed!" Muz bersetuju tanpa banyak songeh. Ibu jari masing-masing bercantum. Kira deal sungguh la ini.

"Saya dah nak kena pergi ini. Muah, muah, muah!" Muz dah senyum meleret. Aku dah terkaku.

"Muz!" Jeritan kecilku bergema. 

Nak tahu sebab apa? Mula-mula dia cium dahi kemudian pergi ke pipi kanan dan last sekali pipi kiri. Semua itu dilakukan hanya dalam sekelip mata. Mana aku tak terkejut. Nak dimarah pun tak sempat. Ambil kesempatan sungguh ini! Dah la di ruang terbuka! 

"Bekalan dua minggu saya. Lama tu," bisik Muz sambil sebelah mata dikenyitkan. Malunya! Kenapa cepat betul dia berubah ni





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro