BAB 28 🌸
Demam aku akhirnya kebah. Risau juga pada mulanya sebab doktor suspek aku kena denggi. Kerisauan aku berkurang apabila suhu badan kembali turun dan berubah normal tak lama selepas dua hari aku berkampung di wad.
Doktor Maryam kata, punca keguguran aku disebabkan terlampau stres dan ditambah lagi aku alami peningkatan suhu mendadak tiba-tiba. Bayangkanlah suhu 42 darjah Celcius! Waktu itu pun bayi baru berusia seminggu di dinding rahim.
Tepat pukul 10 pagi, aku dibenarkan untuk discharge dari hospital. Walaupun mengalami keguguran lengkap, bonda Muz dan ibu tetap berkeras untuk aku berpantang. Jadi, bonda awal-awal dah pesan supaya berpantang di rumahnya. Ibu hanya membenarkan langsung tak ambil hati. Katanya bonda Muz pun boleh jaga aku dengan baik.
"Hah, sampai pun. Jalan jammed ke Muz?" soal bonda tatkala kami bersalaman di halaman rumah. Aku datang naik kereta Muz. Bonda dan ayahanda dah balik rumah dulu semalam.
"Tak adalah, jalan clear saja cuma tak naklah bawa laju-laju. Muzkan bawa Lela di sebelah."
Muz tersengih. Aku sekadar melemparkan senyuman nipis. Sesekali menggunakan peluang menjelingnya dari ekor mata. Huh! Alasan dia macam tak boleh gempak lagi.
"Sayang juga dekat bini ya?" Bonda pula yang tersenyum kali ini.
"Siapa tak sayang bini oi..." seloroh Muz. Sengaja dirapatkan bibirnya di tepi telingaku. Pantas aku menjauh. Fikir aku pekak ke? Halah... dia ini pun.
"Dah, jom masuk. Tak elok kena panas lama-lama." Bahu aku ditarik oleh bonda masuk ke dalam rumah. Sebelah tangan lagi menarik lengan Muz untuk turut serta. Sebaik menjejak lantai ruang tamu, bonda menghentikan langkah. Kemudian kami berdua dipaksa duduk di atas sofa coklat bercorak klasik itu.
"Muz dan Lela duduk di sini sekejap. Bonda nak buatkan air," ujar bonda.
"Tak apa, biar Lela tolong bonda." Aku siap sedia bangun dari sofa. Takkanlah nak duduk berdua saja dengan Muz? Awkward la nanti!
"Lela sayang, awak itu tengah dalam pantang. Mana boleh buat kerja berat-berat. Tak apa, duduk elok-elok dengan Muz, okey?" Bonda memaksa untuk duduk semula. Sambil itu, otak laju berfikir. Sejak bila buat air pun tergolong dalam kerja berat?
Dalam keterpaksaan, aku turutkan juga kata bonda. Tak naklah jadi menantu derhaka pula. Mata meliar ke sekeliling ruang tamu yang terlampau luas dan bagai langit dan bumi jika nak dibandingkan dengan ruang tamu di rumah kami. Pemerhatian itu berakhir apabila telinga ini menangkap bunyi Muz yang tiba-tiba berdehem kuat.
"Ehem. Ehem! Ralit nampak usha ruang tamu orang?" Lengannya diletakkan pada belakang sofa sambil menyilang kaki. Aku menjeling Muz sekilas.
"Suka hati sayalah. Nak dapat ruang tamu macam ini tak mampu, dapat tengok je pun jadilah," sindirku. Aku pun tak tahu mana datangnya keberanian itu. Anggap sajalah aku sedang mengikut rentak permainan lelaki ini.
"Pandai menjawab sekarang eh? Bagus-bagus, yang ini saya suka." Muz tersenyum lebar. Ternyata sangkaanku meleset. Ingatkan dia nak mengamuk tadi. Baru siap sedia nak buka bunga silat yang dah lama layu.
Tiba-tiba, Muz meletakkan kepalanya di atas pangkuan aku yang hanya beralas kain batik. Seluruh badan automatik bertukar keras. Serius rasa geli! Lagi-lagi apabila menyarung kain batik, memang terasa sungguh la! Ya Allah, agak-agaknya jenis dadah apa yang dia dah tercekik ini? Heroin, syabu atau candu? High semacam saja sejak kebelakangan ini.
"Hei awaknya, bangunlah! Saya geli tahu tak? Kepala dah la keras macam batu!" Helaian rambut Muz ditarik-tarik kuat. Cepatlah bangun, mangkuk! Geli sungguh ini!
Muz menyeringai sakit namun sempat tangannya menangkap dan mengunci pergerakan tanganku. Renungannya jatuh tepat pada wajahku. Saat itu, bibir mendengus geram. Mula dah perangai gila dia.
"Awak buat apa ni? Saya tengah serius, awak main-main. Lepaslah!" bentakku. Laju tangan ini menampar bahu lebar Muz.
"Ouch, sakitlah! Okey, okey tak buat dah. Hahaha..." Boleh pula dia gelak. Suka agaknya tengok aku meradang macam ini.
"Bangunlah!" Hah, kan aku dah jerit. Aku dah cakap banyak kali tapi tak nak dengar. Degil betul! Orang macam dia memang menepati syarat untuk masuk tadika balik. Belajar semula untuk menerima arahan.
Akhirnya, Muz bangun juga. Baru hendak menghembus nafas lega, dia meletakkan kembali kepala di atas pehaku. Kelopak mata automatik bertukar bulat. Lelaki itu bertindak pantas, menarik kedua-dua tanganku lalu dilekapkan pada dada bidangnya.
"Awaknya, janganlah marah. Okey, saya janji tak buat lagi. Awak ni comellah!" Kemudian, sebelah matanya dikenyit. Terpana aku dibuatnya. Dada mula berdetak hebat. Hilang sudah rasa nak maki dia tadi. Aduh, kenapa Muz pun nampak comel juga ini?
"Hah, yalah. Saya tak marah dah. Jadi Encik Muzaffar, boleh awak bangun sekarang? Ketahuilah bahawa sesungguhnya isteri awak ini sedang menahan kegelian yang teramat sangat."
Muz dah tergelak besar mendengar kata-kataku. Kali ini barulah dia bangun betul-betul. Berani nak main-main? Memang kena sekeh juga dengan siku tajam aku nanti.
*******
Drama yang tersiar di televisyen cukup menarik minat. Dah lama rasanya tak tengok drama. Di rumah aku dan Muz mana ada semua kemudahan ini. Kalau ada pun, tak selera aku nak tengok sebab baru saja nak layan opening mesti tiada signal. Televisyen pun bertukar kabur. Warna hitam putih saja yang ada. Apabila fikir balik, rasa macam duduk zaman purbakala pula. Sendu betul hidup.
Muz yang baru memunculkan wajah di ruang tamu bertindak mengisi ruang kosong di sebelahku. Aku hanya membiarkan. Sengaja buat-buat tak perasan. Tetapi semua itu tak lama apabila lelaki itu membuka mulut sehingga berjaya menarik perhatianku.
"Ayahanda dengan bonda, Muz nak cakap sedikit. Tadi baru dapat call, ada emergency case katanya di Terengganu. Jadi, esok pagi Muz dah nak kena bertolak pergi sana. Bonda dan ayahanda tolong tengok-tengokkan Lela sementara Muz outstation eh?" pinta Muz.
"Boleh saja. Apa yang tak bolehnya. Lagipun, memang bonda yang rela hati nak jaga Lela."
Bonda mengangguk faham. Ayahanda pun turut mengiakan kata-kata daripada mulut wanita itu. Aku di situ berkerut hairan. Apa pekerjaan Muz? Istilah-istilah yang digunakan pun macam biasa dengar. Macam kerja Abang Zul.
"Awak architect eh?" bisikku di tepi telinganya tatkala pandangan ayahanda dan bonda beralih ke skrin televisyen.
"Baru tahu ke? Kesiannya dia." Muz mempamerkan senyuman mengejek. Ceh! Aku pula yang terkena. Sabar sajalah.
"Berapa lama awak dekat Terengganu?" Malas nak melayan, aku terus kepada soalan utama.
"Hmm... maybe about two weeks?" Jari telunjuk dan jari hantu diangkat.
"Okey." Aku mengangguk. Dua minggu? Kira standard la kalau macam itu. Abang Zul pun sekali outstation dua minggu tak nampak bayangnya dekat rumah. Nak-nak lagi kalau jenis emergency punya.
Ayahanda dan bonda terlebih dahulu masuk ke dalam bilik untuk tidur. Kini, hanya tinggal aku dan Muz saja di ruang tamu. Fokusku masih terarah pada movie Ratatouille di televisyen. Tikus itu comel sangatlah. Tak boleh berhenti pula tengok dia. Aku perasan dari ekor mata, Muz memandang aku seperti tak puas hati.
"Saya nak pergi outstation jauh-jauh ini awak balas okey je?" Dia dah berpeluk tubuh. Aku pandang Muz bersama kerutan di dahi. Dah kenapa mamat ini? Demam ke? Tiba-tiba tak puas hati. Takkanlah nak bercakap jujur yang aku memang nak dia pergi lama-lama?
"Okey, pergilah." Aku tambah lagi satu perkataan di belakang dengan harapan dapat memuaskan hati seorang suami.
"Okey, pergilah je? Awak tak ada pesanan yang lagi sweet ke?" Sempat dia menyindir dalam tak puas hati. Eh, eh geram pula aku dengan dia ini. Lebih-lebih la pula!
"Okey, pergilah sana. Lagi lama lagi saya suka." Hah, padan muka! Aku dah sehabis jujur ini. Muka Muz bertukar cemberut. Eleh, nak merajuklah tu! Kisah apa aku.
"Oh, macam ini eh. Tak apa, tak apa. Nanti kita tengok siapa call siapa dulu." Nada Muz seolah-olah mencabar. Aku menoleh ke arahnya.
"Mestilah bukan saya. Plus, buat apa saya nak call awak?
"Wah, yakinnya kamu!" ejek Muz.
"Of course! This is Lela," sahutku, tetap tak nak kalah.
Muz mengangguk lagi buat kali terakhir sebelum membuang pandang ke tempat lain. Sesekali aku menjeling riak wajahnya di sisi sebelum kembali menatap pada televisyen.
Saya tak tahulah apa yang merasuk awak sampai awak berubah, tetapi saya nak cakap terima kasih untuk Muz yang baru. Awak buat saya bahagia dan rasa selamat. Aku tersenyum dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro