Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 25 🌸

"Muz, bangun. Saya dah siapkan sarapan untuk awak," ujarku setelah kekura tangan mengetuk pintu papan itu. Sudah hampir menginjak jam sembilan, namun kelibat Muz masih belum keluar dari bilik. 

Tiada sahutan dari dalam. Pintu bilik Muz diketuk buat ke sekian kalinya. Pelbagai andaian mulai memenuhi kotak fikiran. Apa dia buat dekat dalam tu? Kenapa tak keluar-keluar? Sakit ke dia?

Baru saja tanganku berkira-kira hendak mengetuk pintu sekali lagi, pintu bilik Muz terbuka.

"Kau dah kenapa ni?"

Batang tubuh lelaki itu muncul di ruang mata. Riak tak puas hatinya jelas terpamer. Aku sekadar melemparkan senyum kelat, menutup gugup. 

Pandanganku lantas tertumpu pada pakaian Muz pagi ini. Baju T-shirt Polo putih dipadankan bersama black denim jeans tersarung kemas di tubuh tegapnya. Aik, dalam rumah pun nak pakai smart-smart ke? Soalan itu bergema di ruang hati. Tak berani pula nak tanya.

"Err... saya dah buat sarapan. Jom makan," ajakku supaya Muz turut serta. Manalah tahu, cara ini dapat lembutkan hati dia selepas bertengkar semalam. Aku sedar yang macam mana sekalipun rumah tangga ini harus dipertahankan. 

Wajahku ditatap tanpa sebarang perasaan sebelum langkahnya menonong berjalan ke dapur. Lambat-lambat aku mengekori Muz dari arah belakang. Tudung saji dibuka, bersedia untuk melakukan tugas menghidang buat suami. 

Pinggan kaca yang berisi bihun goreng dihulur kepada Muz. Dia tak terus menyambut, malah hanya merenung kosong. Keningku terjongket hairan. 

"Kenapa? Awak tak suka bihun?" soalku. Tapi macam mustahil saja, sebab sepanjang dekat rumah ibu aku tengok dia bedal saja makan semua benda. 

"Kau yang masak, kan?" Soalan berbalas soalan. Aku mengangguk mengiakan.

"Aku tak nak makan. Mulut tong sampah yang akan makan." Serentak dengan itu, pinggan di tanganku dirampas kasar lalu isinya terus dihumban ke dalam tong sampah. Langsung tidak tinggal sisa. Kosong.

Renungan tajamku tepat mengena wajah Muz. 

"Awak... buat apa ni?"

Bergetar suaraku mengucap kata. Nada cuba dikawal sebaik mungkin walaupun amarah semakin meruap-ruap. Cuba untuk bertahan dan bersabar pada suatu masa.

Muz mengukir senyum sinis di tepi bibir. Kedua belah tapak tangannya ditepuk suka. Puas agaknya melihat reaksiku yang sedaya upaya menahan marah. 

"Aku buat apa? Tak buat apa pun. Aku cuma laksanakan janji untuk menyeksa kau, takkan itu pun salah?" bisik Muz perlahan. Sambil itu, jemarinya bergerak menyelitkan helaian rambutku di tepi telinga. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. 

Bicara itu berjaya menjadi saksi luluhnya hati seorang isteri. Sakit di hati ketika ini hanya Tuhan yang tahu. Tiada hati perutkah lelaki itu? Titik peluhku menyediakan sarapan pagi langsung tak dihargai. Orang lain susah payah hendak mencari sesuap makanan, dia pula membuangnya tanpa rasa bersalah walau sekuman. 

Tanpa dipinta, setitis air mata jatuh berguguran menyembah bumi. Menzahirkan rasa hatiku saat ini yang begitu terluka mendengar kata-katanya. Secebis kekuatan dikutip semula, tidak ingin kelihatan lemah lagi. Anak mataku merenung lelaki itu jauh sehingga ke dasarnya.  

"Oh kalau macam tu apa jadi dengan janji awak untuk bahagiakan saya dulu? Dah laksanakan?" Sinis soalan itu dilontarkan kepada empunya badan. Sebak di dada begitu menggila saat teringatkan janji Muz yang hanya tinggal janji suatu masa dulu. 

Air muka Muz perlahan-lahan berubah. Ternyata dia turut terkedu mendengarkannya. 

"Janji untuk bahagiakan saya, cintakan saya sepenuh hati... gantikan tempat Diff..." Nafas semakin sesak. Semakin sukar untukku meneruskan kata. Ditambah pula dengan pandangan yang kian kabur menjadikan aku lemas dalam tangisan.

"Mana semua janji tu? Awak buang dalam tong sampah juga ke?" tempelakku. Serentak dengan itu, kedua belah bahu Muz ditolak sekuat hati sehingga dia terundur beberapa tapak ke belakang. 

Sudah tiba masanya untuk aku lepaskan segala yang terpendam. Lelaki ini berhak tahu, yang sekeping hati ini semakin hari semakin jauh mengharapkan cintanya. Semakin sakit bertahan di sisinya. 

Tangisanku pecah tanpa dapat ditahan lagi. Tubuh lantas melorot jatuh menghempap lantai dek tak mampu menghadap sebuah hakikat. Hakikat bahagia yang diidamkan hilang dalam sekelip mata, di tangan lelaki bernama suami. 

Tanpa sebarang kata Muz berlalu pergi meninggalkan aku sendiri. Tahu-tahu saja, kedengaran bunyi kereta meluncur laju keluar dari perkarangan rumah. 

*******

Pen di tangan dihentak ke atas meja. Kuat juga tetapi belum mampu untuk mengganggu suasana di dalam bilik guru itu. Aku mengeluh entah buat kali ke berapa. Seminggu bekerja, seminggu itu jugalah aku langsung tak boleh nak fokus. 

Termasuk hari ini, sudah dua minggu Muz menghilang sejak kejadian itu. Sudah dua minggu juga Muz langsung tidak pulang ke rumah. Berkali-kali juga panggilan disambung, namun tetap tak berjawab. Diriku mula diselubungi risau yang tak berpenghujung. 

"Muz, awak dekat mana? Saya risau tahu tak," gumamku perlahan di bawah sedar. 

Belakang badan disandarkan pada kerusi. Memikirkan di mana Muz mungkin berada sekarang. Dia sihat ke? Dah makan belum agak-agaknya? Kalau dia tidur, tidur dekat mana? Macam-macam lagi persoalan timbul. 

"Cikgu Lela? Cikgu okey?" 

Lamunanku terhenti. Kepala lantas mendongak menatap Cikgu Faizi yang kini berada di kawasan mejaku. Sejak bila dia masuk ke dalam bilik guru perempuan ini pun aku tak sedar. Sibuk sangat fikir pasal Muz.

"Hah? Err... saya okey. Kenapa awak jumpa saya ni?" Posisi di atas kerusi dibetulkan supaya lebih selesa. 

"Cikgu tak ingat? Hari ini kita kena beli barang untuk hiasan hari guru. Guru besar pun dah beri kebenaran tadi," jelas Cikgu Faizi. 

Haahlah! Baru aku teringat tentang hal itu padahal baru saja malam tadi Cikgu Faizi memaklumkan rancangannya. Nampak sangat otak aku dah mula tak berguna semenjak kehilangan Muz. 

"Maaf, saya terlupa pula hehe. Awak tunggu dekat luar dululah. Saya nak ambil beg tangan sekejap." Guru lelaki itu sekadar mengangguk sebelum melangkah keluar. 

Sebaik batang tubuhnya menghilang, aku pantas mengemas meja yang tadi penuh dengan buku-buku dan latihan pelajar. Tidak dilupakan, telefon bimbit juga dimasukkan terlebih dahulu ke dalam beg untuk dibawa bersama. 

Di dalam kereta, hanya sepi menyelubungi kami. Aku yang menumpang kereta Cikgu Faizi di bahagian penumpang turut membisu. Membiarkan suara DJ radio yang bertugas memeriahkan suasana. Namun, semua itu sejenak sebelum guru lelaki itu memulakan perbualan.

"Selepas kahwin ini saya nampak Cikgu Lela banyak termenung. Kenapa? Cikgu tak bahagia dengan suami?" Sesekali wajahku dipandang menunggu jawapan.

Aku terkedu seketika. Tak sangka dalam banyak-banyak pertanyaan, soalan sensitif itu juga yang diajukan. Jujur, rasa kurang senang mula bertapak di hati. 

"Kenapa cikgu tanya macam itu? Cikgu harapkan saya tak bahagia ke?" soalku semula. Cikgu Faizi terdiam lama.

"Well... kita dah lama kenal. Saya tahu macam mana bila cikgu gembira, bila cikgu sedih. Semua itu boleh nampak jelas dekat muka cikgu. Apa yang saya nampak riak muka cikgu dah hilang seri. Lebih-lebih lagi lepas dah kahwin ni." Cikgu Faizi menjawab dengan nada selamba. Langsung tiada rasa bersalah.

"Oh macam tu. Faham, sangat faham. Eh, saya nak tanya sikitlah. Awak bela saka gred apa ni? Sesuka hati awak je nak cakap saya tak bahagia. Hal rumah tangga saya ada kena mengena ke dengan awak? Tak ada, kan? So please, mind your own business!" semburku di situ juga. Aku tak peduli dah perasaan Cikgu Faizi sekarang. Waktu dia tanya soalan itu, ada dia fikir perasaan aku? 

"Woo... woo... rilekslah cikgu. Saya cuma bertanya. Kenapa cikgu emo sangat ni? Tenang," ujar Cikgu Faizi bersama senyuman nipis di hujung bibirnya. 

Jelingan tajam aku hadiahkan kepada guru lelaki itu. Dada juga turun naik menahan geram. Yalah, kau dah usik hal rumah tangga aku! Siapa saja yang tak panas, bro? 

"Saya tanya sebab saya ambil berat pasal cikgu. Lagipun, kita tak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang. Mungkin lelaki yang cikgu kahwini sekarang bukan jodoh cikgu? Atau... mungkin juga saya ditakdirkan untuk menggantikan tempat dia?" Cikgu Faizi tersenyum lebar dengan angan-angan sendiri.

"Excuse me? Awak merepek apa ni? Saya isteri orang! Sekalipun kalau Muz bukan jodoh saya, saya takkan pilih lelaki macam cikgu sebagai pengganti. Not even in my dream. Never." Lancang mulutku membidas katanya.  Memang patut pun! Entah kenapa aku rasa Cikgu Faizi betul-betul bersikap kurang ajar sekarang. 

Mendengarkannya, tawa Cikgu Faizi gamat bergema di dalam ruang kereta. Dia memandang ke arahku sebelum fokus semula pada pemanduan.

"Yalah, yalah. Cikgu Lela menang. Siapalah saya nak meraih secebis kasih daripada wanita cantik macam Cikgu Lela ni kan. Tak apalah saya rela mengundur diri," balasnya tenang bersama senyuman nipis. Perjalanan kembali diteruskan. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro