BAB 19 🌸
Dalam diam, aku sibuk menghitung hari. Sedar tak sedar, tak lama dah sebelum aku berkahwin dengan Muz. Bibir mengeluh perlahan. Hubungan aku dan dia? Hmm... masih di takuk lama. Gaduh-gaduh, kutuk-mengutuk dan saling menyampah itu biasa.
Entahlah, aku tak tahu. Tiba-tiba hati ini mulai mempersoalkan pilihanku untuk menikahi Muz. Saat lintasan tersebut hadir menyinggah, aku lantas beristighfar. Teringat pesanan ibu yang mengatakan bisikan-bisikan tersebut kerap bertandang untuk menyulitkan urusan pasangan dalam membina hubungan suci.
Senarai semak urusan perkahwinan kutatap satu persatu. Test HIV dah, kursus kahwin dah, door gift dah, jadi fitting baju dengan kad kahwin saja belum selesai. Yang lain itu, awal-awal lagi dah settle. Ketika tengok checklist ini, baru teringat. Ibu dan bonda suruh kami pergi fitting baju pukul tiga nanti. Kalau ikut jadual aku, waktu itu dah tiada kelas. Mungkin boleh minta punch card awal sedikit.
Aku tiba terlebih dahulu di butik Hanny's Couture. Muz tak sampai lagi, jadi aku malas nak tunggu. Pemilik butik, Hanny terlebih dahulu menjemput aku masuk. Aku tengok sekeliling, banyak tergantung gaun-gaun cantik. Berpinar mata aku. Hanny hanya tersenyum melihat reaksiku.
"Cik Laila datang nak fitting baju hari itu eh? Sekejap ya, saya ambil di belakang." Hanny meminta izin. Aku sekadar mengangguk.
Lebih kurang lima minit kemudian, kelibat Muz terlihat di pintu butik. Pantas aku menggamit dia menghampiri ruang tempat aku sedang duduk. Muz mendekat sambil melemparkan senyuman. Aku hanya membalas ala kadar. Penat sebenarnya untuk benda ini.
"Dah lama ke tunggu? Sorry... tak sangka pula jalan jammed tadi." Kunci keretanya diletakkan di atas meja. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi setentang dengan aku.
Jari aku tunjuk isyarat okey saja. Malas pula nak bercakap.
"Demam ke? Tak sihat?" Muz tanya lagi. Dahi dia berkerut risau.
Kepala menggeleng lemah. Bukanlah! Orang tak ada mood, tahu? Getusku dalam hati. Saat ini juga, Hanny datang menghampiri. Di tangannya ada dua helai persalinan. Kedua-duanya diserahkan kepada aku.
"Yang ini dua-dua untuk baju nikah. So, bolehlah try dulu. Bilik lelaki di hujung sana, bilik perempuan pula setentang dengan bilik lelaki," jelas Hanny.
"Apa-apa kalau ada rasa nak tukar, nak adjust ke... boleh bagitahu. Nanti pihak kami akan cuba betulkan," sambung Hanny lagi. Seperti biasa, aku hanya mengangguk. Satu baju persalinan yang aku pegang diberikan kepada Muz.
Masuk saja ke dalam bilik persalinan, terbeliak mata aku dibuatnya. Eh, eh... ini bukan baju aku! Ini baju Muz la! Adoi, macam mana boleh tersilap pula ini? Otak aku sibuk berfikir. Terus aku keluar dari balik. Pintu bilik persalinan lelaki itu aku ketuk perlahan.
"Muz, awak ada dekat dalam ke tu?" Telinga aku rapatkan ke pintu.
"Haah, kenapa?" balas Muz dari dalam. Rasa pelik pula. Takkan dia tak perasan?
Aku menggaru dahi seketika. "Err... saya rasa kita tertukar baju la. Baju awak ada pada saya ini."
Tidak lama selepas itu, pintu dibuka dari dalam. Berombak dada aku. Boleh pula dia selamba pakai singlet saja? Laju aku berpusing menghadap tempat lain. Pipi pun dah merah semacam.
"Nah ini baju awak. Sorry... terambil pula." Baju dia aku hulur sambil tangan lagi satu digunakan untuk menutup mata. Tak nak tengok!
Lama juga aku tunggu. Eh, Muz ini tak nak baju dia ke? Lenguh tangan aku menampung baju dia lama-lama. Buka saja kelopak mata, sedang elok muka Muz terpampang rapat. Wargh...! Terkejut beruk aku jadinya. Baju di tangan tadi terus aku campak mengena wajahnya.
"Hahahaha... padan muka." Dia dah gelak kuat-kuat. Siap tekan-tekan perut lagi. Aku pandang dia. Bengangnya rasa!
"Suka sangat main-main, kan? Hah, baju saya mana? Bagi balik!" Nada aku dah tinggi. Dia ini memang suka cari gaduh. Dengan sisa tawa yang ada, baju aku dihulurkan juga.
"Nah, ambil ni! Eleh, cakap sajalah yang awak sengaja buat tertukar baju macam ini, kan? Hmmm?" Muz memandang aku bersama senyuman mengusik.
Euww... miang keladi sungguh! Tolonglah! Aku julingkan mata ke atas. Malas nak melayan, tangan aku cuba untuk menggapai baju di tangan lelaki itu. Namun, pegangan Muz pada baju milikku masih belum dilepaskan.
"Apa lagi yang awak tak puas hati, wahai cik abang? Tak kuasa saya nak melayan, tahu?"
"Apa awak panggil saya tadi? Come again? Tak dengarlah." Muz dah senyum-senyum.
"Cik abang, salah?" Aku soal dia balik. Bukan tak tahu apa yang dia fikir. Sukalah tu!
"Eh, tak... tak salah. Teruskanlah panggil macam itu. Abang suka!" Bertambah meleret senyuman nakal Muz. Tengok itu, dah gatal tukar gelaran dia. Aku menjeling tajam sebelum kaki bergerak masuk ke dalam bilik persalinan wanita untuk menukar baju.
Selepas selesai fitting baju, aku dan Muz bergerak menguruskan hal kad kahwin pula. Badan aku pun dah letih. Nasib baik kedainya tak jauh daripada butik tadi.
Sepanjang di kedai kad itu, aku tak bercakap apa pun. Senyap saja malah ralit memerhatikan Muz yang sibuk berbincang dengan pekerja di situ berkaitan rupa kad jemputan kahwin kami. Kalau tengok dari dekat, baru aku perasan Muz ini citarasa dia lebih kurang aku. Suka benda yang simple, tapi cantik, kemas dan perfect!
Design dan warna kad yang dia pilih, jujur cakap aku suka! So, dia tak tanya pun aku tak kisah. Apabila jadi macam ini, hilang sikit rasa bengang aku dengan Muz tadi. Hahahaha... actually dia taklah teruk sangat, kan?
Sebelum pulang, Muz mengajak aku singgah Baskin Robbins. Mula-mula, tercekik air liur dan berat hati juga aku nak menurut. Yalah, dibuatnya nanti dia nak mendera aku suruh belanja dia macam mana? Aku dahlah tak kaya mana. Muka pun sengkek saja. Nampak sangat tak berduit. Tapi nasib baik Muz kata dia yang nak belanja. Hiks, kalau Muz yang ini aku suka! Suka sangat!
"Awak nak aiskrim mana ni?" soal Muz yang berdiri di sisi. Kepala terdongak merenung papan iklan yang terpapar di bahagian atas. Kelopak mata dikerdipkan beberapa kali. Rambang mata dibuatnya.
"Saya nak aiskrim yang paling murah dekat sini," balasku seraya menoleh memandang Muz. Dapat kulihat kening lelaki itu kian bertaut. Seolah-olah hairan dengan jawapanku.
"Lah... kalau saya tahu awak nak makan aiskrim murah, saya ajak makan aiskrim Malaysia je, yang satu 50 sen tu ha. Peliklah awak ni."
"Alah, biarlah. Lagipun jimat sikit duit awak. Lagi satu, tak payah pelik sangat. Duit awak yang bertimbun-timbun tu saya dah plan nak kikis selepas kahwin nanti. Jadi, ada baiknya awak mula menyimpan dari sekarang." Selamba aku memberi kenyataan balas. Muz dah pandang aku semacam. Rasa terancam kot dengan kata-kata aku tadi. Haha boleh pula.
Walaupun aku dah berbuat baik dengan Muz, dia tetap menolak. Muz berkeras membelikan aiskrim yang paling mahal dekat Baskin Robbins untuk aku. Apabila aku tanya kenapa, nak tahu dia jawab apa?
"Saya lagi rela awak kikis duit saya sebelum kahwin. At least, saya ada preparation dan latihan." Pecah tawa aku di situ juga. Aku main-main saja, tak sangka pula dia betul-betul ambil serius. Alahai Muz... Muz. Fikir aku ini antagonis drama pukul tujuh ke, kahwin hanya sebab harta?
Sedang elok kami berjalan beriringan, entah mana silapnya aku dan Muz berlanggaran dengan seorang budak lelaki. Habis terjatuh aiskrim milik budak itu betul-betul di depan kaki Muz. Serentak dengan itu, pandangan kami berdua bertemu. Matilah...
Si kecil itu sudah tersebek-sebek menahan menangis. Hanya menunggu masa saja hendak meraung. Muz lantas duduk berlutut, membawa budak kecil itu ke dalam pelukan.
"Shh... shh... dah sayang, jangan menangis. Nanti kita beli aiskrim baru ya?" Belakang badan kanak-kanak berbaju merah itu digosok perlahan, sebelum kepala kecil itu ditarik merapat ke dada bidangnya. Suara lunak Muz memujuk menerpa telinga.
Aku yang memerhatikan situasi itu bagaikan terpana dan terpukau. Pelbagai rasa bercampur baur saat ini. Sebak ada, rasa nak jatuhkan aiskrim juga pun ada. Ya Allah, macam ini ke dia dengan anak-anak kami nanti? Muz... kenapa awak nampak macam bapa-bapa mithali ni? Aaa... saya tak boleh! Tak payah berdiri bawah matahari, aku dah sedia cair dekat situ dengan kehangatan Muz memujuk.
"Lela, awak tunggu dekat sini sekejap eh? Saya nak belikan aiskrim untuk dia." Pertanyaan yang keluar daripada mulut Muz menyedarkan aku kembali ke alam realiti. Pantas saja aku mengangguk, memberi keizinan.
Sebaik langkah Muz berlalu, tapak tangan dilekapkan ke dada. Berdetak laju namun cukup buat aku tenteram. Ya Allah... apa dah jadi dengan aku ni?
*******
Alhamdulillah... Selesai segala urusan pada hari ini. Budak kecil itu pun dah dapat aiskrim baru. Sebelum masuk kereta dan berpecah ke rumah masing-masing, sempat aku tahan dia dulu. Muz berpusing menghadapku. Aku tahu, mesti dia pelik. Mana pernah aku buat benda-benda macam ini.
"Thank you pilihkan kad tadi," ucapku dengan ikhlas.
"Err... okay. Small matter." Dia tersenyum simpul.
"Thank you juga sebab belanja saya aiskrim paling mahal."
Muz tergelak.
"Well... itu preparation sebelum harta saya kena kikis, kan?" Lelaki itu menjongketkan sebelah kening tanda mengusik.
Ceh! Sempat lagi dia mengungkit semula hal itu. Ingatkan dah move on. Selang beberapa saat, masing-masing senyap. Aku pula mati akal tak tahu nak kata apa lagi.
"Selepas ini kita pun dah tak boleh nak jumpa selalu, kan? So, apa-apa hal awak call saya sajalah." Yalah, tak lama lagi nak kahwin. Urusan pun banyak yang dah selesai. Mana boleh jumpa selalu. Eh, kenapa gaya cakap macam aku akan rindu dia?
"Hahahaha... okay, dear. Tahulah rindu tapi jangan tunjuk sangat okey?" Muz dah kenyit mata disertai senyuman kacak miliknya.
Erk? Apahal hati aku berdebar semacam ini? Pipi pun dah rasa merah-merah ini. Petanda nak cendol ke ni?
"Eee... perasan! Dahlah, saya balik dulu. Assalamualaikum, cik abang!" Tak tahu kenapa, tapi aku rasa nak usik dia. Dalam diam, aku simpan sengih sendiri. Nakalnya!
Sebelum tutup pintu kereta, aku dengar Muz membalas. "Waalaikumussalam, sayang!"
Hehehehe... malu pula kita. Aku pegang dada sendiri. Berdegup lain macam kali ini. Betul ke... aku dah mula jatuh cinta kali kedua ni?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro