BAB 18 🌸
"Kak Je dah siap belum tu? Muz dah tunggu dekat luar!" Ibu jerit dari muka pintu. Ternaik bahu aku, terkejut punya pasal. Dada diurut perlahan sambil menjeling ibu sekilas.
"Ibu! Terkejut orang!" Ibu dah bantai gelak kuat-kuat. Bibirku mendengus perlahan sambil tangan aku sibuk membetulkan lipatan dan awning tudung. Sesekali mata aku memandang ibu yang masih tak berhenti gelak di balik cermin.
Tawa yang masih bersisa cuba dihentikan. Ibu berdiri kemudian menghampiriku. Badan aku dipusing-pusingkannya. Tiba-tiba, feeling princess pula dekat sini. Ibu menatap wajah aku sambil tersenyum lebar.
"Dah... cantik anak ibu." Bahu aku dipegang. Kembang pula apabila ibu puji macam ini. Bukannya selalu ibu memuji.
"Hehe, orang malulah ibu!" Aku acah-acah gedik dekat situ. Muka dah ditutup menggunakan kedua-dua tangan, nak tunjuk malu sangatlah itu kononnya.
"Ish, jangan gedik macam itu pula dekat rumah bakal mak mertua nanti," tegur ibu. Bahu aku ditepuk perlahan. Aku sengih. Gila ke nak buat macam itu? Mahu kena tendang keluar nanti.
Malam ini, family Muz ajak aku dinner dengan mereka. Katanya nak berkenalan lebih rapat. Mula-mula aku nak gunakan alasan kursus untuk tak pergi, tapi at the end boleh pula kursus itu ditangguh. Jadinya, nak tak nak memang kena pergi juga. Ibu dan ayah dah suruh. Nak buat macam mana?
"Ibu, Kak Je pergi dululah. Lama pula Muz tunggu nanti." Ibu angguk. Tangan aku hulur untuk bersalaman dengan ibu.
"Elok-elok sikit dekat sana. Jaga adab semua. Ingat, kita perempuan kena sopan. Pesan juga pada Muz, jangan hantar sampai lewat malam. Tak elok!" Sempat ibu menitipkan nasihat. Aku mengangguk patuh.
Masuk saja dalam kereta Muz, aku buat macam biasa. Tali pinggang keledar aku pinkan. Kedudukan arah aircond ditala supaya betul-betul on point. Badan disandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh. Selang beberapa minit, kereta masih juga tak bergerak. Aku pandang Muz dengan hairan. Dah kenapa pula ini?
"Awak, kenapa tak gerak lagi?" soalku.
Mata Muz yang tadinya memandang aku ditundukkan. Dia menggeleng-geleng kepala sambil tergelak kecil. Sejenak matanya kembali ditala pada wajah aku.
"I think I forgot to tell you something." Dengar saja dia cakap macam itu, dada aku dah berdebar. Apa pula kali ini?
"Wh... what?" Bergetar suara aku. Takut punya pasal.
"Bonda saya suka awak pakai baju kurung. And she told me, ask you to wear it tonight."
Baju kurung? Sejak bila aku pakai baju kurung depan bonda dia? Otak dikerah untuk berfikir. Oh... pernah la. Waktu aku pulangkan perfume Muz selepas habis waktu sekolah.
Pandanganku jatuh melihat baju blous navy blue yang tersarung di tubuh sekarang. Kemudian, aku menoleh pada Muz di sisi.
"Maksudnya, saya kena tukar baju kurung la ni?" Aku bertanya bagi meminta kepastian.
Muz angguk.
"Kalau tak nak?" Cuba berkompromi sekejap dengannya. Aku dah tayang muka kesian.
"No way! Tukar juga," arah Muz. Riak mukaku dah bertukar cemberut. Adoi, lecehlah macam ini. Nak kena tukar baju pula. Lambat-lambat aku membuka pintu kereta.
"Cepat! 10 minutes only." Ceh! Boleh pula dia gertak aku. Tergesa-gesa jadinya langkah aku masuk ke dalam rumah. Semua dah pandang aku dengan pelik. Lantaklah, aku buat tak kisah saja.
Aku rembat sepasang baju kurung untuk dipakai esok. Nasib baik dah siap gosok awal-awal. Esok pun aku kena datang ke sekolah sebab ada kelas tambahan untuk budak UPSR itu. Dah siap semua, aku masuk ke dalam kereta semula. Muz tersenyum simpul sambil memandangku sekilas sebelum keretanya bergerak meninggalkan kawasan rumah.
Kira-kira 45 minit kemudian, kereta milik Muz berhenti di hadapan sebuah banglo mewah. Air liur ditelan. Rasa payau dan pahit. Rumah banglo besar gedabak itu aku pandang sebelah mata. Entah macam mana, boleh rasa berdebar pula. Ini bukan kali pertama aku jumpa keluarga Muz sebab waktu merisik pun bonda dia yang sarungkan cincin tunang. Tapi... entahlah! Rasa tak sedap hati saja. Bibir aku perlahan beristighfar bagi menghilangkan debar yang menggila.
"Takut?" Muz tanya. Nampak sangat ke? Aku angguk perlahan.
"Don't worry. They are not monsters." Muz sempat buat lawak tadika. Aku menjeling geram. Orang tengah takut, dia main-main!
"Dah, jom masuk. Sweet smile, dear..." Muz menggamitku untuk masuk. Lambat-lambat, langkahnya aku turuti dari arah belakang. Senyum Lela, senyum.
"Abang! Mereka dah sampai la!" Sebaik pintu dibuka, muka bonda Muz muncul diikuti dengan ayahanda pula. Terus aku menghulurkan tangan untuk bersalam disertai senyuman semanis gula. Sebaik bersalaman, bonda lantas membawa aku ke dalam pelukan eratnya. Dalam terkejut, pelukannya aku balas juga. Muz di sisi tersenyum memerhati.
"Apa khabar, Laila? Sihat?" Ayahanda Muz bertanya khabar. Kepalaku mengangguk tanda hormat. Senyum lagi.
"Alhamdulillah, sihat ayahanda. Bonda dan ayahanda pula sihat?" Mulut bermanis kata. Pesan ibu terlayar di ruang ingatan.
"Alhamdulillah sihat. Macam ini la keadaannya," balas ayahanda sambil tergelak kecil.
"Dah, dah. Jom masuk. Bonda dah masak special untuk Laila tau! Jom kita pergi ke dapur untuk makan." Tangan bonda pantas sahaja merangkul lengan aku. Ditariknya aku pergi ke dapur. Ayahanda dan Muz pula mengekor dari belakang.
Mulut aku mengunyah nasi perlahan-lahan. Lauk malam ini bagi aku semuanya sedap! Serius menjilat jari. Bonda memang pro! Nanti lepas kahwin, otak aku dah merangka nak belajar masak semua lauk-pauk ini. Ada sambal sotong, ayam panggang, daging paprik sekali dengan telur bistik. Pergh...! Penuh satu meja.
"Sedap tak bonda masak?" Muka aku terangkat menghadap wajah bonda di hadapan aku.
"Sedap sangat bonda! Selepas kahwin nanti, Lela nak belajar dengan bonda boleh? Masak semua lauk ni?" Sengaja aku mengambil hati bonda. Tapi, memang itu pun yang aku fikir dari tadi.
"Iya? Betul ke? Boleh je." Teruja bonda mendengarkan permintaan aku. Muz dah pandang aku semacam. Aku buat bodoh. Bukan nak masak untuk kaulah!
"Bonda ini memang suka masak, Laila. Buktinya tengok perut ayahanda ini ha. Buncit kemain! Dulu tak macam ini, tough dan sado saja. Tapi lepas kahwin, membukitlah jawabnya! Yalah, hari-hari disuap makanan sedap," jelas ayahanda. Bonda dekat sebelah dah tersipu-sipu. Hee... comel je aku tengok pasangan veteran ini.
"Tak apalah ayahanda. Bukan senang nak cari orang yang pandai masak tau! Kiranya, ayahanda dalam kalangan orang bertuah jugalah." Sengaja aku mengusik lagi. Ayahanda dan bonda dah ikut tergelak sama.
"Saya pun tergolong dalam kalangan orang bertuah la kan? Awakkan pandai masak." Muz di sebelah yang sejak tadi berdiam diri tiba-tiba buat ayat bergula. Bonda dan ayahanda dah kulum senyum. Tangan aku dah rasa gatal nak cekik dia kuat-kuat.
Malulah aku woi! Tak tahu dah nak letak muka di mana. Pada saat ini jugalah, bonda muncul sebagai penyelamat.
"Muz ini pun tak menyempat nak memuji. Habis merah muka Laila, malu dia. Sudah Laila... jangan dilayan sangat. Sambung habiskan makan itu." Fuh... lega! Bonda memang terbaik.
Awal-awal tadi, punyalah aku fikir kot-kot bonda nak marah aku sebab tipu dia pasal status aku dulu. Akukan pernah bagitahu bonda Muz yang aku dah kahwin, siap ada anak seorang lagi tetapi elok saja dilayannya aku. Serius, aku terharu!
Selepas makan, kami semua lepak di ruang tamu. Macam-macam cerita ada. Sampaikan cerita dua dekad yang lalu pun dibawa keluar. Paling tak boleh tahan, apabila bonda bocorkan perangai Muz waktu kecil. Comot dan gemuk rupanya budak ini dulu! Hahahahaha! Nampaknya, aku dah ada bahan nak mengusik dia nanti.
Tak tahulah tapi aku sedar setiap kali aku gelak mesti mata Muz tak lepas memandang. Lagi satu, malam ini perangai Muz lain sedikit. Dia tak banyak cakap. Apa yang dia buat? Memerhatikan aku. Hah, itu sajalah kerja tak berbayar dia. Musykil juga.
Dalam pukul 9.30 malam, aku dan Muz mengundur diri. Lagipun, aku dah siap pesan pada dia yang aku tak nak balik lewat sangat. Esok ada kelas tambahan kot! Mahunya bangun lambat nanti.
"Awak kenapa senyap saja dari tadi?" Sebaik saja kereta Muz bergerak, terus soalan itu dilontarkan.
"Saya tengok ada orang itu syok sangat bergelak ketawa. Tak naklah spoil kan..." Matanya masih tetap lurus pada jalan. Kening aku ternaik. Eleh, cringe je jawapan.
"Kalau awak nak bercakap, cakap sajalah. Saya tak kisah pun."
Masing-masing senyap. Muz masih kekal fokus pada pemanduannya.
"Saya sukalah awak yang malam ini. Sopan dan ayu sedap mata memandang. Lagi-lagi apabila pakai baju kurung macam ini. Beautiful." Tiba-tiba suaranya menerpa telinga.
Mak! Dia puji aku? Betul ke ni? Bukannya apa, kedengaran jujur pula pujiannya malam ini. Tak tahu kenapa, hati dah berbunga riang.
Aku berdehem seketika. "Err... ya ke? Biasalah saya macam ini. Sopan, ayu, beautiful! "
"Mana ada. Selalu awak cakap dengan saya bukan main garang lagi. Tapi suara awak tadi... alahai, lembutnya! Merdu saya dengar. Saya fikir awak tak reti nak cakap elok-elok sebelum ini." Cis! Dalam memuji sempat disertakan sekali pakej mengutuk. Aku dah kata, mamat jenis ini memang tak boleh pakai!
"Suka kutuk saya eh? Mulut saya ini boleh saja cakap lembut-lembut dengan orang lain tapi bukan awaklah." Selamba aku balas balik.
"Eleh, jual mahal konon!" Muz dah main cebik-cebik bibir.
"Tapi tak apa, teruskan... sebab saya suka! Attractive! Auwww...!" Dia dah main kening pula kali ini. Sengaja waktu cakap itu badannya ditundukkan sedikit ke arah aku. Siap tayang sengih gatal lagi. Urgh, sengal!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro