Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 14 🌸

Cepat-cepat aku melarikan anak mata aku daripada terus memerhati kelibat Muz pada malam ini. Kenapa malam ini dia siap pakai sut dengan tuksedo semua? Dia fikir makan dekat restoran mewah 1000 bintang ke?

Aku yang tengok, aku pula yang malu. Serius, dia ni dah melebih.

Sekarang, dapat aku rasakan mata Muz juga tak beralih daripada memandang aku. Rasa nak saja cucuk mata Muz pakai garpu. Elok-elok mata ada dua, jadi tiada langsung nanti.

Apa tengok-tengok? Aku pakai attire yang tepat okey, bukan macam kau! Over nak mampus!

Sengaja aku pakai buruk-buruk. Itu pun aku redah saja pakai tracksuit, T-shirt lengan panjang dengan tudung sarung. Jenuh jugalah kena leter dengan ibu dan Kak Tim. Boleh pula mereka suruh aku pakai blouse siap mekap-mekap segala. Gilalah! Nak tunjuk cantik depan Muz buat apa?

"Muz, tambah lagi nasinya. Jangan malu-malu, buatlah macam rumah sendiri," ramah ayah berkata-kata. Ibu di sebelah turut menyokong. Aku dah buat gaya loya nak muntah. Kak Tim yang ternampak reaksiku menahan gelak.

"Kak Je, tambahkan nasi dalam pinggan Muz itu. Nasi dah habis, tapi malu-malu pula dia nak tambah." Terkedu aku mendengar arahan ibu. Aku? Kenapa aku? Periuk nasi itu paling dekat dengan Abang Zul la.

Aku beri arahan mata pada Abang Zul supaya tak mendekatkan periuk nasi kepada aku. Malangnya abang iparku tak faham! Abang Zul dah hulurkan periuk nasi beserta senduk. Kena buat jugalah ini jawabnya.

"Muz... nak tambah ya?" Sengaja aku melunakkan suara. Siap pakej senyuman bergula ditambah madu sekali. Dalam hati bisikan syaitan tak henti-henti bertandang. Muz turut membalas dengan senyuman, namun teragak-agak.

"Nah, makan... makan banyak-banyak tau!" Cuba teka? Macam biasa, aku ceduk banyak nasi ke dalam pinggan dia. Habis tinggal suku saja nasi dalam periuk. Hahaha... mereput la dia nak menghabiskan semua itu.

Muz masih lagi tersenyum. Dia try hard nak kekalkan riak muka. Eh, eh acah macho pula! Meluat aku tengok.

"Awak pula kenapa tak tambah sekali? Diet ke? Tak payah dietlah, awak gemuk pun tetap saya nak."

What the heck? Apakah? Dia tengah nak kenakan aku balik ke?

"Nah, tambah-tambah. Makan banyak-banyak tau! Baru sedap saya nak peluk lepas kahwin nanti." Sempat dia kenyit sebelah mata. Muka aku dah merah. Boleh pula Muz kata macam itu depan ibu dan ayah? Gatalnya! 

Nasi di dalam periuk tadi dituang habis semua ke dalam pinggan aku. Tak guna kau Muz! Aku hanya menunduk, menahan geram. Kaki pula dah rasa gatal nak sepak kaki Muz laju-laju.

Namun, aku tetap maintain senyum. Ikut cara dia tadi. Mana boleh cepat menyerah!

"Hehe nampak sweet la pula kau orang berdua. Kahwinlah terus!" Kak Tim menambah gula dan garam dalam drama aku dan Muz. Abang Zul turut mengangguk, mengiakan.

"Kalau Kak Je nak, Abang Zul boleh boleh sponsor," pelawa abang iparku itu. Ah sudah! Abang Zul ini pun, kalau kaya sangat tak payahlah sampai nak taja orang kahwin. Lagi bagus kalau duit itu diguna untuk taja aku pergi umrah. Dapat juga aku membersihkan hati yang dah penuh keladak dosa sebab mengutuk Muz malam ini.

"Haah, betul juga. Ibu dan ayah pun dah suka sangat dengan Muz ini." Kalau Kak Tim tambah gula dan garam, ibu pula menambah MSG.

"Ayah setuju! Esok nak kahwin terus pun tak apa." Giliran ayah pula kali ini meluahkan rasa. Amboi ayah, kenapa over sangat ni?

Argh! Serabut otak aku! Aku pandang Muz. Dia dah main angkat-angkat kening sambil itu mulut dia bergerak tanpa suara. Apabila aku tengok betul-betul, serius aku rasa nak baling meja ini dekat dia sekarang juga! Nak tahu apa dia cakap?

'I'm your man.'

Puiii! Eee... geli geleman bulu ketiak aku. Tak nak panjangkan lagi hal itu, terus aku bangun meninggalkan meja makan. Sabar Lela, jangan dilayan mamat sengal kuasa lima itu.


*******


Bintang di langit malam begitu menarik pada pandanganku. Gelapnya langit tapi kegelapan itulah yang membolehkan bintang bersinar cerah. Fikiran aku sempat menerawang memikirkan perjalanan hidup aku selama hampir 28 tahun hidup.

Banyak rupanya yang aku dah lalui. Terlampau... banyak. Tanpa sedar, bibirku automatik menghela nafas berat.

"Kenapa mengeluh? Mind to share? " Suara asing menyapa telinga.

Huh? Aku pusing. Elok saja ada Muz dekat sebelah. Tiba-tiba rasa darah aku naik mendidih.

"Awak buat apa dekat luar ni?" Kasar soalan itu dilontarkan kepadanya. Dengan orang macam ini, tak payahlah lembut sangat.

"Kenapa mengeluh?" Dia ulang soalan tadi. Aku senyap.

"Balik cepat boleh tak? Saya penat la nak menghadap muka awak dekat sini." Anggap sajalah aku sedang berusaha mengumpul dosa.

"Kalau saya tak nak?" Muz masih berdegil.

Oh my god! Anyone, boleh tolong kutip mamat sengal tak tahu malu sebelah aku ini? Aku mamandang tepat pada wajah Muz.

"Saya tak tahulah apa motif awak datang rumah saya. Awak nak apa sebenarnya?"
Straight to the point. Itu cara aku, senang.

"Saya nak kahwin dengan awak."

Aku pejamkan mata seraya menghela nafas berat. 

"Muz, kita tak pernah kenal sebelum ni. Setiap pertemuan kita hanyalah suatu kebetulan. Kebetulan saya datang rumah awak, kebetulan parents kita berkawan baik dan kebetulan ibu jemput awak dinner. Kemudian dengan bersandarkan kebetulan itu juga awak nak ambil saya jadi isteri? Huh, nonsense!" 

Hatiku berbahang panas berhadapan dengan Muz sehinggakan suhu dingin malam pun seakan-akan tidak memberi kesan. Kenyataannya memang tak dapat disangkal lagi. Muz membuat keputusan berdasarkan sesuatu yang tak pasti!

"Saya minta maaf kalau awak rasa semua ni kebetulan. But for me, it's destiny. Tak ada yang kebetulan di dunia ni, Lela. Semuanya dah ditetapkan oleh Tuhan. Pertemuan dengan awak... ketetapan terindah bagi saya.

Delaila, saya sukakan awak. Mula-mula saya pun takut andai rasa ini cuma sementara. Tapi selepas pertemuan demi pertemuan, saya semakin pasti. This feeling is valid for you. Izinkan saya untuk jaga awak, jadi suami yang sah di sisi awak....

...dan gantikan tempat Diff di hati awak." Permintaan Muz yang terakhir membuatkan aku tersentak. 

"Awak tahu?" soalku.

"Well... we have Kak Tim here," balasnya.

Aku menggelengkan kepala. Lelaki di depan ini perlu tahu sesuatu.

"Pemergian Diff mendatangkan kesan yang besar dalam hidup saya. Dialah cinta pertama saya. Macam mana saya boleh mencintai orang lain kalau dalam hati ini masih jelas terukir nama Khairul Hadiff sebagai pemiliknya?" Muz perlu faham makna di sebalik kataku ini. Memang aku sedang belajar untuk melupakan Diff, tetapi pada masa yang sama bukan mudah untuk aku mencari pengganti lain. 

Muz membuang pandang merenung ke arah langit malam. Keadaan sepi menyelubungi kami. Masing-masing hanyut dibuai perasaan. Tak lama sebelum telingaku menangkap kata-kata yang terbit daripada lelaki itu.

"Betullah orang cakap, mencintai tak semestinya memiliki." Muz meluah rasa. Aku sekadar menunduk. Perasaan kasihan dan simpati hadir menjalar segenap ruang hati. 

Maafkan saya, Muz. Saya harap awak jumpa perempuan yang dapat membalas cinta awak selayaknya.

"Lela! Muz! Kak Tim baru buat kopi ni. Jom minum dulu." Suara Kak Tim memanggil dari muka pintu. Aku mengangguk akur. 

Langkahan kakiku mula menapak masuk ke dalam rumah. Biarlah lelaki itu sendirian. Dia pastinya memerlukan ruang bersendiri saat ini. Masakan tidak, luahan cintanya baru saja ditolak. 

"Lela..." 

Pergerakanku terhenti tatkala suara Muz menahan. Dia kemudian menapak perlahan-lahan mendekatiku.

"Mencintai tak semestinya memiliki. Tapi saya takkan benarkan perkara itu berlaku pada saya. Saya akan meraih cinta dan kepercayaan awak sepenuhnya. Maybe not now but soon I will," ujar Muz penuh kesungguhan.

Kepalaku mendongak mencari sepasang anak mata hitam lelaki itu.  Dia mengenyitkan sebelah mata sebelum mengikut Kak Tim masuk ke dalam rumah. Aku lantas menyentuh pipi sendiri. Berbahang panas. 




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro