Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 7:-

  Keesokan harinya, Nia bangun lebih awal dari biasa. Belum sempat jam locengnya berbunyi, Nia sudah pun bangun secara automatik. Pelik? Tak payah nak pelik sangatlah. Biasalah tu, orang bila dah kena warning dengan cikgu Disiplin, mestilah seboleh-bolehnya nak mengelak daripada kena tahan lagi atas kesalahan yang sama.

  Sama juga seperti Nia, hari ini dia dah bertekad untuk datang lebih awal ke sekolah walaupun ianya bertentangan dengan prinsipnya selama ini. Nia mahu membuktikan yang dia juga reti nak  menepati masa. Jangan pandang rendah ok?

Puan Hannah yang sedang  berserapan dengan suaminya Encik Razak terkejut melihat Nia yang sudah lengkap berpakaian baju sekolah.

"Nia? Awalnya bangun? Selalunya, masa-masa ni baru tergopoh-gapah, nak pergi mandi."tegur Puan Hannah.

 Mimpi apa anaknya, tiba-tiba rajin nak bangun awal hari ini? Jam di dinding di kerling. Baru 6.50 pagi. Selalunya Nia baru nak bangun time-time macam ni.

  Nia hanya tersengih sumbing mendengar kata-kata mamanya. Yalah, dia pun terkejut juga dengan perubahan dirinya. Kalau sebelum ni, nak harapkan dia bangun awal macam ni, memang jauh panggang dari api la jawabnya. Nia melabuhkan duduk dan menuang air teh ke dalam cawan.

"Minum , papa."kata Nia sebelum menyirup perlahan-lahan teh panas itu.

" Pukul berapa Nia bangun ni?"tanya Encik Razak. Bukannya dia tak tahu perangai anak perempuan sulungnya ini. Kalau tak dikejutkan, memang liat benar nak bangun daripada tidur.

"Pukul 6.30 tadi Nia dah bangun ,"jawab Nia. Cawannya diletakkan di atas meja.

"Hah? Awalnya. Kenapa rajin sangat bangun awal ni?"tanya Puan Hannah.

  Nia  merupakan anak kedua daripada 4 adik beradiknya . Abang Nia, Hazwan sedang sibuk  menjalani latihan khidmat tentera. Hanya Nia dan dua orang lagi adiknya sahaja yang menemani dirinya dan suaminya di rumah itu. Nia lah selalu membantunya di rumah dan menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain. Adiknya, Nana masih di Tingkatan 1 manakala Raykal masih di sekolah rendah.

"Tak adalah, Ma. Cumanya, sekarang ni loceng sekolah dah di awalkan. Jadi Nia kena datang awal lah."jelas Nia.

"Hmm yalah. Nia kena ingat, Nia SPM tahun ni. Mama tak nak memaksa tapi Nia tahu-tahu sendirilah ya? SPM ni penentu hidup Nia nanti.  Mama tak nak tentukan hidup Nia sebab mama tahu Nia mesti ada plihan sendiri. Kalau boleh mama nak semua anak-anak mama berjaya. Faham tak, ni?" nasihat Puan Hannah sekali lagi kepada anaknya.

  Walaupun dia dah selalu nasihatkan benda yang sama kepada anak-anaknya, dia tetap nak ingatkan Nia tentang peperiksaan besar yang akan di hadapinya nanti.  Suaminya juga menganguk setuju.

"Betul tu! Mama dan papa dah bagi Nia apa sahaja yang Nia nak selama ini. Lepas ni, Nia akan pergi sambung belajar, bekerja. Papa dan mama tak nak minta banyak. Cukuplah, Nia berjaya. Nia tahukan, mama dan papa tak dapat jaga Nia selamanya? "papanya juga meluahkan perasaannya.

 Nia menggangguk faham."Yan, mama, papa. Nia janji, Nia akan berusaha sehabis baik. Mama dan papa doakan Nia, ok?"Nia bangun dan menyalami papa dan mamanya.

"Nia pergi dulu ya?"pintanya.

"Hmm yalah. Jalan elok-elok,"nasihat Puan Hannah dan menghantar bayang anaknya pergi.

-----------------------------------------------------------------

 Nia melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah sebelum loceng sekolah berbunyi. Nia perasan ada mata-mata yang memerhatikannya sejak dia masuk pagar sekolah tadi. Pelik mungkin? Yalah, sebelum ini, mana nak nampak muka Nia awal-awal pagi-pagi ini.

"Nia! Awal datang?"tegur sesorang dari arah belakang. Nia berpaling.

"Eh? Laila! Pelik sangat ke aku datang awal?"tanya Nia dengan nada rendah. Yalah, semua orang asyik perhatikan dia sahaja. Malu juga rasanya.

Laila ketawa perlahan. "Tak adalah. Baguslah, kau datang awal."Cara cakap Laila sangat sopan. Patutlah, ramai yang suka dengan Laila. Sudahlah lemah-lembut, muka pun boleh tahan, pandai pula tu.

'Rasa-rasanya, Amir suka Laila juga tak?'detik hati Nia. Entah mengapa, dia rasa takut pula jika perkara itu benar-benar berlaku. Hatinya gelisah tiba-tiba.

'Eh? Nanti kejap. Kenapa pula aku nak kisah, kalau Amir suka Laila ? Dia bukannya ada kena mengena dengan aku.'Akal Nia pula membangkang.

"Oklah, Nia. Aku pergi dulu, ya?"kata Laila sebelum berlalu.

 Nia hanya menganguk.Matanya meliar memandang sekeliling. Dia mencari sesorang. Siapa lagi kalau bukan Amir. Kenapa pula dia sibuk nak cari Amir? Tentulah nak berlagak dekat Amir yang dia pun boleh datang awal ke sekolah. Apa? Ingat dia tak reti nak punctual ke?

Setelah puas mencari,  akhirnya dia ternampak kelibat Amir bersama -sama kawannya. Mereka berdua sedang berbual di sebuah pondok menunggu tak jauh dari pagar sekolah.

"Mir!"

  Zareef menegur Amir yang sibuk menyelak halaman Fail Tugas Pengawas. Memang tugas Amir untuk meronda seluruh kawasan sekolah dan mendapatkan tanda tangan para pengawas bagi pengesahan yang mereka menjalani tugas.

"Hmm?"

 Amir tidak mengalihkan pandangan langsung daripada fail di tangannya.

"Aku rasa mesti kau nak tengok ni," Zareef cuba memacing perhatian Amir lagi.

"Apa dia?" jawab Amir endah tak endah.

"Ada orang cari kau tu!"sambung Zareef.

Amir memandang wajah kawan baiknya. "Siapa?"

Zareef tersenyum penuh makna.

"Tu!" tangganya menunjuk ke arah sesorang.

Senyuman terukir di bibir Amir."Nia"

Nia memandang ke arah Amir . Kawan di sebelah Amir sedang menunjuk ke arahnya.

'Rasanya tu lah Zareef.'teka Nia.

 Amir memerhatikan Nia tanpa lepas. Zareef di sebelahnya juga sudah tergeleng-geleng kepala melihat keadaan Amir.

"Buat apa tengok je? Pergilah tegur dia,"Zareef memberikan cadangan.

Amir tersengih.'Betul juga tu', hati Amir menurut. Dia bangun dan mendekati Nia.

Jantung Nia semakin berdegup laju apabila Amir semakin mendekati.

'Hei, jantung ku. Tolonglah kawal sikit degupan tu. Itu Amir jelah,' Nia cuba menenangkan dirinya.

"Hai!"tegur Amir pendek.

Entah mengapa, walaupun hanya ucapan HAI , hati Nia rasa macam nak melompat kegembiraan.

"Haaiii...."jawab Nia meleret.

'Please Nia, FOKUS. Jangan nak mengedik sangat.'Nia mengingatkan dirinya.

"Awal datang?"tanya Amir dengan wajah tak percaya.

"Kenapa tak boleh ke?"tanya Nia pula. Suaranya kembali tegas.

"Boleh. Tapi, itulah pelik sikit."

Muka Nia berubah mendung.

"Apa yang peliknya? Sebelum ni, kau juga yang suruh aku datang awal. Sekarang ni, aku dah datang awal, kau cakap pelik pula."

Amir tergelak."Ala, pelik sikit je. Yalah, kau sendiri yang beria-ia merusuh nak menentang peraturan sekolah."

Nia mencebik sinis.

"Aku datang lambat je tau. Peraturan-peraturan sekolah yang lain aku ikut tau! Lagipun kau dan suruh aku datang awal, aku datang je lah awal."Nia membela diri.

 Peraturan-peraturan  yang lain dia ikut tau! Cuma nak datang awal tu je problem dia.

"So kau datang awal ni sebab aku yang suruh lah?"Kening Amir terangkat sedikit.

Nia terperangkap."Eh? Mana ada. Aku datang awal sebab aku sendiri yang nak datang awal."

Amir tergelak lagi."Baguslah kalau macam tu. Lega hati aku...."

"Kenapa pula hati kau yang  lega?"Nia memberikan soalan berbentuk perangkap kepada Amir. Tak sabar dia mahu mendengar jawapan Amir. Apa agaknya jawapan Amir?

"Tak adalah. Sebagai pengawas, aku lega lah. Dah berkuranglah orang yang datang lambat lepas ni."Amir memberikan jawapan selamat.

 Hati Nia meruntun. Skema betul jawapan Amir tadi. Baru dia nak uji Amir tapi nampaknya, jawapan yang diharapkan tidak kesampaian. Tapi, apa yang dia harapkan sangat pun?

"What ever!"Nia mengeluh kasar.

"Tapi kalau boleh, datanglah lebih awal lagi. Sekarang ni pun dah pukul 7 suku..."pesan Amir.

"Aku  jalan kaki dari rumah tau. Takkan lah kau nak aku keluar awal-awal pagi dari rumah? Dahlah gelap, tak ramai orang pula tu. Gila apa?"Nia menolak.

"Aku cadang je. Tapi kalau macam ni pun dah ok."Amir membetulkan balik ayatnya tadi. Risau pula melihatkan muka Nia yang semakin mencuka.

"Apa-apa jelah. Aku pergi dulu k?"Nia mula mengatur langkah.

"Nia!"panggil Amir.

Nia berpaling."Kenapa?"

"Aku....seronok dapat berbual dengan kau."Amir melemparkan senyuman ikhlas.

Nia terpana.'Betul ke ni? Aku tak bermimpikan?'

Nia berdehem cuba mengawalkan perasaannya."Aku pun."

Nia terhenti.

Nia memandang ke arah lain sewaktu menyambung kata-katanya.

"Aku pun seronok juga."

Nia cepat-cepat berlalu.

Amir tersenyum sendiri. Zareef yang memerhati dari jauh menegur Amir.

"Happy nampak?"

Amir memandang Zareef."Mana ada."

 Amir mendekati Zareef.

"Yalah tu. Aku tak pernah nampak kau senyum macam tu dekat orang lain."Zareef mengusik.

"Kau suka dia,eh?"

Amir terkejut."Tak. Tak adalah. Aku cuma...senang. Seronok berkawan dengan dia."

"Aik? Sejak bila jadi kawan?"tanya Zareef lagi.

"Dah la, kau ni tak habis-habis nak tanya bukan-bukan."Amir berlalu meninggalkan Zareef di belakang.

"Kalau dah suka cakap je lah,"teriak Zareef agak kuat.

Amir berpura-pura tak mendengar.

'Tak mungkin aku sukakan Nia.'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hahahah macam mana cerita ni? ok x ? sejujurnya penat betul nak keluarkan idea. Macam mana nak buat cerita ni jadi sweet tapi ini je yg  mampu. Teruskan membaca. Jangan lupa vote dan tinggalkan comment, ya? Saya tak kisah. lg bnyk comment lg bagus, barulah sye tahu apa yg saya boleh perbetulkan! tq....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro