Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 32:

   Tiga hari Sara tidak datang ke tempat kerja. Hilang tanpa khabar berita. Ada yang kata, Sara melarikan diri ke luar negara kerana tidak dapat menerima pengakuan Amir. Ada juga yang berkata Sara terlalu malu untuk ke tempat kerja kerana tidak mahu berhadapan dengan Amir dan para pekerjanya lagi. Maklumlah, pertengkarannya dengan Amir serta Haqimie disaksikan  oleh segelintir pekerja syarikat mereka. Jadi, pastilah gosip Sara dan Amir putus tunang tersebar dengan luas. Sebab itulah, Sara memilih untuk tidak datang ke tempat kerja.

Walaupun dia tidak lari ke luar negara seperti yang di sangkakan orang lain. Sara sedang berusaha mencari ketenangan diri dengan membawadiri ke Cameron Highlands. Kini, dia sedang beristerhat di villa keluarganya sambil ditemani kesunyian dan kedamain panorama yang menghijau.

 Amir pula tidak langsung menelefon dirinya. Dia tak mahu menyemakkan lagi fikiran Sara. Dia mahu memberi Sara masa dan ruang . Mujur jugalah, dia sedang sibuk dengan sebuah projek. Jadi, dia menghabiskan masanya dengan kerja sehinggan larut malam. Itu lagi bagus, seksa tubuhnya bekerja daripada membiar hatinya terus terluka.

Dua minggu selepas itu, Sara kembali ke tempat kerja. Semua pekerjanya meyambutnya seperti biasa dan memberi hormat. Namun, dia langsung tidak menegur para pekerjanya seperti biasa dan terus menapak ke pejabat Amir. Mukanya masih kelihatan tegang walupun pemakaiannya bergaya seperti biasa. Rata-rata pekerja sibuk membuat spekulasi sendiri.

 Mona, yang bertugas sebagai pembantu hanya tercenggang melihat Sara yang meluru masuk ke pejabat Amir tanpa melaluinya dahulu. Sara terus menutup pintu pejabat Amir, tak mahu yang lain mendengar perbualannya.

Mona berpaling kepada rakan-rakannya. "Nampaknya akan ada perang lagilah lepas ni." Kata Mona perlahan. Dah mula  dah bergosip.

 "Lah! Encik Amir tu pun bodoh. Cik Sara yang punyalah hot tu pun tak reti nak hargai. Dahlah kaya, nak apa lagi?" Kutuk Saiful. Dia menyertai Mona dan beberapa rakan yang lain bergossip.

 Mona mendesis. "Tapi, nak buat macam mana. Cinta mana boleh nak dipaksa-paksa."

Ellya turut setuju dengan kenyataan Mona. "Encik Amir suka dekat Cik Nia kan?" Tanya Ellya ingin tahu.

Saiful tergelak sinis. "Tulah, kalau dah berkepit sepanjang masa time Cik Sara tak ada, manalah tak jatuh hati. Cik Nia, pun satu. Takkan tak tahu, yang Encik Amir tu tunang orang. Sibuk ikut dia ke hulu ke hilir."

"No! No! Korang tak tahu cerita sebenarnya." Pancing Mona. Gaya penyiasat persendirian lah gayanya, semua benda dia tahu. "Cik Nia tu, kekasih lama Encik Amir. Dorang kenal sejak zaman sekolah lagi. Lepas Encik Amir sambung belajar dia orang terputus hubungan. Kiranya baru jumpa baliklah ni. Encik Amir pun still sayang dekat Cik Nia tu."

"Ohhh!" Ellya menekap mulutnya. "Jadi, Cik Nia ni kira first love Encik Amir lah?"

Mona mengangguk."Yup!"

"Sweetnya. Patutlah susah Encik Amir nak lupakan Cik Nia. First love rupanya." Ellya senyum meleret.

"Ish, tapi dia dah bertunang." Saiful masih tak puas hati.

"Hei kau ni! Kau ingat senang ke nak lupakan first love. Yes, maybe Encik Amir suka jugak dekat Cik Sara, sebab tu dia bertunang dengan Cik Sara, tapi manalah tahu, hati dia still rindu dekat Cik Nia. Hah! Lepas tu dapat jumpa balik, sebab tulah Encik Amir jatuh hati balik dekat Cik Nia." Bengkeng Ellya.

"Shuh! Nanti dia orang dengar kita bergosip." Mona kembali ke tempat duduknya.

   ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saat melangkah masuk, Sara terus duduk tanpa dipelawa Amir. Amir memerhati sudah menjongketkan kening. "Aik? Main duduk je?" Tanya dia sopan.

"Who cares? Ni office I." Jawab Sara sedikit bongkak. Amir hanya terdiam. Suasana tegang mula menghimpit mereka. Entah mengapa, seolah-olah mereka berdua menunggu lawan mereka memelukan bicara.

"You dah ok?" Tanya Amir dahulu.

"Kalau I tak ok , I tak datang." Jawapan dari Sara makin -makin lama makin tajam. Sudah tiada lagi kemesraan dalam bicaranya seperti dahulu. "Kenapa? You harap I tak okay?" Tanya Sara sarkastik.

Amir  hanya tersenyum tipis ."I tak pernah harap bukan-bukan pasal you. As a friend I nak yang  terbaik buat you."

'A friend?'  Bisik hati Sara. Sakitnya kenyataan itu. Dia cuba mengawal riak wajahnya untuk terus kelihatan biasa walaupun hatinya sudah remuk redam. "I datang sini bersebab." Kata Sara pendek dan tegas.

Amir membetulkan duduk. "So? You nak apa?"

Sara menyambung."I nak kata putus dari you.  You nak teruskan wedding kita atau tak?"

Amir mengeluh."Sara kita dah cakapkan I-"

Sara memotong." Yes or no?"

"No."

Sara menyandarkan badan ke kerusi. Dia tidak kelihatan terkejut. Jawapan Amir sudah dijangkanya. "You tak lupa kan ? Semua yang you ada kini, adalah ihsan I." Sara meneliti riak Amir. Tenang nampaknya wajah Amir.

"Kalau you nak I lepaskan jawatan I, I sanggup. I tahu, ini semua bukan milik I. I minta maaf sebab kecewakan you, and I sanggup undur diri dari syarikat ni."  Jawab Amir jujur.

Sara ketawa kecil. "You sanggup lepaskan semua yang you ada, untuk cinta?"

Amir tersenyum sahaja. "Ya."

Mata Sara mulai berair."Why?"

 Amir menggemgam tangannya. Dia menarik nafas."Kalau apa yang I ada sekarang ni, menghalang I daripada Nia, I sanggup lepaskan semuanya."

"You yakin?" Tanya Sara sekali lagi.

"I dah hilang Nia sekali. I tak nak hilang dia lagi." Kata Amir bersungguh.

Sara memandang ke arah lain . Perlahan-lahan air mata melurut di pipinya. Dia tak mampu terus berpura-pura tenang saat mendengar lelaki yang dia cintai mengungkapkan cinta terhadap wanita lain. Dia tahu, Amir bersungguh. Dia dapat lihat daripada matanya. Ada sinar cinta yang mendalam saat bibir itu menyebut nama Nia. Sara pernah berharap dia nak tengok Amir memadang seseorang dengan penuh rasa cinta seperti itu, dan akhirnya dia dapat melihatnya. Namun sayang, sinar cinta itu bukan untuk dirinya.

"Fine! I terima keputusan you." Balas Sara sambil mengela nafas perlahan. Dia cuba melepaskan perasaannya buat Amir. Dah tak ada gunanya dia menunggu lagi. Dia tahu , cinta Amir dan mungkin berpaling padanya.

"You tak marah?" Tanya Amir ingin tahu.

"I marah. Sangat marah sebab you sanggup buat I macam ni. Tapi, I lagi marah, kalau perasaan I, cinta I hanya meluka kan hati wanita lain. I tahu macam mana sakitnya melihat orang yang kita cintai bersama dengan orang lain. Dan I pasti, Nia pun pasti sesakit ini, bila dia dapat tahu I akan berkahwin dengan you. Malah mungkin lagi terseksa."

"Lapan tahun, dia tunggu you.She's strong. Dan sememangnya dia layak dapat bahagia yang dia tunggu-tunggu selama ini. Dia layak bahagia bersama lelaki yang memiliki cintanya dan mencintainya juga." Kata Sara penuh ikhlas. Ya, dia ihklas. Tak guna lagi dia berdendam.

 Kalau dia mahu salahkan Nia, kerana merampas cinta Amir. Dia salah. Hakikatnya, dia yang merampas cinta Amir daripada Nia. Nia dan Amir sudah saling mencintai sebelum kehadiran dirinya. Yang nyata, Amir hanya milik Nia. Kini, dan selamanya.

"You pasti ke?" Tanya Amir lega. Dia tahu, Sara sangat matang. Dan dia lega Sara sudah mula menerima hakikat. Yang dia harap kini, moga-moga Sara juga menemui bahagiannya.

"Yup! You dan Nia dah banyak berkorban untuk I. Now, biar I pula yang berkorban sedikit untuk you dan Nia."

Amir tergelak kecil."Tak payah nak berkorban sangatlah."

"Betullah I seriuos , you boleh gelak pula." Sara berpura-pura marah. Dia juga senang dapat bergelak tawa kembali dengan Amir. Walaupun dapat bersama Amir sebagai kawan, Sara menerimanya dengan hati yang terbuka.

" Tapi betul tau. I jelous sangat dengan Nia . I pun nak dapat  sesorang lelaki mencintai I seperti mana you cintakan Nia." Jawab Sara. "Betullah, tengok apa you buat untuk Nia. You sanggup bodoh demi cinta." Kata Sara kepada Amir. Amir turut memandang Sara.

"Tak. Kita sanggup bodoh demi cinta."

Sara tekaku. Rasa takut meneylinap dalam diri.

"I tahu." Kata Amir tiba-tiba.

"Tahu apa?"

"You tahu yang Haqimie cintakan you. Dari dulu lagi. You sedar hal itu, betul tak?"  Kata- kata Amir lancar sehingga Sara kelihatan tak selesa membahaskan nama Haqimie. Amir menyambung lagi. "Tapi you pekakkan  telinga, you butakan hati you sebab nak kejar cinta I. You pun bodah Sara."

 Sara hanya terdiam.

"You sangat bodoh kalau you lepaskan cinta sehebat Haqimie."

Sara tersenyum. "I tahu."

"Dia mencintai you lapan tahun, dia sanggup suruh I terima you, walaupun hati dia sakit. Pada mulanya I tak faham dengan pemikirannya, namun sekarang I faham. Dapat tengok orang kita sayang bahgia walaupun di sisi orang lain , cukup buat kita bahagia juga. Itulah yang Haqimie buat selama ni." Jelas Amir.

Dada Sara seakan sempit. "Dia selalu ada untuk I. Macam mana dia tahan perasaanya selama ni, Setiap kali I ada masalah dengan you, I akan cari dia, bercerita dengan. Setiap kali birthday you, I akan cari dia , minta pendapat. Pendek kata , semua benda pasal you I tanya dekat dialah. Tak pernah sekalipun, I datang jumpa dia kalau bukan sebab you. Macam mana dia boleh tetap setia tunggu I?"

  "Tulah, kalau I jadi kahwin dengan you, mungkin jadi bujang terlajaklah si Haqimie tu. Dia tu  tak boleh nak terima wanita lain dalam hidup, kalau bukan you." Balasan Amir membuat, Sara tersenyum tipis. "So? You nak buat apa lepas?" Tanya Amir ingin tahu.

"I akan cari dia." Kata Sara dengan senyuman. "I settlekan semuanya dengan dia."

Amir mengangguk. "You tahukan dia dah berhenti." Memang benar, dua hari selepas , petengkaran Haqimie dan Sara hari itu, Haqimie terus meletak jawatan dan pergi. Ke mana? Tiada sesipa tahu.

"I akan cari dia."

"I hope you jumpa bahagia you , Sara. In case you should know that, i akan allways support you."

 '~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Guys, penamatnya hampir tiba....tunggu ya!!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro