Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3:-

 Suasana hiruk pikuk kantin sekolah pada waktu itu, langsung tidak mengalihkan perhatian Dania Sofea daripada memikirkan masalah besar yang melandanya sekarang. Mee goreng dihadapannya juga dipandang tanpa selera dan hanya diguis-guis menggunakan garpu namun tidak  pula di jamahnya. Erin yang duduk disebelah Nia , menegur tindakan Nia itu.

 "Wei , kau ni kenapa? Kalau serabut sekalipun, janganlah main-main makanan tu. Rezeki tu , tak baiklah."  garpu di tangan Nia di ambil. Tanpa segan silu mahupun meminta kebenaran,  Erin mengambil sedikit mee goreng Nia dan  memakannya.

 "Oh! Pedas juga mee goreng Acik kantin ni," kata Erin.  Lidahnya terjelir sedikit kerana   manahan pedas. Dia memang tak  biasa dengan makanan pedas. Tak tahan . Pantas , dia membuka penutup botol mineral dan meneguknya rakus sehinggakan dia tersedak kecil .

 Nia menghamburkan tawanya." Hahahaha! Padan muka kau. Itulah! Lain kali , minta. Bukannya susah pun," tisu dihulurkan kepada Erin.

  Wani juga sudah terkekeh-kekeh ketawa. Namun, ketawa Wani lebih bersopan. Kalau nak  ketawa, mesti sambil menutup mulut . Jangan main-main tau. Inilah sebabnya, dalam kalangan mereka berempat , Wani yang paling lemah-lembut , yang paling pemalu dan rasional. Malah bila mereka bertiga mahu membuat sesuatu perkara yang gila-gila dan agak nakal , Wanilah yang akan sibuk menasihati mereka supaya menukar fikiran . Alah! Macam ustazah lah katakan.

 Erin mengelap mulutnya. " Oh! Apasal pedas sangat mee ni? Taruh cili api ke Achik kantin ni?" rungut Erin .

Nia senyum meleret. " Kau tu yang tak tahan pedas. Maklumlah, lidah mat salleh kan? Lain kali tanyalah dulu, bukannya aku tak nak bagi kau."

 "Kau ni, kacau betullah. Aku tengah elok-elok berfikir tadi," keluh Nia.

 " Habis hilang semua idea aku tadi..." garpu tadi dicapainya kembali dan mula menjamah mee gorengnya.

 "Kau tengah fikir pasal apa? Amir?" tanya Wani sambil menyuap roti kedalam mulutnya.

 " Nia! Kau nampak tak tadi, macam mana muka bila pandang kau? Eei! Seram kot! Mukanya macam nak telan kau je tadi. Kau tak takut ke?" sampuk Erin.

 Nia mengeluh berat. Dia faham apa yang Erin cuba  sampaikan. Minda Nia berputar ligat mengingati semula kejadian pagi tadi. Waktu itu, perhimpunan baru sahaja selesai dan mereka dalam perjalanan menuju ke kelas.

  Entah bagaimana  mata Nia boleh terpandangkan Amir yang sedang berdiri di hujung dewan bersama Cikgu Ruslan. Dan ketika itulah, Nia juga perasan yang Amir sedang merenung dirinya juga.

 Renungan itu. Nia ingat lagi renungan Amir ketika itu. Renungannya itu umpama seekor harimau yang sedang mengintip mangsanya dan akan  menyerang mangsanya pada bila-bila masa.

 Apa lagi, habis lemah longlai langkah Nia apabila direnung sebegitu rupa. Mujur, rakan-rakannya yang lain  menyedari situasi tegang ketika itu, dan  bijak menariknya pergi.

  Nia meraup muka. Sungguh, dia tak tahu apa lagi yang perlu dia lakukan sekarang. Kalau dia tahu, Amir tu Ketua Pengawas yang baru, memang tak akan dia berkasar bahasa dengannya. Tapi nak buat macam mana?

   Perkara itu sudah berlaku. Tak ada caranya untuk dia mengubah balik masa lalu. Lainlah kalau dia ada mesin masa macam yang dimiliki Nobita. Mungkin, dia boleh patah balik masa dan pastikan kejadian itu tak berlaku. Oh apa yang dia merepek ni? Otak dia dah betul ke?

 "Jadi kau nak buat apa?" soalan Erin mematikan lamunan Nia.

"Hah!"Nia tersentak.

"Kau nak buat apa lepas ni?"tanya Erin kembali.

Nia merenung jauh."Entahlah. Teruskan jelah kot. "

 Wani dan Erin berbalas pandangan."Kau tak takut ke, Nia?"tanya Wani.

Takut? Tipulah kalau dia kata dia tak takut. Dia takut. Sangat takut. Tapi takkanlah dia akan tunjukkan sisi penakut dirinya. Selama ini, dialah yang paling berani antara mereka semua . Jadi sebab itulah, dia seboleh-bolehnya tak mahu menunjuk sangat yang dia lemah. Terpaksalah dia berpura-pura demi menjaga imejnya. Atau lebih tepat, EGOnya.

"Takut? Aku takut? Dah sah-sah lah tak," kata Nia sombong.

"Betul?"tanya Wina ingin pasti.

"Tapi. kenapa aku tak pernah perasan Amir tu, sebelum ni? Dia baru jadi pengawas ke?" tanya Nia.

 "Kau tak kenal dia ke? Eh! Dia dah lama lah jadi pengawas. Kau tu , mana pernah nak kenal-kenal orang lain. Sombong sangat !" Erin menepuk bagu Nia dengan agak kuat.

"Ya ke? Aku tak pernah perasan dialah sebelum ini. Kenapa ya?"

"Manalah aku tahu. Kau kenal, Zareef Hadi tak?" tanya Erin.

"Zareef Hadi? Kenal! Dia pun pengawas juga kan? Pakai cermin mata, betul tak?" balas Nia.

"Hah! Zareef tu, bestfriend dengan Amir." balas Wani pula.

"Oh! Alah, tak kisahlah. Peduli apa aku," Nia menyambung makan.

"So? Kau still akan datang lambat esok?"tanya Wani terkejut.

"Yalah. Lagipun apalah sangat yang Amir boleh buat? Tahan aku? Ambil nama aku? Takkan dia boleh buat lebih-lebih. Aku sure sangat." balas Nia yakin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Amir Asyraf melangkah masuk ke dalam kelasnya. Kelas 5 Sains 1 ketika itu masih kosong. Hanya ada seseorang sahaja yang tinggal di dalam kelas pada waktu rehat sebegini. Dan Amir tahu sangat siapa dia. Siapa lagi kalau bukan rakan baiknya, Zareef Hadi.

 "Kau tengah bertugas ke?"tanya Amir.

 " Yup! Kau buat apa?" Zareef mendekati Amir.

"Meronda," jawab Amir pendek.

"Dah selesai ke?" Zareef menuju ke koridor. Matanya meliar melihat kawasan sekitar sekolah. Semuanya nampak dengan jelas dari tingkat 3 blok C ini. Malah, ada pemandangan yang cantik setiap pagi ketika menunggu matahari terbit.

"Dah," Amir berdiri di sebelah Zareef. Dia juga, turut menikmati pemandangan sekolah mereka. Bangunan kantin sekolah berhadapan sahaja dengan blok kelas mereka dipandang bosan.

 "Aku ada dengar cerita daripada Laila. Kau rancang sesuatu dengan Cikgu Ruslan.  Patut ke aku tahu sebab apa?"tanya Zareef.

 "Tak perlu rasanya,"jawab Amir malas. Memang benar , dia ada merancangkan sesuatu dengan Cikgu Ruslan tapi tak perlu rasanya dia memberitahu Zareef.

"Aku dah tahu lah," balas Zareef. Amir memandang wajah sahabatnya itu.

"Betul. Aku tahu. Tapi aku rasa, sebagai seorang sahabat aku patut bagitahu pendapat aku. Rancangan kau ni, kau buat untuk sesorang, kan?"

Amir diam. Dia tidak menafikan apa yang dikatakan oleh Zareef. Memang dia ada sebab dia melakukannya.

Zareef senyum pendek. Bukan susah hendak membaca pemikiran sahabatnya itu. Sudah lima tahun mereka berkawan. Segala mengenai Amir dia dan tahu. Dan hafal pun.

"Jadi betullah, betul tak? Sebab budak perempuan tadi , kan?" Zareef  berpaling . Keningnya dijongketkan.

 Zareef perasan , Amir memerhatikan seorang budak perempuan selepas habis perhimpunan tadi. Rasanya dia kenal budak perempuan tu. Ramai pengawas bercerita mengenai  budak perempuan yang kononnya selalu datang lambat ke sekolah. Dia juga ada dengar cerita mengenai pergaduhan kecil antara Amir dan budak perempuan itu di hadapan pagar sekolah pagi tadi.

 Amir menundukkan kepalanya. Apalah  yang boleh dirahsiakan daripada Zareef? Semuanya Zareef tahu. Walaupun berat hatinya hendak berterus terang, entah mengapa lancar sahaja mulutnya bercerita kepada Zareef.

"Aku tak tahu, Zar. Budak perempuan tu, aisy. Macam mana nak cakap ya? Dia tu sangat annoying tau tak? Elok-elok je dia cabar aku depan budak-budak lain. Dia tu memang sengaja cari pasal dengan aku," terang Amir.

Zareef menganguk faham."Jadi kiranya ni, kau nak balas dendam lah? Sebab tu kau plan macam tu dengan Cikgu Ruslan."

"Tak." Pandangannya dihalakan kehadapan semula.

"Betul ke ni?"

Amir mengeluh hampa." Fine! Memanglah aku nak balas dendam dekat dia, tapi dalam masa yang sama, aku memang nak tolong betulkan disiplin sekolah ni. Jadi, takkanlah teruk sangat, betul tak?"

"Aku tak nak masuk campur. Kau tu Ketua Pengawas. Aku sendiri setuju apabila cikgu pilih kau jadi Ketua Pengawas. Sebab, aku percaya kau boleh bawa perubahan yang baik pada sekolah ni tapi kau kena ingat, jangan campur adukkan urusan peribadi kau  dengan tanggungjawab kau sebagai seorang pengawas. Lagipun, baik kau berhati-hati," nasihat Zareef.

"Kenapa pula?"

"Ini kerana, setiap kali kau cuba lakukan sesuatu yang baik, sesuatu yang buruk aku berlaku dahulu. Kau tahu-tahu sendirilah, macam mana aku nak terangkan? Kau fikirkanlah sendiri," balas Zareef.

 "Apa? Contohnya apa?" tanya Amir.

 " Entah? Mana tahu, kau jatuh suka dekat budak tu ke?" seloroh Zareef. Dia sudah tergelak kecil melihatkan wajah terkejut Amir pada waktu itu.

"Eh! Tak mungkinlah," Amir menggeleng laju. Suka budak tu? Tolonglah! Tak mungkin. Moga-moga mulut Zareef tu tak masin. Kalau tak, haih, tak tahulah nak cakap apa.

Ketika  sibuk memerhatikan kawasan kantin, satu susuk tubuh yang cukup dikenali baru keluar daripada kantin sambil ditemani dua lagi rakannya. Wajah mendung Nia diperhatikan dari jauh. Dia sedar, Nia sedang berpura-pura gembira di hadapan rakan-rakannya. Ini kerana, setiap kali rakannya-rakannya tidak memandang, wajah Nia berubah sayu.

 'Aku suka, Nia? Tak mungkin. Tak mungkinlah.'bisik hati Amir.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro