Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 27:-

 Tiktok acc-tiktok.com/@readingd
Instagram acc- r3adwithme

Isyraf datang menjengah ke pejabat Sara di tingkat lapan. Ketukan di pintu tampaknya berjaya mengejutkan Sara yang sedang khusyuk dengan kerjanya.

"May i come in?"tanya Amir dengan senyuman. Seronok melihat wajah Sara yang tekun bekerja, terserlah kematangan di sebalik kecantikan yang dimilikinya sebagai pemilik sulung IndoSytle.

Sara mengangkat muka dan tersenyum bahagia."Sure. Masuklah."

"I menganggu ke?"tanya Amir sambil melabuhkan duduk.

"Tak. I agak busy. Maklumlah, 4 bulan tak masuk office. I kena arrange balik my schedule."jelas Sara.

Amir mengangguk faham."I faham you busy, tapi jangan sampai lupa nak makan. I heard that you skip your breakfast, right?"

Sara tergelak kecil. "I totally forget abaout breakfast. Thanks sebab hantarkan makanan tadi."

Kening Amir berkerut pelik."Makanan?"

"Yalah! Makanan dengan bunga rose atas meja I pagi tadi. I terharu."ujar Sara.

Amir terdiam. Pastinya bukan dirinya yang meletakkan sarapan atas meja Sara pagi tadi sebab dia baru sahaja masuk office lepas singgah ke site projek. Mesti kerja Haqimie. Amir mengeluh.

Keluhan Amir membuat Sara berasa pelik."Are you ok?"tanyanya.

"Yah. I'ok. I just nak remind you, esok ada majlis perkahwinan Elly anak Tan Sri Erman, he inviting us. So, esok i jemput you dekat rumah around 10 o'clock."beritahu Amir.

"Tomorow? I tak dapat teman you, esok I ada medical check up. Sorry."

"Oh? Ya ke?' Habis tu, I nak pergi dengan siapa?"tanya Amir.

"Pergilah dengan sesiapa pun...I tak kisah."ujar Sara.

"Betul ni?"tanya Amir kembali.

"Ya, at least you boleh jadi wakil syarikat kita."

Amir terdiam seketika. Sara sangat baik. Dia memahami, tidak pernah mengongkong atau menghalangnya seperti wanita-wanita lain yang pastinya lebih kuat cemburu. Tak di nafikan lagi, Sara memang calon isteri yang tepat.

'Bodohkah aku, kalau aku lepaskan wanita sebaik dia?'ujar Amir.

Amir memandang Sara, perlahan -lahan Amir membuka mulut."Sara."

Sara memandang pelik."Yes?"

"Will you...Will you marry me?"Amir merenung Sara. Hati Amir berkocak hebat.'Betul ke apa yang aku buat ni?'

Sara terkaku. Ayat itu, ayat yang paling lama dia tunggu-tunggu untuk keluar dari mulut Amir. Matanya bergenang.

"Will you be there with every step I take?"tanya Amir lagi.

Meluncur keluar airmata Sara. Dia ketawa, bahagia.

"Will you love me?"tanya Amir lagi.

Sara mengangguk."With all my life. With all my heart."

Amir tersenyum kecil. Dia mendekatkan dirinya pada Sara. Sebuah kotak kecil berisi sebentuk cincin permata dikeluarkan dan di hulurkan pada Sara. Sara mula teresak.

"Thank you, Sara. For everything...."ujar Amir. Sara mengangguk terharu. Dia mencapai cincin itu dan menyarungkan cincin itu ke tangannya. Dia tahu sangat, Amir tidak akan menyentuhnya selagi belum bernikah, jadi cincin itu disarungnya sendiri.

Amir diam. Di luar, dia cuba tersenyum. Namun, hatinya agak perit.

'Akan bahagiakah aku?'

Sudah terlambat untuk menarik balik apa yang diucapnya sebentar tadi. Sepintas itu, dia terbayang wajah Nia. Pastinya hatinya lebih bahagia jika yang menerima cincin itu Nia. Pastinya lebih bermakna jika yang ketawa itu Nia.

'Tak. Aku kena lupakan dia. Aku kena buang dia dari hidup aku. Aku...Aku kena berhenti mencintai dia....'tekad hati Amir.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isyraf mengalihkan pandangan apabila terdengar namanya dipanggil. Dia terkaku melihat Nia yang berada di hadapannya. Hatinya bergetar hebat dengan cinta. Cinta yang cuba dia lupakan sekekeras hatinya.

"You look gorgeous!"puji Isyraf. Ikhlas.

Nia tersipu."Thank sebab sudi ajak I pergi majlis ni dengan you...."Nia tidak dapat nafikan hatinya juga terusik melihatkan Isyraf. Dia seakan jatuh cinta, lagi dan lagi ada Amir.

"Tak adalah, Sara tak dapat datang. Jadi I invite you. Tu pun lepas Sara setuju I pilih you...."jawab Isyraf.

"But why me?"Mereka berjalan seiringan ke dalam dewan di Golden Hotel.

"Maybe you perempuan yang I paling rapat dan selesa berkawam."jawab Isyraf tenang.

'KAWAN! Dengar tu, Nia. Dia anggap kau sebagai kawan je...' Nia mengingatkan dirinya sendiri.

Amir terdiam. Punyalah susah dia mengagahkan hatinya untuk mengajak Nia. Siap bertekak bagai dengan Haqimie semalam.

"Yang kau nak keluar dengan Nia lagi kenapa? Kau nak kahwin dengan Sara kan? Kenapa perlu jumpa Nia lagi? Jangan cakap yang kau cua bermain-main dengan Sara! Sara dengan bahagianya call aku semalam , cakap yang kau nak kahwin dengan dia, tapi , sekarang ni kau nak pergi jumpa dia pula? Kau gila ke apa , Mir?"marah Haqimie.

"Aku ada sebab sendiri. Aku nak jumpa dengan Nia. Aku nak berterus terang dengan dia. Aku nak dia berhenti tunggu aku. Berhenti berharap pada aku. Berheni cintakan aku......"

Amir dan Nia menikmati majlis perkahwinan mewah Elly sehingga tamat. Dalam perjalanan pulang, Amir membawa Nia ke Alamanda. Tempat yang sama, mereka keluar semasa zaman persekolahan dahulu.

"Kita tengok wayang, nak?"ajak Amir.

Mata Nia membulat."Aik? Isyraf Si workerholic berminat nak tengok wayang ke?"usik Nia.

"Tolong sikit I pun manusia, ok? Jom. I belanja."Amir tergelak kecil. Terasa seolah-olah kembali ke zaman persekolahan.

"Orang nak belanja jangan tolak, nanti rugi...."balas Nia.

Dalam panggung wayang, Amir dduk di selah Nia. Dia perasan kaki Nia ternaik dan menolak-nolak seat di hadapannya. Amir menahan gelak.

Teringat dahulu, Nia juga pernah menolak seatnya, kerana tidak tahan dengan sejuk. Akhirnya mereka terjebak dalam perang baling-baling popcorn. Amir menggeleng perlahan. Dia segera menanggalkan jaketnya dan menghulurkannya pada Nia.

"Pakailah."

Nia menolak."Tak apalah. I ok."

Amir ketawa kecil."Pakai jelah. Kesian orang depan nak tengok movie, mest tak selesa, sebab asyik kena tolak."

Nia terkedu. Dia teringat akan Amir. Cara Isyraf cakap seperti Amir."Yakah? Mana you tahu?"tanya Nia berunsur perangkap.

"I tahulah, I pun pernah kena juga dulu. Ada minah comel tu ganggu I tengok movie. At the end, kita orang saling balas baling-baling popcorn..."Amir tersenyum nakal.

'Dia bercakap pasal aku ke?'bisik hati Nia.

"Siapa minah comel tu?" pertanyaan Nia membuat Amir cuba menyembunyi senyum.

"Adalah, orang tu pun dekat-dekat sini je....."Amir bertarik tali.

Nia terdiam berfikir. Dia sebenarnya pelik dengan kelakuan Isyraf yang lebih keanak-anakkan dan seolah-olah seperti remaja.

Isyraf berperangai seperti Amir. Hati Nia kembali terusik hebat. Dia seolah-olah terpukau. Namun dia tak mahu semuanya berakhir.

Malam itu, selepas makan malam. Amir membawa Nia ke Dataran Putrajaya. Mereka bergembira menikmati pemandangan malam sambil ditemani dengan nyanyian daripada penyanyi jalanan.

Mereka berdua seolah-olah dalam dunia mereka sendiri. Kedua-duanya berasa seperti mereka dalam usia 17 tahun dan masa tidak pernah berjalan. AMir merenung Nia, dan Nia merenung Amir.

Mereka dalam dunia yang hanya mereka berdua. Menikmati aiskrim, mengambil gambar, tak ubah seperti pasangan kekasih. Amir sendiri sudah terlupa tujuan sebenar dia keluar dengan Nia hari ini. Hari di mana dia sepatutnya mengecewakan Nia.

"Sedap betul suara penyanyi tu kan?"tanya Nia.

Amir mencebik."I nyanyi lagi sedap...."

Nia tergelak."Yalah tu. Tah-tah suara macam katak...."Nia mengejek.

"Eh! Suara I sedap ok..."balas Amir tak mahu mengalah.

"Yakah? Cuba nyanyi sikit..."usik Nia.

Amir menggeleng perlahan."Tak boleh. Nanti you akan jatuh hati dengan I...."

Nia tergelak lucu."Merepek,"

"Betullah."

Nia berkata dalam ketawa."Jangan confident sangat..."

"I tak over confident. I tahu dan I pernah buat you jatuh cinta...."Amir merenung mata Nia tajam. Dia cuba menyelami hati Nia.

Nia terpaku."Amir."panggil Nia ragu-ragu.Hatinya berkata yakin Isyraf ialah Amir, namun dia masih mahukan jawapan.

"Kau Amir, kan?"

Amir terdiam. Lama. Hanya mata sahaja yang menghubungkan mereka. Akhirnya , Amir baru sahaja mahu membuka mulut, namun dia terganggu dengan panggilan telefon.

"Hello?"

"Hai! Amir, I have talk to my dad. My dad dah agree yang our preperation akan bermula next week...."suara Sara kedengaran ceria di hujung panggilan.

Amir keliru."What preparation?"

Sara ketawa pelik."Apa you ni? Our wedding preparationlah, takkan you lupa kot?"

Serentak itu , hidup Amir terasa kelam. Dia memandang Nia di hadapannya. Hanya Nia. Nia dan Nia. Suara Sara sudah lagi tidak kedengaran dalam panggilan.

Nia memandang dirinya pelik."Amir?"Nia mencuba sekali lagi namun tiada respon dari Isyraf.

"Isyraf?"panggil Nia sekali lagi namun menggunakan nama Isyraf.

Amir tersedar daripada lamunannya. Terus panggilan Sara dimatikan begitu sahaja. Amir mendekati Nia. Wajahnya cuba dibuat tenang.

"I'm, I'm getting married."

Nia terpana. Baru sekejap dia merasakan keindahan cinta yang selama ini ditunggu-tunggu. Baru sekejap dia berasa begitu yakin yang di sudah menemui Amir.

Namun, dia lupa. Isyraf ialah Isyraf. Amir ialah Amir. Dia mengutuk dirinya kerana membiarkan dirinya jatuh cinta pada Isyraf. Jatuh cinta pada lelaki yang bakal menikahi perempuan lain.

"Wow! Congratulation!"Nia cuba kedengaran bahagia.

"Tapi I tak nak menikahi Sara."Amir merenung Nia.

"I mencintai you, Nia."Amir berterus terang. Dia sudah cuba membuang Nia dari hatinya, namun ianya tak sebegitu mudah.

Nama Nia sudah terukir sejak lapan tahun yang lalu dan bukannya mudah untuk memadamkan nama Nia. Walaupun dia balak menikahi Sara, namun hanya Nia sahaja dalam hatinya, Nia sahajalah dalam ingatannya.

Dia sudah cuba namun gagal. Dan hari ini, dia seperti jatuh cinta sekali lagi pada Nia. Cinta yang sama dia rasakan lapan tahun dahulu.

Nia terbuai seketika mendengarkan kata-kata Amir. Namun, cepat-cepat dia mengingatkan dirinya.

"Stop! Isyraf you dah merepek. You cintakan Sara. Bukan I. Yes, memang kita bergembira hari ini, tapi hanya sebagai kawan...."

Amir menggeleng laju."Tapi you, you cintakan I juga Nia. Admit it!"bentak Amir.

Nia berasa sesak." I tak pernah cintakan you Isyraf. Muka memang sama dengan lelaki yang I pernah sayang lapan tahun dahulu, tapi you bukan dia. I cintakan dia bukan you. Dan I tetap cintakan dia. Bukan you, Isyraf."

Amir cuba memotong tapi gagal."I lah Am ...."

"Sudah Isyraf. You cintakan Sara dan akan kahwini Sara. Lupakan I."putus Nia.

"Tapi..."Amir mahu menyambung.

"Cukup, I nak balik. Dan I tak nak bercakap lagi pasal ni...."Nia mula berlalu.

"NIA!!"teriak Amir dari jauh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro