BAB 24:-
Haqimie sedang duduk di dalam pejabatnya ketika Amir melangkah masuk.
"Apa kau cuba buat?"tanya Amir tiba-tiba tanpa sepatah salam.
Haqimie tidak mengangkat muka."Mana adab kau, Amir?"
Amir tak menjawab."Kenapa kau jumpa Nia tadi?"
Haqimie menjeling Amir."Saje. Keluar makan , borak-borak kosong. Ada masalah ke?"
Amir memandang Haqimie tajam."Apa motif kau?"
Haqimie menghela nafas. Dia bangun menghadap Amir. Ketinggian mereka yang hampir sama memudahkan Haqimie merenung Amir."Kau rasa sebab apa aku jumpa Nia?"
"Jangan libatkan dia. Dia tak ada kena mengena dengan hal kita....."pinta Amir.
"Kau tak nak libatkan dia, yang kau pergi jumpa dia lagi kenapa?"bentak Haqimie.
"KAU! KAU yang paksa aku buat macam ni. Kalau kau tak rapat, kalau kau tak jumpa dia lagi, aku tak perlu buat macam tu Amir. AKU TAK PERLU TIPU DIA!!! "marah Haqimie.
Amir meluru kepada Haqimie dan mencekak lehernya."Apa salah Nia? HAH! Apa salah dia?"
"Salah dia kerana kerana tak pernah keluar dari hidup kau! Salah dia kerana dia tak keluar dari ingatan kau. Salah dia, sebab tu kau tak boleh terima Sara."balas Haqimie.
Dia memandang tepat mata seseorang yang dianggap sahabatnya. Hanya kerana perempuan mereka bergaduh sebegitu rupa.
"Kenapa perlu kaitkan Sara? Aku tak pernah cintakan dia, kau yang paksa aku terima dia. Kenapa aku yang perlu berkorban?"tanya Amir bertubi-tubi.
Haqimie tersenyum perit. "Kau hutang aku sesuatu, kau lupa?"
Tangan Amir diturun perlahan-lahan. Dia terkedu apabila Haqimie mengungkit hal itu.
"Kalau tak kerana aku, kau dah mati kena belasah dulu. Kalau tak kerana Sara kau takkan genggam ijazah kau, kau takkan dapat jawatan besar dekat syarikat ini. Aku yang tolong kau. Semua yang kau ada atas ihsan Sara. Kau lupa ke? KAU LUPA KE?"tengking Haqimie.
Amir terduduk di sofa. Mana mungkin dia lupakan peristiwa lapan tahun dulu. Semuanya bermula kerana Haqimie, ya, dia tak pernah lupa.....
AAARGHH!!YA ALLAH!Jerit Amir sekuat hatinya. Tolonglah aku ya allah. Tiada apa lagi yang dia mampu harapkan kini. Badannya penuh darah akibat luka tikaman. Tambahan pula tubuh dia di pijak-pijak oleh si samseng. Matanya mula kelam. Telinganya terdengar suara lantang orang menjerit dan tendangan ke tubuhnya mula berhenti.
Amir cuba membuka matanya dengan susah payah. Kelibat dua orang lelaki cuba membantunya."Are you ok sir?"tanya satu suara.
"Aku rasa ni budak Malaysia ni...Ya allah. Apa dah jadi ni?"sampuk satu lagi suara. Amir dapat rasa tubuhnya diangkat dan dipapah seterusnya dia tak sedar apa-apa lagi.....
Amir membuka matanya. Cahaya terang menggangu penglihatannya. Perlahan-lahan matanya mula menangkap beberapa wajah. "Kau ok tak,? "tanya satu suara. Ketika itu, wajah Haqimie yang berusia awal 20-an menghiasi pandangannya.
Pemandangan hospital menyedarkan Amir yang dia nasih selamat. Rasa syukur yang tak terhingga kepada tuhan di panjatkan dalam hatinya.
Amir bangun dan cuba duduk sambil di bantu oleh Haqimie. Dia mengaduh kecil kerana luka tikaman di kiri rusuknya masih belum sembuh.
"Macam mana kau boleh terlibat dengan samseng-samseng tu?"tanya Ijoi, mamat dengan rambut botak. "Kau kena hati-hati sikit. Sini bukan Malaysia yang kau boleh buat sesuka hati. Ini tempat dorang, kena pandai bawa diri. Ni, nasib baik kita orang lalu jalan tu, kalau tak dah arwah dah kau ni...."kata Ijoi.
"Aku tak tahu pun dorang tu samseng. Semalam aku baru balik dari part-time job, dorang datang nak rompak aku, aku tak bagi duit aku . Lepastu dorang keluarkan pisau dan tikam aku....."Amir cuba mengingat muka-muka yang membelasahnya malam tadi tetapi gagal kerana mereka memakai cap.
Haqimie memegang bahu Amir. "Baguslah, kalau kau tak apa-apa..."Haqimie berdiri disisi Amir.
Ijoi mula bersandar malas kepada sofa."Ya, nasib baik juga darah Haqimie sama dengan kau, boleh juga dia tolong dermakan kat kau Kalau tak belum tentu kau dah sedar sekarang ni...."Dia mencapai buah anggur dan memasukkan ke dalam mulutnya.
Amir memandang Haqimie. "Kau dermakan darah kau, untuk aku?"Amir rasa sebak.Orang yang dia tak pernah kenal sanggup menyelamatkannya dan menderma darah untuknya.
"Aih! Lek arh! Tak ada masalahnya, yang penting kau kena sembuh cepat lepas ni. Semester baru nak sart tak lama lagi .Ni hal bil hospital ni, biar aku yang settlekan. Kau tu jaga diri dulu........
Dari situlah bermulanya persahabatan mereka. Di kala Amir susah, Haqimie lah yang selalu ada disisinya. Dan melalu Haqimielah, Amir mengenali Sara, gadis yang setahun lebih tua dari mereka.
Sara yang bergelar anak Datuk selalu membantu mereka dalam hal kewangan. Sara juga pernah memberikan Amir wang ketika dia sesak di Amerika dahulu. Duit rumah sewa , Sara yang tolong bayarkan dan tak pernah memintanya balik. Malah, jawatannya di IndoStyle juga didapati atas bantuan Sara.
Mengenang kembali segala jasa Sara membuatkan Amir tak teragak-agak menerima Sara dalam hidupnya. Walalupun bukan kerana cinta, tapi cukuplah kalau dapat membalas jasa dan membuat Sara bahagia. Itulah tekadnya.
Haqimie memandamg luasnya pemandangan kota Amerika dari tingkat paling atas Univesity mereka."Aku harap kau bahagia, Amir."
Amir di tepinya mengeluh berat."Aku pun tak sangka dia suka kat aku. Aku nak kau tahu, aku tak berniat nak rampas dia dari kau...."
Haqimie tersenyum tawar."Dahlah! Sara dah buat pilihan, dia pilih kau. Aku terima, kalau itu yang boleh buat dia bahagia. Kalau bersama dengan kau, buat dia bahagia, terus tersenyum , aku pun akan bahagia, Mir."
Amir diam."Kenapa kau tak berterus terang?"
Haqimie memandang langit."Tak semua benda kita boleh berterus terang. Aku takut, kalau aku luahkan, dia akan tinggalkan aku. Itu yang paling aku takutkan. Biarlah aku terus disisnya walaupun sebagai sahabatnya...."
Haqimie memandang Amir."Boleh kau janji sesuatu dengan aku?"tanyanya.
"Apa sahaja, Qimie. Pengorbanan kau terlalu besar buat aku. Cakaplah apa sahaja, aku akan cuba tunaikan....."
"Jagakan Sara untuk aku. Terima dia, buka hati kau untuk dia dan bahagiakan dia untuk aku. Itu je yang aku minta. Boleh tak kau buat tu untuk aku?"pinta Haqimie.
Amir diam seketika. Berat sekali permintaan Haqimie. Hati dan perasaan bukannya bileh dipaksa-paksa. Namun, melihatkan kesungguhan di mata Haqimie dan darahnya yang kini mengalir dari dirinya membuatnya bersetuju.
"Aku janji....."
"Kau pernah janji dengan aku Amir. Kau lupa ke?"Suara Haqimie memecah sunyi. Amir mengangkat kepala dan memandang Haqimie.
"Kau janji yang kau akan bahagiakan Sara."Haqimie mengingatkan.
"Tapi kenapa aku?"tanya Amir berat.
"Sebab kau ialah aku. Darah aku dalam tubuh kau. Mengenangkan itu, apabila Sara mencintai kau, aku rasa.....aku rasa...."Haqimie memejamkan matanya.
Perit. Sangat perit. Bukannya mudah mencintai orang yang mencintai orang lain dan terus berada di sisinya selama lapan tahun. Lapan tahun memedam rasa semata-mata untuk berada disisi perempuan yang di cintainya.
"Aku dapat rasa, seolah-olah dia mencintai aku juga. Melalui diri kau...."Mata Haqimie bergenang. Amir terduduk. Tangannya menggigil ketika meraup muka. Dia cuba berlagak tenang namun jiwa tak pernah reda.
Amir memandang Haqimie. Dia faham dan masih cuba untuk faham perasaan Haqmie. Cinta itu memang rumit. Hanya untuk memiliki cinta, banyak hati yang perlu berkorban. Banyak hati yang terluka.
Kini, tiga hati sedang dijeruk luka. Hati Amir, Nia dan Haqimie. Masing-asing terluka kerana mengejar yang dinamakan cinta. Dan mungkin akan bertambah satu lagi hati yang terluka . Hati Sara.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro