Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 21:-

   Nia memasang earphone dan mendail numbor telefon Farina. Matanya masih dihalakan ke jalan raya. Streng kereta di kawalnya cekap.

"Haih! Kenapalah jam pula ni?"marah Nia.Lama dia menunggu barulah panggilannya di jawab.

 "Helo, Rina! Wei aku sampai office lambat sikit tau, jalan jam lah...."kata Nia sebaik sahaja panggilannya di jawab.

"Nia, kau kan kena terus pergi syarikat IndoSytle pagi ni. Ada meeting dengan wakil syarikat tu, kau lupa ke?"soalan Farina membuatkan Nia terkejut.

 "Wait!Serius ke ni?"Nia terjerit kecil dalam kereta.

"Betul lah !  Wait! Kau lupa ke?"

"Lupa apanya? Aku tak tahu pun."suara Nia mulai meninggi."Aku baru balik dari site projek kita dengan IndoStyle. Ambil list barang."Jam di tangannya di kerling. 9.20 pagi.

"Pukul berapa meeting tu?"

"Lah, kau tak nampak sticky note yang aku tampal dekat fail hari tu?"tanya Farina.

Nia merengus kasar. Fail tu pun dia tak buka lagi, manalah dia tahu pasal sticky note tu.

"Ni , meeting tu pukul 10 pagi."sambung Farina.

"Fine! Send me the address."arah Nia dan menamatkan panggilan. Bunyi pesanan ringkas masuk, Nia membacanya sepintas .Stereng diputar dan Nia membuat U-turn. Keretanya meluncur laju di jalan raya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hai! I wakil Syarikat Golden Star. I was informed that I'm going to meet someone...wait..."Fail di selak untuk mencari nama wakil syrikat IndoSytle.

'Teruk betul kau ni Nia. Nama wakil tu pun kau tak check ke?'Nia memarahi dirinya sendiri.

"Miss Dania?"tanya penyambut tetamu di lobi.

"Yes."Dania tersenyum lebar.'Huh! Nasib baik mereka tahu aku nak datang.'

"Mari saya iringi cik. Encik Isyraf pun sudah menunggu."

Nia menganguk.Dia mengikut langkah penyambut tetamu itu. Jam dikerling, 9. 57 pagi.

Tingkat 7. Nia ditunujkkan arah ke bilik Pengurus Pemasaran dan Rekaan. Sesampai sahaja di hadapan bilik itu, penyambut tetamu itu menyuruhnya masuk.

"Terima kasih, ya."Nia mengucapkan terima kasih kepada penyambut tetamu itu tadi sebelum dia berlalu.

 Nia menarik nafas dan membetulkan sedikit kedudukan shawlnya. Setelah yakin dengan penampilannya dia menolak pintu dan memberi salam.

 "Hai! I wakil syarikat Golden...."kata-kata Nia mati apabila suara tegas seorang lelaki memotongnya.

"You late!!"

Nia terkejut kecil apabila disergah begitu."Tapi I..."sekali lagi kata-kata Nia dipotong.

"I tak suka berurusan dengan orang yang reti mengurus masanya. Ini baru first meeting, you dan late. Macam mana next meeting nanti?"Lelaki itu menyindir Nia sambil berdiri membelakanginya. Dia sibuk meneliti pelan bangunan di atas meja kerjanya.

 " I tak lambat ok? Baru dua minit lepas pukul 10. Itu pun bukan salah I, I sampai sini pukul 9.57 pagi . I lambat ni pun sebab nak naik office yang dekat tingkat tujuh ni..."Nia menjawab. Dia memang pantang apabila ditegur mengenai masa. Bukannya dia lambat sangat pun.

 Nia terdengar lelaki itu ketawa sinis sebelum  dia memusingkan badannya menghadap Nia.

"Ada ke I tanya pukul berapa you sampai? Yang I nak tahu you sepatutnya jumpa  I pukul 10 pagi . I tak kiralah pukul berapa pun you sampai dekat lobi tadi. And sekarang ni you jumpa I dah lebih pukul 10, that mean you late."kata-kata lelaki tadi sangat angkuh.

  Nia baru mahu membuka mulut untuk membalas namun terhenti. Jantungnya kehilangan rentak menatap wajah lelaki di hadapannya.

'Betul ke apa yang aku nampak ni?'hatinya meragui. Sepasang mata yang memukau itu di tatapnya ghairah. Wajah lelaki yang paling di rinduinya, ada di hadapannya kini.

'Aku bermimpi ke?' Nia terkaku agak lama di situ. Matanya tetap tak lepas memandang lelaki di hadapannya sehinggalah dia dikejutkan oleh lelaki itu.

"Cik Dania?"suara tegas lelaki itu mematikan lamunan Nia.

"Ya?"

Lelaki itu bersandar pada meja sambil kedua-dua tangannya di dalam kocek seluar."You mengelamun ke?"soalanya.

 Nia menggelengkan kepala."Tak. Encik...?"Nia menanya nama lelaki di hadapannya.

"Isyraf. Just call me Isyraf. I supposed you kena tahu orang kena tahu nama orang yang you akan berurusan terlebih dahulu. Its really important  for you  to know their name before you meeting anybody. Takkan itupun nak  kena ajar?"Isyraf tersenyum sinis.

"Yes, I'm sorry.That was a really silly mistake and I..."Nia tak sempat menghabiskan ayatnya kerana dipotong lagi.

"No! No. Tolong  jangan buang masa I dengan ucapan maaf semua tu. Lets carry on to our dicussion. Please have a seat."Isyraf menunjuk ke arah sofa. Dia turut melabuhkan duduk.

 Nia agak marah apabila ayatnya asyik di potong namun dia perlu bijak mengawal perasaan. Nia melabuhkan duduk di sofa bertentangan dengan Isyraf. Dikeluarkan semua dokumen dan fail Syarikat Golden Star.

"Kami sangat berbesar hati dapat berkerjasama dengan pihak IndoSytle. Kami telah saksikan kehebatan syarikat Encik terhadap projek dengan Berjaya Holdings terhadap hospital itu. Dn kami berminat untuk menggunakan khidmat IndoSytle terhadap Yayasan Murni yang kami akan bina."Nia memberi serba sedikit penerangan mengenai projek yang hendak di jalankan.

"Ya, I know about that. Pihak IndoSytle sebenarnya tiada masalah untuk meneruskan projek ni sebab kami tahu kebolehan Syarikat Golden Star dan dalam masa yang sama suka akan konsep yang cuba di ketengahkan dalam projek kali ini. Yayasan ini bertujuan untuk menawarkan peluang pekerjaan bagi golongan Melayu yang tak beberapa bagus dalam keputusan akademik, betul?"Isyraf mengekuarkan pendapat.

"Betul. Itu memang objektif utama Yayasan ini. Kami nak pastikan anak-anak muda terumatamanya golongan Melayu yang tak berapa bagus dengan result SPM masih mempunyai pekerjaan dan bukannya mengangur. Kalau pihak Encik Isyraf bersetuju, baguslah. Kita boleh luluskan projek dan seterusnya kerjasama antara kita."kata Nia penuh bersemangat.

 Hampir sejam berlalu, kedua-dua syarikat telah pun mengikat perjajian untuk bersama-sama menjayakan projek Yayasan Murni.

"Baiklah. I rasa itu sahaja. Terima kasih atas kerjasama you."Nia mula berkemas.

"Sure. Its my pleasure."

Sedang mengemas, Nia curi-curi pandang ke arah Isyraf yang masih meneliti dokumen di hadapannya. Nia tak tahu yang tingkah lakunya disedari oleh Isyraf.

 "I tahu I handsome, tapi tak perlu nak curi-curi pandang macam itu. You ada problem ke dengan I?"soal Isyraf tanpa mengangkat muka.

 "Eh! Tak adalah. I'm just curious."kata Nia.

"About what?"Kali barulah Isyraf memandang wajah Nia.

"Kita pernah kenal ke?"tanya Nia penuh berharap. Muka Isyraf dipandang tajam. Hatinya mengatakan sesuatu tapi dia ragu. Adakah lelaki di hadapannya adalah lelaki yang sama di hatinya. Atau bukan.

Lama Isyraf terdiam. Dia membalas pandangan Nia. Agak lama kedua-dua mereka terdiam dan saling merenung. Masing-masing cuba membaca fikiran antara satu sama lain.

Hati Nia melonjak resah menunggu kata daripada Isyraf. Harapannya tinggi menggunung mengharapkan tekaannya tepat.

"Tak. Kita tak pernah kenal sebelum ini."

Hati Nia meruntun."You pasti ke? Sebab I rasa you familiar sangat macam someone kawan lama I. You sure ke?"tanya Nia inginkan kepastian.

"Tak. I tak kenal you. And I tak tahulah apa hubungan you dengan lelaki tu, I tak nak ada personal feeling or masalah peribadi di bawa ketika bekerja. Please be profesional. Itu je I minta."pinta Isyraf.

 Nia terkedu sekitaka . Pandangannya di alihkan ke tepi untuk menenangkan dirinya. "Sure."Nia memberi persetujuan walaupun tak sepenuh hati. Senyuman palsu di ukirkan sebagai jaminan.

 Isyraf tersenyum senang."Rasa itu sahaja kan?"

"Ya. Itu je....."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sewaktu Nia keluar dari bilik Isyraf dia sempat singgah ke meja pembantu peribadi Isyraf.

"Tumpang tanya, erm Encik Isyraf tu nama penuh dia apa ya?"tanya Nia teragak-agak.

Mona mengangkat kening."Encik Isyraf?"

"Ya dia."

Mona memandang Nia curiga."Amir Isyraf."

"Amir Isyraf?"soal Nia sekali lagi.

"Ya."

Nia teringat sesuatu."Oh ya! Isyraf sebelum ni belajar di mana? Amerika Syarkat mungkin?"tanya Nia berhati-hati.

"Ya. Encik Isyraf memang belajar di Amerika Syarikat lapan tahun yang lalu."jelas Mona.

Nia mengangguk faham."Last soalan, dia dah ada someone special ke like kekasih?"

Hati Nia berdebar-debar menunggu jawapan  dia takut jawapan itu tak sama dengan apa yang di harapkan.

"Encik Isyraf dah bertunang."

Nia terkelu. Hatinya sakit tiba-tiba. Pipinya mulai berbahang."Oh. Terima kasih ya!"Kata Nia dan cepat-cepat berlalu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  Haqimie mengetuk pintu bilik Amir."Kau ok?"

Amir memandangnya kosong."Aku ikut cakap kau."

Haqimie diam. Dia sebenarnya serba salah.

"Aku lukakan hati dia. Aku kata aku tak kenal dia. Itu yang kau nak kan?"Amir merenung sahabatnya.

 Haqimie menghela nafas."Kau patut buat macam ,Mir. Jangan lupa, kau tu tunang orang."nasihat Haqimie.

"Keluar."arah Amir.

"Mir, apa ni..."Amir bangun , menolak Haqimie keluar dan menutup pintu.

 Gambar profile Nia di tatap. Tipulah kalau dia kata hatinya tak merasa apa-apa apabila bertemu dengan Nia tadi. Namun , dia terpaksa.

''m sorry Nia.'Kalaulah Nia dengar bisikan hatinya.....


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro