BAB 20:-
Lapan tahun berlalu.....
"Dania Sofea, how your holiday?"Tegur Farina sambil melayang-layangkan sebuah fail nipis kepada Nia. Nia tidak mengalihkan pandangannya daripada skrin komputer di hadapannya.
"Holiday apanya? Aku bukan pergi mana -mana pun. Ada kenduri kahwin jelah.."kata Nia mendatar. Fail nipis tadi diletakkan di sisinya. Nia menjeling sepintas.
'Apa pula ni? Aku baru selesai dapatkan tender Berjaya Holding. Takkan ada lagi kot...'rungut Nia dalam hatinya. Mentang-mentang dia pekerja terbaik di syarikat itu tak bermakna setiap projek perlu serah pada dia.
Farina tersenyum nipis dan mengurut kecil bahu Nia."Kau ni asyik pergi kenduri orang je, kenduri kau bila pula? Sudah-sudahlah dengan kerja tu, tak bosan ke?"
"Kerja aku yang bosan ni jugalah yang tolong syarikat dapat untung, kau lupa? Lagipun salah siapa yang bagi aku semua projek tu? Ni? Ni pun aku kena handle kan?" Nia menunjukkan fail nipis tadi.
Farina tersengih."Dah kau je yang reti tarik hati client , so kaulah yang kena. Bukan aku yang pandai-pandai bagi tau, ni semua bos tercinta tu yang punya pasal. Aku tolong pastkan je."Farina merupakan pembantu peribadi Datuk Azman, pemilik sulung Golden Star Sdn. Bhd. Farinalah yang menjadi peneman terbaik Nia selama lima tahun dia bekerja di sini.
Nia diam tak membalas. Matanya dihalakan ke skrin semula. Tangan Farina dibahunya di tolak.
"Ala Nia, tolonglah. Datuk nak kau handle. Lagipun manalah tahu kan, naik bonus kau tahun ni? Hah! Tak nak ke? Bolehlah start buat persedian nak kahwin nanti...."cadang Farina.
"Kahwin? Calon pun tak ada lagi nak kahwin apanya?"sindir Nia.
"Calon pun tak ada? Tulah dulu si Fahrin yang syok kat kau tu kau tak nak layan. Sekarang ni dia dah kahwin dah pun , siap tengah tunggu baby lagi. Kalau kau terima dia dulu kan bagus, maybe dah dapat anak satu dah. "Farina mencapai mug berisi kopi Nia dan dengan selamba meminumnya.
"Kau ingat senang ke nak bagi hati dekat orang. Dah kalau aku memang tak suka nak buat macam mana? Lagipun aku baru 25 tahun ok? Banyak lagi masa...."Nia merampas kembali mugnya.
"Pergi buat sendirilah mak cik oi...."di intainya isi mug itu,"Habis kau minum?"
Farina tersengih seperti kerang busuk."Sedap kopi kau, pandai kau buat.,..."
Nia hanya menggeleng tak percaya. Diletakkan semula mug tadi. Badannya menghadap komputer semula. Farina mendekatinya.
"Tolong aku ya?"Dia buat muka kesian. Nia mengeluh."Yalah-yalah, nanti aku try settlekan."
Farina ketawa gembira."Thank you babe, nanti aku minta tunang aku kenalkan mana-mana kawan dia yang still single ok?"
Nia membuat isyarat tak mahu."Tak nak, tak nak. Aku tak sukalah..."
"Habis tu? Ohh, ke kau dah ada pilihan lain? Tak nak share pun...."rajuk Farina.
"Dah pergi sana. Nanti Datuk bising pula,"Nia mengelakkan diri.
Farina mula berhenti."Fine, siap kau nanti aku korek..."dia berlalu. Takut juga kalau Datuk Azman mencarinya.
Nia memandang kembali ke skrin komputernya. Tanpa sedar jarinya bermain-main dengan gelang putih yang di pakai di tangan kanannya.
'Di mana kau Amir? Bila kau nak balik?'
Nia dihantui tanda tanya yang tiada jawapan. Sudah lapan tahun berlalu tanpa khabar berita dari Amir. Memanglah sepatutnya dia melupakan Amir sekiranya Amir tidak kembali selepas tiga tahun tapi hatinya berkeras mahu menunggu. Walaupun, harapan itu makin lama makin pudar.
Nia menghembuskan nafas berat. Dia menyambung semula kerjanya tadi. Fail nipis tadi dibiarkan sahaja begitu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Haqimie menolak pintu."Hmm? Tak ada?"
"Mona. Isyraf mana?"tanyanya kepada seseorang yang bertudung pink cair . Mona mengangkat muka dari skrin laptopnya.
"Dia tak ada ke?"tanyaya pula.
"Kalau dia ada aku tak tanya kau la.."sambung Haqimie. Kelibat seseorang yang dicari nampaknya baru keluar dari pantry."Hah! Tu pun kau. Puas aku cari."
Amir mengangkat kening."Kau cari aku ke?"Dia membawa mug bersama-samanya dan memasuki bilik kerjanya. Ya, dia ada bilik sendiri selaku Pengurus Bahagian Pemasaran dan Rekaan di IndoSytle Holdings.
"Ni, fail Golden Stars Sdn . Bhd dah sampai. Lusa, wakil syarikat ni akan datang jumpa kau." Fail tadi diserahkan kepada Amir.
Amir menyambutnya sekilas dan mencampaknya ke atas meja sebelum melabuhkan duduk. Haqimie yang baru nak melabuhkan duduk terkejut apabila fail tadi dicampak.
"Aik? Apahal ni bro? Tak nak check ke?"soalnya.
Amir bersandar ke kerusi empuknya."Malas."jawabnya pendek. Matanya dipejamkan.
"Amboi sejak bila pula kau pandai bermalas-malas ni? Isyraf yang aku kenal kan workerholic."Haqimie mengingatkan Amir tentang dirinya.
Amir tersenyum kecil. Dia baru sahaja selesai menemain Sara lunch tadi. Ada sesuatu yang mahu dia sampaikan kepada Haqimie namun dia tak pasti.
"Kenapa ni, Mir? Ada masalah dengan Sara ke?"Bila panggilan nama berubah kepada Amir, ini bermakna perbualan akan mulai serius. Ini kerana hanya orang yang terapat sahaja boleh memanggilnya dengan nama Amir, yang lain perlu memanggilnya Encik Isyraf.
" Tak."
Haqimie merapatkan diri ke meja Amir."Habis?"
Amir diam ."Entahlah."
"Fine! Kalau kau tak nak cerita tak pelah..."Haqimie tidak memaksa. Dia tahu sangat peragai Amir yang tak akan berceita kalau dia tak mahu. Sudah lapan tahun dia berkawan dengan Amir. Dari Amerika sampailah kembali ke tanah air ni.
"So, majlis kau bila?"tanya Haqimie ingin tahu.
Amir membuka matanya. Dia memandang wajah sahabatnya."Kenapa kau masih nak tanya soalan yang buat hati kau sakit?"
Haqimie ketawa janggal."Apa kau ni."
"Aku apanya? Jangan ingat aku tak tahu Qimie."balas Amir.
"Aku dah lupakannya ok."jawab Qimie pula.
"Betul ke?"soal Amir tak percaya."Kau tahukan aku buat semua ni kerana kau. Aku terima Sara kerana kau. Kalau kau sayangkan dia, kau patut berterus terang Qimie. "
Haqimie tergelak kecil."Untuk apa? Sara sukakan kau. Dari dulu lagi."
"Habis kau?"
Haqimie tersenyum pasrah."Aku? Aku ni hanya sukakan Sara yang sukakan kau."
"Tapi aku tak ada perasaan yang lebih pada Sara, kau tahu tu. Aku buat semua ni sebab kau kawan baik aku, Qimie."
"Tapi Sara bahagia, Mir. Tolonglah, bahagiakan Sara."
Amir menumbuk meja."Aku ke yang perlu berkorban? Berpura-pura mencintai orang yang aku tak cinta, berpura-pura bahagia untuk bahagia Sara. Tapi kau? Kau bahagia ke Qimie?"marah Amir. Inilah masalah yang dia hadapinya sekarang.
Haqimie terdiam."Aku bahagia bila Sara bahagia."
Amir mendengus.
"Tolong, Mir. Aku pun berkorban di sini. Aku berpura-pura juga..."
"Berpura-pura yang kau tak ada perasaan pada dia. Berpura-pura seronok setiap kali Sara cerita yang aku teman dia keluar bersama, berpura-pura happy tentang hubungan aku dengan dia. Itu maksud kau?"
Amir diam. Dia cuba memahami pemikiran Haqimie namun dia tak boleh.
"Tapi aku tak cintakan dia, Qimie."
"Aku tahu. Tapi kau kena belajar. Lagipun dia tunang kau sekarang. Tak lama lagi kau akan nikahi dia, belajarlah cintakan dia. Belajar bahagiakan dia dan bahagiakan aku."pinta Haqimie. Itulah janji yang dibuat oleh mereka berdua.
"Kau bukannya ada yang istimewa betul tak?"tanya Haqimie. Amir terdiam.
"Nampak? Kau pun tak tahu perempuan tu dekat mana. Kau sendiri yang suruh dia lupakan kau . Kau rasa dia akan tunggu kau lagi ke? Kau pun takkan berjumpa dia lagi."
Haqimie tahu, mengenai seseorang perempuan yang pernah memiliki hati Amir Isyraf. Tetapi daripada apa yang dia tahu, sudah lapan tahun Amir tidak berjumpa dengan perempuan itu.
"Lupakan dia. Terima Sara."nasihat Haqimie.
"Tengoklah macam mana. So , syarikat Golden Star akan hantar wakil lusa, am i right?"Amir menukar topik.
" Yup! Tak silap aku dia the best employee syarikat tu. Siapa ya nama dia? Dania something....ah! Dania Sofea."jawab Haqimie.
Amir mengankat muka."Siapa?"
Haqimie memandangnya pelik."Dania Sofea."
Amir mencapai fail tadi dan menyelaknya kasar.
"Kenapa ni Mir?"tanya Haqimie.
Tangannya berhenti menyelak sebaik terpampang biodata wakil syraikat GoldenStars. Jantungnya berdegup laju walaupun apa yang dilihatnya hanyalah gambar.
"Mir?"Suara Haqimie langsung tidak kedengaran lagi. Dia rasa dia seolah-olah berada di dunia lain. Dunia yang hanya dia sahaja yang tahu.
Dia menatap sepuas-puasnya senyuman yang paling dirindui itu. Pemilik senyuman yang tak pernah luput daripada hatinya walaupun lapan tahun telah berlalu. Pemilik senyuman itu masih lagi mampu menggetarkan hatinya walaupun dia hanya menatapnya daripada gambar.
"Nia......"dia menyebut namanya. Buat kali pertama selepas lapan tahun. Dia menyebut kembali nama wanita yang pernah mencuri hatinya dahulu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro