BAB 2:-
"NIA!",
Panggil satu suara dari jauh. Suara nyaringnya masih boleh didengari walaupun dalam keriuhan pelajar-pelajar di dewan sekolah. Para pelajar kini sedang menunggu perhimpunan dimulakan. Ramai pelajar yang berborak kosong sementara menunggu kedatangan para guru. Ada juga yang mengisi masa dengan membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah. Itulah kebiasannya yang dapat dilihat setiap pagi sebelum perhimpunan sekolah bermula.
Afiqa mendekati Nia yang baru memasuki dewan. Erin dan Wani mengikut di belakangnya. Di bahu masing-masing tergalas beg sekolah . Buku teks Kemahiran Hidup yang sangat tebal pula dipegang sahaja. Mereka sudah tiba di sekolah terlebih dahulu. Bukannya seperti Nia yang hanya tahu datang lambat sahaja.
"Baru sampai ke mak cik?"sindir Erin kepada Nia. Bukannya dia tak tahu perangai kawannya yang memang selalu datang lewat ke sekolah. Dia pun tak faham sebenarnya dengan perangai Nia yang satu ini.
Memang susah nak percaya. Nia yang cemerlang di dalam pelajaran, disayangi oleh semua guru-guru yang mengajarnya, memiliki sebuah tabiat buruk yang kronik. Sudah berbuih mulut mereka menasihati Nia tapi dia tetap tak berubah. Ada sahaja alasan yang diberikannya. Bangun lambatlah, dia kena bersarapan dululah. Asyik alasan sama yang digunakan.
Nia mendengus geram.
"Kau ni , sibuk jelah. Aku tahulah nak 'handle' macam mana. Tengok, aku tak kena tangkap dengan pengawas pun. Maksudnya aku tak lambatlah," Nia membela diri.
Afiqah sudah menggeleng-gelengkan kepalanya."Kau buat lagi hal countdown-countdown tu kan? Tak ada pengawas yang tegur kau ke?"
Afiqah yang juga merupakan seorang pengawas tahu pastilah ada beberapa pengawas yang bertugas di pagar sekolah. Cuma pelik juga, Nia tak pernah sekali pun tertangkap. Senang-senang je dia lepas. Macam tak logik pula, takkan tak ada langsung yang sedar kegiatan nakal Nia. Bukannya sekali-sekala tetapi hampir setiap hari. Ilmu apalah yang Nia pakai sampai langsung tak pernah kena tangkap.
"Alah! Macam biasalah. Pengawas nama Atiqah tu je yang rajin nak ingatkan aku ni." jawab Nia selamba. Tiba-tiba dia teringat akan seseorang. Seseorang yang dengan tegas menegur dirinya tadi.
"Oh ya! Ada seorang lagi pengawas lelaki yang tegur aku tadi. Aku tak kenal pula dia siapa sebab aku tak pernah nampak dia dekat pagar sekolah sebelum ini. Kau tahu tak?" tanya Allya.
"Pengawas lelaki? Macam mana muka dia? tanya Afiqah pelik. Tak silap dia, tak ada penukaran dalam jadual bertugas. Jadi siapa pula pengawas lelaki itu?
"Hmm. Macam mana ya muka dia tadi?" Nia cuba mengingat kembali muka pengawas tadi.
"Dia tinggi, putih. From 5 juga rasanya. Sayang betul, muka 'handsome' tapi garang nak gila. Kalau dia tak kerek macam tu mesti aku pun jatuh hati dekat dia juga. Tapi nak buat macam mana, betul tak? Ah! Nama dia Amir kalau tak silap aku," terang Nia.
Berkerut kening Afiqah."Amir? Kau sure ke nama dia Amir? Kalau macam tu, Amir tu," tak sempat Afiqah menghabiskan ayatnya, pengumuman sudah dibuat. Nampaknya, mereka kena mula beratur dalam barisan kelas masing-masing.
"Kita orang beratur dululah. Nanti jumpa , okey?" cadang Nia. Dia , Erin dan Wani terpaksa beratur dalam barisan kerana mereka hanya murid biasa. Cuma Afiqah sahaja yang memegang jawatan sebagai pengawas.
"Yalah jumpa nanti" kata Afiqah sebelum berlalu pergi. Dia perlu bertugas mengawal pelajar.
"Jom. Nanti Cikgu Roslan bising pula," ajak Nia. Bimbang juga jika mereka tersermpak dengan guru disiplin yang garang itu.
Perhimpunan di mulakan seperti biasa dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. Selepas itu, bacaan ikrar dan doa diketuai oleh Ustaz Hasyim sebelum pelajar di benarkan duduk. Pengetua Kebanggaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah mengambil alih perhimpunan dengan ucapannya yang panjang lebar. Semua aspek di ingatkannya. Daripada perihal pelajaran, disiplin dan kebersihan serta keindahan sekolah ditekankan oleh pengetua dalan ucapannya.
Para pelajar yang betul-betul rajin dan mahu tunjuk baik sahaja yang mampu menadah telinga mendengar semua amanat pengetua dengan tekun. Namun itu segelintir sahaja yang mendengar. Yang lain sibuk berbual dengan rakan-rakan mereka, ada juga yang mengeluarkan buku dan menyiapkan kerja sekolah.
Bagi Nia pula, dia sibuk memerhatikan kuku-kukunya sahaja. Tudung sekolahnya pula asyik dibetulkan. Sekali-sekala sahaja dia berbual dengan Erin di belakangnya. Tak lama selepas itu, Afiqah menyertai mereka dan duduk di sebelah Nia.
"Dah habis bertugas ke?"tanya Nia dengan nada berbisik. Bimbang juga sekiranya ada guru yang mendengar.
"Dah. Cuma aku kena arahkan pelajar lepas habis perhimpunan nanti."balas Afiqah dalam nada berbisik juga.
Nia mengangukkan kepala sebelum memandang kehadapan. Ruang pentas dewan yang menjadi tempat pengetua berucap bertukar orang. Jika sebelum ini, wajah pengetua sekolah yang berusia 50-an digantikan dengan wajah Cikgu Roslan yang garang . Seketika, keadaan dewan bertukar menjadi sunyi. Masing-masing menjadi kecut perut sebaik sahaja guru disiplin itu memulakan ucapan.
" Seperti yang kamu semua sedia tahu, pemilihan bagi AJK-AJK pengawas bagi tahun 2016 sudah memasuki minggu kedua. Pemilihan ini telah diadakan sepanjang bulan Januari. Ramai yang berminat terhadap pemilihan kali ini."
" Dan Unit Disiplin sudah pun membuat keputusan. Setelah mengadakan perbincangan dan undian, kami telah memilih beberapa orang pengawas yang akan membantu kami dalam menguruskan hal ehwal disiplin pelajar. Buat pengetahuan kamu semua, para pengawas yang dipilih mempunyai keistimewaan sendiri dan telah dinilai terlebih dahulu oleh Unit Disiplin."
"Jadi , kami telah meletak sepenuh kepercayaan kepada mereka dalam membantu kami mendukung peraturan -peraturan sekolah. Oleh itu, saya tak mahu mendengar apa-apa rungutan atau bantahan daripada mana-mana pelajar. Saya harap, kamu semua dapat memberikan kerjasama kepada mereka untuk kebaikan dan kemajuan disiplinsekolah tercinta ini, " begitu panjang sekali penerangan dan harapan Cikgu Roslan kepada anak-anak muridnya.
"Baiklah, sekarang saya akan memperkenalkan AJK-AJK baharu Unit Pengawas sekolah. Di mulakan dengan AJK-AJK bagi Tingkatan 3. Dipersilakan naik ke atas pentas......" Tanpa mempedulikan kata-kata Cikgu Roslan di atas pentas, Nia berpaling kepada Afiqah.
"Kenapa kau tak dilantik jadi apa-apa jawatan. Kau kan pengawas senior?"soal Nia.
Afiqah mengelengkan kepalanya."Memanglah cikgu ada tawarkan aku bertanding tapi aku yang tolak. Tak laratlah nak pegang apa-apa jawatan, penat. Lagipun tahun ini ada SPM. Mak aku memang tak bagi pun. Baik fokus pada pelajaran." balasnnya.
"Hisy! Ruginya." Nia tak berpuas hati. Baginya, rakannya itu layak untuk menjadi AJK Pengawas.
"Aku tak kisahlah" Afiqah ketawa perlahan. "Hah tengok itu, ketua pengawas barulah."
"Mana?" Nia memandang ke hadapan kembali. Susuk tubuh lelaki yang tidak dikenali menaiki pentas dan berdiri di sebelah seorang pengawas perempuan bernama Laila yang dilantik menjadi Penolong Ketua Pengawas.
"Diperkenalkan, Ketua Pengawas baharu tahun ini. Amir Isyraf Bin Rusli."umum Cikgu Roslan.
Nia terkejut. Lelaki itu, lelaki yang sama yang menegurnya di hadapan pagar tadi. Tak mungkinlah. Lelaki itu Ketua Pengawas sekolah?
" Memang dialah" Nia memanjangkan lehernya untuk melihat wajah lelaki itu dengan lebih teliti. Kepala Wani dihadapannya ditolak sedikit.
"Hei! Apa ni?" marah Wani.
"Entah?Kau kenapa Nia?" Afiqah disebelah juga ikut pelik melihat tingkah laku Nia.
"Lelaki itulah yang tegur aku depan pagar tadi," Nia memberitahu kawan-kawannya.
" Biar betul?" kawan-kawannya serentak terkejut. Masing-masing mempamerkan muka tak percaya.
"Betullah. Buat apa aku nak menipu" jawab Nia jujur. Dia sendiri terkejut malah berkali-kali ganda lebih terkejut daripada rakan-rakannya.
" Time kau bagi tahu aku nama lelaki tadi Amir, aku ada terfikir juga dia Amir Isyraf. Memanglah dia terpilih menjadi Ketua Pengawas tapi aku tak yakin sangat" balas Afiqah. Mata mereka berempat memerhati Amir di atas pentas.
"Habislah! Kau ada cari pasal dengan dia tak?" soal Wani.
"Tak. Mana ada" dalih Nia.
" Betul ke ni?"
"Rasanyalah."
Minda Nia memutarkan kembali pertemuannya dengan Amir pagi tadi.
"Saya tak rasa sekolah ini sekolah bapa awak. Jadi sila patuhi peraturan,....."
"You're kidding me right? Mind your own bussines, please....."
Habislah. Memang habislah dia kali ini. Dia dah memang tak boleh nak mengelak lagi. Mungkin dia boleh menipu kawan-kawannya tapi bagaimana nak mengahadap Amir. Pastilah dia takkan melupakan kebiadapan dia tadi.
Tapi, apa yang boleh dia buat. Memang betullah, kerana mulut badan binasa. Dan kini, dia memang akan dibinasakan. Memikirkan keadaannya nanti muka Nia tak semena-mena menjadi pucat.
"Nia kau okey?" tanya Afiqah berulang kali. Nia hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan lemah.
"Habislah aku!"
"Sekarang ini, marilah kita mendengar sedikit kata-kata daripada Ketua Pengawas baharu kita," tepukan gemuruh memenuhi dewan.
Amir kini mencapai mikrofon yang dihulurkan oleh Cikgu Roslan. Matanya meliar memandang sekitar dewan dan wajah-wajah setiap pelajar. Dia menarik nafas buat seketika sebelum memulakan ucapan. Tiada secalit senyuman diwajahnya. Yang ada hanyalah wajah yang serius dan tegas.
"Sekolah kesayangan kita ini cukup disegani oleh sekolah-sekolah yang lain kerana kecemerlangan akademik dan kokurikulum yang membanggakan." Amir berhenti seketika untuk menelan air liur.
"Tetapi, kecemerlangan itu sahaja tidak mencukupi sekiranya kita memliki rekod disiplin yang teruk. Dan mujurlah, kita mempunyai rekod disiplin yang baik. Tetapi masih terdapat segelintir pelajar sahaja lagi yang masih mahu melanggar disiplin sekolah kita.
"Malah ada juga yang sangat berani memperolokkan Unit Disiplin sekolah. Tak ada langsung kesedaraan dalam diri mereka yang tugas kami, tugas guru-guru disiplin di sini adalah untuk memberikan keselesaan dan ketenangan bagi sekolah ini dan khususnya kepada para pelajar juga"
Nia tertunduk. Pilu hatinya bagaikan ditikam berulang kali. Setiap kata-kata Amir seolah-olah merujuk kepada dirinya. Dia yang sememangnya melanggar peraturan sekolah, dia juga yang telah berani mencabar kewibawaan Amir sebagai pengawas sekolah. Dia. Semuanya mengenai dirinya.
"Tapi jangan risau. Kami, para pengawas sudah berikrar untuk memberikan sepenuh tenga kami dalam membantu Unit Disiplin menangani masalah disiplin para pelajar. Saya akan memastikan sekolah kesayangan kita ini mengekalkan mutu disiplin yang tinggi dan akan dijadikan contoh sekolah-sekolah lain."
" Semua pemberontak-pemberontak kecil yang tak habis-habis mahu melawan Unit Disiplin sekolah akan kita jinakkan. Tak ada satu pun yang akan terlepas. Saya sendiri akan memantau keadaan-keadaan mereka. Semua masalah disiplin seperti bergaduh, pembawaan barang terlarang , ponteng malah kegiatan datang lambat ke sekolah akan kita hapuskan."
"Tetapi usaha saya seorang tidak mencukupi. Oleh itu saya meminta bantuan dan kerjasama daripada semua pelajar dan juga AJK-AJK pengawas dalam membawa sekolah kita ini ke satu tahap yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih." ucapan ketua pengawas sekolah yang baharu itu disambut dengan tepukan gemuruh para pelajar dan juga guru-guru.
Dalam ramai-ramai , hanya ada seorang sahaja yang tidak menyambut semangat dan kehagatan ucapan itu tadi. Nia tertunduk . Dia sedar dirinya dalam bahaya. Dia tak tahu apa yang patut dia lakukan. Yang pasti, dia memang dibinasakan oleh mulutnya sendiri.
'Habislah aku!'raung hati Nia sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Teruskan membaca dan jangan lupa vote! Nnt tinggalkan comment ok?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro